Skip to main content

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Photography Prints

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempuran. Melarikan diri dari pertempuran merupakan satu tindakan yang jauh lebih besar dan jelas haramnya! Dengan membakar kapal-kapal ini Tariq menjadikan persoalan berpatah balik sesuatu yang tidak mungkin kerana yang ingin berpatah balik akan terpaksa berenang merentasi Lautan Mediterranean.

Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.

Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat. Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu.

Begitu juga terhadap mereka yang mendorongnya kearah tindakan khianat ini. Melalui sogokan dan pujukan, menyeru supaya dia melompat, mereka ini turut layak dilaknat. Sedangkan pada ketika itu, rakan seperjuangannya akan berusaha untuk memujuknya supaya tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Ini termasuklah isterinya yang pada ketika itu dan ketika itu sahaja akan menangis menggeletar mengigil, merayu supaya suaminya tidak melompat.

Inilah sebenarnya tujuan di sebalik lafaz itu. Ianya bukan sebahagian dari bai’ah. Tujuannya supaya yang dilantik menjadi calon tidak mengkhianati perjuangan yang telah didokong bersama. Kalau dilafaznya “jika melompat akan aku belikan isteriku gelang emas separas lengan”, sudah pasti ia bukan penghalang kepada tindakan melompat. Isterinya pula mungkin akan gembira sekiranya dia ini melompat dan bukan itu sahaja, malah akan menggalakkannya! Inilah sebenarnya kehendak UMNO. Kalau lafaz sebegini sudah pasti mereka sokong. Sebarang usaha untuk menutup peluang untuk membeli wakil rakyat parti lawan akan mereka tentang habis-habisan.

Amalan rasuah membeli calon yang menyebabkan perlunya bai’ah dan lafaz sebegini langsung tidak diambil peduli. Sedangkan ianya jelas bukan sekadar andaian tetapi telahpun berlaku di Perak dan baru-baru ini di Selangor. Kutukan terhadap bai’ah dan lafaz taklik bagaikan kutukan terhadap yang memasang grill di rumahnya, sedangkan pencuri berkeliaran di luar. Itulah Malaysia di bawah UMNO.

Malah lebih teruk lagi, terdapat pula golongan yang tidak hadir tetapi membawa cerita seolah-olahnya dia hadir dan tahu selok-belok perkara ini. Inilah sebenarnya tukang karut par excellence. Dia turut membawa hujjah “senanglah Khalid kahwin bini baru”. Hujjah jahil dari seorang yang berfikiran dayus. Kalau ingin menceraikan isteri sekalipun, tidak perlulah berselindung disebalik parti dan bai’ah. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kata-kata seperti ini lebih mendedahkan perwatakan dirinya sendiri, bukannya saya.

Ada pula yang bertanya, “mengapa Khalid membincang persoalan ini?” Sebenarnya ianya telah pun dibincang dan diketahui oleh ramai pihak lain terlebih dahulu. Saya berpendapat lebih baik perkara ini dijelaskan sekarang, bukan tiga hari sebelum hari mengundi. Ini kerana keyakinan saya kepada apa yang telah saya lakukan adalah berlandaskan keperluan semasa dan tidak merupakan satu kesalahan.

Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini.

Dalam pada itu terdapat juga yang berkata, mengapa perlu mengheret isteri dalam soal politik melalui lafaz taklik? Jelas, yang berkata sedemikian rupa tidak pernah meneliti ayat mubahalah di mana bukan sahaja isteri tetapi seluruh kaum keluarga telah diheret demi menegakkan kebenaran hujjah Rasulullah (SAW) di dalam ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang membantah kamu berhubung dengannya (Nabi Isa A.S.) setelah datang kepada kamu ilmu, katakanlah: Mari kita panggil anak-anak lelaki kami dan anak-anak lelaki kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu dan kemudian itu kita doa bersungguh-sungguh memohon semoga Allah melaknat golongan yang berdusta.”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Taliban said…
ALLAHUAKBAR!!!

ini smgt perjuangan yg kita mahukan!

tahniah saudara
inmaroon said…
saudara khalid, sebab itulah pemilihan isteri yang sekufu fikrah juga penting. bila pasangan memahami nilai perjuangan.

jika saya di tempat isteri2 wakil rakyat PAS, saya akan membantu suami dan menentang sebarang usaha mengkhianati parti. siiru 'ala baarakatillah
Anonymous said…
kalau la PAS mempunyai ramai pemimpin spt YB khalid samad saya percaya PAS akan bergerak lebih ke hadapan dan dengan semangat yg tinggi.

malangnya YB khalid tiada jawatan di peringkat negeri kerana telah di pecat oleh dewan harian yg kami ahli pas bawahan tidak redha walaupun terpaksa akur dengan keputusan mereka yg ada agenada sendiri.

semalam apabila saya berbual dengan seorang ajk kaw. yg menghadiri road show dr hassan pada 5hb nov di pandan,saya amat terkilan kerana mereka sudah jadi macam umno,isunya adalah melayu dan bersatu dan dr hassan takda kuasa kerana sultan dan dia kena ikut arahan sultan lebih dari kerajaan negeri.amat malang kita mempunyai pemimpin spt itu.

ramai antara telah mengambil keputusan untuk berundur dr cawangan,cuma jadi ahli biasa dan pengundi biasa selagi ada pemimpin spt dr hassan dan balacinya di peringkat negeri.

kami sudah jemu dengan retorik dan motivasi yg hanya ingin mempertahankan melayu dan sultan.
author faethal said…
Saya pernah posting isu bai'ah di blog saya. Bai'ah dlm Islam bukan perkara baru.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam.

Selamat berjuang YB Khalid Samad
Anonymous said…
Salam,

YB Khalid,

Saya adalah isteri kepada bekas calon PAS pada suatu pilihanraya. Suami saya memang tidak gembira kerana keperluan lafaz tersebut kerana dia berpendapat pihak isteri tidak perlu diheret sama. Saya sendiri redha kerana pada saya, perjuangan memerlukan pengorbanan apatah lagi perjuangan yang melibatkan amanah rakyat. Wallahua'lam.
PutraMerang said…
Saudara Khalid.
We met at Bagan Pinang. This is what I call a FIGHTER. Admire and respect your struggle. Will always be in support of you. You know what?. It should have been you the Menteri Besar.
Anonymous said…
Your analogies are silly.
Will confuse Muslims.

Candle vigil is not the same as using candles in blackout.

Declaring this particular oath is not the same as putting protective grills in the house.

I find it odd and disheartening that despite clear instructions from your Muslim superiors,many still find ways to praise and justify this oath.

Is "DEMEANING TO WOMEN" not clear enough?
sembang haroki said…
untuk kali pertama aku bersama YB!
Tinta Hitam said…
YB,

Jika lafaz ta'alik tu adalah inisiatif inidividu berkenaan dan bukannya arahan pimpinan maka tiada sebarang masalah disini.Ianya boleh dianggap commitment ADUN/MP berkenaan kepada perjuangan Islam.Apa yg kami faham ianya adalah arahan dari pimpinan PAS sendiri.

JIk arahan rasmi pimpinan PAS saya sendiri merasakan tak wajar dan agak kebudak budakan.
Anonymous said…
yb,
tak boleh ke yb ngan hasan ali berbaik2?

sakit mata la tgk pas selangor ni
Anonymous said…
Assalamualaikum wrt wbt

Tahniah Pak Khalid,

dulu kita berbeza dalam bab persepsi terhadap sebahagian pimpinan PAS yang dituduh pro UMNo atau ingin masuk UMNo. Saya tidak bersetuju dengan pandangan PAk Khalid dulu...

Dalam bab bai'ah ini saya merasa tenang membaca tulisan pak khalid. benar penjelasan pak khalid tentang bai'ah beserta taklik tersebut dan saya menyokong. dan saya pun seperti pak khalid tidak akan memanjangkan perkara ini kerana pimpinan telah mengeluarkan kenyataan tidak memanjangkannya.
Anonymous said…
Well said brother! Every knows about it though being denied by Cikgu Pa
Anonymous said…
Tuan,

Bagaimanapula dengan anak-anak Tuan? Adakah mereka diberitahu terlebih dahulu dan pandangan mereka di minta?

Bagaimana pula dengan Ibu dan bapa mertua Tuan? Jangan lupa taraf mereka ialah ibu dan bapa Tuan juga.

Perkahwinan bukan hanya diantara Tuan dan isteri Tuan sahaja. Banyak lagi pihak pihak yang mmepunyai kepentingan di dalamnya terutamanya anak-anak Tuan. Jika sesuatu berlaku adakah ianya adil untuk mereka?
Unknown said…
SYABAS YB..

semoga YB terus beristiqomah..kami pendukung gerakan Islam PAS akan terus menyokong YB..
Anonymous said…
Masya Allah. Suara Al-Islam bergema.
Anonymous said…
Asalamualaikum.
Talak jangan dibuat main. Bergegar tiang Arash. Tariq Aziz sahabat Rasullah SWT dan dijamin syurga. Sudah tentu mendapat ilham dari Allah. Tuan bagaimana pula? Setaraf ke dengan Tariq? Tahniah kalau setaraf sekurang-kurang nya ada manusia dalam Pas yang suci hati nya. Walau apa pun, saya tetap tidak bersetuju dengan baiah talak 3. Cari lah benda lain yang lebih sesuai.
Anonymous said…
Salam
YB, seperti yang saya jangkakan huraian YB amat mantap, mungkin masih ramai yang belum memahami bagaimana perlunya istiqomah dalam perjuangan. Seorang yang berjuang itu tidak menganggap dirinya malah keluarga lebih penting dari jamaah apatah lagi Islam. Seorang pejuang sudah merasakan bauan syurga! apakah dihirau lagi dengan sindiran dan tohmahan hingusan? Pastinya isteri para syuhada juga mendapat dua kali ganda! Alfahm - rukun bai'ah ikhwan Muslimin - bacalah dan renungkanlah. WalLahu a'lam. Abu Zaid Puchong
Itu Kilang Punya Jaga said…
The chief priest of Malaysia's Sikhs explains how the word 'Allah' has been used in their scriptures since it was written hundreds of years ago.

He says people who try to impose restrictions or obstruct others, like Sikhs, from using the word 'Allah' either do know the truth, or do not want to know the truth.

He shows several lines as examples from the Sikh Holy Book where the word 'Allah' is used.

Watch this amazing video to understand his explanations.

Tuan Khalid, what is ur opinion?
Anonymous said…
Salam YB,

Hairan saya. Adakah melawan UMNO itu seperti melawan kafir? Adakah tindakkan Tariq Ibn Ziyad sama seperti perjuangan PAS?

Cerita Tariq Ibn Ziyad melawan tentera Sepanyol tidak sama dengan menentang UMNO.

Saya setuju jika UMNO di tukarkan. Cuma strategi cerai talak 3 ni saya rasa amat tidak sesuai.

Banyak cara lagi yg boleh kita buat. Perjuangan PAS pun sama seperti UMNO. Bersama-sama dgn DAP & PKR.

Walaupun banyak cakap-cakap DAP & PKR sama-sama menentang kezaliman UMNO/BN tetapi saya sebagai rakyat Malaysia tidak pulak merasakan kezaliman yg di maksudkan.

Pada saya kalau perjuangan itu betul maka hati pengundi tetap bersama. Kalau perjuangan itu suci maka tak akan ada yg lompat..
Anonymous said…
Salam YB,

Hebat juga YB ni, bila dah tersepit lontarkanlah cerita-cerita Nabi,kalau tidak cerita-cerita sahabat-sahabat Nabi ataupun pahlawan-pahlawan Islam zaman silam. Saya rasa ramai yang akan terpegun dengan cerita YB ni, tapi tak semua..macam saya ni..

Pening juga saya nak memikirkan persamaan tindakan YB dengan pahlawan Islam yang ulung ni.. Kat mana ya yang sama..Di mana YB, bila orang Kristian nak menggunakan nama Allah, YB nampak macam setuju aje..bila kes-kes seperti kuil Hindu diseksyen 23 menjadi hangat, YB nampak macam menyebelahi golongan Hindu aje dan bila kes pengharaman arak di Shah Alam menjadi begitu hangat,nampak macam YB tak menyokong saudara seIslam YB, Dato' Hassan Ali.

Kalau YB sanggup berbaiah talak tiga, sanggup bermati-matian untuk menegakkan agama Islam seperti pahlawan Zaid in Ziyad, saya rasa benda yang kecil seperti diatas, tentu enteng bagi YB kan..tapi saya tengok YB tidak berhati waja dalam hal-hal ini..tak nampak roh Zaid bin Ziyad dalam segala tindakan YB selama ni..dalam perjuangan kita perlu konsisten dan saya tak nampak sebegitu pada YB.

Dalam hal ini saya lihat YB Zul begitu konsisten dalam pendirian beliau walaupun beliau tidak menggunakan platform Islam seperti YB. YB Zul lebih konsisten pendirian dan hala tuju apabila membicarakan Islam.. saya tak nampak begitu dalam diri YB..maaf ye YB!
Editor said…
Sebenarnya, perbuatan Talak YB adalah mulia.. namun masyarakat Islam Malaysia sememangnya jauh dari kefahaman perjuangan Islam.. dan bukan YB yang bersalah kerana terlepas cakap.. tetapi ada orang lain yg telah mendedahkan perkara tersebut terlebih dulu..

Berkenaan YB Hassan Ali.. Selama ini.. saya tak pernah lihat lagi YB Khalid menyatakan permusuhan dengan YB Hassan Ali.

Dan YB Hassan Ali tiada pula meminta yang lebih buruk untuk YB Khalid..

Masing-masing dengan haluan masing-masing..

Bagi saya, pertentangan peribadi itu pasti berlaku namun ia tidak membawa sehingga permusuhan mutlak antara YB berdua..

Selagi perjuangan menegak Islam masih tetap di dada dan janji kepada Allah dipegang.. saya yakin titik pertemuan antara YB Khalid dan YB Hassan Ali pasti berlaku..

Hanya golongan bawahan dan orang-orang yg tidak faham menimbulkan kebencian dlm diri sendiri sama ada kepada YB atau YB Hassan Ali.. menganggap salah seorang perlu dibuang dan lebih menggemari perpecahan..

Saya yakin YB dan YB Hassan Ali ada cara tersendiri mengikut method tersendiri.. dan semoga YB terus mengekalkan usaha YB dan mencari jalan menyelesaikan kekeruhan ini..

Wassalam.
Editor said…
Itu Kilang Punya Jaga..

Did you know.. the founder SIKHS is a diverted Muslim.. He tried to combine Islam and Hinduism together and then SIKHSM was born.

Look at the similarities that SIKHS have compared to ISLAM.. TURBAN, BEARD, FASTING and others.

No wonder they have name of 'Allah' in their books.
uma said…
salam bro.
memang brutal..
tp wa setuju dgn baiah tu.

dan tahniah wat bro
coz sanggup jadi korban kambeng itam
demi mjaga imej Parti.

bg wa
dah cukup cantek
gerakan pantas bro
dgn penafian dari presd & MA
maka secara tidak langsung
hanya imej bro yg tercalar
tp imej PAS terjaga.

coz bg wa
UMNO/BN pasti guna issue ni
utk cari makan..
tahniah atas gerakan yg cukup pantas...dari bro,MA dan presd.

cume
mana lak g mamat yg dok citer bab ni?
bila mau jadi korban kambeng itam lak..hehe


tahniah bro.

cume bg wa
klu leh pimpinan wat cara pimpinan...jgn jadi mcm macai bawahan
yg mhentam teman dan sahabat seperjuangan dlm ruang yg agak terbukak.
Anonymous said…
tariq bin ziyad die sbg ketua berhak putuskan.dan itu adalah keputusan.masalahnya YB bkn kehendak atau keputusan Jamaah..pandai2 sendiri je
Anonymous said…
Ulasan YB tidak menjelaskan secara terperinci mengenai baiah PAS.

YB cuba nak samakan perjuangan pahlawan Islam dgn PAS tetapi YB sekali lagi buat silap..

Macam kes KUIL dan Kalimah ALLAH..

Sudah tersepit lagi nak kona baring cerita pasal pahlawan islam..

satu lagi EDITOR kata perbuatan TALAK YB ADALAH MULIA..namun umat islam jauh drp kefahaman perjuangan Islam..

kesemua di atas menggunakan akal yg dangkal nak kona baring..supaya orang yg mendedahkan perkara Baiah ni sebenarnya adalah pemecah belah Parti PAS..

Tapi Parti PAS cuba nak buat kona baring dgn penafian dan cuba bersilat utk tidak memberi sebarang komen..tapi YB ni pulak nak samakan baiah perjuangan Parti PAS dgn pahlawan Islam terulung..

JAUH PANGGANG DARI API YB!!!..
TRALAYAN said…
Tahniah di atas tindakan berani anda dansebahagian anggota PAS yang sanggup buat baiah sebegini besar.

Namun, bagi saya isu ini tidak wajar didedahkan kepada umum. Dalam tidak faham, jadi fitnah dan senjata musuh pulak. tambahan pula pucuk pimpinan sendiri belum bersedia perkara seperti ini didedahkan.

Saudara seharusnya meminta izin daripada kepimpinan atasan terlebih dahulu, baru tidak dikatakan lebih sudu dari kuah.

Adakah saudaramemang berhasrat agar anda semakin terkenal dengan mencetuskan polemik seperti ini. Harapan saya, aanda tidak begitu.

Semoga Allah mengampun saudara dan kita semua.
anaklangkawi said…
Matlamat tidak menghalalkan cara..

apa2 pun YB cakap.. pada saya lah Isteri tidak boleh dijadikan bahan pertaruhan utk menunjukkan kesetiaan kita..

dia mcm org kena culiklah.. isteri dijadikan tebusan.. kalau kita tak langgar syarat apa2.. isteri dijuall..

nauzubillah..
Junaid said…
Salaam,

Semakin ramai org bukan Islam menyokong YB nak guna kalimah Allah ni nampaknya.

Tariq bin Ziyad dalam situasi itu adalah pemimpin perang. Dalam situasi PAS pemimpin perang adalah presiden.

Arahan daripada atasan untuk saat2 kritikal macam tu memang perlu. Mungkin hasil perbincangan Syura ataupun pandangan Mursyidul Am.

Masalahnya, mana ada arahan daripada atasan yang suruh laksana baiah talaq 3 ni. Ni arahan siapa?

Ini dah kes askar membakar kapal sebelum dapat arahan pemimpin perang. Atau YB memang melantik diri sendiri sebagai pemimpin perang itu?
Alan said…
Salam.

Rata-rata yang hantar komen tak setuju tu menggunakan hujah akal dan tak faham erti perjuangan menegakkan Islam.

Nasib baiklah mereka ni duduk zaman ni... kalau zaman Rasulullah SAW dah jadi golongan munafik agaknya.

Bagi anda yang tak setuju tu, tak baca habis ke posting YB? Begitu jelas kenyataannya... tapi malang, itulah rakyat Malaysia. Tak baca atau baca tapi tak faham. Bahasa ibunda kalau tak faham, baik duduk kat India atau Cina.

Maaf kalau terkasar..
Itu Kilang Punya Jaga said…
Editor,

Ya that is correct. The founder of Sikhism combined elements from Hinduism and Islam.

What I trying to say is that Malaysian Government cannot say only Muslim Malays can use the word 'Allah' and non Muslims of other races cannot use the word.

Pak Khalid and Pak Zul have made it very clear that there is no such larangan in Islam.

Kalau nak lihat, all of us pray to the same God, whether some refer to Him as 'Allah' or not. If people say "no, awak Hindu, awak punya Tuhan lain", then they are saying something syirik because they are themselves acknowledging there is more than one god. Cara/saluran sembayang maybe lain lain menggunakan fokus yg lain lain tapi akhirnya Penerima doa adalah Tuhan yg sama.

But UMNO people don't understand this.
Anonymous said…
Alan,

Adakah kamu maksudkan juga pemimpin2 tinggi PAS tak faham erti perjuangan menegakkan Islam.

Adakah kamu sindir supaya pemimpin2 PAS duduk kat India dan China.

Tidakkah mereka sudah keluar kenyataan yang terang.

Bila dah fanatik,cakap pun tak berfikir.Makan diri dan parti sendiri.
kuzy said…
Tahniah YB atas penjelasan yang cukup mantap.... pada saya kaitan antara apa yang pas lakukan dengan kisah Tariq itu sangat jelas...

mungkin masih ada yang xpaham atau buat2 tak paham sebab mereka dibayar untuk sengaja buat tak paham... biarkanlah..

kita berdoa mereka terbuka hati dengan perjuangan Islam sebenar yang cuba YB sampaikan.. teruskan usaha anda YB..

bagi mereka yang menolak apa yang cuba YB jelaskan, takut anda menafikan apa yang Islam praktiskan... nanti termunafik pula anda.
shakerz said…
Kalau diri sendiri x setaraf Tariz Ibn Ziyad, kenapa perlu dibandingkan?

Adakah UMNO tu kafir seperti yg YB maksudkan?

Patutkah isteri digadai hanya untuk kepentingan diri sndri?

Inila orang pas, mencemarkan Islam utk survival politik sndri
Anonymous said…
YB Khalid.saya bersyukur, akhirnya terjawab sudah bab baiah ni.betul,pimpinan Pas dah kata tutup mulut.mean,jgn tambahkan kusut,there is more waiting for us selain dr isu baiah ni.saya lega baca penerangan YB.saya mmg mengikuti stiap post YB.walaupun ada pendapat YB yang tidak selesa untuk dibaca/diikuti.YB,saya akan terus bersama PAS,selagi perjuangannya ada orang seperti YB dan TGNA/TGHH yang mendukung Islam itu seluruhnya,bukan separuh2.semoga diri kita semua sentiasa dalam kerahmatan dan keredhaanNya.Allahuakbar!
islam for all said…
KEPADA TRALAYAN,

Memang betul, sepatutnya isu-isu yang semacam ini tidak wajar didedahkan kepada umum. Sebab bukan semua orang faham Islam lebih-lebih lagi orang umno. Dalam tidak faham, jadi fitnah dan senjata umno pulak.
Dalam menyelesaikan isu ini, kita sepatutnya kena cari punca isu ini timbul dan jawatankuasa disiplin pas ambil tindakan terhadap orang yang mulut tempayan tu kerana mendedahkan isu ini.
Anonymous said…
cukuplah tuuu...
YB dah ajar subjek sejarah dah..
sekarang ni dah masuk subjek lain dah..

bab kereta tua pulak...
Anonymous said…
YB,

kisah tariq bin ziyad membakar kapal ini adalah kisah yg tidak bertanggungjawab dan sanadnya kisah ini dipertikaikan.

dari matan, ia menggambarkan tentera islam ketika itu pengecut sebab perlu dibakar kapal mereka. juga perbuatan panglima perang membakar kapal yg milik negara (harta awam) adalah bertentangan dgn Islam.

oleh itu, saya sarankan guna contoh lain berbanding kisah palsu kerana ia menjatuhkan maruah tariq bin ziyad dan tentera islam ketika itu
Anonymous said…
salam..
sy cuma rakyat marhaen yg mulanya terkejut bila mendengar cerita bai'ah talak 3 ini..gerun mendengarnya..namun begitu
terima kasih yb kerana memberikan analogi yg begitu berkesan..

namun begitu sy masih lagi ragu andai ada perselisihan ideologi politik di dlm satu rumah..haruskah ikatan kekeluargaan dan persaudaraan sesama islam itu diputuskan demi ideologi politik??

kalau begitu tidak hairan laa suatu masa dulu org PAS tidak makan sembelihan org UMNO dan tidak mahu menyembahyangkan jenazah org UMNO..kafirkah org UMNO yang menyebut 2 kalimah syahadah ini YB?

~maaf kerana mencelah~
mae said…
Bai'ah bodoh. Urusan antara ahli dengan Parti tapi menjadikan isteri sebagai korban. Adakah itu ajaran Islam, berjanji antara dua orang tapi menjadikan pihak ketiga sebagai sasaran. Saya pun nak buat bai'ah, kalau saya menang lawan gusti lengan dengan Mamat, saya akan tempeleng Khalid !
Abe Apis said…
Apa khabar bai'ah di tahun 2015 ini yer.
Unknown said…
Khalid
Kamu ni imam mujtahid ke
Qias kamu tu tak kena gaya
Hadith... Perosak ugama itu 3. Pimimpin yg zalim. Ali yg maksiat dan mujtahid jahil.

Khalid
Kami termasuk yg ketiga.
Kamu sedang merosakkan ugama
Anonymous said…
Biarkanlah mereka hadap.... Jangan masuk campur. Mulut mereka yang lafaz. Maka, biarkan mereka hadap balasannya.
Tak lama...dlm kubur nanti kau tau lah hitam putih kehidupan. Berbaiah dgn Allah boleh melaun ni langgar apalah dgn org ramai demi survival politik. Kau dh tuo khalid..kau jamin ke hujah kau betul? Yang letak syarat talak tu Tg Nik Aziz di kelantan je. Almarhum dh meninggal dan saat akhirnya semua tau kelebihan yg dia..adakah kau rasa nk setaraf tu? Taubatlah...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan