Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan
Comments
Ambik kesempatan sembahyang hajat 1.agar Kelantan masih kekal di bawah PAS, nampak gaya nak tukar kerajaan di PRU akan datang ni, 2.doakan agar Kelantan menang Piala Malaysia tahun hadapan,kesian sokong bagai nak rak tapi main macam taik, 3.doakan penyokong penyokong PAS tahun depan jadi model penonton bola yang baik, malulah kalau negeri serambi Mekah tapi penyokong bola macam hantu,
4.doakan agar kerajaan BN bagi wang ehsan lebih sikit ye, dan 5.doakan juga kekuatan Islam di Malaysia lebih baik lagi.tak tahu samada Isle versi PAS yang akan bertambah kuat.. entahlah nampak celaru sikit saya tengok PAS ni..kekuatan PAS adalah Islamnya..hilangnya ISlam ni hilangnya PAS.. Pemimpin PAS dok berkempen 'PAS for All' ataupun 'Islam for All', mana ni keutammaanya..
saya pasti YB tahu sekarang ni pencacai dumbno dan cybertroopers dumbno yg makan upah akan target YB kerana isu isu semasa yg YB pertegaskan,mereka amat risau dengan stand YB yg mahu PAS ke hadapan walaupun terpaksa melalui pembersihan dulu.
so mereka akan attack all out dan mengunakan psy war even dalam blog YB
SO saya cadang YB moderate sikit komen komen ini sebab kalau tidak silent readers yg tulin seperti saya dan ramai lagi akan pening membaca komen sampah atau provokatif dari org2 ini.
please YB we are so proud to have you as our leader
ahli PAS cawangan sg lui,dusun tua.
In the news.
PAS's plan to have moral squads in every state.
What's going on?
Isteri enta dah buat pengakuan? Kalau rahsia dalaman kenapa didedahkan? Ana peninglah, apa makna rahsia sebenarnya?
Komen yg di berikan adalah reaksi drp tindaktanduk YB Khalid Samad sendiri.
Kalau anda adalah ahli PAS cawangan Sg Lui, maka saya adalah pengundi YB Khalid Samad di Shah Alam. Saya bukan ahli UMNO mahupun PAS. Tetapi saya agak kesal kerana gelagat YB Khalid Samad sekarang amat memalukan. Oleh itu jika terdapat komen-komen pedas ia bukan fitnah! tetapi itu adalah kenyataan.
Dlm blog YB sendiri YB ada kata ULAMA TIDAK TERKECUALI DARIPADA KRITIKKAN..
nah..wahai ahli cawangan PAS Sg Lui & Kuzy, kalau anda mahu YB membakul sampahkan setiap komen yg mengkritik YB Khalid Samad maka YB sebenarnya tidak mengamalkan dasar terbuka seperti apa yg di katakan di dalam blog beliau sendiri..
anon November 12, 2009 11:38 PM
kritikan yang membina elok disiarkan... tapi yang main bagi komen plastik ala-ala nak kondem orang xpayah disiarkan la... sebab ia mengaibkan diri mereka yang memberi komen... orang memandang anda sebagai penulis yang penuh emosi dan dendam nak menjatuhkan YB...
Memang ulama tidak terkecuali dengan kritikan.. tapi cubala anda bagi kritikan yang ada asas kukuh.. anda ingin mengkritik ulama tetapi sekadar berhujah guna berita UTUSAN MELAYU... malula kawan..
lagi satu.. pakaila nama anon oi.. be gentle...
to YB.... al the best to you.. kuatkan semangat anda... kami golongan muda s.alam sentiasa menyokong YB....
saya kata moderate sikit bukan bakul sampahkan.
saya pun percaya kepada kebebasan bersuara dan saya pasti kebanyakan ahli pas pun begitu.
teruskan kan komen kepada sesiapa sahaja tapi sebagai ahli parti,kami pun faham komen bagaimana yg kritis atau komen yg tidak ada value.
kamu faham atau buat2 tak faham.
Bagi saya, cukup sahaja buat makan meraikan 19 tahun pemerintahan PR di Kelantan...Solat Hajat still dalam khilaf ulamak..
Pasal Baiah tu, actually nampak macam zalim, tapi bagi saya tak, ini meninggikan taraf wanita..."if u tak jaga amanah, jangan dekati saya, cerai" main role in this case adalah wanita....Jadi wanita menentukan pemerintahan...
Lagi satu, isu ini sebenarnya kuar dari hassan ali dan kawan2 nya...
Tapi Pak Khalid silap...masuk perangkap hasan ali dan Mustafa Ali...
Percayalah, lepas ni pak khalid yang kena tindakan disiplin, bukan hassan ali...silap besar pak khalid bersuara isu ini!
-----Anti-Jumud------
Ahahhha... kau juga yang kena Khalid!!
kah..kah..kah..
Kalau isu baiah tu hang kata tak zalim bagi hang..ok lah..tak apa pun..
maknanya memang betullah pemikiran hang terlalu jumud walaupun hang guna tag anti jumud..
sanggupnya hang menggadaikan rumahtangga hang utk politik kalau di takdirkan hang jadi calon pilihanraya..
Lepas tu hang kata YB Khalid masuk perangkap Hasan ALi..hahaha tergelak aku..
Hang tau ka..YB ni sebenarnya cakap main lepas je..tak guna kepala otak..dia guna kepala lutut je..sebab tu lah kalau hang tengok banyak kenyataan dia merapu-rapu..
Kalau aku memang aku akan kenakan YB Khalid tindakkan disiplin tapi bukan dlm parti..DALAM PILIHANRAYA la..
Kepada WARGA SHAH ALAM, aku takut nanti sebelum pilihanraya akan pulak diadakan majlis utk penyokong PR ni baiah di mana jika kita tidak memangkah PR maka jatuhlah talak..
maka ramailah pak sanggup yg nak jadi cina buta..
kau nak buat macam orang yg kau sebut ker. rilek jer....
baik kau x yah ada agama !!!!
rilek jer....
hati-hati dengan kata2
rilek jer....
Saya tertarik tentang bai'ah PAS ni, walaupun saya tak berapa pasti sebelum ini tetapi saya menyokongnya bagi mengelakkan gejala lompat parti seperti dlm PKR. Berbanding UMNO, ahli PAS hanya ada iman dan istiqomah saja. Perlu ambil ikhtibar hukuman Kaab bin Malik RA tidak serta dalam perang Tabuk - selepas 40 hari dipisahkan dengan isterinya. Hanyalah diharap kepeimpinan PAS terus beristiqomah dalam jalan ini supaya yang terlibat dengan bai'ah tidak terperangkap. walLahu a'lam Abu Zaid Puchong