Masalah berhubung Tanah Perkuburan Islam di Batu 3 Shah Alam merupakan satu lagi isu yang diwarisi oleh kerajaan PR apabila mengambil alih Negeri Selangor pada Mac 2008. Masalah disedari apabila Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 memohon untuk menambah lot parking untuk dewan yang telah mereka bina di kawasan tersebut pada sekitar tahun 2006. Apabila memproses permohonan berkenaan pihak MPSJ telah mendapati bahawa dewan dan lebih kurang 68 jirat Cina telah termasuk di dalam kawasan perkuburan Islam. Masalah ini telah berulang kali dilaporkan di dalam akhbar tempatan tetapi sehingga 2008 tiada penyelesaian dilakukan.
Pada tahun 2007 kerajaan BN telah beberapa kali menyatakan masalah tersebut ‘telah selesai’ dan dewan itu akan diroboh. Kenyataan sebegini dikeluarkan oleh mantan MB sendiri, Datok Seri Khir Toyo. Namun ia hanya merupakan kenyataan politik tanpa apa-apa yang berlaku di tapak berkenaan sehinggalah berlakunya pilihan raya umum pada Mac 2008. Setelah PR mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor, penduduk Islam Batu Tiga telah menemui ADUN Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam untuk menentukan masalah ini benar-benar diselesaikan dengan sebaik mungkin. Hasil aduan mereka maka beberapa sesi pertemuan dan perbincangan telah diadakan. Pada masa yang sama fail berhubung kes tersebut dibuka untuk mendapatkan maklumat latar belakang sebenar.
Hasil dari pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan maka telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perkuburan Cina Batu 3, supaya dewan berkenaan diroboh atau dipindah dan tapak berkenaan diserah kembali kepada masyarakat Islam sebagai kawasan tanah perkuburan mereka. Persetujuan ini telah tercapai melalui beberapa pertemuan seperti yang telah diadakan pada 2 Jun 2009 bersama AJK Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 dan pada 22 Disember 2009 bersama YB Ronnie Liu selaku Exco J/K Rumah Ibadat Bukan Islam.
Tapak kawasan tanah perkuburan tersebut dalam proses pewartaan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Petaling dan tanda sempadan yang jelas akan dibina untuk mengelak dari berlakunya kesilapan yang sama pada masa-masa yang akan datang.
Berdasarkan maklumat seperti di atas adalah jelas bahawa masalah ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik dan tidak perlu untuk mana-mana pihak mendesak supaya ianya diselesaikan, kerana sudah pun selesai! InsyaAllah perobohan dan perpindahan dewan akan berlaku pada awal 2010 setelah selesai perwartaan.
Oleh yang demikian, saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dan bagi pihak ADUN Batu 3 menafikan sekeras-kerasnya bahawa kami telah bersetuju supaya dewan berkenaan dibenarkan kekal di kawasan perkuburan orang Islam sepertimana yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini hanya merupakan dakyah politik murahan oleh pihak yang jelas gagal menyelesaikan masalah rakyat semasa mereka memerintah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
baru nampak ko punya kebaikan dan toleransi.. jgn ada kepentingan politik cukuplah...
- parti jahat, kato eh -
BN dulu pun macam tu jugakle, depa berani meroboh kuil haram Hindu dan saya percaya depa berani juga nak meroboh dewan dan kubur haram ni tapi kerana desakan pilihan raya, benda sensitif sebegini termasuk di tangguh-kan.
Tengoklah nanti YB, samada YB ni berhati waja ataupun sebenarnya lembik dalam menangani kes kubur cina haram ni.Kalau mengikut cara-cara YB menangani beberapa kes sensitif sebelum ini seperti kes kuil di Shah Alam, hak orang Kristian menggunakan Allah, kes penjualan arak di Shah Alam, saya lihat YB seorang yang lembik.Maaf, kalau persepsi saya sedemikian. Mungkin, kes kubur Cina haram ni dapat menukar persepsi saya. Tengoklah nanti!
Victor Hugo
Toleration is the greatest gift of the mind; it requires the same effort of the brain that it takes to balance oneself on a bicycle.
Helen Keller
Apa maksud dia bila dia kata isu tu "dah selesai" masa dia jadi MB?
Disini saya ingin jelaskan perkara yang sebenar berlaku. Penjelasan saya ini bukan untuk memihak kepada mana-mana saksiah politik tetapi bertindak sebagai seorang muslim. Islam mengajar kita supaya bercakap benar walaupun pahit. Kita dilarang bercakap bohong dengan orang bukan Islam, tambahan pula dengan orang islam itu sendiri.
Untuk makluman penjengok2 blog MP Tuan Hj. Khalid, disini saya ingin memperjelaskan bahawa statement yang dibuat oleh Tuan Haji ada yang tak betulnya. Tuan Haji tidak pernah terlibat langsung dengan kami dalam isu Tanah Perkuburan Islam Batu Tiga. Waktu kita menjadi Pembangkang dahulu (2007) sewaktu isu ini meletus, kita sudah maklumkan kepada Tuan Haji tentang isu ini, apa yang Tuan Haji buat? Tuan Haji langsung tak turun padang untuk memberi sokongan moral kepada kami dalam menyelesaikan isu ini. Tuan Haji langsung tidak buat statement.
Bila kita (PR) mengambil alih kerajan selangor pada Mac 2008. Isu ini juga sejuk tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak-pihak yang berkenaan. Tuan Haji & YB Rodziah juga diam, lansung tak bertanya khabar masyarakat setempat tentang isu-isu yang pending sewaktu kerajaan BN/UMNO dulu. Sehinggalah masyarakat setempat mengambil tindakan panaskan balik isu ini dalam Sinar Harian pada awal 2009.
Bermula bulan Jun 2009 iaitu sebelum Ramadhan baru lah YB Rodziah turun mengadakan perbincangan dengan penduduk setempat, itu pun selepas diminta hadir bagi menyelesaikan isu ini. Pertemuan tersebut diwakili oleh Nazir lama dan Nazir baru masjid Fastabiqul Khayrat Batu Tiga serta wakil2 setempat.
Dalam pertemuan tersebut YB Rodziah telah mendedahkan 2 salinan asal mesyuarat Exco untuk rujukan iaitu yang dibuat oleh EXCO UMNO dulu dan EXCO PR. Disini saya jelaskan keputusan yang ada dalam mesyuarat EXCO.
1. EXCO BN = memutuskan Dewan dalam tanah perkuburan tersebut diroboh dan tanah tersebut dikembalikan semula kepada orang islam. Kos merobohkan dewan tersebut ditanggung oleh pihak Kubur Cina. (masih ada keputusan2 yang lain tetapi saya tak ingat, ini sahaja yang penting yang saya ingat)
2. EXCO PR = Memutuskan Dewan serta tanah tapak dewan diberikan kepada Pihak Kubur Cina. Kerajaan akan menggantikan tanah di kawasan lain kepada orang islam. Kalau tak silap saya di Putra Heights. Dengan asalan Tanah perkuburan Islam Bt 3 adalah hak kerajaan dan kerajaan berhak bagi kepada sesiapa lagi pun tanah tersebut masih belum diwartakan lagi.
Bersambung....
Sehingga bulan Disember 2009 dah masuk 5 bulan masih tidak dengar apa2 tentang isu ini. YB Rodziah masih diam seribu bahasa. Tuan Haji Khalid lagi lah diam tak tahu apa-apa. Justeru, penduduk setempat bercadang ingin membuat Demo didepan Tanah Perkuburan Islam Batu Tiga pada 1 Januari 2010 dan seterusnya menghantar Memorandum kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan supaya Tuanku Sultan campur tangan untuk selesaikan isu ini.
Ulasan:
Beberapa Fakta yang salah yang dibuat oleh Tuan Haji.
1.Masalah disedari apabila Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 memohon untuk menambah lot parking untuk dewan yang telah mereka bina di kawasan tersebut pada sekitar tahun 2006. Apabila memproses permohonan berkenaan pihak MPSJ telah mendapati bahawa dewan dan lebih kurang 68 jirat Cina telah termasuk di dalam kawasan perkuburan Islam.
Pembetulan Fakta:
Yang menyedari bahawa Jirat Cina ini masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Islam ialah Pihak Jawatankuasa Masjid Fastabiqul Khayrat. Pihak Masjid telah mengupah Juru Ukur Bertauliah untuk membuat kerja-kerja ukur sempadan dengan bayaran sebanyak hampir RM8,000 (Lapan Ribu Ringgit). Kerja-kerja ukur ini dibuat selepas Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 memohon untuk menambah lot parking untuk dewan yang mereka bina. Disini saya ingin jelaskan bahawa MPSJ langsung tidak terlibat dalam kerja-kerja yang dinyatakan oleh Tuan Haji. Tugas yang dibuat oleh MPSJ adalah menyita bangunan ini selepas mengetahui bangunan Dewan ini dibina Tanpa Kelulusan MPSJ (tiada plan & CF)
2.Hasil dari pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan maka telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perkuburan Cina Batu 3, supaya dewan berkenaan diroboh atau dipindah dan tapak berkenaan diserah kembali kepada masyarakat Islam sebagai kawasan tanah perkuburan mereka. Persetujuan ini telah tercapai melalui beberapa pertemuan seperti yang telah diadakan pada 2 Jun 2009 bersama AJK Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 dan pada 22 Disember 2009 bersama YB Ronnie Liu selaku Exco J/K Rumah Ibadat Bukan Islam.
Pembetulan Fakta:
Keputusan yang dicapai ini adalah keputusan yang dibuat oleh EXCO UMNO dulu. Oleh itu tidak benar Tuan Haji mengatakan keputusan ini dibuat oleh kerajaan PR. Kita tahu UMNO memang jahat, tetapi tidak salah kita mengakui sedikit kebaikan yang mereka lakukan.
Bersambung....
Pembetulan Fakta:
Maklumat yang diperolehi dari pejabat Tanah Daerah Petaling bahawa Fail untuk Tanah Perkuburan ini masih belum dibuka dan belum dibuat apa2 tindakan. Oleh apa rasionalnya kenyataan yang Tuan Haji buat ini?
Rumusan:
Dalam dunia siber sekarang ini semua wakil-wakil rakyat diingat jangan pandang remeh tahap pemikiran rakyat jelata. Sekarang ini semua maklumat dihujung jari.
Doa dan harapan saya sempena Tahun Baru 2010 untuk YB Tuan Haji Khalid dan YB Puan Rodziah Ismail agar YB berdua buat lah kerja betul2. Kami tahu YB sibuk dengan tugas masing2 sebagai MP dan ADUN tetapi pembantu-pembantu YB kena buat kerja. Jangan jadi penasihat yang salah. Nasihat yang selalu positif akan melekakan kita. Kita akan terus dibuai mimpi indah. Hakikatnya kita berada dalam kelmasan. Dekati rakyat setempat selami masalah dia orang. Jangan minta rakyat datang menyembah YB. Mana slogan YB masa mula2 dulu? Saya masih ingat lagi YB berdua kata jangan panggil kami berdua dengan panggilan "Yang Berhormat" panggilah dengan panggilan "Yang Berkhidmat". Sekarang mana khidmatnya.
Buat kerja dari sekarang, lagi 3 bulan genap 2 tahun YB menang sebagai wakil Rakyat kami. Doa harapan kami agar Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga terus kita kekalkan dalam PRU-13 nanti.. Insyaallah.
Note:
Nasihat saya jangan kuat sangat berpolitik nanti kita akan jadi pembohong.
Zul's blog carries the same way on how he has been writing those opinions!!
my guess only..