Skip to main content

Interview: Kotaraya Shah Alam sebagai Kota Islam Kontemporari

Sinar Harian (SH) : Sebagai Ahli Parlimen, apa tindakan YB (Yang Berhormat) untuk mengurangkan masalah rakyat di sekitar Bandar raya Shah Alam?

Khalid Samad: Yang pertama sekali, kita perlu memperkasakan kembali peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang dipilih sebagai wakil penduduk supaya rakyat di kawasan mereka dapat menyuarakan masalah dan aduan agar tindakan segera dapat diambil. Sebelum ini ramai yang tidak tahu mengenai peranan MPP dan masyarakat lebih gemar melontarkan masalah mereka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Namun pada masa ini, masyarakat telah mula sedar tentang peranan MPP dan ini memberi peluang kepada ADUN untuk menumpukan kepada dasar-dasar yang diperkenalkan Kerajaan Negeri manakala Ahli Parlimen dapat menumpukan perkara yang perlu dibangkitkan di peringkat Kerajaan Pusat.

SH : Jika dilihat, terdapat pelbagai masalah infrastruktur khususnya masalah berkaitan projek pembinaan jalan raya di Shah Alam. Bila jangkaan keseluruhan pembangunan jalan raya ini dapat disiapkan sepenuhnya?

Khalid Samad: Secara keseluruhan terdapat empat projek pembinaan dan baik pulih jalan raya sedang dijalankan sekitar Shah Alam. Setiap projek mempunyai jangka masa berlainan untuk disiapkan mengikut keluasan kawasannya. Antaranya projek naik taraf jalan raya di sekitar HICOM dijangka akan siap pada pertengahan 2011. Manakala bagi projek Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), projek naik taraf jalan raya di TTDI dan pembinaan jambatan di Sungai Rasah juga dijangka siap pada tahun yang sama.

SH : Seperti yang kita tahu, penduduk di Shah Alam terpaksa ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan tetapi pada masa yang sama hospital berkenaan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai dalam satu masa. Jadi, adakah terdapat sebarang perancangan untuk membina hospital kerajaan di Shah Alam demi kepentingan penduduk di sini umumnya?

Khalid Samad: Ya, saya akui mengenai situasi itu dan kita sedang membangunkan sebuah hospital kerajaan bertempat di Seksyen 7, Shah Alam supaya kesesakan di Hospital Klang dapat dikurangkan. Projek pembinaan hospital ini telah dimulakan selepas tiga bulan saya dilantik menjadi Ahli Parlimen dan pembinaannya telah menelan belanja kira-kira RM400 juta. Ia dijangka siap dalam masa tiga tahun dari tarikh pembinaannya. Projek pembinaan yang sedang dibangunkan di Shah Alam memang sentiasa dipantau dan saya juga akan adakan lawatan dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan projek-projek berkenaan terutamanya pembinaan hospital ini.

SH : YB setakat ini, bagaimana perkembangan isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23?

Khalid Samad: Beberapa siri perbincangan bersama penduduk di Seksyen 23 dan wakil kuil telah diadakan dan mereka bersetuju untuk memindahkan kuil berkenaan di sebuah tapak bersebelahan sebuah kilang di Seksyen 23 kira-kira 400 meter dari kawasan perumahan. Tapak itu merupakan cadangan dari salah seorang penduduk ketika perbincangan diadakan dan kini hanya menunggu kaedah untuk memindahkan kuil berkenaan. Kita beri tempoh dua bulan kepada wakil kuil untuk pindahkan kuil sedia ada ke tapak berkenaan sementara menunggu pembinaan kuil baru disiapkan. Sekiranya mereka bersetuju dengan cara itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) boleh ambil alih semula tapak kuil di Seksyen 19 dan teruskan perancangan yang dijadualkan.

SH : Adakah sebarang peruntukan diterima untuk tujuan pembangunan di Shah Alam pada tahun hadapan?

Khalid Samad: Peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Pusat adalah sangat terhad jika hendak dibandingkan dengan jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Selangor. Untuk tujuan pembangunan di Shah Alam, tiada peruntukan khusus diterima. Namun, saya difahamkan Kerajaan Negeri mempunyai strategi untuk membangunkan negeri ini khususnya melalui rancangan pembaharuan bandar-bandar lama yang berpotensi untuk dibangunkan dan memberi pulangan lumayan kepada rakyat.

SH : Sebagai Ahli Parlimen, apakah antara isu yang telah YB bangkitkan pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen?

Khalid Samad : Sebagai seorang wakil yang mewakili suara-suara rakyat, beberapa perkara seperti isu kenaikan harga petrol, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kemelut Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta bajet turut saya bangkitkan dalam sidang dewan.

Perkara ini menjadi perhatian saya kerana PArlimen Shah Alam merupakan sebuah bandaraya yang besar dan pesat membangun, namun di dalamnya masih terdapat rakyat yang kurang berkemampuan terutamanya apabila berlaku peningkatan mendadak kerana ia akan membebankan mereka.

Suara-suara kecil ini saya kumpulkan, dan saya sebagai wakil menyuarakan perkara-perkara ini di Parlimen supaya dapat pertimbangan di pihak Kerajaan Pusat.

SH : Akhir sekali, boleh YB ceritakan secara ringkas mengenai visi dan matlamat untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya membangun dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri?

Khalid Samad: Shah Alam perlu ada imej tersendiri iaitu sebagai kotaraya Islam yang membangun dengan adanya Masjid Negeri, pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muzium Islam dan sebagainya. Tetapi imej ini adalah imej kotaraya Islam kosmopolitan dimana terdapat kebebasan bagi agama lain. Pada pandangan saya, sebagai Ahli Parlimen atau ADUN bukan hanya perlu menumpukan kepada aspek duniawi tetapi juga perlu menekankan unsur keagamaan.

Artikel ihsan Sinar Harian
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
How dare you, to regard in deceitful Al-Qaeda/Talebanized way and attitude as if dynamically multicultural Malaysia belongs to PAS and the Muslims?! Be modern and civilized by having respect for God, other religion and humanity, and justice!

Happy Christmas!

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany.
matdeboq said…
Salam,
Kalau keluar dari Mulut DAP parti socialist ia ini sebarang kenyataan dari pemimpin mereka yang menyerang kaum Orang Melayu dan Islam .Ia sudah pasti tidak di anggap Racist.

Tapi kalau ia nya datang dari pemimpin Melayu, baik nya dari PAS, PKR apatah lagi UMNO .Pasti sudah akan di label Racist dan media massa tertentu pun memainkan kenyataan itu, akan di putar dan di Spin seadanya dgn pelbagai cara demi konon pemimpin tersebut Racist...!!

Tapi kalau Kaum bukan Melayu membuat kenyataan yang menyinggung perasaan Melayu Islam dan periBumi lain. DAP dan media massa tersebut terutama nya-Malaysiakini akan menganngapnya bukan racist malah mengangkat kenyataan sedemikian sebagai hak mereka bersuara.

Yang menyedihkan lagi ada puak2 Melayu pun menyokong kenyataan2 yang berbaur anti -Islam, Melayu dan peribumi itu. Konon nya demi hak bebas bersuara dan demi semua untok Malaysian's Malaysia.

Kalau DAP seta MalaysiaKini keluar kenyataan Tak Racist.

Tapi bila pemimpin Orang Melayu dan media massa yang berkecuali sekali pun. Maka pasti sudah mereka akan di anggap Racist. Walaupun hanya sekadar menyatakan sesuatu yang Hak dan lagi demi sifat membela yng tertindas...!!
hanizam said…
Khalid Samad: Ya, saya akui mengenai situasi itu dan kita sedang membangunkan sebuah hospital kerajaan bertempat di Seksyen 7, Shah Alam supaya kesesakan di Hospital Klang dapat dikurangkan. Projek pembinaan hospital ini telah dimulakan selepas tiga bulan saya dilantik menjadi Ahli Parlimen dan pembinaannya telah menelan belanja kira-kira RM400 juta. Ia dijangka siap dalam masa tiga tahun dari tarikh pembinaannya. Projek pembinaan yang sedang dibangunkan di Shah Alam memang sentiasa dipantau dan saya juga akan adakan lawatan dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan projek-projek berkenaan terutamanya pembinaan hospital ini.


kelakarlah ape yang YB cakap...hospital tu federal yang buat, takan nak mengaku PAS yang buat kot???

satu lagi, hospital tu dah dirancang dari zaman BN lagi, janganlah kata sebab YB menang, hospital tu dibina...jangan kencingkan rakyatlah YB....

sana kencing...sini kencing...bila masa YB pantau projek tu??? asyik kencingkan rakyat, takan ada masa nak pantau projek Federal....aku pasti, kalau dah siap nanti, YB akan mengaku hospital tu dibina atas inisiatif YB...kelakarlah....
hafizzuddin said…
SALAM YB,

PEDULIKAN DENGAN MEREKA YANG DENGKI DENGAN KEJAYAAN KITA, TERUSKAN USAHA MEMBANGUNKAN SELANGOR SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.KAMI SENTIASA BERSAMA YB!
Anonymous said…
hanizam:aku x nampak pown sebarang ayat yang memberitahu kau YB dan PAS yang buat hospital tuh.yang YB maksudkan YB akui situasi yang kritikal ekoran x banyak tempat yang boleh menempatkan pesakit...Dah projek tu dibangunkan di Shah Alam memang lah die kene pantau..kawasan die sendiri..itu bermakne YB x goyang kaki jer macam sesetengah pemimpin BN yang terdahulu..makan gaji buta jerr
Anonymous said…
Orang Selangor dah mula boring dengan Pas.Khalid Samad kaki temberang,SEKARANG racial politik dah bermula.he he he
Anonymous said…
To Anonymus:
Stop making accusations to other people as if what your saying is right.

People who have respect for God in any 'way of life' will never live against 'the way of life' that God have proposed to mankind.

Maybe people with low levels of IQ and SQ will never see that this makes sense.

Did you know that Christmas on 25 December ain't part of Christianity? No! That's why I recommend that you go and study first before coming to a conclusion of whats right and whats wrong.

May Allah open your heart to receive the absolute truth, the One-ness of Allah Almighty & that Jesus(Isa) p.b.u.h. is His prophet.

Fakhrurazi Zainal Abidin
Islam is my religion

Malaysia
Anonymous said…
Buat Norhalim,
Tiada siapa yang dengki kan dengan kejayaan parti yang saudara sokong. Ingat kekuasaan dari Allah dan bila2 masa Allah akan tarik balik seperti yang berlaku pada BN dalm PRU 12 yang lalu. Cuma, kiranya berjuang dengan menggunakan nama Islam, tolong sikit perjuangkan Islam dengan sebenar-benarnya. Tiada tolenransi dengan anasir2 dan perkara-perkara yang mencemarkan Islam. Oh ya YB, oleh kerana YB mengamalkan Islam Moderate, jangan pula sampai arak dibenarkan penjualan di kawasan yang berhampiran masjid pulak. Selamat Berkhidmat ( tak tahu lah sampai bila, hanya Allah yang mengetahui)
hanizam said…
anon, 10.59am....

ni aku saje kasi paste ape yang mamat ni cakap pasal hospital tu....

Khalid Samad: Ya, saya akui mengenai situasi itu dan kita sedang membangunkan sebuah hospital kerajaan bertempat di Seksyen 7, Shah Alam supaya kesesakan di Hospital Klang dapat dikurangkan. Projek pembinaan hospital ini telah dimulakan selepas tiga bulan saya dilantik menjadi Ahli Parlimen dan pembinaannya telah menelan belanja kira-kira RM400 juta. Ia dijangka siap dalam masa tiga tahun dari tarikh pembinaannya. Projek pembinaan yang sedang dibangunkan di Shah Alam memang sentiasa dipantau dan saya juga akan adakan lawatan dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan projek-projek berkenaan terutamanya pembinaan hospital ini.

mamat ni cakap "KITA"...kita tu sape??? bukankah dia mengaku selepas 3 bulan PRU 12, PAS @ dia menang, shah alam ada hospital kerajaan...kononnya dalam interview tu, dia gambarkan kononya PAS @ PR yang buat hospital tu....

setahu aku, sebelum PRU 12, federal memang dah nak bina hospital tu...tak kiralah BN pegang @ sebaliknya, ape saje pembangunan yang BN buat, PR @ pembangkang akan mengaku tulah pembangunan yang dorang buat....

tang kononnya mamat ni pantau...bila masa dia pantau progress projek tu???setakat dekat nak siap, baru tunjuk muka, baik tak payah...

kalau nak pantau, buat pemantauan tu untuk selesaikan isu di seksyen 23 yang masih tak selesai...
pantaulah beberapa isu panas yang mamat ni serta YB batu 3 dok canang-canang hingga buat orang naik marah...selesaikan ape yang YB-YB ni dah mulakan...

pantau skit jalan kat persiaran dato' menteri yang dah 2 kali turap...apesal masih berlubang lagi??? tak cukup budjet ke???takan sampai sultan nak lalu baru nak turap??? dia dok sibuk berceramah, maner ada masa nak pantau benda-benda ni....

setakat pencacai dia buat report, kata semua ok, aku pun boleh buat...
Anonymous said…
Yang ko perasan federal govt tu bn punya ape pasal pulak. Ini duit rakyat bukannya duit bn. Kelakar orang2 bn ni, enjin jet yang hilang tu bn nak ganti ke?.
Anonymous said…
Khalid Samad: Shah Alam perlu ada imej tersendiri iaitu sebagai kotaraya Islam yang membangun dengan adanya Masjid Negeri, pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muzium Islam dan sebagainya. Tetapi imej ini adalah imej kotaraya Islam kosmopolitan dimana terdapat kebebasan bagi agama lain.

Bukankah semua ni dah ada sebelum PR memerintah.. Kalau ikut kenyataan ini kerajaan sebelum ini mmg telah mewujudkan kotaraya Islam kosmopolitan.
hanizam said…
anon 10.10pm...

macam yang aku cakap sebelum ni, ape saje pembangunan yang BN buat dulu, bila PR perintah, PR akan mengaku semua tu PR yang buat....masa BN perintah,dicaci kononnya pembaziran...bila dah siap, dapat perintah, lain lak kisahnya...

contoh terbaik PR kata pembaziran ialah pembinaan PUTRAJAYA...
sekarang ni sape yang terhegeh-hegeh nak duduk sangat kat Putrajaya tu??? dulu sape yang kata nak lelong Putrajaya tu???
pada aku semuanya KENCING BELAKA...

politik ni umpama main bola, saoe yang pandai susun strategi, dialah pemenangnya...
hanizam said…
Jangan mimpilah Shah Alam sebagai kota islam komtemporari...
sebabnya, kat i-city di seksyen 7, akan tumbuh rumah maksiat khas untuk merosakkan umat islam khususnya golongan muda mudi...

maner taknya, dicadangkan ada taman tema dan yang best tu, ada pusat karaoke...siap ada GRO..dah tentunya lepas tu pelacuran akan tumbuh gak...minum air setan tu tentu tak dapat dipantau lagi.....

ada surat dah tersebar mengenai permohonan pemaju i-city yang telah dihantar untuk kelulusan kerajaan negeri tentang ape yang dicadang tadi dalam internet....kalau diluluskan, hilang status Bandaraya Shah Alam yang dulunya tiada tempat untuk bersosial dan merosakkan anak bangsa melayu, tetapi bila PR ambil alih, telah merosakkan segalanya....
Anonymous said…
alah anon,nak ckap pasal pantau kuil seksyen 23 lah itu lah ini lah,mase keerajaan bn perintah selangor dulu pown da ade isu kuil nih, x yah nak cakap kerajaan pr x pantau...kerajaaan bn dulu cukup membuat kan kerajaan pr pening kepale ekoran sisa sisa tugasan(najis) yang ditinggalkan kerajaan bn dulu...
len kali selidik sedalam dalam dulu lar..x yah nak tembak jerr..


pasal jalan berlubang ...weyh anon x yah cakap lah. bukan
jalan kat persiaran dato' menteri
je yang berlubang,kawasan yang maner bn memerintah pown jalan berlubang gak...balik selidik dulu jalan maner yang berlubang..okeyy??ko kate maner peruntukan ??ko ingat kerajaan pr macam kerajaan bn ker?rahsuah sane rahsuah sini..silap silap belum kerajaan pr nak rahsuah orang SPR da cekup da dulu..isy isy isy

(setahu aku, sebelum PRU 12, federal memang dah nak bina hospital tu...tak kiralah BN pegang @ sebaliknya, ape saje pembangunan yang BN buat, PR @ pembangkang akan mengaku tulah pembangunan yang dorang buat)....<weyh anon..kerajaan pr yang menyelesaikan masalah pembangunan kat selangor nih tau..kerajaan bn pakai tinggal jer projek tuh...ko ingat selangor dulu x teruk ker?di bawah pmerintahan Dato Khir Toyo??

Akhir kate , anon,selidik dulu anda punyer ayat,okeyy??
Anonymous said…
mana ko blaja buat islam kontemporary?? suke2 ko jee nak ubah itu ini....

sudah laa ghentikan buat ajaran sesat tu..... klau ko dah sesat tu jgn laa libatkan umat islam yg lain plak....

dah laaa ikut telunjuk kepala lutut komunis dap tu... hishh... bwk2 laa bertaubat....
Anonymous said…
assalammualaikum
kalau x paham Islam toksah citer apa yg khalid samad buat..
Kalau orang dpt hidayah Allah taala pasti kenyataan Khalid Samad itu betul. Nak tau apa orang UMNO wat.. Depa hanya kuasai kerajaan dan gila pangkat ajer...nak kroni UMNO jer pilih.. group PAS x mau pilih.. so berfikirlah. Rezeki Allah beri jadi puak UMNO kena berusaha lebih jgn pertikaikan cara Org PAS wat kejer..
Kita sekarang ni dihina oleh bangsa lain seperti orang Putih.. Apa dok bangga sedangkan yg terkaya adalah Orang India..so berusahalah.
Teruskan Khalid Samad. Semoga Allah merahmati anda...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan