Skip to main content

Facebook 5000 Friends Limit

Baru sebentar tadi pihak kami menyedari bahawa akaun Facebook YB Khalid Samad telah mencecah jumlah maksimum sebanyak 5000 orang. Sehubungan dengan itu, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi sahabat FB beliau selama ini. Pada masa yang sama, beliau juga ingin memohon maaf kepada mana-mana “Friend Requests” yang tidak dapat dipenuhi mulai hari ini.

Oleh yang demikian, pihak kami telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan Facebook Page untuk YB Khalid yang boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435, atau klik badge di bawah. Dengan adanya Page ini, YB Khalid berharap akan dapat berhubung dan berkenal dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang. Jumpa di sana!!

We have just realised that YB Khalid’s Facebook account has reached the 5000 friends limit. Therefore, he wishes to thank all his FB friends. At the same time, he would to apologise to all the “Friend Requests” that can’t be approved from today.

Hence to overcome this, we have created a Facebook Page for YB Khalid at http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435, or click on the badge above. With this page, YB Khalid hopes that he will be able to connect and befriend with many more in the future. See you there!!

Terima kasih & Many thanks
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

assheikh said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
sabar jer lah YB.

Allah nak berikan yg lebih baik.

Assheikh,

Ko kate tak ilang???

Ko yg curik ye!

Ciss bedebah! kesian mak ko dapat anak cam ko. hiks...
assheikh said…
saya beri komen tu dalam blog lain..
tak tau pula macam mana boleh keluar dalam blog yb ni..
apapun saya delete komen di atas untuk mengelak prasangka buruk orang terhadap yb..
Anonymous said…
mcm artis plak yb nieh..yb nieh gila glamer kan hahahah
Anonymous said…
Glamer lagi maskot orang utan albino pakai spek tunjuk simbol satu. Boleh diakses dengan capaian laman web.
Anonymous said…
pak khalid skang goyang..pas tenagh pikir nak kasik tindakan ape kat pak khalid nieh..nampaknya doa tgna kena balik kat pas..pas dlm kekalutan skang niehh
Anonymous said…
Paling glamer maskot orang utan albino menadah tangan sambil buat muka budu,konon2 sedih la tu. Boleh juga diakses dengan capaian laman web.
Anonymous said…
You can create a fan page which does not have the limit on membership.
Anonymous said…
PAS TIDAK TAKUUT DALAM SEGALA KECAMAN YANG DILEMPAR!!!TERUTAMA YB KHALID!!! BERDIRI TEGUH DAN TETAP!!DIBELAKANG TGNA.....

sYABAS yb...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan