Skip to main content

Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) [TGHH]

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Sumber: HarakahDaily.Net
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
siapa lagi power? haji hadi ke tok guru? anda tentukan.
sinner said…
dengan arahan via media statement ini,harapnya semua patuh untuk tenang dan xgunakan media sewenang2nya utk mengeruhkan lagi keadaan..biarlah diselesaikan di peringkat pimpinan..kita tunggu dan lihat..
Anonymous said…
//Saya juga sudah mengarahkan Dato Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.//

Satu mesyuarat?????!!Tok Guru Nik aziz called for muktamar khas..not some kedai kopi meeting..
Anonymous said…
Wah, PAS rupanya ade Presiden parti. Kemana Presiden PAS menghilang selama ini setelah pelbagai isu timbul. Bila timbul isu yang secara berlapiknya menyentuh beliau, baru nak bersuara.

mengikut kenyataan akhbar, PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh TGNA.

Sama-sama kita lihat bagaimana PAS menangani isu ini. adakah sama seperti UMNO cuba mengelak dan main sipi-sipi. adakah pemimpin-pemimpin PAS yang menyokong UG berpakat ( gang up) akan cuba memanipulasikan isu ini to their advantage dengan memencilkan TGNA?

Preview kepada keputusan tersebut telah dipertontonkan oleh panglima utama UG merangkap Setiausaha Agung PAS bila beliau membuat kenyataan bahawadia adalah penyokong kuat Pakatan.

Sama-samalah kita tunggu sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut rabu ini. Adakah PAS akan guna tektik UMNO atau berpegang kepada prinsip PAS yang kita kenali selama ini.

bat8my
Sebarang komen yang menggunakan bahasa kesat dan kurang sopan ke atas TG Presiden ataupun TG Mursyidul Am tidak akan disiarkan sama sekali. Harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
hafizzuddin said…
Lihat diri kita, cari kelemahan kita, perbaiki keperibadian kita.

Jadilah kita pendamai bukan pemecah, kukuhkan parti kita, dukungilah perlembagaan kita, rapatkan sof kita, jgn dilihat sedikit kecacatan kita menjadikan kita gundah gulana.

Tegurlah jamaah kita dgn hikmah, bukannya mengguris hati jamaah kita dgn tindakan kita yg hanya mengikut emosi.

Jari anugerah ALLAH kita titipkan tinta yg menyuburkan persaudaraan bukannya menjadi tinta dendam kesumat kita, berlapang dadalah kita, jamaah kita akan lemah kerana tindak tanduk kita sendiri, musuh memang menunggu peluang memecahkan perpaduan kita.

Janganlah kita menjadi penyebab kepada perpecahan tetapi hendaklah kita menjadi penyebab kepada pengukuhan silaturahim di kalangan ummah.

Lihatlah di luar sana, janganlah hanya memandang kelompok kita sahaja, adab berjamaah harus dijaga, jika tidak sependapat jangan dicerca kelainan pandangan mereka sebaliknya buktikanlah pandangan kita dengan hujah yg meyakinkan semuga mereka boleh menerima.

Hendaklah kita menjadi penawar bukan menjadi punca penyakit, Jika yg dirasakan berpenyakit, janganlah dipaksa mereka memakan ubat ramuan kita tetapi berilah mereka peluang berfikir, menimbang ramuan kita. Jika kita benar2 ikhlas ingin melihat yg berpenyakit itu bisa sembuh, nescaya akn diberi jln oleh ALLAH
menyembuhkan mereka yg berpenyakit itu.

Diharap YB dan semua yg membaca faham apa yg saya maksudkan, Perpecahan di Kalangan Jamaah PAS akan melemahkan PAS dan seterusnya dgn mudahnya musuh melumpuhkan kita bukan sebab kekuatan mereka tetapi hanya kerana kelemahan kita.

Bermunajat dan bermuhasabahlah kita semua semuga kerumitan ini akan ada jln keluarnya. wwalam
orang kertas said…
sekali lagi saya katakan, pas gagal menguruskan krisis. alangkah baiknya jika presiden pas buat kenyataan lebih awal... memanglah dalam banyak keadaan beliau lebih baik mengurangkan kenyataan. tapi itu membabitkan beberapa isu.

membiarkan krisis dalaman parti berlanjutan bukanlah cara yang baik mengawal keadaan.

dengan apologi, presiden pas dilihat selalu terlalu berhati-hati (ataukah terlambat) memberi kenyataan.
Rajawali said…
salam..keyakinan saya amat tinggi PAS tidak akan bergolak/berpecah dalam masa yang panjang.Budaya Islam mengajar manusia berpegang kepada msywarah sebelum tindakan lebih agresif di ambil.Keyakinan saya amat tinggi msywarah saja mampu mnyelesaikan masalah kecil ini dari berpanjangan..Takbir
Anonymous said…
Pada satu hari UMNO menghantar surat jemputan perlawanan bola sepak 'persahabatan'kepada PAS. Tarikh dan tempat perlawanan telah ditentukan, PAS melihat ini adalah satu perkara yang baik yang perlu diambilkira. PAS telah menjalani latihan intensif dengan harapan persembahan perlawanan tidak hambar. Segala persediaan telah dibuat. Maka tibalah hari perlawanan yang dinanti - nanti. PAS begitu segak dengan jersi dan penampilannya dengan seluar panjang. Segala kemahiran bermain akan digunapakai. Senyum dan lambai antara UMNO dan PAS mengisi masa sebelum perlawanan. Perlawanan telah bermula dengan tiada jaringan dalam tempoh separuh masa pertama. Keseronokan jelas terbayang pada UMNO dan PAS. Strategi diatur untuk separuh masa yang kedua. Dalam kesibukkan mengatur strategi dilihat satu pasukan beruniform telah memasuki dengan membawa palang - palang besi. Pasukan tersebut berpecah kepada dua kumpulan yang mana pergi ke tiang gol. Tiang gol telah dicabut dan diganti dengan tiang gol yang baru tetapi amat berbeza sekali keadaannya. Rupa-rupa ialah adalah tiang gol permainan ragbi. Melihat perubahan tersebut riuh rendah penyokong PAS tetapi dibalas gelak ketawa oleh penyokong UMNO. Ketua pasukan PAS berjumpa dengan pengadil untuk kepastian. Maka dijawap pengadil ini adalah anjuran UMNO, stadium dia punya, pasukan beruniform dia punya, bola yang bulat nak ditukar kepada bola bujur pun dia boleh buat, tadi main guna kaki sekarang kena guna tangan pun dia boleh buat jadi harap pasukan PAS boleh lah terima hakikat ini. Maka dengan keadaan tersebut PAS terpaksa pulang dengan marah, kebingungan dan bercelaru. Harapan nak tunjuk skill punah sama
sekali. Muzakarah dan Unity Govt adalah jemputan perlawanan 'persahabatan' anjuran UMNO. PAS berjuang selama ini untuk ISLAM. Menjatuhkan UMNO adalah matlamat. Bukan benci bangsa Melayu tetapi celiklah Kelantan dan Terengganu peratus Melayu tinggi tetapi UMNO jugak lah menyekat pembangunan bangsa Melayu disitu. Logik untuk UG memang xde. Kenapa Muzakarah dan UG berlaku selepas pilihanraya? Knp tidak sebelumnya? Kita menentang UMNO kerana Allah maka kerana Allah juga kita akan pertahankan PAS walaupun terpaksa melandai badai. Takbir
HASSAN ALI said…
errrmmm...

igtkan PAS takder presiden,tim presiden....

betul ke hj hadi presiden pas???bkn dia ni bakal jd presiden bersekutu umno???

hj hadi sangat tggi ilmu agamanya...sayang nya,ilmu pentadbiran dan politik nya sgt durjana...

bak kata roslan shahir kpd prof aziz bari; cakap ikut kepakaran...
hj hadi bkn lulusan sains politik, so biar la dia jadi toko guru/prof universiti shj...

lepas ni,mana2 ahli politik,pastikan anda adalah lulusan sains politk baru bole join politik....

babai hj hadi,babai nasha,babai mustapa,babai hassan ali,babai idris ahmad....anda adalah pembonsai anak2 muda....
Anonymous said…
Allah bersama-sama org yg benar. Jaminan Al-Quran buat pejuang agama Allah. Harap semua dpt bersabar sehingga mesyuarat khas Rabu ni. jgn ada yg memandai-mandai buat citer yg akan menyebabkan Allah murka & menarik Rahmatnya.
musdeng said…
Kami bersama kepimpinan ulama'. Kami sayang Tn Guru Haji Hadi Awang dan kami sayang Tuan Guru Nik Aziz. Kami memberi mandat penuh kepada kepimpinan tertinggi untuk bermusyawarah. Kami sentiasa yakin akan kepimpinan yang matang

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Salwani said…
Medialah penyebab pertelagahan ini.
pemerhatiluar said…
masalah utama adalah komunikasi

kena ada pertukaran maklumat terus menerus antara pimpinan dan ahli
budak_kulai said…
salam....TGHH sememangnya seorang pemimpin yang tegas. TGHH juga perlu tegas membuang dua tiga kerat insan yang cuba merosakkan jemaah. Buang sahaja. Saya sedih bilamana orang mendakwa TGHH lemah dek kerana diam tanpa bicara. Kami tetap bersama TGHH.
Anonymous said…
//Saya juga sudah mengarahkan Dato Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.//

Satu mesyuarat?????!!Tok Guru Nik aziz called for muktamar khas..not some kedai kopi meeting..

----------------

Ya lah bro,,, mesti mesyuarat dulu klu setuju nak EGM dalam tu lah buat keputusan, sama ada nak EGM atau Tidak.... tak kan itu tak faham bro...
Anonymous said…
pro endorgan (badan PKR/DAP, baju PAS) yang harus dibuang kerana mereka inilah yg mendominasi kehancuran perjuangan pas.
Anonymous said…
krisis bermaksud hikmah bagi orangyang mempunyai akal budi yang tinggi bukan bagi orang yang penuh dengan hasad jatuh menjatuhkan.ingat allah akan bantu orang yng bergantung pada tali allah pada bila-bila masa
anasnazri said…
orang kertas,

apabila Presiden tidak mahu membuat kenyataan, dikatakan tidak bagus...

Mursyidul Am minta EGM secara terbuka dan melabel2 pemimpin lain, itu bagus?

maaf, saya lebih suka duduk berdoa mohon Allah berikan petunjuk kepada semua...
Anonymous said…
salam semua...saya insan kerdil rakyat marhain ini sedang sibuk meneliti dan memerhati dari dekat akan perubahan dan "angin perubahan" yg sedang berlaku dalam PAS lewat ini. Rata ratanya PAS sebagai sebuah organisasi politik yg semakin tua juga tidak dapat lari dari tekanan perubahan baik dari segi pemimpinnya atau corak perjalanan kepimpinan bahtera sahsiahnya. Apa yang menarik di sini adalah "ribut" yang berlaku dalam PAS ini sudah menjadi semakin kuat dan mula menunjukkan tanda tanda akan berlakunya "puting beliung" sekiranya tiada tindakan pemebetulan serta preventive yang di ambil oleh pucuk pimpinan PAS pusat. Persoalan yg cuba diketangahkan oleh TGNA berhubung usaha "mencampakkan" segelintir puak dalam kepimpinan tertinggi PAS adalah sesuatu perkara yang AMAT BESAR dan impak kepada cadangan itu bakal memecah belahkan PAS dari semua peringkat. Bukan calang calang orang yg mahu di "Campakkan" oleh TGNA dan ianya pulak melibatkan fraksi fraksi yg besar dalam keseluruhan organisasi PAS itu sendiri. APa yang saya cuba lontarkan disini adalah perasaan KESAL yang amat sangat dengan "badut badut" yg berjaya mempengaruhi pemikiran TGNA sehinggakan beliau sejak akhir akhir ini terlalu menonjol dgn "IMEJ ASSABIAH KEPARTIAN PAS" dengan meletakkan kasih dan sayang itu pada PAS dan bukan lagi ISLAM yg sentiasa sering di ungkapkan oleh lebai lebai dan tuk tuk janggut PAS di pelusuk negara. TGNA menekankan acap kali di dalam interview di kaca TV mutakhir ini akan SAYANGNYA beliau pada parti PAS dan beliau mahu PAS itu diberikan keutamaan dalam semua segi walau nampak sekalipun isu isu penting negara yg melibatkan kedaulatan ISLAM sanggup mereka halalkan penyembelihan nama ISLAM demi mempertahankan KUASA PARTI PAS. Dulu PAS sibuk dengan mengatakan UMNO parti assabiah BANGSAisme tapi kali ini TGNA sibuk dengan ASSABIAH PASisme dalam semua segala bentuk tindakan yg dihalalkan demi mempertahan kan KUASA politik PAS yg ada yg dimenangi yang sebenarnya bukan disebabkan kelemahan musuh tetapi kemenangan sementara yg sengaja dicipta oleh rakyat jelata untuk melihat sejauh mana BAGUSnya PAS dalam mentadbir negara.
Saya hanya mendoakan musuh musuh ISLAM yg duduk disekeliling TGNA itu akan akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan insaf atas segala dosa dosa mereka yg saya percaya mereka didorongi oleh hawa nafsu jahat tamak haloba untuk mengaut segala keuntugan peribadi apabila kuasa berjaya mereka perolehi tanpa mereka sedar maruah ISLAM sedang enak dan rangup di RATAH oelh musuh musuh ISLAM depan mata yg sgt NYATA yg mereka duduk dan tiduri setiap hari. Tiada guna KUASA kalau PAS kita utamakan ISLAM kita belakangkan. PAS itu parti dan ISLAM itu agama. Jangan sama sekali kita samakan PAS dan ISLAM . Semoga semangat "PASisme" yg cuba dijuarai oleh beberapa kerat pejuang PALSU dalam PAS ini dapat dikuburkan secepat mungkin agar kita terus diberkati....

salam

J
Durian Tunggal said…
Pak Khalid tak dijemput ke rumad Dr Hassan Ali ke tempohari? Rugi la kalau tak dijemput, sebab dgr cerita dapat pekena durian!
Syarifah Intan said…
Siapa lagi murni dan bersuara demi kebenaran? Sudah tentu Tok Guru Nik Aziz!

Saya rasa Panglima Unity Government dan kuncu-kuncunya akan matikan segala harapan untuk memulakan EGM dalam mesyuarat ini.

Lihat sahajalah.

Kesian harapan mereformasi PAS dan membawa cahaya baru kepada masa depan negara.

Beginilah nasib semua pemimpin-pemimpin yang benar-benar tulen... kegelapan melamun dan memudarkan harapan sinar cahaya demokrasi dan keadilan...
azmir said…
di mana hadi waktu hasan ali buat onar kat sgor?

skrg bila TGNA bersuara,baru kelam kabut nak buat statement
Anonymous said…
perbezaan pendapat adalah lumrah. selagi kita mengambil Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan keberkatan Allah akan sentiasa bersama... Insyaallah.... Jangan terpedaya dengan penulis-penulis murahan dan propaganda media yang tidak mengambil AlQuran dan Hadith sebagai pegangan ketika membuat komen.
Anonymous said…
SUMBER KEKUATAN

Membaca buku sejarah Hitler, kita akan dapati bagaimana Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia. Hitler mengetahui, bahawa di rusia terdapat 8 pakar strategi perang; yang merupakan sumber kekuatan Rusia; yang kalau hendak diserang rusia begitu sahaja, sudah pasti kemenangan tidak akan tercapai.

Makanya, Hitler telah menghantar seorang wartawan upahan ke rusia, untuk memerhatikan keadaan di sana. Maklumat yang perlu diambil, cukup sekadar kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal dan kedudukan Bandar rusia sahaja.

Setelah dilaporkan oleh wartawan tersebut, makanya Hitler telah menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah rusia dengan disertakan dalam surat tersebut maklumat kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal di dalam Bandar rusia dan sebagainya. Dinyatakan juga di dalam surat tersebut, bahawa segala maklumat yang Hitler dapat, adalah bersumberkan maklumat yang diberikan oleh sebilangan besar dari 8 orang pakar Strategi perang Rusia.

Apabila surat ini sampai ke tangan pemerintah Rusia, sudah pasti akan menyebabkan Pemeritah Rusia ragu terhadap 8 orang Pakar Strategi mereka. menyebabkan, kelapan-lapan Pakar Stretegi itu ditangkap dan ditawan. Apabila sampai kepada Hitler tentang berita tangkapan terhadap 8 orang pakar strategi Rusia itu, menyebabkan Hitler faham bahawa Rusia sudah hilang sumber kekuatannya. Apabila ini berlaku, adalah wajar serangan dimulakan. Apabila serangan dilakukan, dengan mudah tentera Jerman dapat mengalahkan Rusia.

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa sumber kekuatan adalah perkara yang penting untuk dijaga. Tanpa dijaga sumber kekuatan, pada bila-bila masa sahaja, sesuatu pergerakan akan dikalahkan.

Keadaan ini yang perlu diambil peringatan oleh PAS. apa yang dapat dilihat, sumber kekuatan PAS dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya adalah kebersamaan dengan Pakatan Rakyat. Tanpa kebersamaan, ketika itu PAS sudah hilang sumber kekuatan. Apabila ini berlaku, tidak mustahil PAS akan kalah dalam pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini sudah terbukti, dalam pilihanraya kecil di DUN bagan Pinang dan kekurangan undi PAS di DUN Manik urai.

PERSEPSI BURUK

Dengan banyak tindakan Dr Hasan Ali, tanpa mendapat teguran dari pimpinan tertinggi PAS, menyebabkan PAS sudah mendapat satu persepsi buruk dari rakyat, terutama kawan-kawan dari pakatan rakyat.

Jika persepsi ini berlarutan, ia akan melahirkan kekalahan PAS dalam piliahraya akan datang. Apabila ini sudah berlaku, tidak dapat tidak, tindakan yang berkesan perlu dilakukan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melakukan satu tindakan yang berani dengan mengeluarkan kenyataan menerusi blog beliau. Desakan agar diadakan EGM, sedikit sebanyak akan menghapuskan persepsi buruk ini terhadap PAS.

Tidak dinafikan, memang tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini akan melahirkan mudharat, tetapi jika hendak dibandingkan dengan mudharat yang lebih besar; yang akan menimpa PAS dalam PRU ke 13, maka tindakan Tuan Guru itu merupakan mudharat yang kecil.

Tindakan Tuan Guru ini, bersesuaian dengan kaedah fiqh yang menyebut, ”lakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlakunya mudharat yang lebih besar, dan lebih berpanjangan”

PRU ke-13 agak lambat lagi untuk berlaku, justeru dengan lontaran idea untuk adakan EGM ini, sudah pasti sempat menyelesaikan masalah persepsi rakyat terhadap PAS.

Memang kelihatan seperti akan melahirkan masalah, lebih-lebih lagi bila tok guru Nik Abdul Aziz menyebut, ”Nak pecah, pecah gi la”. Tetapi, jika kita hendak lihat lebih dalam lagi, ia seumpama kita berlawan, biar kita terpaksa berundur diperingkat awal, tetapi demi untuk mencapai kemenangan diperingkat akhir; biar kita nampak macam kalah diperingkat awal, tetapi sebenarnya kita berjaya mencapai kemenangan di saat akhir perlawanan.

Bak kata orang-orang tua dulu, ”kalau nak jadi hero, kena jadi macam hero hindustan/tamil”. Peliknya, orang tua-tua dulu tak pernah sebut, ”kena jadi macam hero arab saudi”

petikan dari ustaz-albakistani
Anonymous said…
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pertemuan-sulung-bloggers-dengan-dato.html

ini dia perjumpaan blogger yg dipanggil oleh roslan sms di rumah dato pj
cabaran/pintaan said…
A'kum YB Khalid, ada tak Nasrudin contact YB berikutan cabaran/pintaan beliau terhadap YB untuk mengemukakan bukti? Saya fikir elok YB cerita je semua kt dia ni, biar dia tahu skit kisah sebenar di Selangor. Kasi dia dengar juga "rakaman" yg dibuat oleh pemuda Selangor keatas puak-puak ini. Semua dah tahu sapa, cuma malas je nak taip nama panjang2...
Anonymous said…
//Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia.//
Minata maaf sir..Hitler tewas..seramai 20 miliion askar Rusia berkorban utk menaglahkan iblis..Tok Guru Nik Aziz mahu ambil tindak sekarang sebab dia tak nak PAS pupus..forget about winning elections or by elctions..the possibility of PAS becoming "hancur" is real..i think MCA knows more about the rahsia of PAS joining UMNO..
Anonymous said…
//salam..keyakinan saya amat tinggi PAS tidak akan bergolak/berpecah dalam masa yang panjang.//
Sebenarnya dah berpecah..Tok Guru mau mengambil tindakan tegas terhadap musang musang UMNO dlm PAS.Tok Guru ingin berbuat demikian utk menyelamatkan PAS..
Anonymous said…
Anonymous said...
petikan dari ustaz-albakistani,

"Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melakukan satu tindakan yang berani dengan mengeluarkan kenyataan menerusi blog beliau. Desakan agar diadakan EGM, sedikit sebanyak akan menghapuskan persepsi buruk ini terhadap PAS"

Berani tapi kurang bijak,, kerana beliau adelah Pengerusi Majlis syura, dia boleh panggil majlis syura bila2 masa utk bincang dan hentam presiden dalam tu... kenapa tak buat dan beliau adalah ahlijawatankuasa pas pusat atas kapasiti sebagai PJ... kenapa tak hentam presiden dalam saluran itu..??

"Memang kelihatan seperti akan melahirkan masalah, lebih-lebih lagi bila tok guru Nik Abdul Aziz menyebut, ”Nak pecah, pecah gi la”. Tetapi, jika kita hendak lihat lebih dalam lagi, ia seumpama kita berlawan, biar kita terpaksa berundur diperingkat awal, tetapi demi untuk mencapai kemenangan diperingkat akhir; biar kita nampak macam kalah diperingkat awal, tetapi sebenarnya kita berjaya mencapai kemenangan di saat akhir perlawanan"

Bukan lagi kelihatan melahirkan masalah, tapi dah memang berlaku masalah.. bila mursyidul AM menghentam presidennya di blog,, .... dan selaku mursyidul am sepatutnya tak patut bercakap mace ahli cawangan ”Nak pecah, pecah gi la”... macem analisis Husam Musa jee..

"Tindakan Tuan Guru ini, bersesuaian dengan kaedah fiqh yang menyebut, ”lakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlakunya mudharat yang lebih besar, dan lebih berpanjangan”"

seingat dan setahu aku kaedah ni boleh laa dipakai utk hal / perkara yg tak de jalan penyelesaian,, tp klu masalah spt skrg kenapa tak panggil Majlis Syura bersidang...
Anonymous said…
PKR menbuat rombakan undang undang,dan ketua ketua cawangan..ini menunjuakkn,PKR adalah satu parti yg dinamik.... dlm hal ini PAS sangat lembab!!
Anonymous said…
The President of PAS is beyond criticism?If,that's the case,PAS is slowly and surely turning into UMNO.
Anonymous said…
Anonymous said...

"Sebenarnya dah berpecah..Tok Guru mau mengambil tindakan tegas terhadap musang musang UMNO dlm PAS.Tok Guru ingin berbuat demikian utk menyelamatkan PAS.."

Ya aku sokong... aku lihat musang2 umno tu ramai yg sokong TGNA... bagus laa...supaya nampak musang belah mana yang ramai ....
Unknown said…
Salam, kalau Presiden PAS dan orang2 nya masih berharap utk bersatu dgn UMNO, selagi tu masalah tak selesai!

Masalahnya ialah Haji Hadi, Mustafa Ali, Nasharudin, Harun dan Idris serta Hasan Ali semuanya pro UMNO.

PAS nak letak mana?

Sokong Nik Aziz kerana menyatakan yang BENAR dan HAK!
kem aman said…
Aku sokong dua-dua tok guru... yang mencipta kem ialah anonymous dalam blog... so, aku tetap di belakang TGNA dan TGHH dan semua JK PAS PUSAT..
Anak Selangor said…
Saya mohon TGHH lepaskan jawatan sebagai Presiden PAS dan bergiat aktif di dalam NGO Islam. Saya menghormati ilmu agama yang dimiliki oleh TGHH tapi ilmu politik amat kurang pada TGHH.

Oleh itu adalah lebih mulia TGHH jika hanya menjadi guru agama atau penceramah bebas sahaja.

PAS biarlah ditadbir oleh orang yang berkebolehan berpolitik sahaja. Kami sebagai penyokong tidak mahu melihat PAS hanya menjadi pembangkang sepanjang masa. Biarlah suatu hari nanti PAS mempunyai kuasa dalam pemerintahan agar Islam yang sebenar dapat ditegakkan.

Kami lebih yakin dengan Pakatan Rakyat berbanding UMNO sebab saya lahir dan dibesarkan di dalam keluarga UMNO.

Hentikanlah dengan cita-cita untuk menjadi Menteri atau PM. Muhasabah diri kita dahulu. Kami tak rela Presiden PAS nanti dicemuh sebagaimana Pak Lah dicemuh kerana terlalu lembab.

Jangan terlalu mempertikaikan kredibiliti musuh kita sedangkan kredibiliti kita sendiri dipertikaikan oleh ahli sendiri.

Fikir-fikirkan...
anak terengganu said…
Prof Aziz Bari ada mengatakan dlm posting terbarunya tentang calon Presiden PAS yg baru...termasuk lah nama YB Tuan Khalid...

amacam Tuan, boleh laa start melobi
Anonymous said…
Anak selangor said,,

"Oleh itu adalah lebih mulia TGHH jika hanya menjadi guru agama atau penceramah bebas sahaja."

Bercakap macm malaikat..ini lah salah seorang anai2 dalam pas yang disebut dalam dalam detikdaily.net

"PAS biarlah ditadbir oleh orang yang berkebolehan berpolitik sahaja. Kami sebagai penyokong tidak mahu melihat PAS hanya menjadi pembangkang sepanjang masa. Biarlah suatu hari nanti PAS mempunyai kuasa dalam pemerintahan agar Islam yang sebenar dapat ditegakkan."

Kenapa semasa pemilihan Muktamar tak calon org yg berkebolehan saudara... kalau sdr ada calonnya ketengahkan calon sdr atau saudara boleh mencalon saudara sendiri... atau pun saudara boleh calonkan YB blog ni sendri.... Aku rasa TGHH pun berlapang dada kalau sesapa nak bertanding Presiden... dah tu tak de...dah disahkan menang tanpa bertanding bunyi pulak...

baru "dua hari berjuang" doh tak sanggup jadi pembangkang,,, nabi nuh lebih 900 tahun tak bising..
umnokampungtrosor said…
JGN GADUH2..... NANTI X MASUK SYURGA LAK...
Anonymous said…
kenapa semua masalah mesti dikaitkan dgn UMNO. Sapatutnya kita patut menilai, perbaiki, dan terima apa yang berlaku. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ALLAh memberi kita kesedaran untuk berfikir sblum sesuatu yang lebih teruk akan berlaku..
Anonymous said…
knp semua masalah msti dikaitkan dgn UMNO. Sepatutnya kita semua kena menilai dan memperbaiki apa yang telah bertelah. Bukannye mencari kesalahn orang dang mencerca.Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya dan mungkin juga peringatan dan dugaan dari Allah S.W.T untuk hamba2nya supaya sedar.
nuruddin said…
elok la tuh... dgr la cakap barua2 UMNO yang dah menyusup dan cuba rasuk ahli2 pas nih...

Erdogan lah Pro muzakarah la...

ape yang maslah ngn erdogan? sokong anwar? baik demo2 tuh masuk PKR tak payah duk ngn PAS. tapi bila pro muzakarah plak duk salahkan erdogan pulak... habih yang kamu tuh nak bersongkol dgn UMNO tuh bagus sgt ker?

aku heran betul la dgn korang nie... nama ajer PAS tapi huru hara... pokok dia senang ajer nak terus dgn pakatan atau nak join UMNO. itu ajer... sekarang mesyuarat kata terus dgn pakatan... pakat2 lah hentikan nak bermuzakarah dgn UMNO nak UG lah nak itu lah nak ini lah... aper daaa... kalau dah pemimpin tertinggi kata kukuhkan pakatan semua ahli ahli, penyokong2 kena la wala' kalau tak berambus masuk PKR atau UMNO jgn nak menyusahkan PAS lagi!
toksara said…
Akupun masih tertanya2 mengapa YB Khalid di singkir drp EXCO Selangor oleh Dr.Hassan Ali.Begitu juga dengan Yb Shaari Sungip....eeeis. Aku rasa berpunca drp kempen jahat kelompok UG Tganu.
Anonymous said…
Itulah .musykil saya kenapa sampai jadi begini kepada parti PAS..parti Islam yang sepatutnya mendapat perlindungan dari Allah

Terlampau kerap kali saya melihat pemimpin PAS mendoakan kemusnahan parti UMNO. Dah lah tu pemimpin PAS siap bersembahyang hajat beramai-ramai agar Allah menurunkan musibah kepada parti UMNO dan juga pemimpinnya.

Sebaliknya,tak pernah pulak saya tengok orang-orang UMNO mendoakan kemusnahan dan musibah kepada parti PAS dan pemimpinnya.

Apa yang terjadi sekarang ni dah terbalik. Saya rasa Allah nak memberikan peringatan kepada kita semua. Orang yang kita pernah kutuk sebagai mahafiraun (TDM) masih lagi sihat walafiat dan semakin disegani seantaro dunia.

Orang yang kita banggakan selama ni,di pandang sebagai seorang warak, zuhud dan sebagainya, lain pulak jadinya.. semakin hari semakin dipinggirkan dan semakin ramai mempersoalkannya samada orang PAS ataupun orang UMNO.

Eloklah sebagai pemimpin lebih-lebih lagi seorang yang diwar-warkan sebagai pemimpin Islam kuranglah kerja-kerja mencaci, kutuk mengutuk dan kerja-kerja mendoakan musibah kepada orang-orang Islam lain yang tak sependapat dengan kita.

Dalam hal begini, saya lihat Allah menyebelah pada orang-orang yang benar. Orang yang dicaci ,yang kita kutuk dilindungi pulak oleh Allah sedangkan orang yang kita puji dan kita sanjungi lain pula jadinya.

Saya rasa eloklah orang-orang PAS ambil iktibar dalam hal ini. Kalau tidak di PRU13 akan nanti,akan bermulanya terkuburnya parti PAS, kerana rakyat dah agak meluat dengan kerenah pemimpin PAS, dah lah tak pandai memerintah negeri, tapi bab caci mencaci merekalah jagoh dunia.

Maaf ye kalau pedas sikit kritikan saya kali ni.. orang yang termakan cili saja akan merasa pedasnye...
Anonymous said…
Maaf ye kalau pedas sikit kritikan saya kali ni.. orang yang termakan cili saja akan merasa pedasnye...

Aku rasa biasa je tulisan ko tu....tak de apa pun....

Atau ko yg perasan pedas... mkin ko org UMNO kot???
fikirkan said…
kita kene dengar dari pihak yang benar....
jangan cepat melatah sebelum mendapat bukti yang kukuh...
dosa menfitnah lebih berat dari dosa membunuh...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-