Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan
Comments
Pasai comments hang semalam yang tak dilulus, saya rasa blog YB Khalid ni macam rumah dia la...jadi dia nak buat apa dia punya suka..hang sapa nak tanya2 dia pasai apa tak approve??
""Mulanya dengan bismillah... . pastu... carut.. maki... sumpah... semua org tak betull... kita saja betul... org semua khafir... kita masuk syurga ..... org lain tak cium syurga...tambah sket maki n sumpah seranah...habis ngan wabilah hitaufik wal hidayah..... .. ''
begitulah caranya pemimpin pemimpin (yang MELAYU n ISLAM) pas memulakan ceramah yang mana tujuannya untuk menghina parti lawan yang juga MELAYU... ISLAM... sama mcm dia... (tapi dia tak ngaku la sama sbb dia boleh masuk syurga jln mudah katanya laaa) kalau tak caya cuba la pergi mana mana ceramah ceramah pas.. tajuk sedap jaa di dengar "ceramah politik kearah ISLAM" dengar tajuk fuhhh syahdu... dalam ceramah pakat semua bergelak pasal tukang ceramah bagi ceramah sumpah seranah...
sekian ... wabilah hitaufik walhidayah wasallam mualaikum warah matullah hiwabarokatuh. ...
x erdogan
Hang juga jangan kalut macam kereta kebal tu.
Cara hang berdiskusi ada tiga tafsiran saja:
(a) Hang cybertropper UMNO, jadi takut pakai nama sendiri.
(b) Hang kurang pandai berdebat dengan fakta, jadi hang main tibai aje
(c) Hang dari kumpulan fraksi UMNO dalam PAS
Coba hang tengok YB meluahkan pendapat - bukan dengan perasaan (atau perasan) tapi dengan fakta.
kalau Apanama bagi pendapat tak sebulu mcm lu..maknanya lu ckp Apanama tu UMNO la??
Hahaha..cetek sungguh tahap pemikiran kau tu..
Kalau tak sependapat di katanya UMNO..
Bangang tahap kronik...
Kalau saudara tak setuju Apanama sekalipun bukanlah sampai menjejaskan PAS. Jgn jadi mcm Khalid Samad, main bedal je..
Saya usulkan tuan dan PJ duduk bersama..muzakarah dan mesyuarat dengan tertib seperti mana yang di anjurkan Rasulullah dan berilah berita gembira kepada orang ramai dengan cara yang paling fatonah kerana di luar ni ramai yang tak berapa faham akan tingkat fikir orang orang yang memimpin...
i)nilai ustaz dan orang yang mahir dalam bab agama adalah kurang didalam perperktif masyarakat kerana orang yang mengaku agama , nampak baik dan sebagainya tapi hakikat adalah sebaliknya contoh faham-fahamlah..
ii)bab maki hamun dah biasa oleh orang yang mengaku ustaz, dalam muzakarah bulan puasa sempat pula kondem orang lain macamlah puak ni malaikat
iii)emak bapak tak beria-ia nak menghantar anak-anak kesekolah agama kerana beberapa kes-kes serius pelajar-pelajar agama
iv)dulu kalau sebut koran hanya yang arif dalam agama yang berani, sekarang kafir harbi pun dah pandai, nilainya dah jatuh sebab sewenang-wenang digunakan oleh mereka ni.
v) negeri contoh iaitu negeri serambi mekah tak menunjukkan peningkatan dari segi akhlak penduduknya.. pasal bola pun sanggup merusuh.
vi)orang yang dikatakan beragama sanggup panggil orang lain "anjing" , "barua" dan sebagainya hanya kerana orang lain tak bersehaluan dengannya.
vii)nampak orang "beragama" ini komited dalam perjuagannya,sanggup mati melawan saudara seIslam. Alangkah indahnya kalau mereka sanggup berjihad di Palestin dari berkelahi sesama Islam
Kat Bagan Pinang dah tunjuk penolakan orang ramai kepada orang-orang "agama" ni...inilah trend dunia, kat Indonesia, kat Pakistan dsb.
semua komen yang dibuat tidak boleh pakai, langsung tak cermin akhlak yang baik,akhlak orang mukmin. Isi komen jauh dari membina.Cadangan zero,tapi maki hamun memenuhi laman web. Boleh kah kita orang melayu dan Islam tak kira PAS atau UMNO berbicara tentang isu ilmiah untuk diunjurkan pada pemimpin politik? Lepas tu kita buat keputusan nak sokong dia atau tidal dalam PRU13. Isu pertama kita bincang' Pembinaan Akhlak yang dituntut oleh Islam" apa dia dan bagaimana nak dilaksanakan, Pakar hadith keluarkan hadithnya dan kalau pakar tafsir keluarkan ayat quran yang berkaitan dan tafsiran nya. Boleh tak?
Biarlah pendebatan disini dibiarkan berkembang asalkan ianya pendebatan yang sihat,tiada maki hamun, tiada cop mengecop hingga sanggup melabelkan puak yang kurang bersetuju sebagai ahli neraka macamlah kita ni digerentikan ahli syurga..
Biarlah seorang buruh kasar maupun professor universiti memberi pendapat mereka mengikut sudut masing-masing. Kedua-dua mungkin betul dan kedua-dua mungkin salah dalam hal tu.Biarlah pembaca blog membuat keputusan masing-masing ..
Bagi saya orang yang mengaku "beragama" perlu dikaji dan diperhatikan kerana takutnya "agama" hanya dibibir tapi hakikatnya akhlak lebih buruk dari orang yang tak sebut-sebut pun bab agama.
Kita jangan cepat tertipu dengan perwatakan sebegini. Kita pernah ditonjolkan dengan watak alim seseorang yang pernah mengimami makmum yang lain, tapi untuk diajak bersumpah mubahalah amatlah sukar untuk beliau lakukan.Kenapa ya, seorang hamba yang daif seperti saya bertanya?
Kita juga pernah diwar-warkan seorang khalifah LGE yang ingin mendekati Islam dengan mengamalkan cara-cara pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz. Mendekati ataupun mengabui orang Islam.. In politics, orang kata persepsi itu penting.. "peduli apa orang kata asalkan kita dapat mempengaruhi majoriti orang lain".
ye kan, tapi tak semua orang boleh tertipu dengan lakonan sedemikian.
banyak berkata daripada melaksanakan..