Skip to main content

Sambutan AidilAdha 2009



Pada 29 Disember 2009, YB Khalid Samad bersama-sama dengan PAS cawangan Seksyen 18 Barat telah melaksanakan majlis korban. Pada tahun ini sebanyak 21 satu ekor telah dikorbankan yang mana 4 ekor darinya telah dihantarkan ke Kedah bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Para petugas dan juga penduduk tempatan telah berkumpul sejak seawal pukul 7.30 pagi lagi bagi bersama-sama menyediakan tapak sembelihan.

Para petugas telah dibekalkan dengan kemeja-T hijau yang bertema Korban 2009 – PAS untuk Semua, yang telah ditaja oleh Haji Azlan Jan, Ketua Cawangan PAS Seksyen 18 Barat. Pada tahun ini YB Khalid telah membantu menyembelih 1 ekor lembu bersama penduduk setempat di majlis korban Seksyen 24 dan pada keesokkan harinya 28 Disember beliau telah turut membantu menyembelih seekor lembu serta 2 ekor kambing bersama-sama ahli kariah Surau An Najahiyah Seksyen 19. Juga pada hari yang sama di surau Seksyen 8, seekor lembu telah disembelih dan kemudian di masjid al Hidayah Seksyen 18 dimana 2 ekor lagi lembu disembelih YB Khalid bersama penduduk setempat.

Gambar-gambar berikut menunjukkan betapa meriahnya suasana majlis tersebut di samping memenuhi jemputan sepanjang minggu. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput dan kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program berikut.


Di kesempatan ini juga YB Khalid ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua ummat Islam di seluruh negara dan semoga ibadah kita semua diterima Allah SWT.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Steady YB Khalid, Allahuakhbar!!
Anonymous said…
YB ada tauliah tak sembelih lembu ni?? Bukan apa, takut silap haribulan JAIS kata YB punya "sembelihan" tak mantap pulak!!
Anonymous said…
Nak buat ibadat korban pun nak kena bagi paju PAS FOR ALL ke?

Satu lagi YB, kenapa tak buat kat kedah je YB?

Walaubagaimanapun YB, terima kasih lah turun padang.

Barulah namapk batang hidung YB tu..susah betul nak tengok YB kat shah alam ni turun padang..

kita jumpa lagi tahun depan ye YB..
Anonymous said…
YB ni bukan setakat tak ada tauliah nak sembelih ayam, kambing, lembu dan kerbau.

YB ni pun tak ada tauliah nak sunatkan orang. Ni musim cuti sekolah, saya harap warga Shah Alam janganlah panggil YB ni suruh potong2 di majlis Sunaton. Setakat beri kata2 aluan, perasmian, takpe kot...

Gurau aje YB...

All the best.
Anonymous said…
Sejak dari dahulu lagi, saya melihat dan mengetahui bahawa kenaikan dan kemenangan Pakatan Pembangkang sebenarnya satu proses untuk mempamerkan kepada masyarakat mengenai visi, misi, perjuangan dan sikap sebenar pemimpin mereka. Tidak juga saya bermaksud bahawa pakatan selain dari pakatan pembangkang itu adalah yang terbaik, tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah diproses dengan ubat yang pedih dan perit, dan selalunya kesakitan itu adalah pengajaran yang sangat bermanafaat kepada mereka untuk belajar dari kesilapan dan kealpaan. Kedua-dua pihak menjalani proses masing-masing, namun kerapkali manusia akan cepat tewas dengan kemenangan dan kesenangan, apatah lagi bila ada kuasa dan tahta didalam genggaman. Kelihatannya Pakatan Pembangkang hanya pandai berretorik semasa tiada kuasa dan tahta, apabila sudah digenggam di tangan, cacing sudah naik ke mata, mereka ini rupanya sangat gila kuasa malah sudah pandai menggunakan hukum rimba. Itulah hakikatnya.

Sekian. Sekadar bicara hari selasa.
Anonymous said…
Banyak isu semasa sejak akhir-akhir ini, yang pelik dan memualkan. Bodoh dan hodoh untuk diperkatakan. Menyebabkan saya agak malas untuk membicarakannya di blog ini. Namun disebalik yang jelik, hodoh dan memperbodohkan itu, saya tahu ada "silver lining" di kasa harapan masa depan negara tercinta ini.

Artikel saya hari ini, akan memperkatakan tentang beberapa isu. Pertamanya isu BTN. Saya kira kerajaan Selangor dan YB Dr Halimah melatah apabila menyatakan bahawa BTN itu membawa kepada semangat perkauman. Sudah terang lagi bersuluh, kursus BTN itu dihadiri oleh pelbagai kaum, persoalannya apakah kaum lain itu akan "dibumiputera"kan atau di"melayu"kan di dalam kursus tersebut? Modul kursus BTN adalah sangat telus dan bolek diakses dari Internet, malah ia sudah dibentangkan di Parlimen dan dibawah undang-undang negara, jadi saya nasihatkan pada Dr Halimah yang sekarang kemaruk menjadi Doktor Spies, henti-hentikanlah bawa usul "bodoh" dan "terencat akal" tersebut. Kepada pihak Pakatan pun, saya berpesan, kalau hendak cari isu, carilah isu lain, jangan tunjuk sangat kebodohan akal yang diperbodohkan nafsu yang gila kuasa itu. Secara peribadi, saya pernah mengikuti kursus BTN ini, malah bersama-sama kumpulan kami ada non bumiputera, ada cina, ada india. Apa yang diajar dan dididik kepada kami adalah semangat cintakan negara, mengenali sejarah negara dan semangat kerjasama dan perpaduan. Ibarat kata kegemaran kanak-kanak hari ini, " Apa yang penting..kerjasama..". Saya kira kerajaan Selangor sebenarnya ingin menutup isu-isu kepimpinan negeri dan kewangan negeri yang nazak, maka dialih-alihkanlah masalah besar itu dengan menimbulkan polemik lain. Bukankah itu modus operandi penasihat mereka, Pak Belalang Anwar Ibrahim?

Kedua isu, tuk guru SeMalaysia Nik Aziz. Hari ini kita dengar, Tuk Guru Semalaysia membawa "ijtihad" baru. Sesiapa saudara seIslam yang kita "persepsi" sebagai orang yang "jahat" dan "fasik" perlu didoakan kemusnahan untuknya. Inilah tabiat pelik dari seorang yang digelar ulamak oleh sesetengah golongan. Hilang entah kemana akhlak RSAW yang sentiasa mendidik umatnya bersabar, pemaaf dan mendoakan orang lain hatta orang itu berlaku zalim kepada kita sekalipun. Nik Aziz hanya kerana wang royalti, atau lebih tepat lagi kerana terliur dengan habuan duniawi, sanggup mendoakan kemusnahan kepada saudara sesama Islam yang lain, yang sebenarnya berasasskan kepada prasangka buruk dan andaian semata-mata beliau sahaja yang menuduh mereka jahat. Sekalipun mereka jahat, apakah mereka ini perlu dimusnahkan? Lebih memualkan lagi, Nik Aziz menggunakan nama Allah di atas perkara yang Allah dan rasulNya tidak pernah wahyukan.

Ketiga, isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia hari ini, perlu kita lihat sebagai satu hikmah. Perkara yang tesembunyi dan tidak diketahui oleh orang ramai, kini timbul menjadi isu-isu yang sensasi. Isu wahabi, isu politik, isu pemimpin, adalah rentetan-rentetan peristiwa yang sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat menilai yang mana satu kaca,yang mana satu intan. Lihat sisipan gambar di atas ini, sebenarnya yang ultra kiasu dan sangat pekauman adalah parti DAP di dalam PR. Sikap ultra kiasu mereka inilah yang dicontohi oleh sebilangan PAS dan didokong oleh pemimpin mereka Nik Aziz. Mungkin di dalam Islam, sikap sebegini dilabelkan sebagai Khawarij. Nah, cubalah kita renung-renungkan sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini, Pak Belalang Anwar Ibrahim, Apek Ultra Kiasu Lim Kit Siang dan Tuk Guru SeMalaysia Nik Aziz, mereka sebenarnya jika menurut teori kepolitikan boleh digelar sebagai pemimpin Machiavelli, iaitu pemimpin yang menggunakan konsep "Matlamat menghalalkan cara" asal sahaja boleh berkuasa.
Anonymous said…
rasanya anon
"kita jumpa lagi tahun depan ye YB..
December 1, 2009 12:36 PM "

anon ni yg susah kot nak turun padang bersama rakyat.. cuba lihat jadual Yb tuh.. kan dah terang lagi bersuluh.. penuh memanjang.. tu pun masih tak faham2 laagi ker?

klo anon ni diberi tanggungjawab galas post YB, belum tentu anon boleh pikul tau..!

ingat senang ker nak pikul tanggungjawab?

terima kasihlah anon kerana turun padang bersama YB, harapnya jumpa YB tahun depan lagi la yek =) peace
Anak Perelih said…
Wahai anon yang cakap pasai BTN tu... kalau silibus BTN tidak bersifat perkauman dan membrainwash peserta sokong BN, kenapa Nazri Aziz umum untuk tukar silibus BTN utk menepati konsep 1MAlaysia?? itu bermakna silibus BTN selama ini bersifat perkauman dan tidak mengikut konsep 1Malaysia dan memalukan Najib sendiri... lagipun mengikut lapuran, Najib sendiri kata "this must stop" apabila diberi taklimat tentang kursus BTN oleh Idris Jala...

BTW.. YB Khalid, terima kasih kerana memenuhi undangan surau Seksyen 8 walaupun saya sekarang ini sudah tidak tinggal di situ
Anonymous said…
tabik ar kat YB..turun padang skali...hmm cam nih la dikatakan pemimpin mesra rakyat....kpd pemimpin umno contohi lah YB Khalid...
Anonymous said…
Kawan duduk belek-belek jugaklah jadual YB ni. Memang padat.

Kawan jugak duduk belek-belek jugaklah jadual YB yang dulu-dulu, tak nampak pulak YB letak dlm blog. Kalau ada mungkin kawan terlepas pandang.

Kawan rasa anon 1/12-12:36PM ni cakap betul Anon 1/12-9:33PM. Mungkin sekali sekala YB turun padang. Tu pun masa kecoh pasal Kuil seksyen 23. Memang jadi YB bukan senang. Tapi kawan rasa kebanyakkan masa YB ni habis bukan kepada rakyat.

Contohnya dalam parlimen. Anon boleh rujuk dlm blog YB sendiri. Apa yg YB perjuangkan? Adakah utk rakyat Shah Alam amnya? Tidak Anon.

YB hanya perjuangkan Kuil Kalimah Allah saja yg kita nampak. Mungkin ada YB buat yg lain utk rakyat. Tapi isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej YB sendiri.

Kawan harap, YB Khalid sedar. Kawan undi dia. Kawan sayang dia. Cuma bila kawan tengok dia dah tersimpang jauh, kawan rasa sangat kecewa.

Dulupun kawan tegur jugak Dato Nawawi, Dato Aziz & Dato Salamon. Tapi mereka ada objektif. Kawan ingatkan bila YB Khalid jaga Shah Alam, dia ada objektif. Tapi semuanya kecewa belaka.

Entahlah. Kawan rasa malas nak mengundi YB lagi. Nak undi UMNO...mmmmm...entah lah..PKR & DAP, maaf cakap, kawan tak akan undi.
Tinta Hitam said…
para demonstrator kepala lembu tak minta kepala lembu untuk di sepak kat SUK ke YB?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan