Skip to main content

Isu Memijak Poster Gambar Pengkhianat

Banyak yang telah diperhebohkan baru-baru ini berhubung persoalan tindakan DAP Perak yang meletakkan gambar 3 ‘katak’ diatas lantai laluan masuk ke dewan di mana mereka bersidang. Maka setiap perwakilan yang masuk akan memijak gambar-gambar berkenaan. Tindakan DAP Perak ini telah dikutuk dengan begitu hebat sekali oleh media arus perdana yang telah mengambarkan seolah-olah tindakan tersebut merupakan satu masalah nasional yang perlu di beri tumpuan dan kecaman oleh seluruh rakyat di negara ini. Mana-mana berita yang diberikan status muka depan sepatutnya hanya kerana ianya melibatkan kebanyakkan besar rakyat di sesebuah negara. Namun, begitulah ‘hebatnya’ kedudukan dan keadaan media perdana negara Malaysia, apa sahaja yang boleh memburukkan imej PR akan diberi penonjolan, seperti juga isu doa TGNA.

Sehubungan dengan dengan itu, ada yang telah mengambil pendekatan mengupas isu ini dari sudut 'peradaban'. Ada pula yang mengupasnya dari sudut perkauman. Walau apa jua pun kaedah yang digunakan, pokoknya DAP telah menerima kutukan yang begitu hebat sehingga mengeluarkan kenyataan memohon maaf. Ia turut menjelaskan bahawa tindakan berkenaan dibuat tanpa pengetahuan pimpinan.

Namun bagi saya, mungkin juga adalah lebih baik sekiranya perkara tersebut dapat dielakkan. Ini kerana ianya mungkin kurang bijak dan tidak bersesuaian dengan apa yang disifatkan sebagai ‘budaya ketimuran’. Walaubagaimanapun, ianya adalah isu kecil sekiranya dibandingkan dengan tindakan 3 ‘katak’ berkenaan. Adakah tindakan khianat bersesuaian dengan budaya ketimuran? Tidakkah sejarah telah mengajar kita di mana kerajaan Melaka jatuh hasil pengkhianatan seperti mana juga jatuhnya kerajaan Ming di tanah besar China. Bukankah kita juga sepatutnya menganggap pengkhianatan tersebut sebagai satu tindakan yang amat terkutuk? Pada saya, yang sepatutnya meminta maaf adalah 3 ‘katak’ tersebut dan juga mereka-mereka yang telah menggalakkannya.

Hakikatnya 3 ‘katak’ tersebut adalah pengkhianat. Jamaluddin, Osman dan Hee telah dipilih oleh rakyat negeri Perak yang berbilang kaum bukan di atas kekuatan diri mereka sendiri. Rakyat tidak pun mengenali mereka-mereka ini. Mereka hanya dikenali sebagai calon PR yang menentang calon BN. Rakyat memilih mereka kerana ingin menolak BN! Itu hakikatnya. Setelah dipilih rakyat demi menolak BN, tindakan mereka keluar PR, menjadi bebas dan bersekongkol dengan BN adalah merupakan satu pengkhianatan. Amalan khianat adalah jauh lebih terkutuk dan lebih tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran berbanding dengan memijak gambar.

Dalam pada itu, terdapat pula golongan yang menyatakan bahawa tindakan ini adalah tindakan perkauman! Ini adalah kerana orang Cina memijak gambar orang Melayu dengan tujuan menghina ketuanan Melayu! Jika kita mahu mengikut logik sebegini, maka pegawai polis yang berbangsa Cina tidak boleh menahan penjenayah Melayu dan polis Melayu tidak boleh menahan penjenayah Cina. Inilah akibatnya apabila otak itu telah dihinggap virus perkauman dan semua perkara dilihat dari sudut kaca mata perkauman.

Kesimpulannya gambar mereka ini telah dipijak bukan disebabkan mereka Melayu, ini kerana setahu saya Hee bukanlah Melayu! Gambar mereka ini dipijak oleh kerana mereka ini pengkhianat dan pengkhianat tidak akan kurang khianatnya - tidak kira Cina, India mahupun Melayu. Namun bagi bangsa UMNO; pengkhianat, perasuah, penyeleweng, penzalim, pembunuh, semuanya boleh sahaja dimaafkan sekira ianya menguntungkan UMNO. Begitulah betapa rosaknya pemikiran UMNO dan itulah sebabnya UMNO perlu dijatuhkan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

false said…
Bilalah agaknya wakit-wakil rakyat di Malaysia dapat diperkasakan? Masing-masing tidak mahu lepas daripada mencemuh satu sama lain, baik pembangkang mahupun sebaliknya. Alangkah baiknya untuk Malaysia sekiranya kesemua wakil rakyat sama ada pembangkang mahupun yang memegang kuasa, masing-masing belajar dan cuba menghayati dan menjiwai peranan, tanggungjawab dan kebertanggungjawapan seorang wakil rakyat. Saya rasa sudah sampai masanya setiap individu yang ingin menjadi wakil rakyat ditemudugakan dahulu oleh rakyat yang akan memilih mereka sebelum pilihan dijalankan. Buktikan keupayaan, kesanggupan, kemahiran, keikhlasan dsbg kepada rakyat yang akan memilih mereka.
UMNO SEJAK DULU LAGI PERLU DIJATUHKAN, CUMA MASIH KITA MASIH BELUM CUKUP SYARAT UNTUK JATUHKAN UMNO...
jokersland said…
Salam YB,

Saya setuju dengan pendapat yang di utarakan oleh YB. Saya juga mengutuk tindakan yang kurang matang oleh DAP. Saya juga mengkritik tindakan KM LGE yang tidak menunjukkan teladan yang baik sebagai KM.

Saya marasa hairan dan juga mengajukan soalan kepada penulis dan Professor tentang apa yang di tulis di media. Adakah ahli UMNO yang memanggil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kita sebagai 'natang' orang yang bertamadun. Bagi saya ia bercanggah dengan Rukunegara kita yang kedua iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Perkara sebegini adalah begitu biadap sekali.
pria malaya said…
Salam YB..

ada betul kata YB, mereka telah jadikan isu ini sebagai isu perkauman..

saya ada mengulasnya di sini..

-Isu pijak gambar dijadikan isu perkauman oleh blogger Umno!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/isu-pijak-gambar-dijadikan-isu.html
Anonymous said…
Yang member UMNO Penang pijak, koyak & bakar poster Koh Tsu Koon di depan camera TV , diperhati oleh rakyat itu apamacam..?? Member lagak macam dirasuk hantu atau dah tak bermoral & disaksi oleh rakyat , tak dipersoalkan?

Rakyat Budiman
Anonymous said…
Tuan YB..idea 16 september semacam sama dgn masalah Perak ni. Halal ke idea 16 september tersebut? Mungkin halal kot sbb ianya di taja oleh PR.

Pendapat ana tak betul sbb hakikatnya perkara tersebut jelas mengkianati rakyat yg mengundi calon BN tersebut.

Bersabarlah menunggu kemenangan ISLAM.Islam pasti menanng.

- Besi Tembaga
Anonymous said…
Agaknya besi tembaga ni orang umno kot..penulis upahan..

16 september tu HALAL. Kalau puak BN lompat PR sememangnya HALAL & tidak mengkianati rakyat..kan pencetus idea 16 september tu kan maksum!!..& parti YB Khalid Samad kan pemegang kunci syurga..UNDI PAS MASUK SYURGA.

Kalau wakil rakyat PR masuk BN tulah dia PENGKIANAT NEGARA, PENGKIANAT BANGSA, PENGKIANAT PENGKIANAT PENGKIANAT..

mana boleh wakil rakyat PR masuk BN..kalau besi tembaga tak percaya, tanya TGNA..
Tinta Hitam said…
Stail klasik UMNO yang dipusakai dari British.Pecah dan perintah.Ianya efektif 30-40 tahun dulu.Tetapi sekarang ini adakah ianya efektif lagi?

Saya perhatikan ianya kurang menyengat skg ni..
Anonymous said…
YB;

dalam perjuangan kita perlu konsisten, tak kena lah bila orang lain buat YB tuduh mereka sebagai pengkhianat..tapi bila projek September 16 anjuran pemimpin agung YB hampir-hampir terjadi, tak dengarlah pulak saya dengar YB bercakap bernada sedemikian..

maaf pada ana , kalau ana katakan pemimpin PAS sekarang ni hipokrit ..cakap tak serupa dengan apa yang dibuatnya..

Maaf ye YB!
Anonymous said…
Pendapat saya 16 Sept perlu kerana bila PR dapat kuasa, PR akan bebaskan semua badan2 kerajaan dari cengkaman BN spt SPRM, SPR, Polis dan sebagainya. Bila dah ok, PR akan adakan pilihanraya di atas padang yang sama rata. Selagi BN memerintah, agak sukar PR nak menang sebab BN boleh manipulasi badan2 kerajaan ni. Contohnya isu dakwat kuku... ingat tak? last2 minit dibatalkan masa PRU 12 dulu. PAdahal dakwat dah beli.

Template Blogger disini!
Latest Blogger Template
Anonymous said…
adakah dgn melompat parti ddipangil pengkhianat? adakah menerima pengkhianat dikatakan parti gila kuasa? kalau bergitu kenapa anwar nak buat cara melompat-lompat untuk mencapat cita2 16 sept...? kalau bergitu PR dan BN adalah sama.... politik sama bermain dalam lumpur tiada siapa yg bersih hanya dah renungkanlah HUKUM PAS HUKUM ISLAM ATAU HUKUM ISLAM HUKUM PAS adakah tidak sokong pas murtad.... ulama mana yang cakap.... sapa yg cakap.... nik aziz...... adakah cakap nik aziz cakap tok guru islam ... atau cakap seorang ahli politik yang mahukan kemenangan .... MMMMMMMMMM...... makin kabut dah kusut ........ tapi pikir lah manusia tak 100% betul lagi2 orang politik
Rashid said…
Dear Khaled,
What a stupid malay thinker you are??You know what...Chinese are more racist than the malay... I was born in Permatang Pauh, Penang...and since from the Gerakan control which has display the chinese chauvinist mentality and now under DAP is worst.... I hope someday you guys will realise the facts. If you want to be a superhero...go ahead with your stupid idea.....suka di puji ole kaum cina dan india????

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-