Skip to main content

Penerima Biasiswa Boleh Sokong Pembangkang

Oleh: Salhan K Ahmad (Malaysiakini)

Penerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.

Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal "berterima kasih" - seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya - hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.

"Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita," kata ahli parlimen PAS itu.

Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.

"Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara," kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.

"Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik," katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu.

Khalid, ahli parlimen Shah Alam, berkata penerima biasiswa kerajaan yang kemudiannya menjadi penyokong dan pemimpin pembangkang dulu tidak dipandang serong, tidak seperti yang berlaku pada hari ini.

Boleh terima biasiswa

Dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang, isu "berterima kasih" juga dilihat sering digunakan pemimpin BN dalam ceramah-ceramah untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

"Saya tidak melihat apa-apa percanggahan dan saya rasa pada masa itu, pemimpin-pemimpin pada masa itu ada pemahaman seperti ini.

"Hanya apabila mereka menjadi terdesak dan mereka sendiri tahu bahawa mereka (bukan seorang pemimpin) yang baik untuk negara ini, barulah mereka menggunakan hujah seperti ini.

Tambahnya lagi, seseorang yang mengambil pendirian berbeza juga diterima, malah dihormati ketika era kepimpinan perdana menteri kedua dan ketiga, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

"Pada masa itu, anda boleh menerima biasiswa dan kemudian buatlah apa yang anda fikir baik untuk negara. Mereka akan cuba yakinkan anda bahawa mereka melakukan khidmat yang baik untuk negara, tetapi jika anda tidak bersetuju, pendapat itu diterima, malah juga dihormati pada tahap tertentu," katanya, menceritakan pengalamannya ketika mula bergiat dalam gelanggang politik nasional.

"Ketika saya balik (daripada melanjutkan pelajaran pada 1979), saya melapor diri untuk bertugas dan diberikan pilihan sama ada untuk menyertai Petronas atau Sirim, kedua-duanya baru ditubuhkan pada masa itu.

Bertanding pilihan raya

"Saya memilih untuk menyertai Petronas kerana mereka lebih (terlibat) dalam minyak dan gas. Tetapi saya tidak pernah ditanya mengenai penglibatan saya dalam PAS ketika saya di Petronas.

"Pada masa itu, saya telah memegang jawatan seperti ahli jawatankuasa pusat untuk sayap Pemuda PAS sejak 1983," tambahnya.

Jelasnya lagi, beliau hanya meletak jawatan daripada syarikat berkaitan kerajaan itu pada 1986 kerana ingin bertanding kerusi parlimen Kuala Krai dalam pilihan raya umum pada tahun berkenaan.

"Pegawa-pegawai Petronas memberitahu saya bahawa tidak ada sebab-sebab yang memerlukan saya untuk letak jawatan.

"Tetapi saya rasa saya tidak mahu memalukan pengurusan Petronas untuk menghadapi situasi di mana saya bertanding sebagai calon pembangkang dan saya rasa tidak adil untuk mereka, jadi saya letak jawatan pada 1986 dan bertanding," kata Khalid.

Jelasnya lagi, beliau tidak pernah disoal siasat oleh mana-mana pegawai Petronas mengenai penglibatannya bersama parti Islam sebelum itu.

"Jadi tidak ada sesiapa yang siasat atau persoal etika mengenai penglibatan saya sebelum itu, dan saya rasa ramai yang terkejut mengapa saya sanggup tinggalkan Petronas, tetapi mereka hormati keputusan saya untuk berbuat demikian," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Penerima biasiswa yang menyokong pembangkang sebenarnya makan duit haram.Sama macam pemimpin PAS sebab tu perangai mereka lebih hina dari babi.
piiirah said…
Anon, kau ingat itu duit bapak kau ke senang2 je nak haramkan? Satu lagi projek KERAjaan BN, piiirah mabuk!
Anonymous said…
anon 9.11pm, i pity your parents...

4RAKYAT
Unknown said…
satu lagi article yang cukup mantap and tulus. :up: well done!

hanya otak yg diisi tahi tidak dapat memahami article ni.
Anonymous said…
apakah yg sangat terhina mengenai babi?

ia tidak makan rasuah, ia tidak bunuh gadis mongolian, ia tidak mengatakan rasuah tu masalah teknikal aje, ia tidak naikkan harga minyak, ia tidak menyebabkan barang naik and inflasi teruk, ia tidak menyebabkan negara kita yg begitu kaya dengan sumber alam semula jadi juah lebih mundur daripada singapore.

gunalah otak berfikir, kawan.
Anak Perelih said…
Orang PAS pun bayar cukai jugak yang sebahagiannya digunakan untuk biasiswa... yang duit haram ialah bila BN yang mengatakan "satu lagi projek kerajaan BN" kerana duit yang digunakan tu termasuk la duit cukai yang orang PAS bayar...
Anonymous said…
to anon 9.11pm, wujud lagi org macam kau di abad ini.
Anonymous said…
apa yang YB khalid samad cakap memang betul.....rakyat kita mestilah belajar bahawa Umno-BN adalah sebuah parti yang dipilih oleh majoriti rakyat malaysia untuk mentadbir kerajaan.kerajaan adalah hak kita....walau siapa pun yang mentadbir,kerajaan adalah hak kita,rakyat malaysia.rakyat mestilah belajar istilah separate legal entity. bagi kes seperti ini...kerajaan adalah kerajaan,dan parti politik adalah parti politik.bukannya kerajaan adalah BN dan BN adalah kerajaan.itu salah tu....maka adalah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyatnya seperti kemudahan pendidikan,kesihatan percuma,pengangkutan percuma,jalan raya selesa dan lain-lain nya.fikir2kanlah....
Serious Shepherd said…
Ng Yen Yen adalah seorang penerima biasiswa Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS (1959-1978). Sekarang dia jadi pemimpin tertinggi MCA, sebuah parti politik yang giat menyebarkan Islamophobia di kalangan masyarakat Cina (jangan undi PAS, nanti xleh makan bak kut teh, xleh pakai mini skirt, negara jadi macam Taliban etc). Takde pulak PAS merengek yang Ng Yen Yen tidak tahu berterima kasih kepada PAS.
aliashraf said…
ak sokong kerajaan tp kerajaan negeri kelantan , xpernah lg jd pembangkang ni.hahaha.amacam?puas ati.
Anonymous said…
Betul dan ada kebenaran.

Let say..kalo PAS menang & BN kalah...secara majoritinya PAS adalah Kerajaan. mana2 parti yang memenangi majoriti kerusi Parlimen adalah menjadi Kerajaan dan BN pula adalah Pembangkang, Contohnya di Selangor, Penang, Kelantan & Kedah, PAS / PKR adalah Kerajaan Negeri dan BN adalah Pembangkang dinegeri tersebut. Khir Toyo- Ketua Pembangkang di Selangor.

Pasal Biasiswa / Projek...semua tu adalah tanggungjawab mana2 kerajaan pada rakyatnya...sebabnya duit tu adalah datang dari duit cukai semua rakyat dan juga syarikat2 termasuklah yg berada di negeri2 yang dikuasai oleh PAS & PKR. Semua duit ni pergi ke LHDN bukannya kerajaan negeri. Cukai2 kecil sahaja (cukai pintu, tanah, signboard, iklan, perniagaan) sahaja yg dimilliki oleh kerajaan negeri..berapa sangatlah jumlahnya berbanding cukai pendapatan perseorangan dan juga perniagaan yag mencapai ratusan ribu sebulan.

Jangan lupa, mana2 pihak yg menggunakan duit ini bertangungjawab mengembalikannya pada rakyat, bukannya masuk poket sendiri apatah lagi melibatkan duit rakyat ini dengan aktiviti rasuah / politik wang.
Anonymous said…
Sedih saya bila membaca komen seperti ini lebih-lebih dari seseorang yang berpelajaran seperti YB.

Seperti YB, saya pernah belajar di England dengan biasiswa kerajaan BN (UMNO).Saya percaya kalau kerajaan BN(UMNO) tidak usahakan biasiswa tersebut saya dan ribuan Melayu lain sudah tentu tak dapat meneruskan pelajaran saya kerana ayah saya hanyalah seorang kuli sahaja.. gaji hanya cukup makan sahaja ..

Cuba YB bayangkan kalau dari tahun 1969 dulu Malaysia diperintah oleh DAP dan mengamalkan sistem meritokrasi. Saya percaya ramai orang melayu seperti YB dan saya sendiri takkan dapat merasa melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan tanpa pelajaran bukan mudah untuk orang Melayu untuk merubahkan kedudukan sosio-ekonomi mereka yang kebanyakan masa itu hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Disebabkan polisi DEB lah, orang Melayu dapat merasa nikmat melanjutkan pelajaran dan ramainya penerima penerima biasiswa ini memegang jawatan tinggi di Petronas dan GLC yang lainnya.Sedarlah!

Cukupkah berterima kasih pada Tuhan dan negara seperti cadangan YB? Yang menerajui negara adalah manusia dan cara pemerintahan dan polisi mereka yang memerintah yang akan mencorakkan kehidupan masa depan kita.Kalau di Burma, pemerintah nya berkuku besi, tiada demokrasi dan hasil negeri walaupun limpah ruah banyak dihabiskan menguatkan junta tentera negara tersebut dan pelajaran serta kebajikan rakyat diabaikan.

Syukurlah Malaysia ini mempunyai pemimpin yang berwawasan yang melebihkan pelajaran dan kebajikan penduduk dari mementingkan pertahanan negara. Lebih 30% perbelanjaan negara dihabiskan untuk pelajaran rakyat dan negara ini, kalau dibandingkan dengan jiran Indonesia, Thailand dan Phillipines, Malaysia mempunyai kadar penduduk berpelajaran yang amat tinggi.Ianya tak mungkin jadi sebegini kerana kebetulan ('fluke') tapi kerana bekas pemimpin negara Malaysia ini berwawasan.Ingat tu.!

Berterima kasih dan membuat baik kepada mereka yang telah berjasa pada diri kita adalah nilai sejagat (universal values) yang seharusnya dimuliakan dan diamalkan.Kita tak perlu malu dalam hal ini.

Nilai songsang (perverted values) seperti yang disyorkan YB hanya akan merosakkan struktur kemasyarakatan. Bayangkanlah jika logik YB ini digunakan; "anak boleh derhaka pada orang tua'; "isteri boleh curang pada suami";"anak buah boleh engkar pada majikan"; "rakyat boleh memberontak pada pemerintah", seperti logik YB kalau orang tua buat baik tak perlu terima kasih (patuh) kerana dah memang tanggung-jawab dia ,.mana-mana isteri tak perlu berterima kasih (hormat) pada sang suami kerana memang tanggung-jawab dia untuk menyara keluarga dan memberi nafkah batin pada isteri.

Bayangkanlah kalau perbuatan timbal-balik positif (positive reciprocal) ini tidak ada, akan kucar kacirnya institusi keluarga, kucar-kacir perjalanan syarikat, kucar kacir pemerintahan dan akan kucar-kacir negara.Akan berlaku satu senario perasaan syak-wasangka diantara satu dan lainnya. Hendak ke jadi begini.

Saya setuju sekiranya seorang ayah tak bertanggung-jawab tak perlulah si anak anaknya bersusah payah untuk berterima kasih dan berjasa pada ayahnya kerana selama hidupnya si ayah, sesen pun tak pernahkan diberikan pada anak, didikan agama maupun pelajaran telah diabaikan.

Tapi pada ayah yang mulia dan bertanggung-jawab, adalah wajib sianak untuk membalas jasa ayahnya , kalau tidak mampu sekurang-kurangnya hormat dan berterima kasih pada ayahnya.

Untuk YB , saya dan ramai lagi orang Melayu diluar sana, walaupun kita mungkin tak bersetuju dengan sebahagian polisi kerajaan ketika ini,sekurang-kurangnya perlu kita bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada mereka mereka yang bertanggung-jawab untuk merubah kehidupan kita melalui kemudahan yang telah diberikan,bukanke begitu!

"Terima Kasih, TDM"
Anonymous said…
Khalid Samad nampaknya dah tak ada issue lagi.Pas kat Shah Alam nampak dah goyang.Thanks for the UMNO.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan