Umum memahami bahawa kerajaan PR mentadbir Negeri Selangor ketika ini adalah hasil dari perasaan jemunya rakyat terhadap pendekatan dan kaedah pentadbiran BN yang jumud, tidak amanah, mengongkong dan tidak prihatin rakyat. Inilah salah satu faktor utama yang mendorong rakyat untuk mengundi calon-calon PR semasa PRU ke 12 yang lalu. Di antara sistem jumud yang mengongkong yang dilaksanakan BN ialah sistem pentauliahan yang dipengaruhi kepentingan politik. Walaupun dilaksanakan atas alasan 'untuk menjaga kepentingan Islam, supaya ajaran sesat dapat dibendung' dan sebagainya, hakikatnya sistem tauliah sebegini digunakan untuk melarang pendakwah-pendakwah yang berkemampuan dari menyampaikan ceramah dan tazkirah mereka di Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Termasuk dalam golongan yang dinafikan tauliah pada masa itu adalah Dato Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan lain-lain. Akibatnya ummat Islam tidak disedarkan akan tanggung-jawab mereka untuk menegakkan keadilan dan kebenaran melalui pemerintahan yang telus, amanah dan bertanggung jawab.
Pentadbiran PR yang mengambil-alih kuasa mulai Mac 2008 berusaha untuk memperbetulkan keadaan dan suasana. Melalui beberapa dasar, termasuk dasar ‘Jejak Ilmuan’, kerajaan PR berusaha untuk mencari dan mengenal pasti peribadi-peribadi ilmuan yang merupakan anak Selangor atau yang bermastautin di Selangor supaya Negeri Selangor akan mendapat manfaat dari ilmu dan kepakaran yang ada pada mereka ini. Keterbukaan kerajaan Negeri kepada sumbangan ide dan pandangan dari golongan ilmuan amat dialu-alukan. Ini amat berbeza dari sikap pentadbiran lama yang hanya ingin mendengar pandangan yang membodek semata-mata. Sebaliknya, di bawah PR, golongan ilmuan diberi penghargaan dan penghormatan dan ilmu yang ada pada mereka dihargai walau apapun aliran fahaman politik dan kaum asal usul mereka.
Walaubagaimanapun, sikap menghargai ilmuan yang dianjurkan oleh kerajaan PR ini tidak sama-sekali dicontohi JAIS yang masih berada di bawah 'mindset' pengurusan BN yang terdahulu. Iaitu mindset yang pada satu ketika dahulu melarang ulama-ulama besar dan terkenal mengajar di Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor atas sebab kepentingan politik BN. Pengurusan yang telah menutup dan memanggakan surau Seksyen 8 Shah Alam atas sebab menjemput penceramah yang 'tidak bertauliah', walaupun di antara penceramah yang dimaksudkan adalah Dato Ismail Kamus dan Dato Dr. Hassan Ali. Sikap jumud dan mengongkong ini malangnya terus dikuatkuasakan oleh JAIS seperti yang terbukti baru-baru ini dalam kes Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Kalau ilmuan dalam berbagai bidang ‘dijejaki dan dicari’ supaya ilmu mereka dimanfaatkan untuk kepentingan Negeri Selangor, mengapa tidak begitu juga terhadap ilmuan agama atau golongan ulama’? Adakah Negeri Selangor tidak dihambat permasalahan sosial sehinggakan usaha mendidik dan mendakwah tidak lagi diperlukan? Bukankah usaha menimbulkan kesedaran dan keinsafan melalui tazkirah dan kuliyyah oleh ulama' yang berwibawa diperlukan?
Sekiranya sumbangan ke arah ini diinginkan, maka tidakkah sepatutnya JAIS menerajui usaha ‘Jejak Ilmuan’ Islam dan memberi mereka tauliah dengan sikap tawaddhu’ dan positif, dengan menginginkan sumbangan dan keberkatan ilmu golongan ulama’ ini untuk Negeri Selangor? Melalui keterbukaan sebegini yang selari dengan dasar kerajaan Negeri maka akan datang para alim ulama’ dari seluruh negara untuk mengajar dan menabur bakti mereka di Negeri Selangor tanpa syak dan kuathir bahawa mereka akan dihambat dan ditahan oleh pegawai JAIS.
Pepatah ‘Perigi mencari timba’ mungkin sesuai juga untuk digunakan bagi keadaan di mana golongan ulama’ ini diminta memohon tauliah untuk menyampaikan ilmu mereka kepada masyarakat yang dahagakan ilmu. Pada zaman dahulu, para alim ulama’ didatangi oleh pemerintah dan pembesar pembesar untuk mendapat pandangan dan pengajaran. Khalifah Harun Ar-Rashid telah ke rumah ulama' tersohor pada zaman beliau untuk meminta nasihat dan pandangan dan bukan sebaliknya. Pemerintah yang menghargai ilmuan/ulama' akan mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Dalam pada itu, Ulama’ yang sentiasa menunggu di pintu istana dan rumah pembesar pula dipandang serong oleh masyarakat dahulu sebagai ulama’ yang inginkan jawatan, kedudukan dan habuan dunia.
Atau adakah JAIS menganggap Islam milik mereka dan diri mereka sebagai pemegang ‘franchise’ Islam untuk Negeri Selangor? Sehingga semua yang ingin bercakap berhubung Islam perlu mendapat izin mereka dahulu? Tidakkah mereka sedar bahawa setiap seorang Muslim berkewajipan menyampaikan mesej Islam dan oleh itu usaha menghalang seseorang bercakap berhubung Islam adalah satu kesalahan? Ya, kita boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang membawa ajaran sesat dan tidak betul, tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang bercakap mengenai Islam semata-mata kerana tidak ada tauliah!
Oleh itu, pendekatan terhadap persoalan tauliah ini mestilah berbeza dari apa yang diwarisi dari BN. Pentauliahan dilaksanakan dengan kefahaman bahawa ianya hanya satu kaedah untuk memantau dan memudahkan rakyat mendapat penceramah dan pendidik yang diiktiraf terlebih dahulu keupayaannya, bukan untuk mengongkong usaha dakwah. Usaha dakwah dan mendidik perlu disokong, diperbanyakkan dan dipermudahkan.
Sekiranya dikenali kemampuan seseorang, beliau seharusnya terus diberi tauliah. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai kelulusan pendidikan agama. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan formal ini, maka dipantau kuliyyah dan tazkirahnya dari masa kesemasa. Sekiranya perlu, dipanggil dan ditemuramah. Jika ada kekurangan, maka ditegur dan dipertingkatkan. Semestinyalah ada kemampuan pada diri seseorang sekiranya terus dijemput untuk berucap dalam majlis terbuka. Pada kebiasaannya yang sesat dan salah diajar melalui majlis tertutup. Sekiranya didapati orang itu mampu menyebarkan dakwah Islam, maka diberi juga tauliah kepadanya lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu mampu menarik minat di kalangan masyarakat jelata untuk datang mendengar kuliyyah agama yang disampaikan.
Dalam pada itu, segala usaha dakwah perlu dipantau dari sudut ketepatan ajaran yang disampaikan dan tindakan diambil sekiranya ada yang tidak betul dan hanya di atas sebab tidak-betulnya tazkirah dan kuliyyah seseorang itu, bukan di atas sebab tiadanya tauliah.
Kita seharusnya sedar betapa meruncingnya masalah yang melanda manusia dan ummat Islam dewasa ini sehingga tidak wujudnya perasaan takut untuk melakukan kemungkaran, penyelewengan dan kezaliman. Kita mesti menyokong segala usaha ke arah mendidik rakyat berhubung agama Islam supaya masalah ini akan diatasi.
Malangnya, pendekatan yang baru seperti ini tidak mampu dibawa golongan yang masih berpikiran mengikut cara lama. Golongan yang berfikiran mengongkong dakwah tidak mungkin mampu menghayati dasar menyemarakkan dakwah dan jelas bercanggah dengan Misi JAIS sendiri iaitu “Menguruskan Hal Ehwal Islam Secara Hikmah, Amanah dan Berkesan”. Oleh itu, harus dilakukan rombakan yang sewajarnya supaya akan terhasil perubahan yang amat di perlukan ini. Iaitu satu perubahan yang dapat mengelak dari berlakunya keadaan di mana ulama' disaman kerana mengajar agama. Satu imej yang cukup negatif dan bercanggah dengan imej PR yang pro-ilmu dan juga pro-ilmuan dan ulama'.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
ada yang lebih hangat lagi.. layari
http://angsadaria.blogspot.com/
Kalau tidak dibersihkan, inilah yang akan berlaku.
Itu baru satu jabatan kerajaan negeri.
mula-mula mereka ini akan patuh kepada pemimpin PR kerana alasan bekerja dengan kerajaan negeri. tetapi apabila mereka semakin selesa dengan kedudukan ( disebabkan PR terlepas pandang ) maka mereka akan menunjukkan belang dan disokong oleh puak-puak U^^O. maka banyaklah keputusan yang memburukkan pemerintahan PR.
JAIS dan semua Jabatan Ugama Islam Negeri lain sebenarnya ditubuhkan untuk menghalang Islam bukannya untuk mengembangkan Islam.
Perhatikan selama 52 tahun negara ini merdeka apakh usha usah mereka untuk menegakkan Islam? Hampir kesemua usah usaha mereka hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.
Kakitangan yang dilantik kebanyakkannya tidka menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat .Keindahan Islam tidak dilihat pada jabatan dan juga pada kakitangannya.Malahan Jabatan Agama Islam boleh dijadikan contoh terhadap segala kelemahan,kelembapan,nepotisme malahan kekorupan sesebuah jabatan kerajaan.
Institusi ini sebenarnya adalah fitnah kepad umat Islam dna ajarannya.Malahan dengna berkuasanya PR dan jatuhnya JAIS kepada PAS tidak merubah apa apa.JAIS tetap saperti dulu juga.Business as usual
Isu ini mendatangkan fitnah kepada PAS.Sorry to say PAS had poorly managed the issue and let UMNO took advantages from it..Whereas it should be the other way round,isnt it?
I dont know how far we should blamed Dr Hassan Ali and PAS? So far we didnt receieve satisfactory explanation from YB Hassan Ali himself.In fact he had potrayed himself as incapable politician
Usahlah menjadi jaguh dgn menuding jari kpd JAIS semata2 tidak ditauliahkan utk berceramah. Sikap anda yg suka membobrok tanpa usul periksa dan masih dgn sikap menyalahkan mereka2 yg kononnya di bwh telunjuk BN menyerlahkan di mana tahap pemikiran anda. Adakah anda rasa anda benar2 layak untuk berceramah@menyebarkan dakwah tanpa dibelenggu rasa amarah pada mereka2 yg tidak sehaluan dgn anda??? Hanya anda yg ada jawapannya...
Hal ehwal Islam di bwh Sultan dan saya tak pasti Sultan kena ikut atau tidak nasihat YAB MB dalam hal agama ini atau tidak? Tetapi saya rasa YDP Agung mengikut nasihat PM/Menteri termasuk urusan agama. Perkara inilah perlu diselesaikan, ingat bagaimana Pengarah JAIPerak di awal pemerintahan PR di Perak? DUN kena ubah kaedah pemberian tauliah ini.
1. Bagi yang dah ada ijazah pertama dari pengkhususan Islam - tak perlu tauliah
2. Bagi yang tak ada spt mengaji sendiri di pondok/terus dari ulama/dsbnya kena ada panel pentauliahan yang dipengerusikan oleh Mufti dan JK yang dilantik oleh DUN dan dipersetujui oleh Sultan.
3. JAIS hanya perlu memantau dan menguatkuasa jika penceramah yang mengajar agama telah menyeleweng.
p/s cuba bayangkan kalau kita panggil ulama besar dunia spt Imam besar Majidilharam/Sheikh Alazhar/dsb berceramah di Selangor tetapi ditangkap oleh JAIS kerana tak de tauliah, kan memalukan M'sia dimata dunia Islam? walaupun ada beberapa pengecualian tetapi 'penguatkuasa' boleh memanipulasi dakwaan!
Wslm
Abu Zaid Puchong
dan UMNO perintah..
Arak....
judi..
terus kekal ada.
hari ini berilah masa yg patut
pada pakatan rakyat...
bagi dua tiga penggal...
satu penggal mana cukup..
UMNO semuanya kena bubar...
semua pakat-pakat masuk PAS..