Skip to main content

Video Parlimen: Perbahasan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa

“Saya ingin menegaskan, bahawa dalam pada saya menyokong cadangan pindaan ini, peringatan yang saya ingin tegaskan, bahawa ianya tidak memadai. Mereka bukan berjuang untuk pingat, mereka bukan berjuang untuk wang. Mereka berjuang untuk melihat sebuah negara yang benar-benar bebas. Bebas daripada undang-undang yang zalim, seperti ISA, bebas daripada sebuah kerajaan yang rasuah, bebas daripada golongan pemerintah yang hanya memikirkan hendak tambah, hendak timbunkan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri. Dengan kita memberikan elaun walaupun 2 ribu ataupun 10 ribu, tidak bererti bahawa kita bebas daripada tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka mulakan, iaitu kemerdekaan yang sebenarnya.”

[Bahagian I]


[Bahagian II]


Video adalah ihsan Jiwokelate2009
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Dr. Rahul Dhillon said…
I salute your brilliant arguments and fluent manner of speech Sir!
Anonymous said…
YB, I agree with all your reasoning in the debate, job well done !!! but still lacking some research work as you guys are ignorant that the existent of three other gallantry and bravery award besides SP and PGB.
PTU-Pingat tentera Udara.
KPK-Kepujian Perutusan Keberanian.
JPP-Jasa Perkasa Perseketuan.
Where will these three medals be placed. Not so much of money like you said but the recognition that matters and why was it discriminated as the recipients were also awarded based on the pengorbanan. Don't you think the military pilots that mostly the recipient of PTU are of different class. Is it not their lives were also at stake and they have sacrifice their lives in the defense of the nation.
How I wish we are not blinded by the government slick moves but blame ourselves as we are lazy and clueless...Good Luck YB and please remember the other three medals or else tell the government to abolish them all together. Disgusting.!!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...