Skip to main content

Isu Kalimah Allah: PAS Memperlihatkan Kesederhanaan

oleh: Lim Hong Siang (Merdeka Review)

PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS

Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".

Pujian daripada DAP

Jelas, bahang kontroversi penggunaan kalimah Allah kini cuba "dipadamkan" di media cetak bahasa Cina. Selain hujah Menteri dan pemimpin BN, komen atau pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat semakin tidak mendapat ruang di dada akhbar Cina.

Misalnya, penilaian positif oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang (gambar kiri) terhadap PAS semalam, berbunyi "PAS memberi sumbangan yang wajar dipuji dalam penyelesaian kontroversi ini" (merujuk kepada pendirian PAS), tidak disiarkan pada hari ini. Malah, kenyataan Nga Kor Ming, ahli parlimen Taiping (DAP) yang membidas UMNO kerana cuba mengalih pandangan daripada kenaikan harga gula dan kehilangan enjin jet dengan isu kalimah Allah, juga tidak disiarkan.

Lebih-lebih lagi, media cetak bahasa Cina mula mengelak daripada menyiarkan sebarang analisa atau pandangan yang dikemukakan kolumnis, pemerhati politik dan sebagainya. Pendek kata, dalam isu kalimah Allah, media cetak bahasa Cina lebih "berwaspada", dengan memaparkan kenyataan daripada menteri dan pemimpin BN.

Parti komponan BN terasa bahang

Walau bagaimanapun, seandainya diperhatikan di laman internet, pendirian PAS ini disambut secara positif oleh bukan muslim. Misalnya, pemerhati politik, Jason Leng Kek Mun mempersoalkan "Siapa yang lebih ekstrem sebenarnya?"

Dalam blognya, Jason menulis "PAS digambarkan sebagai ekstrem, konservatif, kolot dan fanatik oleh MCA dan Gerakan," sebelum mempertikaikan, "kalau dilihat kontroversi kalimah Allah yang berlaku kebelakangan ini, siapa sebenarnya yang memainkan isu ini? Siapa yang membuat kecoh? Siapa yang menghasut?"

Malah, Jason memanjangkan kepada bebrapa isu yang berlaku beberapa tahun kebelakangan, "Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan?(Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"

Beliau memberi jawapannya di akhir tulisan tersebut, iaitu UMNO. Malah, beliau sempat untuk mengusik MCA dan Gerakan, dengan dakwaan bahawa realiti ini hanya tidak difahami oleh kedua-dua parti komponan BN ini.

Sementara itu, pendirian Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin kontroversial, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam-PAS) turut mendapat penilaian baik daripada masyarakat bukan Islam. Menurut temuramah Malaysiakini edisi bahasa Cina dengan beberapa tokoh agama dan pemerhati politik, Nik Aziz dan Khalid Samad dipuji kerana menampilkan imej yang memperlihatkan "keterbukaan".

Ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong juga memberi pujiannya kepada PAS, bahawa ramai antara pemimpin PAS yang menafsir soal agama dari perseptif yang lebih luas, dan bukannya melihat isu dari perspektif perkauman yang sempit.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar juga mengganggap bahawa pendirian PAS ini adalah berdasarkan al-Quran. Ketika ditemuramah therocknews, laman internet bahasa Cina, Khalid Jaafar memuji pendirian PAS yang membenarkan bukan muslim untuk menggunakan kalimah Allah, menunjukkan bahawa PAS mendefinisi maksud Quran dengan tepat.

Khalid Jaafar juga membidas kejahilan UMNO dalam isu ini, dan menganggap UMNO akan mencungkil ketidakpuasan rakyat seandainya meneruskan tindak tanduk sedemikian.

Berita ihsan dari Merdeka Review
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Dalam bab agama, PAS masih nak 'politiking'.PAS is doing a silap mata, Houdini now you see, now you don't act.

Please interpret Tuan Haji Hadi 's statement clearly and if you are not clear with the statement, ask your Malay friend. In English , it seem PAS "support" the Court's Ruling but in reality, PAS objected.

"PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri" -

This is a positive starter,first time reader will surely says PAS is good. This is nothing new, Islam and Malaysia constitution already guaranteed this freedom of worship.

"PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi" - This is also another positive point, ask PAS what is the meaning of agama samawi, is it applied to todays Jews and Christian?Prophet Abraham and other prophets prayed to one GOD.All muslims will support this provided that you prayed to one GOD.

"Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’

Casual readers will read the first two para and start to make a conclusion that PAS support the Christians. Ask any learned Muslim of the above verses and I hope you will notice that actually PAS did not support it at all.

"Bahawa kita tidak sembah kecuali Allah' (cannot pray to any other god except Allah) dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun. Can Jesus son of Allah accepted here? .

PAS is Malay based party. Ask 10 of of your Malay friends, I bet 9 of them will not agree with the High Court's judgement. This is sensitive issue to Muslim. If PAS lost their customary Muslim votes, will they continue with their current stand.?

Observe them in the next 1 week and I hope you will see the points that I have highlighted.

If you are impatience, posed the following questions to Tuan Haji Hadi?

i. Jadi, Tuan Haji bersetujulah mengatakan PAS menerima pihak Kristian menggunakan nama Allah?

2. Tanpa sebarang had, Tuan Haji?

3. Kalau Kristian mengatakan Isa itu anak Allah, Tuan Haji bersetujulah ?

Ask these simple questions and look straight into his eyes and observe his body language. Try lah!
YB

Melayu itu beradat, maka apa yang dianggap melanggari dari adat atau tradisi status quo akan ditentang. Kitab Melayu adalah adat. Tidak hairanlah kalau dalam Islam mengatakan ianya boleh tetapi kalau ada berkata tidak maka jawapanya tidak.

Lihat isu lebih besar seperti murtad, arak, judi atau yang terang-terang dalam al-quran mengatakan haram dan dosa besar. Tiada pula satu dari mereka bangun menentang. Kerana di dalam adat tidak menyebut hanya al-quran yang menyebut perkara itu adalah haram dan berdosa.

Ketika Rasullulah di hina oleh media denmark, tiada pula puak-puak ini bangun menentang. Walhal isu karikatur itu jauh lebih besar dari isu nama allah.

Isu nama Allah ini juga isu yang serius, namun cara utk menyelesaikan perlulah sama level dengan isu tersebut. Secara peribadi, penggunaan nama Allah oleh masyarakat Kristian di Malaysia adalah satu yang membahayakan akidah umat islam. Sejarah telah membuktikan bahawa akidah umat islam begitu mudah luntur dari peganganya.

Akhir kata Melayu itu bukan beragama tapi melayu adalah beradat. Ingatlah pepatah melayu biar mati anak jangan mati adat. Selagi mentaliti ini subur di fikiran orang Melayu maka melayu itu adalah beradat!!!

JADI SESIAPA YANG ADA MELENTING, MEREKA ITU ADALAH MELAYU BERADAT!!!
Anonymous said…
Saudara Lim,

Sebenarnya extremism dlm Islam adalah berpunca dari ketidakfahaman tentang Islam yg sebenar. Extremist ini berfikir dan bertindak tidak mengikut syariat Islam tetapi mengikut mereka2 yg bertindak berasaskan hawa nafsu dan tafsiran sendiri. Ini adalah salah besar dlm syariat Islam dan jika dilakukan berterusan boleh terkeluar dari Islam.

Kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul ramai orang melayu Islam dari semua peringkat ada yg dulunya langsung tak pernah berbicara tentang Islam tiba2 mampu mentafsirkan ayat2 Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri dan bercakap mengalahkan ulama. Ini adalah satu lagi kesalahan besar kerana setiap ayat2 Al-Quran sebelum boleh ditafsirkan dgn betul seseorang itu mestilah mempunyai syarat2 seperti faham dan fasih bahasa Arab dan tahu asal usul turun setiap ayat2 itu dan beberapa lagi syarat ketat yg mana ilmu tafsir ini hanya dimiliki oleh ulama2 besar zaman dulu seperti Imam Shafie dan Imam Ghazali. Mereka2 ini telah meninggalkan banyak kitab2 tafsir yg boleh dirujuk.

Jadi extremism sepatutnya tidak boleh ada kerana Islam agama ciptaan Allah swt yg tidak mempunyai cacat cela. Semua ciptaan Allah swt itu indah dan sempurna. Allah swt jadikan Islam dgn Al-Quran sebagai buku panduan, Nabi Mohammad saw sebagai contoh yg wajib diikuti adalah untuk menyelamatkan umat manusia yg percaya kpd agama ciptaan Allah swt dari dimasukkan ke neraka.

Kenapa kita perlu bertindak diluar batas2 agama dan menuruti hawa nafsu? Kenapa mesti mengikut hawa nafsu yg didorong oleh syaitan laknatullah, sedangkan syaitan itu adalah musuh Islam yg nyata?

Wallahualam.
Anonymous said…
Akhirnya berjaya juga PAS mendapat pujian dan sanjungan daripada DAP dan sekutu-sekutunya.

Tahniah YB.

Mesti YB berbangga sungguh dengan hasil usaha YB kali ini.
Anonymous said…
Please blog and remind people about the missing jet engines. People should question that and demand accountability. Maybe even protest about the way it's NOT been investigated properly. This issue should be a priority, don let UMNO get away with it. Keep reminding people about it until the next election, we should bury UMNO the traitor in hell with all their sin against ALL Malaysians.
Anonymous said…
suka hati kau lah khalid, masuk bakul angkat sendiri. Yang pastinya aku ahli Pas takkan menyokong ko bagi Parlimen Shah Alam masa PRU 13 nanti. Satu lagi aku cukup menyampah ko kutuk ketua ko Ustaz Hassan Ali.

Untuk PAS, is ok, cina DAP akan sokong lu, percayalah. Kalau MCA dan Gerakan nak keluar UMNO pun xpe sebab selama ni kerusi diaorg pun kebykkan mng kat kawasan Melayu totok UMNO gak. Suruhla gerakan n MCA join DAP. Lagi bagus.

X-PAS
Zainal Bukit Jelutong Shah Alam said…
Sebelum dapat kuasa memanglah sederhana. Cuba lepas ada kuasa nanti, cukur terus janggut tu!!!
Anonymous said…
Kenyataan itu sebenarnya nak menutup kelemahan di pihak parti politik tuan & kesannya yg amat mendalam sekali.

Tuan sendiri menterjemahkan bahawa kalimah Allah boleh di gunakan tetapi TG Haron Din berkata kufur sekiranya kita bersetuju.

Yg mana satu yang betul saya tak pasti & hampir keliru.

Walaupun saya tidak belajar agama sehingga dpt menterjemahkan & menafsir al Quran sehebat tuan, tetapi ibu & ayah saya mengajar tauhid di dalam diri ini utk menjadi pegangan hidup.

Secara prinsip & sebagai orang islam, saya tidak bersetuju utk membenarkan kafir laknatullah menggunakan kalimah Allah melainkan mereka percaya Allahuahad & muhammad itu rasulnya.

Sampai bila-bila saya tidak akan bersetuju dgn pegangan tuan & parti tuan.

jangan di salahkan orang lain. Sendiri buat onar mahu kata UMNO.

Benar UMNO banyak melakukan kesilapan tapi tak pernah dengar pulak UMNO jual agama utk undi.

Kalimah Allah bukan perspektif perkauman yang sempit tuan.

Akhir sekali, siapa dia ini Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar? Adakah orang seperti ini tuan agongkan? Tergelak saya.

Inilah mentaliti munafik akhir zaman. Sama seperti Anwar Ibrahim & Raja Petra. Pemusnah umat melayu abad ini.
Anonymous said…
poyo!!
Tinta Hitam said…
Sebenarnya masyarakat melayu secara umumnya tiada masalah dengan penggunaan "Nama Allah"oleh penganut kristian .Penyalahgunaan nama Allah spt yg diperingatkan oleh TG Hadi tu tak semestinya dilakukan oleh org org bukan Islam shj.Malahan bomoh bomoh pun ada menggunakan nama Allah didalam amalan amalan sihir mereka.

Yang menjadikan isu ini heboh hanya oleh org org yg berkepentingan sahaja.Orang org yg mendapat political mileage dari isu ini.

Malahan ini peluang baik bagi masyarakat Islam untuk mendakwahkan Islam kepada penganut Kristian dengan hujah Injil dan Al Qur'an adlah dari sumber yg sama iaitu Allah SWT.
Abi Qalam said…
Salam,

Sepatutnya umat Islam bersatu dalam mempertahan syiar Islam terbesar iaitu penggunaan nama Allah ini. Bukan menjadikan ini sebagai isu politik. Inilah yang dinamakan menjual agama Allah demi dunia..

InsyaAllah saya nyatakan sebab-sebab mengapa kita perlu menolak penggunaan kalimah 'Allah'.

Kalimah 'Allah' adalah nama khas
Kalimah Allah bukanlah kalimah bahasa Melayu yang bermaksud tuhan (t kecil), ianya ialah kalimah arab yang khusus penggunaannya. Sejarahnya, kalimah ini hanya digunakan selepas kedatangan islam ke dunia Melayu, dan sejak itu ianya hanya dinisbahkan secara KHAS kepada Tuhan (T besar) yang dipercayai oleh orang Islam.
Poin pentingnya disini, kalimah Allah tidak boleh digunakan secara bertukarganti (interchangeably) dengan kalimah 'tuhan'(t kecil) kerana;
i) Kalimah 'Allah' bukanlah daripada Bahasa Melayu
- Jadi argumen yang kata pribumi Sabah Serawak menggunakan kalimah Allah kebagai gantinama Tuhan dalam Bahasa Melayu dalam upacara keagamaan kristian mereka adalah batal dan tidak sah. Istilah sepatutnya adalah Tuhan (T besar) iaitu merujuk kepada tuhan dalam akidah mereka atau bahasa-bahasa peribumi, contoh: Kinoringan dalam bahasa Kadazan atau Shan Di. Adakah kita dengar kristian di Thai menggunakan istilah 'Buddha' untuk memanggil nama tuhan mereka?

ii) Ianya mempunyai nisbah KHAS terhadap penggunaannya
- Iaitu dinisbahkan secara asal kepada Tuhan yang sejajar dengan kaedah Tauhid Asha'ariyyah (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang menekankan bahawa Tuhan itu Tunggal(Ahad), tidak Beranak dan Diperanakkan, tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya dan tidak takluk pada masa dan tempat. Maka sebarang penggunaan yang menisbahkan kalimah Allah selain daripada Tuhan yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan adalah bercanggah dan boleh dilihat sebagai usaha untuk mencemarkan kalimah 'Allah' itu sendiri.

iii) Konteks penggunaan yang berbeza dari negara-negara Arab.
- Meskipun, kristian di negara-negara Arab menggunakan kalimah 'Allah', ini hanya kerana konteks penggunaan hanya berbentuk 'nisbah umum' kerana faktor bahasa mereka, kerana kalimah Allah itu sendiri memberi makna Tuhan(The God), dan penggunaannya ialah boleh ditukarganti (interchangeably). Kerana sifat Dakyah Kristian ialah berasimilasi didalam bahasa dan budaya masyarakat sekelilingnya, maka adalah salah membandingkan penggunaan Allah oleh kristian di negara-negara Arab dan penggunaannya di Malaysia.

Allahua'lam.
Anonymous said…
kita tak boleh BESEDEHANAAN dlam semua hal. Khalid cuba spin cerita ini utk mengembirakan DAP... Bagus lah....at least satisfied yr self ...

Khalid pijak dan terajang melayu islam untuk mengembirakan DAP.... Baguslah...teruskan

Cukup lah undi untuk Khalid...PRU13 no more vote for you... Takbirr.

Peluruhidup
Anonymous said…
Tahniah Kalid, sker la ko dapat pujian dari DAP, da takleh watper la ko ni...jenis orang melayu yang jual agama untuk kotak undi,sampai sekarang ko masih tak paham lagi ..jangan sampai ank berank ko, cucu cicit ko sok murtad ..hah ..baru ko tau la ..suker la ngn pujian kafir2 tu, yang orang islam carik bukan pujian kafir tapi rahmat 'ALLAH'.
Anonymous said…
A few heart-whole, sincere, and energetic men and women can do more in a year than a mob in a century.

All truth is eternal. Truth is nobody’s property; no race, no individual can lay any exclusive claim to it. Truth is the nature of all souls.

“Comfort” is no test of truth; on the contrary, truth is often far from being “comfortable

A tremendous stream is flowing toward the ocean, carrying us all along with it; and though like straws and scraps of paper we may at times float aimlessly about, in the long run we are sure to join the Ocean of Life and Bliss.

The Self when it appears behind the universe is called God. The same Self when it appears behind this little universe—the body—is the soul

The whole universe is one. There is only one Self in the universe, only One Existence, and that One Existence, when it passes through the forms of time, space, causation, is called by different names, buddhi, fine matter, gross matter, all mental and physical forms. Everything in the universe is that One, appearing in various forms. When a little part of it comes, as it were, into this network of time, space and causation, it takes forms. Take off the network, and it is all one.

True religion is not talk, or doctrines, or theories, nor is it sectarianism. It is the relation between soul and God. Religion does not consist in erecting temples, or building churches, or attending public worship. It is not to be found in books, or in words, or in lectures, or in organizations. Religion consists in realization. We must realize God, feel God, see God, talk to God. That is religion.
(vivekananda's quotes)
JoeLuck said…
"Siapa yang mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan?(Isu Suqiu) Siapa yang kata bukan Melayu mengancam Melayu? Siapa yang menjulang keris tanpa mempedulikan perasaan kaum lain?"

UMMMMMNOOOOOO!!!
john said…
John Cokntroversi...

Tak pe YB, blog yb ni dah jadi sasaran gara2 kelapa lembUMNO hari tu. Mereka ini berpura2 kononnya nak pertahan nama Allah sedang dalam al-quran telah membenarkan DAN PAS pun telah memberi peringatan jangan disalah guna. Ini adalah berdasarkan Al-quran buak sebab is di mahkamah. apa punya jahil la orang2 lembUMNO ni.

Bagi tau kat pemimpin2 hang tu, kuatkuasakan undang2 syariat..kalau takut umat islam terpesong gubal undang2 MURTAD di parlimen...ADA BERANI?..cakap berdegang2 ekor bergelumang SHIT! aku benci HIPOKRIT dan MUNAFIQ umno!!!!
Anonymous said…
Sederhana konon, padahal penakut dan pengecut pada DAP dan PKR.
Tak dak teloq pasal satu bagi DAP dan satu lagi bagi PKR.
Maka lemah syahwat lah PAS....
brainy said…
salam yb

i,m sure komen2 yg belasah yb datang dr org yg sama,u can easily check from their ip add,unless they use diff location.

from my understanding,org yg browsing ni kebanyakan org yg boleh berfikir kecuali umnogok so pls yb do some checking and publish here
muthu said…
ayoyo brainy... u got no brain lah.
Anonymous said…
minta agar Yb buang sedikit politik sempit YB tetant isu ini. pa yang kita perkata disini bukan boleh ditengok dr segi politik. Yb kena perhalusi mengapa mereka nak sangat menggunkan kalimah ALLAH tue. YB hanya tengok dr sudut politik bukannya dari segi yang lebih luas. Mahu anak cucu YB satu hari nanti membaca dari bibble barangkali ada tulis konsep 3 Allah (holly trinity). Ini akan mencetus atau terdetik anak muda muslim yg masih kosong ilmu agamanya mengapa didalam AGAMAKU lain pula diajar. Bagi saya perlu dihalang kerana ia akan menimbulkan kecelaruan. Bukan sekarang kita nak tengok tapi 10 - 20 tahun lagi kesannya
Hamba said…
YB, saya nak tanya, diantara menyokong dengan menentang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam, yang mana satu yang lebih menyelamatkan aqidahnya.Yang mana satu yang ia telah membuktikan keimanannya dengan Allah. Ada kawan saya kata , dia ni tak le pandai sangat dalam bab ni. sebagai orang yang taktahu banyak mengenai hal ini, dia kata dia pilih jalan selamat untuk menjaga aqidahnya iaitu tidak membenarkan penggunaan nama Allah digunakan secara batil oleh orang bukan Islam. Jadi saya nak tanya YB, adakah pendirian dia ini betul dari segi aqidah?

Lagi satu YB, Agaknya saya rasa Rasulullah tentu mendapat pujian yang besar dari puak musyrikin Mekah dulu jika Rasulullah memilih untuk menjadi Raja,kuasa,harta dan wanita dari memilih untuk menjadi nabi. Atau pun puak yahudi tentu memuji Rasulullah jika Rasulullah bersetuju untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai kiblat umat Islam atau pun tentu puak munafik Madinah memuji Rasulullah jika Rasulullah bersetuju untuk bersembahyang di masjid Dhirar Madinah.

Wassalam
Mv Agusta said…
elok la puak yg taksub terus salahkan org lain. Semoga dgn cara tersebut PAS akan terus memerintah Malaysia.
Anonymous said…
Bila sy baca semua komen2 di atas, jelas nmpak perbezaan melayu beradat dan tak beradat. Islam tidak spesifik utk melayu shj. Kalimah Allah mmg bkn ekslusif utk agama Islam , tetapi ia juga digunapakai oleh agama samawi yg lain. Tetapi aqidah Islam tidak mendua atau seumpama dgnnya. Allah hanya SATU-dan hanya DIA yg layak disembah , tidak ada selain drNYA.Islam tak pernah mengakui nabi Isa a.s. sbg anak Allah tetapi mengakui nabi Isa adlah utusan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan yg terahir.Jgn kita bertelagah sesama kita krn kepentingan peribadi..tidak ada siapa yg untung... Islam tdk mengajar kita merosakkan tetapi Islam mengajar kita memulihkan... Islam tdk mengajar kita membezakan tetapi Islam mengajar kita saling menghormati...Islam bukan utk satu bangsa malah ia adalah agama manusia sejagat...Islam adalah agama keamanan bukan kerosakkan... Renunglah kegemilangan sewaktu kebangkitan Tamadun Islam... Kajilah punca kejatuhan ia... Apabila dunia jadi matlamat , akhirat dilupakan , itulah tanda kehancuran.... Insaflah wahai sahabat-sahabat , Islam adalah persaudaraan...
Anonymous said…
ini masanya kita islam bersatu pas dan umno dan aku menyeru..terutama age 30 thn kebawah dah tiba masanya kita bersatu antara satu sama lain...kita biarkan pas dan umno yang age 30thn keatas bergaduh sesama sendiri...sjika sekarang orang umno dan pas yang tua2 atau age 30 thn yang bagi penggunaan nama Allah S.A.W....kita biarkan sebab 20 thn akan datang kita pinda balik keputusan yang dah dibuat pada hari ini....bersatulah kita sesama islam pas dan umno engkau je harapan aku...kalo korang aku tak leh harap..terpaksalah aku buat batch baru....
Anonymous said…
Salam YB,

Saya nie bukan umno punya orang pun bukan PAS punya orang, bagi saya YANG SALAH TETAP SALAH YANG BENAR TETAP BENAR walau DAP sekalipun. Noktah.

Tetapi bagi saya isu ALLAH tidak boleh dimain-mainkan dan tidak pula dipermainkan oleh UMNO kerana ianya isu akidah. INI KENYATAAN YANG SAYA COPY DAN PASTE DARI BLOG SAHABAT YB SENDIRI, YB Zulkifli Nordin (YB KULIM, PKR):
saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama "ALLAH" dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.

Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?

Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!

Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!!

sayangnya saya tidak dapat copy & paste lukisan gambar yg mengelirukan kita sekiranya ALLAH digunakan oleh agama kristian (yang mana berbeza ajarannya dari zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W)... jika tidak saksikanlah...

Ingin saya tegaskan disini suara ramai ini tidak semuanya orang UMNO malah PAS pun ada gak.. MAU BUKTI??????
Anonymous said…
Madey cakap undang-undang tetap undang-undang yang berkuasa. Jawablah orang umno. Siapa yang hilang akidah, takde pendirian dan mendiam dalam isu yang korang sibuk2 menyemak dalam blog ni.. Ada gaji ke?
Anonymous said…
mudah jak bagi mereka yang betul-betul cintakan agama, xye gaduh2. suh kerajaan bentangkan hukum mengikut acuan al-Quran n sunnah d parlimen dan ubah perlembagaan Malaysia kpd perlembagaan Al-Quran.sure kita (pas)sokong xpa berbelah bahagi.campur dengan mp umno da boleh da majoriti 2/3. ni baru betul2 sygkn Islam. baru real muslim namanya. ni tolak2 hukum Allah. bagi mcm2 alasan,pastu kta sayang Islam.apsal? xke munafik tu? tepuk dada tanya iman, bukalah hati tu pengikut fanatik umno. PAS FOR ALL
kuzy said…
salam YB.
tahniah atas kesederhanaan ynag YB dan pemimpin2 PAs tujukkan.. isu ni dah jadi macam isu kuil di shah alam.... ada puak yang menokok tambah isu ini sehingga jadi melampau lampau...

kalau dulu kepala lembu digendong kesana kemari, sekarang gereja pula diletup... pada saya, ini adalah kacau ganggau yang UNMo lakukan untuk menyatu org islam... yela dulu pakai modal melayu tergugat tak jalan, sekarang pakai modal islam pulak... tapi alhamdullillah 1 malaysia paham.. adala 2 3 kerat geng2 perkara yang buat2 tak paham.. huhuhu lucu...

pertama kali juga saya dengar PM MALAYSIA cakap "KITA TAK MAMPU HALANG DEMONSTRASI" dengan kata lain, marilah orang ramai turun berdemonstrasi bersama UMNO! huhuhu lucu dengan PM.

kepada YB teruskan usaha kamu, saya berminat untuk mengikuti ceramah @ tazkirah dari YB nerkenaan dengan isu ini.. jika tidak keberatan, tolong maklumkan kepada saya sekiranya YB ingin sampaikan tazkirah berkenaan ini di surau2 shah alam...

wasalam
Anonymous said…
puas la hati kau khalid... bagi kau yang penting, kau dapat undi dan dapat jawatan yang selama ini kau idamkan..
yobbote said…
nanti cucu ko khalid cakap kat ko....lagi baik sembah allah kristian.Seminggu sekali je.Allah islam 5 kali sehari...mane ade mase nak buat tu atuk.....hehehe ape ko nak cakap?
harunn said…
Salam to All

Takkan dalam bab ni nak sederhana lagi kot , takkan nak tunggu orang pijak kepala baru nak bangun , la ni la kita kena tegah
memang kita kutuk pembakaran gereja tu , tapi bukan bermakna kita berdiam diri bila ada orang nak mempersendakan agama kita , heran camna boleh ada orang pas berpikiran macam dia ni

tengok macam Yb Zul , bagi saya dia alaha pejunag tulen yang boleh kita harapkan

Takbirrrrrr
bang_mi said…
kalau kristian percaya ALLAH cam kita percaya nescaya mereka bukan kristian tetapi muslim... mmg la len dari sudut akidah.. kan mereka kristian...
Anonymous said…
Salam Tuan,

Pertanyaan saya satu sahaja,
Adakah Yahudi dan Kristian hari ini masih lagi ahli kitab.

Kalau ahli kitab, mereka akan beralih mengikut ajaran Muhamad (ISLAM). Pada hemat saya kitab keristian bukan lagi Injil.
Tah hapa hapa dah dibuat dgn kitabnya.
Anonymous said…
dmh1876:

Your article can be sum up as bull shit.

Complaining is simple coz it does not take much effort but when given the chance, only then they know how difficult it is in running a State and beyond comprehension when running a country.

The roots of the problem in this country lately is that people been allowed to speak freely too freely and the consequence is that most of them create havoc and in the end offended others Malaysian in the process.

We are a multiracial country which has been living in harmony for all this years.

Under the constitution in ordered to classify as a Malay one of the requirement that you must be a MUSLIM for which make out more than 60% of the population.

Knowing well that the word ALLAH is synonym and commonly used by MUSLIM in this country so why the Herald all of sudden want to used the word ALLAH which in fact is uncommonly used in their publication in the first place.

Well some may argue that Christian in Sabah and Sarawak has been using it all this years, well to me that it is not the roots of the problem, the problem crop up when all of sudden Herald want also to use it in their publication.

This is the question of sensitivity, as Malay is by nature an accommodating race that why other races is able to be the richest man, billionaire, bankers, Chief Minister, Minister, Excos, Fed Coa Hc Judges, High rank in the army-navy-air force-police, DGs etc and yet the non-malays still say they are being treated unfairly and for that the Malay has to further compromise whatever rights they have even though it is guaranteed under the constitution.

I truly welcome the “Titah” from the Sultan of Selangor on this issue, “DAULAT TUANKU”
Anonymous said…
sederhana? Kepala hotak hang! ini dah nama secularisma dah ni.
bang_mi said…
dah kristian dah percaya tuhan tu ada anak.. nak buat camner.. nama pun kristian.. len la perkataan itu kuar dai mulut seorang muslim... dan kalau kristian itu mengaku bahawa ALLAH itu satu dan muhammad itu pesuruhNYA adakah mereka masih lagi kristian.. yahudi,kristiandan islam adlh sama, iaitu agama samawi... yg membezakan ialah mereka dah sesat.. tetapi kristian dulu xsesat... cam islam la.. ada yg xsesat ada pula yg sesat... bis tu apa tindakan kita???? BERDAKWAH la....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan