Institusi pentadbiran negara seperti institusi kehakiman, keagamaan dan Kesultanan Melayu di Negara ini tidak seharusnya disalahgunakan untuk kepentingan politik hingga menggugat kebenaran dan keyakinan rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, tindakan itu dilakukan Umno apabila mereka gagal mengalahkan Pakatan Rakyat (PR) sekali gus menggunakan segala pendekatan yang ada untuk mencapai matlamat tersebut.
Menurutnya, akibat tindakan itu kebanyakan institusi pentadbiran Negara rosak dan menyimpang daripada matlamat sebenar.
“Insititusi kehakiman rosak kerana Umno, institusi keagamaan, Jais rosak kerana Umno. Nak buat baik kena ada tauliah. Tak boleh mengajar agama, tak boleh cakap pasal agama kalau tak ada tauliah,” katanya.
Sehubungan itu, Khalid berkata beliau berhasrat menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah untuk menyuarakan beberapa isu supaya Institusi Kesultanan Melayu di negeri Selangor dapat dipertahankan dan tidak dilibatkan dalam politik.
Khalid berkata, Umno juga sering memainkan isu perkauman bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Beliau sebaliknya menjelaskan PR mempunyai matlamat perjuangan murni memenuhi kehendak rakyat dalam membentuk keamanan.
“Kita dengan DAP dengan PKR, kita boleh kerjasama. Kita tak setuju rasuah kerana zalim. Kita tak setuju penyelewengan. Kita tidak setuju undang-undang yang menzalimi rakyat jelata,” katanya.
Khalid juga meminta supaya rakyat negeri Selangor lebih bijak dalam membuat keputusan dan tidak terpengaruh semata-mata dengan pengaruh media yang sentiasa menyimpang daripada kisah sebenar.
Berita dan Video merupakan ihsan TVSelangor
-Pejabat YB Khalid-
Comments
Kenapa perlu di salahkan UMNO..tak ada alasan lain ke nak bagi..
Muak dah pakcik dengar. Setiap isu yang di mainkan oleh media adalah daripada PR sendiri.
Kenapa harakah boleh menghentam kerajaan persekutuan tapi bila media perdana baru menunjukkan kesilapan PR YB nak melenting?
Contoh soal mempertikaikan jumlah peruntukkan masjid oleh DAP. Bila keluar dlm media perdana, di salahkan UMNO. Di katakan UMNO sengaja memainkan api perkauman.
Masalah sekarang ni, apakah dengan mempertikaikan jumlah masjid maka kita kena berdiam diri? mana pergi hulubalang & laksmana PAS sebelum ini?
Kecut ke?
Kenapa YB nak pergi jumpa Al Sultan setelah ditegur? Nak bagitau Al Sultan yg UMNO ni jahat & zalim?
Institusi rosak sebab UMNO? Siapa yg memerintah Selangor sekarang?
Jangan baling batu sorok tangan YB. Nanti makan diri. Pakcik dah tua dah. Pakcik takut akibat gila kuasa, PAS akan hancur. Jika PAS hancur masa tu dah terlambat nak cari kambing hitam..
Informer aku yang hadir didalam perjumpaan tersebut menyatakan ramai penduduk yang hadir tidak berpuas hati dengan penjelasan dua jaguh kuil ini didalam isu penentuan tapak kuil di kawasan tersebut. Apa nak di hairankan, Khalid Samad dan juga Rodziah lah yang menjadi punca kemelut isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam tak lama dulu.
Khalid Samad dan jugak Rodziah ni sebenarnya bukan penyelesai masalah tetapi lebih kepada penimbul masalah kepada masyarakat melayu dan Islam di Selangor. Sebab tu lah kepala lembu diusung kehadapan bangunan SUK Selangor tak lama dulu sebagai simbolik kepada kebebalan kepala hotak dua ekor YB ni.
Perjumpaan diantara Khalid Samad, Rodziah serta penduduk kawasan ini dipenuhi dengan ucapan putar belit Khalid tentang percanggahan penentuan sebenar tapak kuil di kawasan tersebut. Rodziah pula hanya bertindak sebagai moral supporter dan "pom-pom girl" kepada Khalid Samad.
Rata-rata penduduk beragama Hindu dikawasan tersebut mahukan kuil itu kekal ditempat asal yang berkeluasan 10'000 kaki persegi manakala pihak kerajaan negeri pula mahukan kuil tersebut dipindahkan ke kawasan parking kereta berdekatan kawasan Flat penduduk yang seluas 4000 kps.
Khalid Samad nyata tidak dapat memberikan penerangan yang memuaskan hati penduduk apabila dilihat seperti sengaja lari dari tanggung jawab dengan menyalahkan kerajaan barisan Nasional terdahulu. Khalid menyatakan bahawa kerajaan PR kini lebih adil berbanding di bawah pentadbiran Khir Toyo tetapi dia lupa bahawa kemelut kuil di Seksyen 23 masih belum menemui jalan penyelesaian.
Khalid menjelaskan bahawa satu bancian dan juga soal selidik akan dilakukan dari rumah ke rumah bagi mendapatkan pandangan serta undi dari penduduk Flat Perumahan Kos Rendah Sungai Rasau berkenaan dengan pembinaan kuil berhampiran Flat mereka.
Keadaan menjadi lebih hangat apabila seorang penduduk melayu/Islam bangun untuk berhujah bahawa mengapa Khalid dan Rodziah sebagai wakil rakyat yang dilantik dan juga merupakan merupakan exco kerajaan negeri Selangor, tidak dapat menyelesaikan masalah tapak kuil ini dan juga hanya mengharapkan keputusan serta undian dari setiap penduduk.
sambung..
Bukankah pihak berkuasa negeri dan juga pemaju diberikan kuasa untuk menyelesaikan masalah tapak kuil itu? Jadi mengapakah penduduk yang diharapkan untuk membuat keputusan dan dibebankan masalah pembinaan tapak baru berdekatan kediaman sendiri? Apakah ini jalan selamat bagi Khalid dan juga Rodziah supaya mereka terlepas dari sebarang tanggung jawab apabila timbul pertikaian di kemudian hari?
Hujah tersebut mendapat respon yang amat baik dari semua bangsa dikalangan penduduk yang hadir melalui tepukan gemuruh dan juga cercaan penduduk terhadap Khalid dan juga Rodziah.
Lebih menarik lagi, penduduk-penduduk Flat Sungai Rasau mengatakan bahawa mereka bukan berpelajaran tinggi seperti Khalid dan Rodziah tetapi mereka tidaklah bodoh untuk membezakan antara yang lurus dan juga yang bengkok. Khalid dilihat menjadi tak keruan dan cuba mengelak dari menjawab hujahan penduduk yang semakin keras dan bertimpa-timpa.
Rodziah cuba bangun menyelamatkan keadaan dengan memberikan alasan bahawa jika cadangan untuk memindahkan kuil ke kawasan parking penduduk di Flat berkenaan diterima sebulat suara oleh penduduk, ia akan memudahkan pembinaan kuil baru kerana kawasan flat berkenaan adalah dibawah kuasa MBSA. Tetapi agak sukar untuk diluluskan jika penduduk mahukan kuil tersebut kekal ditempat yang sedia ada sekarang.
Jawapan kurang matang Rodziah ini telah membangkitkan kemarahan penduduk yang tak mahukan kawasan parking berdekatan kediaman mereka di bina kuil. Jelas disini bahawa Rodziah dan Khalid bersikap ingin "cuci tangan" didalam menyelesaikan masalah penduduk tanpa mengira sentimen dan juga keselesaan hidup masyarakat setempat.
Inilah yang berlaku kepada penduduk-penduduk di Seksyen 23 yang terpaksa menghadapi karenah tak bertanggung jawab kedua-dua wakil rakyat "lembu" ini. Tahniah kepada rakyat negeri Selangor kerana memilih manusia-manusia bengap ini menjadi wakil kepada mereka.Tahniah juga kepada pengundi-pengundi melayu di Selangor kerana menjulang jaguh kuil ke kerusi pentadbiran negeri.
Semoga kuil terus bertambah di negeri Selangor seperti saranan Nga Kor Ming yang mahukan lebih tumpuan kepada pengukuhan tempat beribadat bukan Islam. Nyata Khalid Samad dan juga Rodziah telah menepati KPI dari kafir DAP didalam corak pengurusan pentadbiran.
Sebenarnya bukan terhad kepada institusi yang YB sebut saja, banyak lagi kementerian dan jabatan yang diperkudakan untuk kepentingan UMNO terutamanya menjelang pilihanraya. Intitusi kerajaan(sebenarnya intitusi hak rakyat) dianggap sebagai intitusi UMNO.Sebab tu lah sering kedengaran idea dangkal yang mengatakan "jika makan gaji dengan kerajan, kena sokong kerajaan yang bagi gaji kepada kita". Sampai gaji kakitangan kerajaan pun dianggap milik UMNO. Tak ke haru namanya.