Skip to main content

Catatan Hujung Minggu


Minggu lalu sememangnya merupakan minggu yang cukup mencabar bagi saya. Bermacam-macam isu yang ditonjolkan oleh media BN untuk menempelak PR dan PAS khususnya. Melalui isu-isu ‘sensasi’ yang diberikan status ‘muka depan’, mereka telah berjaya untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu yang jauh lebih utama. Ini merupakan kelebihan yang ada pada BN dengan penguasaan mereka terhadap media perdana.

Namun walau sejauh mana mereka cuba untuk menggagalkan usaha-usaha kita untuk bergerak di dalam masyarakat, insyaAllah akan kita teruskan juga. Berbagai program telah berjaya dianjurkan di mana kita terus bertemu mesra bersama rakyat untuk membina kekuatan dan kepercayaan yang mantap. Program-program Ehtifal PASTI telah diadakan dengan banyaknya. Saya berterima kasih kerana ada ramai di kalangan pimpinan kawasan yang dapat mengisi program seperti ini sehingga saya sendiri hanya hadir dalam 3 dari hampir 10 program yang telah dianjurkan.

Program forum-forum juga telah berjaya menarik minat sebahagian besar masyarakat untuk datang berinteraksi serta bertukar pendapat dan PSM tidak ketinggalan berusaha gigih di dalam program seperti ini. Sebelum ini telah dianjurkan forum berhubung ISA dan kali ini berhubung sistem 2 parti.

Dalam masa yang sama, ceramah-ceramah terus diadakan juga sepertimana kebiasaan. Kali ini di Klang. Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah berusaha keras di atas kejayaan menubuhkan 5 lagi cawangan Kelab penyokong PAS untuk kawasan Klang.

Tidak ketinggalan program bersama masyarakat India dengan program sambutan Deepavali di Seksyen 24. Begitu juga dengan masyarakat Cina melalui program makan Malam Persatuan Buddha di Bukit Rimau dan program di Taman Berkeley. Yang menarik, buat pertama kalinya, terdapat peserta program di Taman berkeley yang terdiri dari peserta Melayu dan India, bukan hanya masyarakat Cina.

Yang terakhir tetapi tidak kurang hebatnya, kehadiran pertama kali semenjak peristiwa demo ‘kepala lembu’, di Surau Seksyen 23 bersama dengan Dr. Halimah. Beliau telah menyerahkan sumbangan kepada KAFA Integrasi di surau berkenaan.

Terima kasih dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program-program tersebut.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

azmie sek 17 said…
org yang konon2 nak mjadi hero mcm yb ni lah yang ada byk cabaran...buat je la apa yg yb nak buat ..kami di shah alam takan mgundi PR lagi sperti yang PRU yang lepas.......nyessssssaaaaalllll......
Anonymous said…
azmie sek 17..ko nyesal undi PR?

boleh lipat/bungkus berambus belah g NS, Melaka, Johor...

Jgn wat kacau kat sini..

Maybe 'Haram' bagi kau minum air free yang kerajaan PR Selangor bagi tu!
gerbert said…
apa daa.. salah ke orang nak ada pandangan sendiri? kalau dia tak nak undi lagi, buat apa nak paksa. better duduk and kaji kenapa orang tak nak undi daripada melatah tak tentu pasal sampai nak halau orang. pastuh pandai2 keluar fatwa sendiri pasal air haram. inilah akibatnya kalau dah dididik untuk jadi taksub.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan