Skip to main content

Doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Media memainkan isu doa Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) seolah-olah beliau telah melakukan satu kesalahan besar kerana membaca doa memohon Allah memusnahkan masa depan politik Perdana Menteri dan parti yang dipimpin beliau, iaitu UMNO. Sepertimana biasa, mereka memberikan gambaran seolah-olah TGNA telah menyeleweng dari prinsip Islam kerana mendoakan kehancuran seorang saudara seagama. “Bukankah Islam mengajar kita bahawa kita bersaudara? Tidak mungkin kita boleh mendoakan kemusnahan saudara seagama! TGNA sah sudah sesat dan tersasau!” kata mereka dengan megah dan bangga, yakin dengan kebenaran hujjah mereka.

Bagi yang tidak memahami, mereka akan terus melenting dan menempelak TGNA. Tetapi, apa yang dilakukan TGNA adalah satu usaha menetang kezaliman dalam bentuk yang paling minima. Doa beliau bukan tidak berasas. Ianya bukan timbul tanpa sebab, secara tiba-tiba mengikut 'mood', bangun pagi dan seterusnya menyatakan bahawa hari ini hendak doakan kemusnahan Najib!

Hakikatnya, doa ini adalah hasil dari dasar menganak-tirikan Kelantan dan rakyatnya secara berterusan semenjak mulanya Kelantan diperintah PAS. Kemuncak ketidak-adilan adalah apabila kerajaan pusat menzahirkan niat busuk mereka bagi menafikan hak rakyat Kelantan dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang berhubung hak milik Negeri. Begitu terdesak kerajaan BN sehingga menggunakan Ordinan Darurat 1969 yang mentakrifkan perairan Negeri hanya sehingga 3.3 batu nautika dari kedudukan air surut. Hasil dari pentakrifan baru ini, maka yang lebih dari 3.3 nautika adalah milik Negara bukan Negeri dan dengan itu tiada royalti yang perlu dibayar. Hujjah ini dikemukakan oleh BN untuk mempertahankan tindakan mereka menafikan royalti minyak kepada Negeri Kelantan.

Islam memandang berat persoalan keadilan. Keadilan adalah di antara matlamat disebalik Allah mengutuskan para Rasul seperti yang dijelaskan Allah dalam Al-Quran ayat 25 Surah Al-Hadid yang bermaksud :
“Telah Kami utuskan Rasul-rasul kami bersama bukti-bukti yang nyata dan menurunkan bersama mereka Al-Kitab dan Al-Miizan (Neraca) supaya manusia boleh menegakkan keadilan....”
Allah turut berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman berdiri tegaklah kamu, kerana Allah, sebagai saksi akan keadilan...”
Dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman, sebuah Hadith yang masyhur juga telah menyebut,
“Sesiapa menyaksikan dari kalangan kamu kemungkaran, hendaklah dia mengubahkannya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.
Dalam soal ini, apa yang dipertikaikan adalah, adakah wajar kita mendoakan kemusnahan seorang saudara seagama yang sedang menzalimi kita? Hakikatnya, Islam meletakkan keadilan itu mengatasi persaudaraan sebangsa dan juga seagama.

Mempertahankan kezaliman yang dilakukan seseorang yang sekaum hanya kerana dia ini berasal dari kaum yang sama telah dikutuk oleh Rasulullah (SAW) sebagai amalan 'Assaabiyah'. Assaabiyah ditolak Islam sehingga bersabda Rasulullah,
“Bukan dari ku orang yang menyeru kepada assaabiyah.....”
Begitu juga dalam soal seagama dimana tanggung jawab seseorang Muslim terhadap Muslim lain yang sedang melakukan kezaliman adalah menghalang saudara seagamanya dari melakukan kezaliman itu, bukan berdiam diri dan redha dengan kezaliman kerana si penzalim itu adalah saudara seagamanya!

Malahan terdapat ayat di dalam Al-Quran di mana Allah memerintah untuk memerangi orang beriman yang ingin bertindak zalim seperti ayat 9 Surah Al-Hujurat yang bermaksud:
“Dan kalau ada dua golongan dari orang beriman berperang-perangan, hendaklah kamu mendamaikan keduanya! Tetapi kalau yang satu (ingin terus) menginaya yang satu lagi, perangilah yang menginaya sehingga dia taat kepada perintah Allah. Sekiranya sudah taat kembali, damaikanlah keduanya dengan adil dan hendaklah kamu bertindak secara saksama. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersikap saksama.”
Jika diteliti ayat berkenaan, maka tidak sahaja diperintahkan untuk mendiamkan diri atau sekadar mendoakan 'golongan beriman' yang menginaya supaya insaf dan menjadi baik. Dalam ayat ini, Allah turut memerintahkan agar memerangi mereka! Perintah sebegini adalah bertujuan supaya penganiayaan itu dihentikan dan saudara seagama itu diselamatkan dari melakukan penginayaan.

Maka jika dilihat dari sudut ini, apalah sangat sebenarnya doa 'memusnahkan' ini, berbanding memerangi sehingga ditundukkan golongan yang menginaya? Sebenarnya inilah masalahnya, kadang-kadang orang Islam sendiri terpengaruh dengan ajaran agama lain. Islam tidak menganjurkan dasar, “berikan pipi kiri selepas pipi kanan ditampar”. Samalah seperti fahaman “agama suku, politik suku”.

Sepatutnya semua berusaha untuk menentukan kerajaan Pusat mengakui hak Negeri dan tidak terus menzalimi Kelantan, bukan membela tindakan kerajaan Pusat. TGNA mendoakan supaya Allah memusnahkan mereka sekiranya mereka ingin terus menafikan hak Negeri Kelantan dan rakyatnya. Sekiranya ingin mengelak dari kesan buruk doa tersebut, maka bertindak adil dan iktiraf hak milik Negeri!

Ada pula yang membawa hujjah, Rasulullah (SAW) dizalimi semasa ke Taif, dilontar batu dan diusir bagaikan manusia terhina. Namun Rasulullah (SAW) tidak meminta Jibrail (AS) memusnahan bandar Taif dan penduduknya apabila didatangi dan ditanya Jibrail. Mereka berkata TGNA sepatutnya bersikap seperti Baginda (SAW) dan tidak mendoakan kemusnahan Perdana Menteri lain.

Dalam kes Taif, yang dizalimi dan disakiti adalah peribadi Rasulullah (SAW) sendiri. Maka dalam isu ini, ianya bukan kesalahan dan kezaliman ke atas peribadi TGNA sendiri. Ianya di lakukan ke atas seluruh rakyat Negeri Kelantan yang mana ianya tidak akan mampu dimaafkan oleh mana-mana Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun. Keduanya, semasa peristiwa Taif, ianya terhenti apabila Rasulullah meninggalkan Taif. Rasulullah didatangi Jibrail selepas peristiwa kezaliman itu selesai. Dalam isu ini, ianya kezaliman yang diteruskan ke atas seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Assalamulaikum YB,
Terlebih dahulu, tahniah kerana berjaya mengulas isu kelantan dengan baik dalam Hujjah selasa lepas.
Betul YB, mereka asyik memanipulasi doa TGNA, untuk menenggelamkan kezaliman mereka menafikan hak orang lain. Sebenarnya wang ehsan tu tidak lebih daripada wang modal bagi menjatuhkan PAS dalam PRU 13nanti. Itu je.
Anonymous said…
YB,
Ada betul ke cerita saya dengar pasal UMNO nak dedahkan skandal seks yg melibatkan pemimpin tertinggi PAS?

Apa yg saya dengar soksek soksek orang dlm PAS sendiri kata orgnya adalah bekas MB drp PR?
orang kertas said…
hujah mudah faham dalam entri yb ini adalah satu daripada punca mengapa jais tarik balik tauliah. itulah hebatnya jais....
hj jamaludin said…
bISMILAH hIR rAHMAN nIR rAHIM
YB Khalid cupasan mu terlalu panjang berjela .Tapi kira ok lah bagi orang ingin membaca.
Kita ambil simple rumusan ,suruh TG Nik Aziz buat sholat hajat ( doanya seperti yang di war war kan oleh pihak umnoBN) perihal keburukkan atau kezaliman PM 1 Malaysia terhadap Negeri Kelantan . disitu kita boleh menilai hati budi oarang kelantan sama ada betul ke mereka dizalim oleh PM 1 malaysia.
ok said…
Salam

TGNA baru berdoa. Nampak sangat UMNO dah takut.

Tapi UMNO dah buat kezaliman. Dah terjadi. Tapi tak takut-takut.
tokmod said…
hai yb..
AMARMAKRUF...hentah kemana.
NAHEMUNKAR...dijunjung tinggi.
AMARMAKRUF&NAHEMUNKAR...jadi sebutan saja..
jgn jd mcam brung kakak tua sdahlah
Serious Shepherd said…
Alhamdulillah Brunei Darussalam tidak menyertai Malaysia. Semua hasil minyak 100% dia punya dan bukannya sekadar mendapat 5% royalti atau wang ehsan.

Sesungguhnya doa TGNA itu penting demi mempertahankan rakyat Kelantan daripada ditimpa runtuhan bumbung makmal komputer atau bumbung Stadium Sultan Muhamad IV yang bakal dibina menggunakan wang ehsan.

1Malaysia: Rakyat Melayu Kelantan Darul Ehsan tidak didahulukan.
tokmod said…
hello..hello..hai..hai.
agama tetap agama...politik tetap politik...jgnlah dcamporkan adokkan inilah padahnya.
berpolitik ikut cara berpolitik..
berdakwa ikut cara berdakwa..
kerana berpolitik dan berdakwa dicampur adokkan maka sipolan pun jadilah marang perapu kepunten parang sekerepur!!!!!
Isunya pasal royalti minyak(politik)apa pasal mendoa sampai perut pecah(agama).
gua ingin bertanya....
ISU POLITIK atau
ISU AGAMA?????PLSSSSSS JELASKAN!!!!!!!
Anonymous said…
najib pun maleh nak layan politiking murahan ni...

- parti jahat, kato eh -
Anonymous said…
Keperibadian Rasullullah SWT dicaci dan dizalimi dalam kisah Taif mana buleh samakan dengan kes royalti wahai YB. Kalau nak ikutkan, kalaulah sesuatu terjadi pada diri Rasullullah pada masa itu, bukankah ia satu bencana besar terhadap umat Islam keseluruhannya. Jadi wajar kalau Rasullullah berdoa supaya orang yang menzaliminya dimusnahkan. Tapi Rasullulah seperti yang kita tahu, budi pekerti dan akhlak adalah sepertimana AlQuran. Baginda tidak akan sekali-kali mendoakan kemusnahan kepada sesiapa yang mezalimi baginda sebaliknya mendoakan supaya dibuka pintu hati orang tersebut untuk menerima Islam.
Seperti mana yang YB kata, Islam membenarkan perang terhadap orang yang menzalimi sesama umat sebenarnya sehingga peringkat mengancam nyawa atau memesongkan akidah. Apa lah YB, tak dapat royalti minyak, boleh mati ke? Boleh terpesong ke akidah? Jgn putar belit YB! Akibat memutar belitkan kalam Allah mengikut tafsiran dan pemahaman sendiri buruk natijahnya. Assalamualaikum.
Anonymous said…
Kenapa perlu mendoakan supaya Tok Guru Najib Razak (TGNR) pecah perut? Kenapa tak mendoakan TGNR agar menjadi seorang pemimpin muslim yang adil dan saksama?

Adakah TGNA berlaku adil kerana mendoakan agar bencana menimpa TGNR?

Perlu diingat Surah Al-Hujurat ayat 12
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Anonymous said…
Betoi2 UmngOk..tak dpt royalti xmti?? Cmna nak maju klau xdpt royalti?? Stgi gduh la rkyat Kelate brhjrah ke ngri org,rkyat Kelate mskin lam Malaysia..mangkok2..
Agama ttp agama..politik ttp politik..kalo lgu 2 wat pa la 4 Sahabat brsngguh2 nak tgkkan hukum Islam klo xleh cmpor aduk politik dgn agama,mangkok.....bek Nabi S.A.W xpyh ketuai ngra Madinah..ye lah brdkwah jeee xpyh msuk politik,baghal......
Anonymous said…
Kadang-kadang kita nampak kedangkalan cara YB & penyokong YB memberikan pandangan.

Mana-mana comment yg sedikit sebanyak tidak bersetuju dgn komentar YB ataupun ideologi PAS, maka akan di panggil UmngOk.

Walaupun saya tidak menyokong mana-mana parti, saya tidak sekali-kali bersetuju dgn doa TGNA & komentar YB Khalid.

Saya setuju dgn ANON December 4, 2009 5:09 PM & ANON December 4, 2009 4:38 PM.

YB Khalid Samad sedikit sebanyak amat keliru dgn diri sendiri & cuba mencampur adukkan AGAMA, POLITIK, IDEOLOGI POLITIK PAS, SEJARAH RASUL, AYAT-AYAT AL QURAN & AL SUNNAH.

Cuba tengok mcmana orang PAS balas balik & cara ANON-ANON tu memberi komen yg lembut tapi berfakta.

Fikir-fikirkanlah..
Anonymous said…
klu umno tak betul dah lama kena musibah krana dari dulu lg pemimpin pas dok berdoa....tapi tuhan tahu yg mana betul atau tidak. teruskan perjuangan mu wahai PM ku..
wongtelok said…
Kalau UMNOGOK tu ngok jugalah. Hang kerja bagi alaun saja mauka ? ngok,ngok
Anonymous said…
doa nik ajis akan diterbalikan kepada dia sendiri dan penyokong pas termasuk khalid samad....ingat ...
berdoalah utk dihindarkan daripada kecelakaan....bukan utk kecelakaan...
Anonymous said…
tak usah dibagi..kalau asik nak berpolitik membenci...kelantan mana ada minyak...minyak dagu banyak la bro
saye said…
he he dah 2009 masih ada lagi org melayu yang pikir mcm dulu2. agama dan politik tak leh sama. kalau tak takkan lah pak lah buat islam hadari? zaman nuar dulu masyarakat madani, madet lak islamisasi, semua tu pasal tau politik adalah sebahagian dalam kehidupan dan bagi orang islam agama(deen) adalah kehidupan tu sendiri so tak leh pisah la

mcm gua cakap dulu, kalau komen TGNA doa maksudnya membenarkan lah bahawa tindakan kerajaan tu zalim. kalau zalim wat pe la masih nak menyokong kezaliman? tak takut neraka ke? dan kalau yakin tak zalim nape nak bising2. takkan Tuhan nak makbulkan doa kalau lu orang tak zalim? he he mana satu ni? Jawab jawab
Anonymous said…
Tindakan TGNA itu luas pengertian dan ada hikmah yang tersirat. Jika sumpah laknat terhadap diri sendiri dibenarkan dalam perkara tertentu, inikan pula doa yang dipanjatkan kehadzrat Illahi Tuhan Semesta Alam. Tok guru boleh bila- bila masa mendoakan kemusnahan dengan berkhunut nazilah secara bersendirian, senyap-senyap sewaktu bersolat. Tiada siapa yang tahu, hinggakan apabila doa beliau di makbul sekali pun tiada siapa nak menuding jari kepada siapa pun. Malah biasanya manusia- manusia jahil lantas beranggapan kemusnahan yang menimpa itu sebagai semata-mata bencana alam atau kemalangan biasa saja. Tidak tersedik dihati untuk bertaubat, tidak pantas menginsafi kesalahan, keburukan diri sendiri. Tetapi Tok Guru berdoa secara terbuka, agar hati- hati manusia bergetar takutkan azab balasan Allah dan lantas berubah. Kemungkinan doa-doa beliau itu berupaya menyedarkan orang yang bertanggung jawab, yang selamanya berdiam diri membisu, tersentak akal budi untuk bangun menegur membenteras kemungkaran dan ketidakadilan yang saban masa berlaku didepan mata mereka. Pendek kata apa yang dilakukan beliau adalah berdasarkan kebaikan yang amat bermunafaat untuk rakyat Kelantan dan Malaysia amnya.
Anonymous said…
Assalamulaikum YB,
Saya mengikuti rancangan Hujjah selasa lepas.Selama ini saya cukup admire YB.YB dilapurkan berpengetahuan ugama yang tinggi, pendebat yang hebat, intelligent, mempunyai bakat kepimpinan yang besar, bersih, berani,lantang, tegas dan mempunyai pendirian waja jauh lebih baik dari YB Shahril yang memang cemerlang dan terkenal dengan sikapnya yang lantang, telus dan tegas. Pendek kata YB boleh serba-serbi. YBlah alternatif pemimpin baru yang diharapkan dapat menggantikan peneraju politik Malaysia masakini yang kebanyakannya tua, mempunyai isu-isu peribadi dan persepsi yang tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, setelah selesai rancangan Hujjah, nyata persepsi saya tentang YB adalah meleset sekali. Saya rasa sangat malu melihat/mendengar cara YB berhujah. YB berfikiran tumpul dan tiada idea/point untuk dihujahkan.YB macam kaki bodek serta pengikut fanatik TG Nik Aziz seperti kebanyakan penyokong PAS dari Kelantan. YB berhujah dengan menyalahkan orang lain.Itu bukan lagi cara yang digemari sekarang.Pendengar sekarang berinformasi dan boleh berfikir secara rasional. Saya dapati YB Dato Dr Hassan Ali lebih menonjol dalam setengah-tengah hal dan setua-tua Dato Hj Hadi, dia mempunyai pendirian sendiri dan berani mengatakan yang TGNA keterlaluan tidak dapat nasihat yang betul dari orang sekelilingnya. YB telah memalukan diri sendiri dalam rancangan tersebut. YB mensia-siakan peluang menonjolkan diri/populariti dalam rancangan tersebut.Saya rasa YB tidak mencapai standard minima sebagai YB bagi penduduk Bandar Elit Shah Alam. Patutkah kami mengundi YB untuk PR13?
Shazlan said…
Hai En. Tokmod,

Ini isu politik yg diambil pendekatan agama... Ko tak baca article YB ke? Ini kes penzaliman dan penganiayaan kepada rakyat Kelantan. Pemimpin rakyat Kelantan dah habis effort through political means untuk menamatkan kezaliman tp apakan daya. So, terpaksa laa berdoa kepada Allah mintak diajar skit org2 yg arrogant nih!
Anonymous said…
Hai En. Shazlan,
Boleh ke di sebabkan perbezaan politik kita nak mintak doa utk di musnahkan sesama Islam?

Satu lagi, betul ke rakyat Kelantan di zalimi? Adakah rakyat kelantan hidup ketakutan mcm perang Jepun atau dizalimi mcm zaman era tentera Nazi?

Kenapa sebelum ini bila PM menyebut kelantan akan dapat duit wang ehsan tahun depan TGNA mengucapkan kesyukuran & tiba-tiba TGNA membuat U-Turn dgn mendoakan kemusnahan terhadap PM?

Adakah TGNA telah di salah nasihat oleh tukang-tukang punaisihat seperti apa yg berlaku dlm zaman Pak Lah dulu?

Kalau betullah PM ni zalim, kenapa TGNA melantik menantu dia jadi CEO dlm syarikat anak kerajaan negeri utk menguruskan business kerajaan negeri? Lepas tu menantu TGNA di fitnah sebegitu rupa oleh org dlm PAS sendiri & TGNA seolah-olah ingin mencari kambinghitam & terus doa kemusnahan kepada PM?

Kenapa rumah menantu PM ni besar mcm rumah org kaya kat KL, ada stesen minyak PETRONAS, ada bangunan itu & ini & dapat mengumpulkan kekayaan kepada keluarga..adakah PM ni zalim sekali?
saji said…
Salam YB

1. Saya dapati, dari kesemua potongan ayat alQuran dan Hadis yang YB paparkan sebagai hujah menyokong doa TGNA menghancurkan DSN dan UMNO berkenaan, tidak ada satu pun yang terang untuk menjelaskan Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW masing2 membenarkan umatnya berdoa menghancurkan pemimpin sesama Islam yang tidak adil atau zalim.

Yang mana, mengikut kaedah dasar perundangan Islam, YB kena cari fakta hujah Islam lain2 bagi menyokong doa TGNA tersebut daripada sumber perundangan Islam ketiga - Ijmak Ulamak Muktabar dan keempat qias. Jika tidak, YB dianggap golongan Wahabi seperti bekas Mufti Perlis, Dr Asri atau melaikan YB semengangnya golongan Wahabi.

Andaikata, YB telah mencari daripada sumber perundangan Islam ketiga dan keempat tersebut tetapi tidak menjumpainya, maka YB kena kata bahawa, tindakan TGNA mendoakan DSN dan UMNO sedemikian adalah berdasarkan kepada ijtihad persendiriannya yang dibenarkan oleh Syarak bagi ulamak yang bertaraf mujtahid.

Di mana, ijtihad yang dimaksudkan ialah mengharuskan wang Petronas sebagai wang royaliti atau tidak mengharuskan wang Petronas sebagai wang ihsan dengan disertakan hujah
-hujah yang berkaitan yang sesuai yang meliputi sudut perundangan mengenai hak kerajaan negeri terhadap sumber bumi.
Anonymous said…
Selama ini banyak sudah bala yang menimpa, hanya kamu yang tak sedar diri. Semua bala yang berlaku selama parti kamu perintah, kamu kata natural disaster, sebab itu sebab ini, tak mahu mengaku perbuatan kamu yang mengundang bala bencana dari Allah. Padahal begitu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut tentang bala Allah.Sebenarnya kamu yang buta hati, buta akal. Kalau kamu orang baik-baik, beragama, tidak menzalimi rakyat, kenapa harus gusar dengan doa- doa Tok guru. Manusia seperti kamu ini sama saja dengan kaum-kaum terdahulu yang telah termusnah dengan bala dari Allah. Renung- renungkanlah....
tokmod said…
TuAn shazlan....
klau kta gtu npaklah orang2 pas ni
bkan ahli politik...lbeh spurna jd pbaca doa....
DOA TAHLIL ARWAHAN....
DOA AKAT NIKAH....
DOA TALKIN....DAN
DOA SEGALA MACAM DOA!!!!!!
tk pyahlah bpolitik.
anacam setuju takkkkkk!!!!!!
TAAVEEKUN PERAK said…
Saya rasa sangat malu melihat/mendengar cara YB berhujah.

YB berfikiran tumpul dan tiada idea/point untuk dihujahkan.YB macam kaki bodek serta pengikut fanatik TG Nik Aziz seperti kebanyakan penyokong PAS dari Kelantan.

YB berhujah dengan menyalahkan orang lain.Itu bukan lagi cara yang digemari sekarang.Pendengar sekarang berinformasi dan boleh berfikir secara rasional.

Saya dapati YB Dato Dr Hassan Ali lebih menonjol dalam setengah-tengah hal dan setua-tua Dato Hj Hadi, dia mempunyai pendirian sendiri dan berani mengatakan yang TGNA keterlaluan tidak dapat nasihat yang betul dari orang sekelilingnya.

YB telah memalukan diri sendiri dalam rancangan tersebut. YB mensia-siakan peluang menonjolkan diri/populariti dalam rancangan tersebut.

Saya rasa YB tidak mencapai standard minima sebagai YB bagi penduduk Bandar Elit Shah Alam. Patutkah kami mengundi YB untuk PR13?

Rakyat Kelantan bukan dianiaya tetapi teraniaya kerana tersalah pilih pemerintah negeri.Rakyat Kelantan masih belum celik sepenuhnya berpolitik.Masih berminda kampong.
Anonymous said…
nik aziz tu bukannya maksum,manusia biasa jugak. tak payah la nak diagung2kan sangat org tua tu
Anonymous said…
Apa yang marah sangat, memang adat orang seperti kamu tidak percayakan doa. Lain pula jika mengfitnah orang, kamulah yang menjadi penyokong dan tukang canang. Apabila TGNA berdoa, dengan pantas kamu membantah, tetapi kedurjanaan, kezaliman di depan mata kamu diamkan, buat tak nampak. Memang orang-orang Islam itu bersaudara, soalnya orang- orang yang Islam nya bagaimana. Orang yang zalim, penipu, perasuah harus di tentang sedaya manpu. Kalau tidak berdoalah saja kepada Allah SWT. Allah amat mendengar doa -doa orang-orang yang menjadi mangsa kezaliman mereka yang diangkat sebagai pemimpin oleh rakyat. Manusia dilarang menzalimi sesama manusia. lebih lagilah manusia Islam. Seorang pemimpin Islam yang menzalimi rakyat,tidak mungkin terlepas dari azab dan bala Allah, melainkan dia insaf dan bertaubat. Sudah lama TGNA berdoa serta menangis kesedihan kerana perbuatan mereka, tiada siapa mahu sedar. Tetapi kini apabila beliau berdoa memohon diturunkan bala dari Allah, ada pula yang terasa pedas agaknya, lantas merasa takut sambil berpura-pura marah.
Anonymous said…
lagi lama nik aziz dalam PAS,makin lemah perjuangan,makin merepek (sindrom nyanyuk sudah mula mencengkam jiwa rakusnya).apa pun selamat berjuang nik aziz,moga2 doa pecah perut tu kembali kepada engkau
Anonymous said…
Nik Aziz tak layak bergelar tok guru.Kerana sikapnya macam zionis,dia layak bergelar ular puki mak.Mula2 doa kemusnahan,sekarang doa pecah perut,lepas ni etah ape lagi nak didoakanya.Yang peliknya ramai lembu2 yang sokong dan sanggup ikur cakap dajal ni.Kalau hanya 1,000 orang saja yg ikut dajal ni berdoa,saya minta rakyat yangs elbihnya berdoa agar dajal ini telur dia pecah pulak.Sebab nak suruh pecah otak,dia tak ade otak,nak suruh pecah buntut,Kit Siang dah pecahkan.Tapi selepas 19 tahun kenape sekarang baru nak terdesak pasal royalti sehingga sanggup memperlekehkan agama?Orang Kelantan tak mau royalti sebab tu mereka sentiasa mengundi PAS.Orang Kelantan lebih rela bekerja di Lembah Kelang dan makan duit UMNO walaupun mereka kata haram. Jawapanya senang saje,sebelum dajal ni mampus,dia nak pastikan anak cucunya dapat mewarisi duit royalti ini sehingga beberapa generasi akan datang.Sebab tu dia lantik dan tak mau pecat menantunya dari jaga kewangan Kelantan.Inilah kisah riwayat PAS,dajalnya dam lembu-lembunya.Agama manapun tidak menyokong liwat,maksiat,rasuah,memijak poster gambar orang melainkan zionis dan itulah amalan PAS selama ini,Parti Ajaran Sesat.Saya cadangkan adakan EGM segera untuk tukar nama parti ke PAZ-Parti Ajaran Zionis.
tokmod said…
hai anon 6:49..
tiada siapa yg takut...cemas...gerun..dgn doa TGNA 2.Cuma kita bimbang dgn perbuatan doa TGNA membuat bangsa dn agama lain merasa takut dn geron dgn islam itu saja!!!!!

doa dr mulut celupah...
doa dr mulut nyayut...
doa dr mulut mencarut...
gua tatahelanlah!!!!!!
Anonymous said…
Inilah masalah penyokong PAS.Semua Nik Aziz kata ikut saja.Tak dak otak nak pikir langsung walaupun semuanya beetentangan dengan ajaran islam.Perpaduan sesama islam ditolak tetapi DAP kata apa,ikut terus macam yang terbaru BTN.Cuba kita baca Harakah,penuh dengan fitnah dan penipuan sebab itu Harakah layak digelar toilet paper,untuk lap buntut lepas bunag air besar.Maruah melayu dan agama islam telah dihancurkan oleh PAS pengkhianat.Saya takkan doa untuk pemimpin PAS dilaknati Allah tetapi biar mereka terima balasan diakhirat.
Anonymous said…
PAS adalah parti maksiat.
PAS adalah parti kafir.
PAS adalah parti pembohong.
PAS adalah parti pengkhianat.
PAS adalah parti jahanam!
Anonymous said…
Dia tak payak bergelar Tok Guru tetapi layak bergelar Tok Garu Buntut DAP!
Anonymous said…
Ramai yang termakan lada rupa-rupanya!!!. Sah kamu-kamu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap TGNA itu gembala lembu-lembu alif min nun wau. Gentar dan resah sangat lah tu engkau orang. Jika tidak takkan baru sekarang nak bercakap pasal menjaga Islam.... sejak bila kamu mula menjaga maruah Islam. Pelingkop adalah!!.........mana pegi hadhari kamu,dah bertukar jadi sattu Malaysia ka????
Anonymous said…
tokmod, anon 12:29 pm oi, tiada siapa suruh kamu takutkan doa Tok Guru, sebagai hamba Allah takkanlah tak gentar dengan bala Allah. Tok Guru hanya mampu berdoa, Allah yang menentukan pembalasannya. Kalau kamu ditempat yang benar, usah risau. Tetapi jika sebaliknya, tunggukanlah bala dan janji-janji Allah terhadap kamu. Cara kamu memaki hamun TGNA seorang Menteri Besar yang disayangi Rakyat Kelantan dan disegani masyarakat dunia itu, amat nyata mencerminkan keperibadian kamu sebagai seorang hamba Allah. Kamu melampaui batas. Jauh sekali nilai akhlak sebagai seorang Muslim. Tidakkah kamu merasa malu. Siapa yang memalukan Islam di sini,kamu atau Tok guru????
Anonymous said…
Dikatakan "umno sedang membusuk, busuk hingga keusus". Tidak ada yang marah, kenapa tak marah????, bukankah itu bala namanya, buat penyokong-penyokong umno. Berdoalah kamu moga dihindarkan oleh Allah!!!!... percayakah kamu akan doa- doa mustajab, selain doa panjang umur,murah rezeki.
Tinta Hitam said…
Org org UMNO ni dah panik,mereka kata tak percaya pasal doa TGNA ni.Tapi pasal apa panik?

Saya sendiri pun turut sama mendoakan kehancuran UMNO dari masa kesemasa..
Anonymous said…
aku nengok org2 UMNO tak plak panik.. cool je masih menruskan kerja-kerja harian...
nak fitnah tang sudut lain plak ke?

- parti jahat, kato eh -
Anonymous said…
Tidak lain yang engkau fikir, sikit- sikit FITNAH, tak lekang mulut kamu fitnah orang. Sudah sebati dengan kamu agaknya!!..Yang jahat tu kamu.....parti kamu sedang membusuk.....reput.
mahas said…
KOmen-komen yang mencerca TGNA adalah keterlaluan dan melampau. Komen yang sedemikian mencerminkan tahap pemikiran dan cara hidup yang diamalkan. Usah dituduh PAS parti jahat, mencerca, fitnah, busuk hati...sedangkan komen2 kamu semua,malu untuk dibaca sebagai seorang islam. Istighfarlah.
Anonymous said…
aku pun nak berdoa gak ni gi mampos la ko umno..parti bn (babi Negara)
wakakaka

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...