Ketua Polis Selangor, Dato Khalid Abu Bakar, kelihatan begitu ghairah untuk mengambil tindakan terhadap pimpinan PR khususnya dari DAP berhubung kes kematian Teoh Beng Hock. Kenyataan YAB Lim Guan Eng bahawa mendiang Teoh Beng Hock dibunuh dianggap olehnya sebagai satu kenyataan menghasut dan Dato Khalid segera mengancam untuk menahan YAB Lim Guan Eng atas kesalahan mengikut akta hasutan. Kenyataan YB Ean Yong Hian Wah yang mempertikaikan kenyataan Dato Khalid ini dijawab olehnya bahawa YB Ean juga akan ditahan untuk disoal siasat.
Dalam suasana di mana kredibiliti Polis sebagai badan bebas dan berintegriti sering dipersoalkan oleh ramai di kalangan rakyat, kenyataan Dato Khalid seperti di atas tidak membantu. Ianya semakin mengukuhkan persepsi rakyat bahawa institusi Polis telah dinodai BN dan bertindak mengikut kehendak dan demi mempertahankan kepentingan BN.
Sebagai Ketua Polis Negeri Selangor, Dato Khalid sepatutnya mengambil berat keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi dan berusaha menyelesaikan kes-kes yang berlaku dengan cara yang paling berkesan. Beliau tidak seharusnya membuang masa diri beliau sendiri dan anggota polis dengan menahan atau menyoal-siasat pimpinan PR yang mempersoalkan keberkesanan siasatan atas kematian Teoh. Sebaliknya Dato Khalid perlu memberi tumpuan kepada masalah jenayah dan penyelesaian kes kematian Teoh.
Malangnya, beliau nampaknya lebih ingin berpolitik dan berusaha untuk membela kepentingan BN dari menyelesaikan masalah jenayah.
Kematian Teoh Beng Hock merupakan satu isu yang seharusnya diakui sebagai satu cabaran yang begitu besar bagi diri beliau. Siasatan kes kematian yang begitu ‘high-profile’ hingga ke hari ini tidak menunjukkan apa-apa kemajuan yang bermakna. Kenyataan Lim Guan Eng hanya merupakan luahan padangan ramai dan tidak ada kena mengena dengan usaha menghasut. Kalau ada hasutan sekalipun, ianya hasutan kepada pihak Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor untuk memberikan tumpuan sewajarnya kepada kes ini dan mengenal pasti pihak yang bersalah. Teori ‘bunuh diri’ telah lama ditolak ramai. Lebih lebih lagi apabila pakar forensic Dr Pornthip telah menyatakan kemungkinan Teoh dibunuh adalah setinggi 80%.
Ugutan dan ancaman dengan tujuan supaya semua mendiamkan diri, seperti yang beliau lakukan terhadap YAB Lim Guan Eng dan YB Ean Yong Hian Wah, tidak akan berkesan. Respon sebegini oleh pihak beliau akan hanya memperlihatkan kelemahan pentadbiran beliau sendiri. Ianya juga akan memberikan imej ‘samseng’ atau ‘gestapo’ kepada pihak polis. Semestinya ini perlu dielak.
Persoalan kematian Teoh akan terus menimbulkan bermacam-macam spekulasi sehingga Dato Khalid menjalankan tugasnya dengan professional dan mengenal pasti siapa dan apa punca kematian Teoh Beng Hock. Selagimana beliau tidak melakukan ini, isu kematian Teoh akan terus diperkatakan orang ramai. Usaha mengugut pimpinan PR supaya mendiamkan diri pula akan dilihat sebagai usaha membodek BN.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
hingga kini takkan tak ada suspek? kata dr.pronthip ada unsur unsur dibunuh pastinya suspek orang sprm.
biar rakyat tahu apa yang sedang berlaku....
1) 1st-step: make sure everyone is registered as a voter. your father, your mother, your uncles, your aunties, your nieces, your nephews, your brothers, your sisters, your children, your friends' & relatives' children - everybody. no use talking heroics here is you yourself are not registered as a voter.
2) kick umno-bn out in ge13.
3) kick little napoleons, gani patail, musang hasan dan semua yang sewaktu dgn dia orang semua - kick them all out.
bottomline is this - mesti dapat kuasa persekutuan (putrajaya). semua akan beres.
melayu happy.
cina happy.
india happy.
my father and your father happy.
everybody happy.
*** no use talking only, if u r not registered as a voter. we need numbers. millions of new voters. we need them.
negaraku - "..rakyat hidup bersatu dan maju..."
4RAKYAT
Anda sepertinya ghairah membela Ean yang bodoh mempersoalkan sesuatu kes yang belum selesai. Ean adalah ahli politik murahan yang tidak sudah2 mencari publisiti utk menjadi 'juara' rakyat. Memang benar tugas polis adalah untuk mencegah dan membendung jenayah yang ada tetapi sikap Ean dan disokong membabi buta oleh anda tidak membantu langsung. Anda tidak sudah2 mempolitikkan dgn membawa BN dalam kancah isu ini. Anda sendiri pasti tindakan ini adalah 'hasutan' kepada KPN kononnya untuk memberikan tumpuan yang sewajarnya dalam kes TBH. Tidakkah anda sedar yang kes ini masih dalam siasatan? Maknanya mereka tidak membuang kes ini begitu sahaja.
Anda tidak perlu jadi pencacai DAP yang tidak sudah2 untuk menghasut. Saya percaya anda seorang yang terpelajar namun sikap anda sebaliknya. Sikap tidak sudah2 menyalahkan BN atas apa jua perkara menunjukkan sikap anda yang sebenar,anda sebenarnya masih 'hingusan' untuk berpolitik secara matang. Jangan salahkan rakyat jika mereka mulai mual dan jelik dengan taktik politik desperado anda!!!
Biar pun Beng Hock mati dibunuh tetapi kita tak tahu siapa yang bunuh.. Guan Eng tahu?? KEnapa bukti inquest belum keluar Guan Eng berani cakap Beng Hock dibunuh?? Dia tahu siapa pembunuhnya??
Kenapa semua orang tak faham tugas POLIS yang bertugas 24jam sehari??
KEnapa PEmimpin PR tak pernah bising dalam parlimen tuntut kerajaan MENAIKAN GAJI KAKITANGAN POLIS dan TENTERA??
Tahukah YG yang majoriti kakitangan dalam POLIS dan TENTERA adalah UMAT ISLAM yang tiap-tiap hari meyabung nyawa demi sesuap nasi?
KEnapa sekarang PEMIMPIN PR lebih cenderung membela ORANG YG terang-terang ada rekod jenayah??
Kenapa??