Skip to main content

Video Parlimen: Kereta 'Tua'

Punca kenapa rakyat Malaysia guna kereta 'tua' - MP PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009.



Video adalah ihsan MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Tinta Hitam said…
Kata YB Baram (BN) "kalau tak mampu bayar samapi 9 tahun tak payah la pinjam"(lebih kurang katanya).

INilah satu jawapan yan gpaling tidak bertanggungjawab dan lepas tangan oleh BN.Beliau mencerminkan mentaliti pemimpin pemimpin BN
flygoon said…
Memang benar apa yang disebutkan YB, daripada dasar otomotif negara BN, memang rakyat didahulukan... didahulukan untuk bayar cukai dan kos AP yang tinggi supaya kroni-kroni BN boleh menikmati kehidupan mewahan.
Anonymous said…
Biasalah YB BN, jawapan standard apabila rakyat bertanyakan sesuatu, apalagi kalau soalan formal dalam parlimen begitu.

Punyalah aku tunggu lama, dengan harapan ada tindakan atau rancangan utk kurangkan atau kurangkan tax kereta, tapi langsung tak menjawab apa2 soalan pun.
Anonymous said…
Sokong YB Khalid Samad..
Rakyat Malaysia bebas memiliki kereta yg mereka suka..

harap YB dapat memperjuangkan hak kami rakyat malaysia..

takut nanti jika PR perintah..susah pulak nak hapuskan eksais duti ni..
abuadil_alkaff said…
jangan marah ya! itulah standard menteri2 BN termasuk PM. tingkatkan usaha menghancurkan bn, sifarkan masalah dalaman!
Sivakumar said…
Saya orang biasa...

Basikal tua...

Apa salahnya?
Sivakumar said…
Ini tipu!

Mana ada harga kereta bergantung 100% pada 'market forces' di Malaysia?

Ini kerana kerajaan dah kenakan TARIFF atau CUKAI pada rakyat di atas 'market forces'!

Kalau CUKAI kenderaan tinggi dibuang, kalau SISTEM PENGANGKUTAN AWAM dijadikan hebat, maka 'market forces' akan menjadikan harga kereta RENDAH!

Kenapa kerajaan tak buat begini?
fortrue said…
YB, skali -skala citer la ckit pasal shah alam..
ape pembangunan dan kemajuan kat ctu...
Anonymous said…
Salam YB,

Mintak YB jelaskan isu BABI di Selangor nih!!..satu lagi jangan duk belit-belit kata ada panglima islam kat negara mana kata boleh la pulak bela BABI!!!.....



Projek Babi Mega RM 100 juta yang menjadi kontroversi pada tahun lalu sekali lagi muncul dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 4 & 11 Februari 2009. Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan projek tersebut secara senyap.

Malahan YAB Menteri Besar mengingatkan EXCO agar merahsiakan kelulusan ini supaya tidak dijadikan isu oleh UMNO.

1. Yang mengelirukan kerajaan negeri bercadang mengambil alih Tanah di PT 3420, PT 3425 dan PT 3426 seluar 337.09 ekar di Mukim Batu, daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik tanah 1960.
Anonymous said…
kepada kawan-kawan sekelian..sila rujuk ni...

http://theunspinners.blogspot.com/2009/11/mystery-khalid-ibrahim-teruskan-projek.html
PutraRocker said…
WE WERE WARNED...!o_O
Anonymous said…
Betul ke? Kalau kerajaan Selangor nak buat ladang babi & nak ambik tanah tu guna akta sedia ada alamat jahanam lah selangor ni..

harap YB perincikan cerita ini..
Anonymous said…
Aku sure punya YB ni gerenti akan bagi cerita sejarah dulu-du pahlawan pokemon jugak membenarkan rakyat dia bela babi..

gerenti punya puak-puak PAS ni akan kata kalau tak percaya cakap YB alamat munafik la..

kalau tak percaya cuba rujuk posting lama lama...
Anonymous said…
Minta YB pantau cawangan2 di shah alam ni. Ada yang dah hidup segan mati tak mahu..

Kat cawangan saya ni saya tak nampak apa kegiatan dia orang untuk menambahkah keahlian. Dok sibuk rampas itu dan ini. Semua organisasi nak dipegang tapi hampeehh.. Orang lain semua tak betul.

macam ni kah islam ajar?
Anonymous said…
memeang betul..semua cawangan kat shah alam ni dah gelap mata dah..

semua projek nak sapu..
tak nampak pulak aktiviti.

asyik nak jadi pengerusi surau & masjid..ada masyyyuuuukkk kottt...
PAS Cawangan Sek. 24 said…
Layari facebook : pascwgnsek24@gmail.com bagi aktiviti PAS Cawangan Sek. 24, Shah Alam. Kerjasama anda dialu2kan
Anonymous said…
dulu umno berebut nak jadi pengerusi surau atau masjid walaupun tak layak cuma guna nama Dato' atau Tan Sri je..walaupun mereka tidak layak tapi tak pernah pulak nampak ada ceramah politik dlm surau atau masjid..

tapi sejak PR memerintah, terdapat banyak ceramah ceramah berbau politik di dlm surau atau masjid..kebanyakkanya adalah penceramah drp luar..

kebanyakkan mereka ini memprovokasi..sebagai contoh khutbah jumaat di masjid subang jya tempoh hari di mana saya amat berdukacita atas apa yg berlaku..

kalau setakat nak tunjuk aktiviti dlm facebook, baik tak payah..

sekurang-kurangnya dulu umno ada juga turun padang buat aktiviti mcm gotong royong etc..tak payah nak bagitau dlm facebook pun..

tapi keadaan ekarang jauh berbeza..orang-orang PAS memulaukan orang orang umno..sedih betul..

baru-baru ini semasa open house hari raya yg lalu, jiran saya ada buat rumah terbuka dan di jemputnya semua komuniti jiran tak kira parti mana..cina.india..melayu..tapi sebilangan penganut PAS ni boikot & tidak dtg ke majlis itu..

alasannya adalah..oooohh...orang umno punya..buat apa nak pergi..!!

pernah saya di kampung di negeri sembilan di mana majoritinya adalah penganut PAS, nenek saya berhajat nak buat akikah utk cucu dia..malangnya, tiada siapa yg nak melapah kambing dirumah nenek saya atas alasan nenek saya dah memangkah umno dlm pilihanraya yg lepas..

kami terpaksa memanggil seorang tukang lapah di kampung sebelah..tapi malang sekali lagi tiada siapa yg nak dtg kenduri kami..

hanya dua tiga kerat sahaja yg dtg..sebab nenek saya pangkah umno..

angkuh sungguh!!.
Pencari Ilmu said…
Tuan,

Adakah ini betul?

Pasal 'double standards in Islam':

"For example, Islam must be spread by its believers, wherever they are. But when other religions try to spread their own idea-collection, Muslims are supposed to see it as an aggression against Islam — an act of aggression that must be "defended." Remember, Islam must always be defended."

Kenapa ya dakwah tu satu hala jer dibenarkan?

Ni nak tanya la kan. Sebab ni seperti tak hormat agama yang lain.

Terima kasih.
Anonymous said…
Cerita pun tak guna. Dari dulu lagi orang PAS takkan datang kenduri yang dianggap penyokong UMNO. Yelah. Kan Hj Hadi kata orang UMNO kafir. Biar Allah s.w.t sahaja yang menilai PAS atau UMNO mana yang betul. Betul tak YB. Hanya Allah! ! ! Bukan manusia yang banyak kelemahan seperti kita ni menilai manusia lain.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-