Skip to main content

Perbahasan Bajet 2010

PART I


PART II


TEKS ASAL PERBAHASAN BAJET 2010

Terima kasih Yang diPertua atas peluang yang diberi untuk saya menyertai perbahasan Bajet. Saya berucap hari ini sebagai kononnya seorang ‘Penjenayah’ yang telah melakukan jenayah rahsia yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri.

Keadaan di mana seseorang boleh dinyatakan mempunyai rekod jenayah tetapi tidak boleh dimaklumkan apakah jenayah yang telah dilakukannya hanya boleh berlaku di bawah pentadbiran BN. Sepertimana boleh berlakunya penghukuman ke atas seorang pembunuh tanpa diusahakan siasatan dan penghakiman ke atas pihak yang mengarahkan pembunuhan berkenaan. Atau kematian saksi dan suspek semasa di dalam siasatan tanpa mendatangkan reaksi yang serious dan bersungguh-sungguh untuk menahan dan menghukum pihak yang bersalah secara telus dan terbuka. Kesemua ini boleh kita senaraikan di dalam senarai pencapaian gemilang BN.

Begitu juga dengan persoalan royalti yang ingin diselewengkan sehingga dilihat sebagai wang ehsan, bukan hak negeri-negeri berkenaan. Saya ingin bertanya di sini ahli YB dari Sabah, Sarawak dan Terengganu adakah YB memahami apa yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri semalam? Sekiranya difahami, seharusnya YB menentang usaha penyelewengan ini kerana sekiranya berdiam diri bererti YB yang datang sebagai wakil kepada rakyat negeri-negeri tersebut dengan sendirinya menyerahkan hak dan milik negeri kepada kerajaan Pusat. Pengkhianatan sebegini tidak akan dilupai oleh rakyat dan pengundi YB dan pasti YB akan dihukum oleh rakyat kelak. Takrif 3 batu nautika sebagai jarak pemilikan negeri akan bererti hak negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang terdapat lebih dari 3 batu nautika ini diserah kepada kerajaan Pusat. Bukan sahaja negeri Kelantan. Adakah rakyat negeri YB sekalian bersetuju dengan penyerahan hak mereka ini?

Kita tahu bahawa semenjak dulu lagi royalti dibayar kepada negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Istilah ‘wang ehsan’ hanya timbul selepas Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999. Mulai tahun 2000 royalti dihentikan dan istilah wang ehsan diperkenalkan. Ianya jelas merupakan satu penipuan kerajaan BN dalam usaha mereka merampas hak rakyat negeri Terengganu yang telah memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah. Penipuan dan pengkhianatan ini mesti ditentang supaya hak rakyat sesebuah negeri tidak dirampas dan konsep federalisma dipatuhi.

Laporan-laporan kewangan tahunan Petronas sendiri secara rasminya mengistiharkan bahawa negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ini jelas menunjukkan bahawa Petronas mengiktiraf pemilikan negeri-negeri berkenaan atas minyak yang dikeluarkan. Malahan royalti telahpun dicatat sebagai telah dibayar untuk minyak milik negeri-negeri ini. Ini juga bererti bahawa selama ini, hak rakyat Kelantan telah dirampas oleh kerajaan Pusat dan pada sesi Parlimen ini, kerajaan BN ingin menutup tindakan khianat mereka dengan penggunaan istilah ‘wang ehsan’. Saya bersetuju dengan kata-kata YB Kubang Kerian, rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Yang diminta bukan pemberian tetapi sebaliknya hak dan milik mereka yang dinafikan mereka oleh BN sekian lama.

Selain dari itu, hari ini saya ingin membicarakan pendekatan bajet 2010. Sebelum bermula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Yang diPertua atas tempoh masa yang ditetapkan di mana dengan masa yang sebegini, setiap wakil rakyat dapat menyuarakan pandangan dan pendapat berhubung bajet, perbahasan yang di antara yang terpenting yang diadakan di dewan ini. Jangan sekali-kali kita contohi tindakan dan kelakuan seperti di Perak, dengan kerajaan Lanunnya, yang telah meluluskan belanjawan atau bajetnya dalam masa 20 minit!

[Berhubung Bajet 2010, saya mengamati dengan penuh keinsafan bahawa sekali lagi ianya bajet defisit. Ini merupakan bajet defisit untuk tahun ke 13, secara berturt-turut! Mungkin bagi sebahagian YB, defisit adalah, hanya perkataan. Defisit? So what! Dengan izin. Defisit bermakna belanja melebihi pendapatan. Perbelanjaan lebihan berlaku dengan mendapatkan pinjaman. Selama 13 tahun berturut-turut, negara kita yang kaya raya ini, berpinjam dan berpinjam, tahun demi tahun, sehingga akhirnya pada 31 hb Disember 2008, hutang negara adalah sebanyak RM 306 billion. Ini 2008. Pada hujung 2009, ianya mungkin mencapai angka melebihi RM 320 billion.

Dengan bertambahnya hutang, bertambah juga ‘cost of financing’ dengan izin. Untuk 2008, cost of Financing kita adalah sebanyak RM 19 billion dan ianya terus bertambah. Pada masa yang sama, pendapatan kita untuk tahun 2010 pula diramalkan menguncup. Hutang bertambah, bunga bertambah dan pendapatan menguncup! Sambil itu, kita terus mengorek dari khazanah negara kita, minyaknya, sehingga pada tahun 2009 pendapatan dari minyak merupakan hampir 40% dari pendapatan negara. Malangnya, jumlah simpanan minyak semakin terhakis dan semakin berkurangan.

Melalui pendekatan yang sebegini, saya ingin bertanya kepada YB sekalian, apakah yang ingin kita wariskan kepada anak cucu kita? Adakah kita ingin mewariskan sebuah negara yang hutangnya semakin meningkat sehingga bayaran bunganya menjadi hampir sepertiga dari perbelanjaannya? Dan inilah apa yang akan berlaku sekiranya minyak habis dimanfaatkan dengan begitu rakus dan tidak bertanggung jawab, tidak dimanfaatkan dengan satu cara yang boleh mewujudkan satu sumber ekonomi yang lestari tanpa hasil minyak.]

Usaha mendapatkan pendapatan tambahan melalui tindakan-tindakan seperti service charge atas kad kredit, pembayaran cukai keuntungan syarikat minyak secara current year, goods service tax, penswastaan dan sebagainya adalah pendekatan yang mudah tetapi mengembalikan kos kepada rakyat. Rakyat terpaksa menanggung kos atas sebab ketidak keberkesanan dan sikap tidak berhemahnya kerajaan BN. Ia menambahkan hasil atau mengurangkan perbelanjaan tetapi bukan dengan cara yang konstruktif, sebaliknya menyempitkan ruang begerak dan berbelanja rakyat jelata. Daripada kita membebankan rakyat, tidakkah mungkin kita mengkaji kaedah pengurusan yang lebih berkesan dan bertanggung jawab, 'good governance' dengan izin, supaya kebocoran dan ketirisan tidak lagi berulang. Kebocoran dan ketirisan yang dianggarkan sebanyak RM 28 billion untuk tahun 2008 adalah jumlah yang mampu menyebabkan sesebuah kerajaan yang kenal erti malu untuk meletak jawatan. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya merupakan satu perkara yang berulang tahun demi tahun.

Tuan yang diPertua,

Sebagai contoh, kita tahu bahawa Petronas menampung subsidi berbillion ringgit setiap tahun kepada IPP hasil jualan Gas Asli dengan harga bawah harga pasaran. Jumlah subsidi dianggarkan sebanyak RM 35.7 billion semenjak 1997. Tidakkah lebih baik sekiranya duit berbillion ini digunakan untuk membayar balik sahaja pihak IPP sebagai 'compensation' dan dengan itu membebaskan negara dari satu perjanjian yang jelas mengkhianati kepentingan negara? Atau ianya digunakan untuk menukar proses penjanaan dari jenis yang menggunakan Gas Asli kepada proses yang lebih murah? Dengan itu ia memungkinkan Gas Asli ini dijual dengan mendatangkan hasil yang lebih besar kepada negara.

Ini menjadi bertambah relevan apabila mengambil kira perancangan kerajaan untuk membangunkan stesen hidro di Terengganu dan di Pahang sedangkan kelebihan kuasa penjanaan adalah hampir 40%. Apa guna TNB membelanjakan wang sebanyak RM 5 billion untuk kuasa penjanaan tambahan baru sedangkan IPP terus diberikan keutamaan?

[Begitu juga saya menyokong cadangan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang meminta supaya kerajaan mengkaji kemungkinan membeli sahaja konsessi lebuh raya yang begitu lumayan demi menentukan keuntungan yang diperolehi mereka akan dinikmati rakyat dan bukan golongan kroni tertentu semata-mata.

Berdasarkan pengalaman penswastaan yang sebegini, rakyat berhak untuk menyangka yang terburuk terhadap ucapan YB Menteri Kewangan berhubung 'gelombang kedua penswastaan'. Ia tidak membantu rakyat dan hanya menjamin perbadanan yang berdaya maju dan yang menguntungkan yang asalnya dimilikki negara diserah kepada pihak swasta. Tidak khairan disebut kembali istilah-istilah seperti “privatisation of profits and nationalisation of losses”. Dengan izin.]

Sememangnya kerajaan BN telah berusaha mencari pengganti kepada penjana kewangan yang baru yang boleh menggantikan hasil minyak khususnya. Namun usaha-usaha ini semua gagal disebabkan tiada kesungguhan dan keikhlasan. Seperti isu cas tahunan atas kad kredit, BN hanya melihat masalah yang dihadapi sebagai peluang merompak kekayaan negara, bukan menyelesaikan masalah. Masalah dadah masih tidak diatasi walaupun berbillion telah mengalir melalui pusat-pusat serenti. Masalah sosial terus dihadapi walaupun berbillion juga dibelanjakan melalui program LPKN. Begitu jugalah nasibnya dengan usaha-usaha BN untuk membawa negara ke suatu asas ekonomi yang selain dari minyak.

Usaha menceburkan negara dalam bidang industri berat menghasilkan skandal PEWAJA. Penceburan dalam industri otomotif hanya mampu menjadikan harga kereta melambung tinggi. Hingga ke hari ini, rakyat dibebankan kegagalan BN dalam industri otomotif ini. Ada yang secara sinis menyebut usaha mengadakan sistem pengangkutan awam yang baik dan berkesan sengaja digagalkan kerana ianya akan mempunyai impak negatif terhadap jualan kereta sedangkan jualan kereta ini membawa pendapatan yang tinggi kepada kerajaan! Usaha menceburkan negara dalam bidang ICT dengan terlancarnya MSC, Cyberjaya dan sebagainya hanya melihat perbelanjaan berbillion-billion tanpa mendatangkan pulangan yang signifikan. Usaha menjadikan negara Hub pengangkutan hanya menghasilkan skandal PKFZ. Berdasarkan sejarah kegagalan yang sebegini, tidaklah hairan skepticisme yang dizahirkan sebahagian masyarakat terhadap cadangan menceburkan negara ke arah ekonomi innovative dan R&D.

Bagaimana rakyat boleh meyakini seruan ke arah Ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan ‘innovasi’ sedangkan kerajaan langsung tidak mempunyai ‘pemikiran yang innovatif’ dalam pendekatan mereka terhadap masalah yang dihadapi rakyat. ‘Automatic Pricing Mechanism’ terus digunakan semenjak 1984 untuk menentukan harga minyak dan jumlah subsidi sedangkan pada tahun 1984, harga kereta baru dalam lingkungan 20 ribu dan rakyat belum lagi dibebankan cukai kenderaan yang tinggi. Begitu juga rakyat belum lagi dibebankan budaya ‘Cash Cow’ BN dengan kutipan Tol dan sebagainya. Tidakkah kos-kos tambahan seperti ini yang mempunyai impak terus kepada kos pengangkutan rakyat sepatutnya diambil kira apabila kita ingin menentukan harga minyak untuk rakyat?

Pendekatan yang inovatif untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan rakyat adalah apa yang diperlukan. Bukan innovatif dalam merompak hak rakyat jelata dan hak negeri dengan kaedah seperti pembohongan dengan menggunakan istilah ‘wang ehsan’ dan RON 97. Selagimana kerajaan BN tidak mahu berterus terang dengan rakyat dan ‘Call a Spade a Spade’ maka ia akan terus gagal mengemukakan sebuah bajet yang mantap dan bernas.

Kalau tidak, segala yang dikatakan hanya merupakan retorik politik dan rakyat hanya mampu menunggu skandal apa pula yang akan timbul dalam melaksanakan wawasan ini. Berapa Billion pula yang akan ‘burn’ atau hangus? Kerana wawasan dibentang tanpa pendedahan kaedah dan cara untuk melaksanakannya dengan berkesan. Hakikatnya bukan dibawah pentadbiran yang sediada.

Tan Sri Speaker, saya dalam bahasa istana, ingin pohon sembah derhaka dan menolak bajet ini.


*Perenggan di dalam [kotak] tidak sempat dibahas pada hari berkenaan. Video adalah ihsan MPPAS

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Salmanfarisi said…
it's a good speech YB...
I wish there will a day when Rakyat is smiling after hearing a convenient & rakyat-oriented budget..
Anonymous said…
Salam YB,

Kenapa YB sahkan tentang isu baiah talak tiga tu? Benarkah wujud sedemikian? Apa pendapat YB mengenai baiah tersebut?
mulutlancang said…
Bajet kat Perak katanya hanya ambil masa 20 minit sahaja tanpa bahasan.Berkotak-kotak tak sempat nak bahas! Ingatkan hanya ada satu kotak yg Rosmah jumpa... rupa-rupanya ada banyak lagi....
Sivakumar said…
Ucapan yang bernas dan menrangkumi semua isu-isu semasa dan isu lepas yang penting kepada rakyat.

Jelas dari ucapan YB Khalid bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah melakukan begitu banyak kesilapan, kegagalan dan penipuan namun adalah aneh mereka masih lagi menjadi Kerajaan Pusat!

Saya amat, amat setuju dengan kata-kata YB Khalid tentang "sistem pengangkutan awam yang digagalkan" semata-mata agar kroni dan elit dapat untung besar daripada penjualan kereta 'nasional' kononnnya seperti Proton.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Pusat, saya harap Pakatan Rakyat akan memberhentikan atau mengurangkan projek Proton dan memperkasakan sistem pengangkutan awam di semua negeri secara sistematik, bukan 'ad hoc' (macam Singapura, sistem kenderaan awam mereka dirancang dan dilakukan dengan sistematik -- secara proaktif -- bukan secara reaktif seperti di Malaysia).


Terima kasih YB Khalid kerana membangkitkan isu-isu yang sangat penting ini bagi pihak kami rakyat, dan terima kasih kepada wakil dari Jelutong yang mengizinkan YB Khalid menyampaikan ucapan YB.
Sivakumar said…
Saya juga terkejut dengan maklumat bahawa hutang negara kita berjumlah RM 306 billion pada akhir 2008.

Ini tahap hutang yang amat tinggi.

Cuba kita fikirkan. Dengan pendapatan negara tahunan, berapa tahun lagi yang diperlukan untuk membayar balik hutang ini (atau adakah deficit in a akan menjadi 'spiralling', di mana pendapatan negara yang menguncup tidak dapat mengejar kenaikan hutang)?

Mengapa Barisan Nasional seolah-olah tidak mengambil berat tentang isu yang sebegini penting?

Saya rasa kita sudah tiada masa lagi. Rakyat harus menolak keluar Barisan Nasional dan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pusat agar perkara-perkara seperti ini dapat diperbetulkan.

It's now or never, YB Khalid. Kalau tidak, musnah ranaplah negara kita ini.

I hope this issue about debt and the sustainability of our economy, how to sustain an economy without oil, will be discussed in detail in the sessions of the Pakatan Rakyat Convention bulan depan nanti.
Anonymous said…
Saya amat, amat setuju dengan kata-kata YB Khalid tentang "sistem pengangkutan awam yang digagalkan" semata-mata agar kroni dan elit dapat untung besar daripada penjualan kereta 'nasional' kononnnya seperti Proton.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Pusat, saya harap Pakatan Rakyat akan memberhentikan atau mengurangkan projek Proton dan memperkasakan sistem pengangkutan awam di semua negeri secara sistematik, bukan 'ad hoc' (macam Singapura, sistem kenderaan awam mereka dirancang dan dilakukan dengan sistematik -- secara proaktif -- bukan secara reaktif seperti di Malaysia).



INILAH PENDAPAT PALING BANGANG YG PERNAH AKU DENGAR..
musdeng said…
Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com
Anonymous said…
YB nak alihkan isu baieah ke ni?
mohamad said…
HI YB BENGAP....SIAN KAN YB YE...ALHAMDULILLAH...INSTINCT SAYA MENGATAKAN YANG YB MEMANG BAHLUL DAN TAK MACAM ABANG YB SEPERTI DATUK SHARIR YANG PANDAI DAN BERKALIBER...BENAR2 BETUL.INI SEMUA GARA2 STATEMENT SOKONG TALAK 3 BINI YB PADA BAI'AH TU.... YB MASUK PAS PASAL YB BAHLUL....KALAU YB CERDIK TENTU YB MASUK UMNO....BUAT LA APA YANG YB SUKA....NAK DAPAT UNDI DARI KAUM CINA AND INDIA SENANG SAJA.....BANTAI KAUM MELAYU...AND UMNO ITU SAJA CARA NYA...DEPA MEMANG SUKA....MACAM YB LA SEKARANG NI....TAPI BILA YB DAH MAMPUS...JASA YB AKAN DI LAKNATI OLEH BANGSA SENDIRI AND SILAP HARIBULAN MASUK NERAKA JAHANAM...WALLAHUALAM
~PakKaramu~ said…
Do'akan saya selamat mengerjakan haji
WUZARA said…
Assalamualaikum YB,

Saya meneliti pembentangan berkenaan rang undang-undang perbekalan 2010.Saya dapati kedua-dua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang, mencadang dan mengkritik masih lagi dalam konteks belanjawan negara kapitalisme.

Berikut saya sertakan sebahagian hukum Islam berkaitan permasalahan ini. selengkapnya ada di blog saya http://jemaah-islam.blogspot.com/2009/10/bajet-2010-apakah-pandangan-islam.html

PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET

1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan.
2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)
Sabda Rasullulah saw:
3) Lebih 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)

5) Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu. Rasulullah saw bersabda:

“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya”


JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?

Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Harta milik negara
b. Harta milik umum
c. Harta milik inidvidu


a. Harta Milik Negara
Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah

i. Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)
Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)

ii. Fa’I (Harta Rampasan tanpa berperang)
Dan apa saja fa’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)

iii. Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah).

iv. Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).

v. Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam.
WUZARA said…
Seperkara yang menjadi hasrat saya agar YB sudi membaca ringkasan kertas kerja CIA untuk melahirkan masyarakat Islam yang demokratik sebagai langkah jangka panjang menghadapi kebangkitan Islam. Ia diterangkan dalam Civil Democratic Islam: Partners, Resources and Strategies.

sebagai seorang yang terpelajar, saya kira YB mempunyai penalaran yang tajam berhubung perkara ini. Ringkasan yang saya telah buat saya letakkan diblog saya juga http://jemaah-islam.blogspot.com/2009/10/civil-democratic-islam-telaah-strategi.html
Dr. Kareem said…
Tuan,

Sedikit maklumat mengenai keadaan ekonomi negara yang agak genting dan jalan ke hadapan.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan