Ahli Parlimen Shah Alam Khalid samad mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertindak menarik balik tauliahnya berdasarkan pandangan sebelah pihak sahaja.
Khalid dalam satu siang media di lobi parlimen tengahari tadi berkata, meskipun terdapat segelintir pihak yang menyokong tindakan penarikan tauliah itu, namun lebih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan tindakan Jais itu.
"Mengapa dia (Pengarah Jais) hanya mendengar pandangan sebahagian dan tidak sebahagian yang lain.
"Hanya mendengar dan bertindak atas desakan orang-orang yang menyokong tindakannya ataupun tidak bersetuju saya memberi khutbah, tazkirah dan kuliah agama sedangkan lebih ramai lagi yang bersetuju saya diberikan kebenaran ataupun tauliah tuk memberikan khutbah," katanya.
Khalid yang juga Yang Dipertua Shah Alam merujuk kepada tindakan sekumpulan penduduk kawasan itu yang menghantar memorandum mengandungi kira-kira seribu tandatangan menyokong tindakan Jais itu.
Isnin lalu pula, memorandum bantahan dari 1013 ahli qariah masjid dan surau sekitar Shah Alam diserahkan kepada Jais membantah tindakan itu.
Khalid turut mendakwa Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin bertindak atas desakan politik Umno BN di Selangor dan menyalahgunakan kedudukannya untuk bertindak secara tidak adil kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
"Tindakan ini memberikan gambaran bahawa Pengarah Jais bertindak atas desakan kepentingan politik kerana kita tahu bahawa dia sebelum ini adalah pebantu kepada Tan Sri Muhammad Taib yang merupakan pimpinan Umno dan selepas itu dia telah dilantik pada zaman Khir Toyo sebagai Pengarah Jais.
"Ini menunjukkan hubungan yang begitu rapat dengan Umno dan dia menyalahgunakan kedudukannya untuk bertindak menyekat pemimpin masyarakat dari PAS untuk mengadakan program-program di dalam masjid," dakwanya.
Beliau juga tidak menolak tindakan Jais itu merupakan salah satu strategi Umno BN untuk merampas Selangor khususnya Shah Alam yang dilihat sangat berharga kepda mereka.
"Umno memang target nak ambil Shah Alam.Shah Alam bagi Selangor satu permata yang penting dan mereka sedang menyusun strategi untuk menentukan bahawa kedua-dua dun atau parlimen jatuh ke tangan mereka.
"Mereka risau pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dapat mendekati orang Islam melalui program di masjid dan surau kerana mereka telah menanamkan ke dalam minda orang Islam bahawa Pakatan Selangor anti Islam," tegasnya lagi.
Khalid turut menegaskan bahawa beliau tidak membawa ajaran sesat dan tidak menyentuh soal politik dalam kuliahnya.
"Saya tidak memaksa masjid untuk memanggil saya tetapi mereka yang menjemput saya.Kalau kiranya didapati kuliah saya tidak mantap maka dengan sendirinya mereka tidak akan menjemput saya lagi.
"Biar qariah sendiri yang menilai sendiri mantap atau tidak takziah atau khutbah yang saya sampaikan," tegasnya.
Tauliah sementaranya yang diperoleh pada 10 Julai 2008 ditarik balik pada 8 Oktober 2008 atas alasan beliau mempunyai rekod jenayah tetapi kemudian JAIS mendakwa khutbah yang disampaikan tidak mantap.
Khalid dalam sidang media samaturut menyatakan sokongannya terhadap kaedah yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghapuskan kezaliman dengan doa.
"Saya juga nak buat kenyataan menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz berhubung doanya," katanya.
Menurutnya kaedah itu sangat wajar memandangkan Kerajaan Pusat telah sekian lama melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan.
Selain negeri itu sering di anak tiri dalam menyalurkan bantuan, hak rakyatnya untuk mendapat royalti petroleum turut dinafikan
Video merupakan ihsan TVPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
*Cabaran sebenar di Selangor.*
Cabaran yang paling getir di Selangor bukanlah pada atau bagaimana nak memajukan Selangor .. (sebab dah mencapai status negeri maju), tetapi bagaimana hendak memastikan Selangor sentiasa berada pada tahap maju dan jika berpeluang dan berkesempatan memajukan lagi Selangor.Inilah cabaran getir yg dihadapi oleh Pembangkang. Bukan soalan bagaimana mereka boleh memajukan lagi, tetapi to maintain Selangor pada tahap pencapaian yg telah dilakasanakan oleh pemerintahan yang lepas sudah menjadi satu cabaran yang besar.Dari segi ekonomi (paling berat), bentuk dan pola pentadbiran (social) dan kestabilan keselamatan (security).Tanya diri anda sendiri – apakah kerja-kerja ini mudah? Apakah Pembangkang mempunyai individu-individu yang berkemampuan ... yg lebih baik dari dulu atau (pemerintah dulu) sekurang-kurangnya setaraf.Kalau setakat pemerintah dulu korup .. amal rasuah dan sebagainya .. Punca rakyat Selangor beralih Angin .. Namun sekarang ... apakah rakyat Selangor boleh menerima tindakan mereka dulu ... dengan membuang semua sekali dan menyangka ini akan memperbaiki apa yg dirasakan sudah rosak.Pisang setandan bukan semua nya elok .. ada dua tiga ketul busuk malah mungkin sesikat dua yg tidak masak. Tetapi .. bukan semua. Yg baik kita simpan.. yg busuk kita buang.Apakah PKR tidak ada kroni ? element ini ada pada semua parti politik.Sekarang kita lihat – bagaimana mereka mentadbir, membuat keputusan, menarik benang dari tepung . Isu-isu Penghinaan Agama Islam oleh exco-exco kafir di Selangor.Kita tidak boleh berkompromi dengan isu-isu Hak Orang Melayu dan Agama Islam. PKR harus meletakan isu ini sebagai isu/agenda yg pertama.Tidak perlu saya atau anda membincangkan hal-hal berkenaan isu semasa ini sekarang. Kita tanya diri kita sendiri .. Apakah Cabaran-cabaran ini boleh dipikul oleh PKR .. sekarang dan selepas ini ...
*Persediaan PKR dan sekutu !!!*
Saya cukup yakin bahawa ... PKR dan sekutu-sekutunya tidak pernah
membayangkan bahawa mereka akan menjadi pemerintah di Selangor ketika pilihanraya lepas.Apabila mereka menang tanpa mereka duga (atau dah diduga sekalipun) Mereka sebenarnya tidak BERSEDIA ..untuk mentadbir Selangor yg sudah Tersedia Maju.
*Ini adalah Hakikat yg saya dan anda tidak boleh sangkal – walau apa parti politik yg kita sokong sekalipun*.
perbincangan yg hangat, datang dari berbagai peringkat umur dan pengalaman, ada yang benar-benar berpijak pada fakta dan tak kurang yang lebih kepada 'Pencacai'.
Kita tahu Selangor adalah satu negeri bertaraf MAJU di Malaysia. Hasil usaha siapa ? tak perlu nak kita nafikan. Apabila wujud satu incident - satu tokoh politik yg gagal jadi PM, bertaburan lah berbagai peristiwa sehingga Selangor jatuh kepada pihak pembangkang. Ini adalah fakta benar. Ini adalah turutan peristiwa yg nyata. Selangor Negeri yg sudah Maju dan Pembangkang berjaya memerintah.
Bukan siapa yg memerintah yg saya nak bincangkan disini, tapi tentang
Selangor ... Ada antara kita yg tidak benar-benar perhalusi, yg tidak sedar apa yg akan berlaku, tidak ramai yang boleh buat 'Prediction' .. apa akan berlaku di Selangor dibawah pemerintahan baru. Kemana arah Selangor?
Kalau kita lihat contoh terbaik, pada peminat F1, kereta formula one ini setiap tahun akan diberi suntikan 'Engineering' baru bagi memperbaiki mana-mana sudut yg penting agar ia tetap dan boleh mempertahankan kejuaraan pada setiap tahun. FERRARI umpamanya ... Tahu kah kita, peningkatan kelajuan yg boleh dicapai pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2008 (dan tahun-tahun sebelumnya) tidak pernah mencapai melebihi angka perpuluhan yg besar. Maksud saya, kalau tahun sebelumnya boleh mencapai 320 Kilometer sejam.. tapi tahun ini kepandaian Engineeer boleh membuat kereta ini mencapai 350 kilometer sejam !!!! Tidak pernah Berlaku ... Bolehkah kita bayangkan .. satu team engineer baru (100% baru) ambil alih team member yg lama ... apakah peratusan (ratio) FERRARI boleh kekal kan kecermerlangan mereka sebelum ini ... !!!!!
Senario inilah yg berlaku di Selangor .. Satu Team Baru telah masuk memerintah ... Ketika pencapaian Selangor sudah berada pada tahap yg tinggi. Apakah tiada langsung RISIKO?
sambung
Teruskan perjuangan.
"Tindakan ini memberikan gambaran bahawa Pengarah Jais bertindak atas desakan kepentingan politik kerana kita tahu bahawa dia sebelum ini adalah pebantu kepada Tan Sri Muhammad Taib yang merupakan pimpinan Umno dan selepas itu dia telah dilantik pada zaman Khir Toyo sebagai Pengarah Jais.
"Ini menunjukkan hubungan yang begitu rapat dengan Umno dan dia menyalahgunakan kedudukannya untuk bertindak menyekat pemimpin masyarakat dari PAS untuk mengadakan program-program di dalam masjid," dakwanya.
Nak komen sikit..
Kenapa YB nak salahkan pemimpin UMNO terdahulu? Setahu saya, dari dulu lagi memang tidak dibenarkan ahli politik berceramah di dalam masjid atau tidak di benarkan menggunakan masjid & surau utk tujuan politik walaupun YB kata tidak akan menyentuh soal politik.
Tapi, tidakkah YB sedar akan implikasinya nanti? YB boleh gunakan ruang sedia ada. Berceramahlah di dewan dlm kawasan Shah Alam. tak perlu YB politikkan cerita tauliah ini.
“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.
“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.
Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.
“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.
Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.
Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.
“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.
“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.
Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.
Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.
“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.
“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.
“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.
Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.
Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.
....note...
Adakah Najib ni musuh Islam seperti yg di gambarkan TGNA?
apalah baiknya mengekalkan kemajuan sedia ada jika yang menanggung beban kemajuan itu adalah rakyat. rakyat menanggung hutang belajar, kereta rumah. sbnrnya majoriti rakyat di bandar2 besar spt di shah alam dan kuala lumpur adalah yang paling miskin jika dibandingkan penduduk kampung. gaji RM2000 hanya cukup2 makan utk menanggung kos sara hidup yang agak tinggi. saudara mgkin tak merasa beban ini kerana saudari bergaji besar. di sinilah letaknya fungsi PR dalam mentadbir negeri. bukan semata2 untuk mengekalkan kemajuan, tetapi membela nasib rakyat..
bagi ahli politik pkr yang keluar parti, bagi saya meraka ini bukan berniat untuk membela rakyat, semata2 kerana kepentingan mereka saja... W/A
memang untung lah saya undi PR...
hehehe..
bengap punya komen daa anon 3Dec-4:48pm...semua kau nak salahkan..
a. Abdul Haiyy cetek agama.
b. Ustaz Asri cetek agama.
c. YB Khalid Samad cetek agama.
d. Nak ajar Quran kat anakx dirumah tak boleh kalau tak ada tauliah.
e. Nak belajar Quran ikut TV sahaja.
f. TGNA pun mungkin cetek agama kerana tak boleh bersyarah agama di Selangor.
g. Muftix dan bekas mufti yang tak ada tauliah utk ajar agama di selangor boleh juga ditakrif cetek agama oleh JAIS.
h. Lepasan universiti lulusan agama semua cetek agama kerana perlu sijil perakuan JAIS. cadangkan tak perlulah kursus/kuliah agama diadakan. Menghabiskan masa saja kerana tak laku kat Selangor.
Perlu fikirkanlah macamana nak beri pengetahuan dan menjadikan orang Islam Selangor tu jadi Ulul Albab. Pihak JAIS perlu beri cadangan terbaik untuk mengatasi buta dan kabur agama Islam menjadi celek dan cerdik. kalau tak nanti akan timbul mazhab baru pula iaitu tak payah belajar agama kerana takada tauliah.
Saya cadangkan agar kuliah agama di Selangor hanya boleh dipenuhi oleh kulian Dato' Khusrin dan pegawai JAIS sahaja. Gunakankan TV Selangor, RTM Shah Alam dan gantikan syarahan dan program RTM dengan program JAIS la kerana yang lain-lain pensyarah di RTM dan Kumpulan TV3 tu manalah senmuanya ada tauliah dari Selangor, kalau adapun sebahagian kecil sahaja.
Kalaulah macam ini, sapa yang sebetulnya betul, siapalah yang sebenarnya cerdik agama. Saya mohon pihak cerdik pandai bermuzakarah dan berbicang agar tiada yang sesat atau menyesatkan kami kerana kami rakyat marhaen ni perlu bimbingan
Wassalam