Skip to main content

Seleweng Fakta Hak Royalti Minyak Kelantan



Khalid Samad (PAS - Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"

"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.

Selanjutnya: HarakahDaily
Berkenaan: Video Parlimen: Royalti Petroleum Kelantan

Video adalah ihsan: TVPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Sepatutnya bersyukurlah..Najib dah bagitau dlm bentuk wang ehsan..

Selama ini pun BN jgk yg majukan Kelantan..PAS cuma buat shopping kompleks jeee......
Anonymous said…
camni kan bagus..srang bn..serang umno..tu musuh sebenar kau khalid

ni tak habis2 nak gaduh ngan hasan ali tu buat pe..

asyik nak ributkan parti sendiri, silap2 ko yang hilang jawatan MP nanti

jgn liberal sngat khalid, org islam cuak la ngan keliberalan ko tu..agak2 la kalau nak amik undi bukan melayu pon
Anonymous said…
Kalau Kelantan hebat sangat, takkan tak boleh nak generate ekonomi sendiri, nak harap royalti.. Susah nak layan org malas nie!!
fikirkan said…
salam anonymous,

jika umno/bn btul, nape umno/bn x berlaku adil???
cbe pk anonymous...
rkyat dh pndi menilai...
kita sesame manusia ni saling ingat-mengingati...
nape nak kaitkan islam dgn liberal???
YB Khalid ni seorg yg tegas..
saya x nmpak pun islam liberal dalam YB khalid...
Islam hanya satu saje...

setiap negeri ade kelebihan...
selame ni ngeri kelantan terus maju kedepan tnpa mengharapkan royalti pun...
ngri kelantan nak royalti sebab hak mereka...
dah memang de dlm undang2...
xkan nak bediam diri kut...

kpd anonymous....
bila nak berkata, kene pk dulu...
terlajak perahu boleh di undur...
terlajak kata, phm2 la ye anonymous...
Sivakumar said…
Tara guna punya Najib!

Melayu mau kasi auta sama Melayu lain!

Ini UMNO buat ini macam, kita orang India jadi mangsa.....

Sikit sikit, lu orang cakap orang India / Cina mau tikam orang Melayu la.... mana ada?? Lu cakap la mana?? Mana orang India mau ambek Melayu punya nasi?? Ini kaum sama agama punya game tamau main la

Kita pun macam lu la, manusia juga.... kita sumua saudara..... ini UMNO kasi bikin susah sama Melayu sama India Cina juga la.... kita sama sama diri kuat kuat pukul sama ini UMNO la....

Hiidup Malaysia!
Sivakumar said…
Wei Anonymous

Khalid Samad tolong rakyat lawan UMNO sama lawan orang orang yang tarak betul dalam Pakatan Rakyat juga la wei.....

Kalu itu Hassan Ali tara guna, kita kena cakap.... Nabi Muhammad pun cakap kalu pemimpin Islam itu kita banyak suka tapi dia pun buat tarak betul kita misti tegur kasi tolak sama dia.....

Itu pasai kita respek sama Khalid Samad.... dia tarak pandang kulit atau agama apa..... dia tengok apa betul sama semua orang...
sembang haroki said…
aku tak tahu atas perkiraan apa husam menuntut royalti dalam keadaan yang ada sekarang. seperti telah aku bisikkan kepada pimpinan kecilan pas agar disampaikan kepada husam, juga komen aku dalam forum2 maya semasa isu ini dibangkitkan, bahawa husam tak pernah belajar dari pengalaman kejahatan semulajadi umno. tuntutan royalti sudah tentu memberi peluang kepada bijan untuk menggunakan nya sebagai dana merampas kelantan atas nama wang ihsan. terengganu kini program lebih hebat lagi. pengundi2 muda dibawa berkursus selama 3 hari 2 malam dan diberikan duit RM500.00.
cubalah hayati/appreciate kaedah syarak dalam membina strategi di masa depan. biarkan mullah kesaorangan!!
Salam Tsunami buat Fikirkan dan Khalid,

Hang tahu ke undang2. Penyokong PAS sentiasa ditipu kerana tak baca undang2. kalau baca tak faham. Jadi mudah kena tipu oleh pemimpin mereka.

Entah2 pemimpin pembangkang tak faham undang2.

Jangan kata kerajaan pusat tak adil.

Kalau kerajaan negeri Kelantan berbeza pendapat dengan kerajaan Pusat buat minta2 itu dan ini. Malaysia ini umpama keluarga besar yang ada negeri2 di bawahnya. Kalau nak memerintah kononnya Kerajaan Islam yang sentiasa menentang BAPA, ANAK itu derhaka. Jadi ANAK tidak lagi berhak minta apa2.

Nak kata Kelantan maju adalah tak betul. Yang banyak bantu ialah kerajaan pusat. Kerajaan negeri tak tahu apa2 sebab KERAJAAN PUSAT BERI AMBIL, UNDI JANGAN BERI.

Itu kata Nik Aziz. Oleh itu wajarlah kerajaan pusat bantu melalui JPP bukannya terus kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan tahu meminta tapi tak tahu nak majukan negeri. Itulah akibatnya kalau berbeza pandangan denga Kerajaan Pusat. Tak perlu juga kerajaan pusat nak mengajar kerajaan negeri macam mana nak maju. Biar mereka buat sendiri sebab UNDI JANGAN BERI.

Jangan kata UMNO dan BN tak tahu undang2 seperti Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Bukankah begitu Khalid Samad.

Sekian.
Unknown said…
cik puan & tuan Anon pikir in a way memang macam awak yg betul. Tapi awak banyak tak betul. Yang jadi isu ialah keadilan. Sini ada hal tanggungjawab dan hak. Bukan sola malas atau lemah. Kalau dah bodoh tu jangan komen lagi bagus kerana manampakkan kebodohan & keangkuhan diri sendiri saja.
Kerajaan negeri Kelantan, sama seperti Sabah & Sarawak, berhak tuntut hak royalti tu kerana hasil dalam negeri walaupun kawasan tu diterokai (bersama syarikat dr.negara lain?) oleh Petronas. Kenapa perlu disalurkan dlm bentuk 'Wang Ehsan'? Sebab nak bagi pemimpin UMNO-BN salur kpd nepo & kroni saja? Kenapa tidak terus kepada kerajaan negeri Kelantan. Sebab PAS pegang Kelantan? Tu yg tak adil. Ikut undang-2, seadilnya diberikan saja apa yg patut Kerajaan Pusat bagi peruntukan royalti kepada kerajaan negeri mana pun walaupun lawan politik mereka. Eh! Bukankah UMNO juga nak sangat perpaduan sesama umat Islam (PAS-UMNO?) maka berikanlah hak negeri majoriti Melayu tu kpd kerajaan negeri, kan?
Anonymous said…
ape ape pown saya tetap berdiri teguh dibelakang YB Khalid...
fahimi said…
bila membaca komen-komen untuk catatan ni aku hanya mampu tersenyum. kenapa?

1. Org menuduh org kelantan tak blh majukan negeri sendiri- pernah ke pergi ke kelantan? pernah duduk di kelantan ke?

2. Tuduhan mengatakan kemajuan kat kelantan BN yang buat? selama PAS memerintah selama 20 Tahun ni.. ada salah urus dana ke? kemajuan kelantan diurus baik oleh PAS kelantan.

Buat yang mengatakan PAS tidak memerintah secara bagus - PAS selama ni memerintah dengan dana yang terhad. dan walaupun dengan dana yang sedikit itu, Kelantan masih lagi mampu berkembang. BN takut jika diberi duit royalti itu, maka Kelantan akan dpt diurus secara lebih baik dan teratur dan membuktikan bahawa, PAS blh memerintah jauh lebih baik dari BN. sama seperti yang terjadi di Terengganu.
aziz said…
cayala hang khalid semalam, tapi muka hang dlm astro je, apapun bab ko ngan hasan ali ni biorle setel cara berhikmah, tarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut jangan putus.

kita berjuang kerana Allah, ingat tu, kalu nak kayo tu masuk amnolah, betoi dak?

apapun aku respect kat hang la, dan juga para pejuang pas terutama unit amal dan pejuang pas yg tak henti2 bagi sokongan dr segi wang dan tenaga yang tak berbelah bahagi.
antibabi said…
byk sungguh juak2 umnongok duk bersarang dalam blog ko khalid oi, nak buat camna depa ni cari makan. apakata ko delete je supaya depa tak leh cari makan lagi. takkan ko nak babi2 ni cari makan melalui blog ko plak.
UMNGOK said…
Yg hak tetap hak... dan hak royalti minyak tu tak hak rakyat kelantan..

ade ke kire UMNGOK ke PAS?? Agak2 la Anon.

BN memang majukan Kelantan... BN jugak yang memperbanyakkan hutang Kelantan hingga pernah tercatat antara negeri termiskin di Malaysia.. sape yg susah semua rakyat Kelantan..

Ade ke kira UMNGOK ke PAS.. pikir la skit bile bercakap...

Pernah ke YB Khalid Samad ributkan parti sendiri?? Yg sibuk dgn UG ni bukan Hasan Ali and the gang ke??

Yg selalu tak seiring dgn PAS pusat bukan Hasan Ali ke??
Anonymous said…
Aku pernah duduk KB dan skarang Shah Alam..Dua-dua tempat aku suka.KB bisnes rancak walaupun tiada bantuan Persekutuan..itu lebih kurang 15 tahun dulu..la ni mungkin aku tak kenal tempat2 kat KB.Aku orang Johor bawah BN pun masih ada yang tempat yg mundor.Ini masaalah hak,PAS mewakili rakyat kelantan,kalau dalam bentuk wang ihsan mesti tak sampai target punya..
Anonymous said…
Orang2 UMNGOK ni dah terlalu perasan bahawa duit kerajaan adalah duit mereka. Dengan bangganya menyatakan Wang ehsan tu macam satu pemberian dari mereka. Jangan delete comment mereka. Saya suka menyaksikan comment2 riak, angkuh dan sekaligus bodoh daripada mereka2 ni. Johor n pahang merupakan negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat. Pembangunan?, tanyalah orang2 johor mcm saya ni.
Anonymous said…
Isu wang ehsan tak habis-habis. Royalti hanya patut diberi sekiranya minyak dikeluarkan dalam jarak 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Persoalannya,adakah Kelantan sudah tidak mampu menjana ekonomi tanpa bantuan royalti?

Pendokong Pas,cakap biarlah berdasarkan fakta.
Nawawi said…
Kenapa tangan YB perempuan tudung labuh yg belakang tu diletakkan kat belakang tempat sanda YB Salehuddin Ayub?

Bahaya tu...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan