Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Welcomes Investigation into Selangor PAS

By Asrul Hadi Abdullah Sani ( The Malaysian Insider ) KUALA LUMPUR, Oct 29 — Shah Alam MP Khalid Samad welcomed the decision made by the PAS central committee to investigate various allegations made against Selangor PAS. Central committee members last night unanimously decided not to call for a special muktamar as demanded by spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, however, said the disciplinary committee has been told to investigate various allegations directed at Selangor PAS. Khalid said the decision is good and shows that the party is serious in tackling its problems. “It's not being swept under the carpet as what is normally done in the past but this time around it’s being listened to and considered more seriously and this is done by referring the issue to the disciplinary committee,” he told reporters in Parliament today. He was also not disappointed with the outcome of last night’s meeting and believes that the party has ma...

Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) [TGHH]

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Saya juga sudah mengarahkan Dato Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuara...

This is the way they want it to be

By S Pathmawathy ( Malaysiakini ) Shah Alam PAS MP Khalid Samad similarly said that the inaction only reflected the government’s seriousness in tackling judicial reforms. “The voice recording and video tape of the whole discussion is clear indication that the appointment of judges were clearly influenced by individuals who were not credible themselves and obviously had vested interest,” said Khalid. “This basically puts an end to the mirage of any attempt to rectify the independence of the judiciary to indicate that the government is serious about appointing judges based on their independence. To me it is like a admission that it is OK,” he said. “The issue has never been whether it was criminal or otherwise it has always been that this clear indication that the judiciary is not independent and is decided by various lobbies and interest groups and I think that is very unfortunate,” he said. This just proves that nothing has changed and nothing will change unless the administration is c...

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? [TGNA]

Latarbelakang: Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini. Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiw...

Video Parlimen: Perbahasan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa

“Saya ingin menegaskan, bahawa dalam pada saya menyokong cadangan pindaan ini, peringatan yang saya ingin tegaskan, bahawa ianya tidak memadai. Mereka bukan berjuang untuk pingat, mereka bukan berjuang untuk wang. Mereka berjuang untuk melihat sebuah negara yang benar-benar bebas. Bebas daripada undang-undang yang zalim, seperti ISA, bebas daripada sebuah kerajaan yang rasuah, bebas daripada golongan pemerintah yang hanya memikirkan hendak tambah, hendak timbunkan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri. Dengan kita memberikan elaun walaupun 2 ribu ataupun 10 ribu, tidak bererti bahawa kita bebas daripada tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka mulakan, iaitu kemerdekaan yang sebenarnya.” [Bahagian I] [Bahagian II] Video adalah ihsan Jiwokelate2009 -Pejabat YB Khalid Samad-

Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif. Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik? Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan...

Jawapan Pak Menteri di Parlimen

Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 telah bermula pada hari Isnin, 19 Oktober 2009 yang bakal menyaksikan berbagai lagi kepincangan kerajaan BN dalam mengurus tadbir negara kita ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mulakan dengan mengulas jawapan yang telah pun diberikan oleh dua Kementerian yang berikut. Pertama: Jawapan TPM berhubung rasionalnya mengapa kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk menukar semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Beliau menjawab – perlu membuat kajian serta menentukan tenaga guru mencukupi, terlatih dan sebagainya. Tetapi persoalannya, dahulu apabila melaksanakan PPSMI, mengapa tidak dilakukan sedemikian? Buat kajian terlebih dahulu, tentukan tenaga pengajar mencukupi dan begitu juga kemahiran yang berkaitan. Ini tidak, main rempuh sahaja walaupun ramai yang membantah. Dalam melaksanakan satu dasar dan kaedah yang baru, sudah semestinya dasar dan kaedah tersebut memerlukan kajian dan persiapan yang telit...

Pengalaman di Bagan Pinang

Sudah agak lama saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan selepas selesai bertugas di Bagan Pinang. Setelah berada di Bagan Pinang selama 5 hari, saya kembali ke Shah Alam pada 10 Oktober dan seterusnya menghadiri beberapa majlis Hari Raya, Walimah dan juga Deepavali. Pada keesokkan harinya saya bersama YB Yaakaob menganjurkan Majlis Hari Raya di Seksyen 9 dan kemudiannya bersama YB Rodziah menganjurkan majlis Hari Raya di Seksyen 16 pada hari yang sama. Pada malam itu jug telah diadakan ceramah di Seksyen 20. Di antara 12 dan 13 Oktober pula, saya menghadiri perbahasan Sesi Bajet Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre. Pada 15 Oktober pula saya telah menghadiri Seminar SelCARE iaitu Konvensyen berhubung ‘Alternative and Renewable Energy’ dan seterusnya menghadiri pula bermacam-macam majlis Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan pada masa yang sama. Sempat juga memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Seksyen 26, berceramah di Batu Kurau, Larut da...

Pengumuman: Ceramah Perdana 'Bagan Pinang'

Tarikh: 11 Oktober 2009 (Ahad) Tempat: Dewan Alamanda Sek 20 Shah Alam Masa: 9 malam Penyelewengan PKFZ Isu Dewan Undangan Negeri Perak dan lain-lain Penceramah: YB Amirudin Hamzah (Exco Kedah) YB Sivakumar (Speaker Perak yang Sah) YB Saifudin Nasution (MKT PKR) YB Khalid Samad(AP Shah Alam) Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Malay Nationalism vs Islam

“Islam teaches tolerance. They do not have the right to deny others of their rights, if they are entitled to. This is basic justice and that is why I oppose the Umno concept of ketuanan Melayu (Malay supremacy) as there is no justification for this under the constitution or Islam” Related: Mamak Stall House Rule Video courtesy of Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-

Mamak Stall House Rule

“Sistem politik yang ada di Negara ini merupakan sistem Demokrasi Berparlimen. Masyarakat Malaysia pula merupakan masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan berbilang agama. Setiap parti politik mesti memperjuangkan hak kaum dan agama masing-masing. Kalau PAS tidak memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu-Islam, takkan nak harapkan DAP? PAS memperjuangkan hak Melayu-Islam, DAP memperjuangkan hak Cina.” Begitulah kata-kata salah seorang bijak pandai dengan penuh semangat kepada saya tempohari. Terpinga-pinga rakan yang duduk disebelah. Terkebil-kebil matanya apabila melihat saya berdiam diri dan bijak pandai tersebut meneruskan hujjahnya lagi. “DAP memperjuangkan kepentingan Cina”, katanya lagi. “Lihat pada kes rampasan botol arak yang berlaku hari itu di Selangor, bagaimana Exco DAP bertindak segera membatalkan tindakan tersebut. Bila ditanya, Exco itu menyatakan “Saya kena bertindak segera. Kalau tidak orang Cina marah”. Inilah yang kita kena faham, DAP mewakili Cina, PAS mewakili...

Video: Zulkefly Mohd Omar (Calon PR N.31) - Broga Project (BM & Chinese)

Video profil ini berkisar pendedahan penduduk Broga terhadap projek Incinerator yang telah berjaya dibatalkan pembinaan kerana berada terlalu dekat dengan kawasan penduduk. Calon PRK N31 Bagan Pinang ini adalah salah seorang pemimpin yang telah berjuang berhabis-habisan selama 4 tahun untuk membela nasib warga di Broga. Berkaitan: Zulkefly Mohammad bin Omar yang saya kenal [Mujahid Yusof Rawa] -Pejabat YB Khalid Samad-

Penerima Biasiswa Boleh Sokong Pembangkang

Oleh: Salhan K Ahmad ( Malaysiakini ) Penerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad. Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal "berterima kasih" - seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya - hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak. "Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita," kata ahli parlimen PAS itu. Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an. "Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi dar...

Di Antara Dasar dan Strategi

Terdapat pula sekelompok bijak pandai yang berkata, “dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi”. Ucapan seperti ini apabila disebut secara bersemangat, memang boleh menyebabkan sebahagian besar ahli terpengaruh sehingga menganggap strategi yang ditetapkan oleh pimpinan Pusat boleh diketepikan. Saya rasa itu merupakan kata-kata bersemangat yang hanya mengandungi semangat semata-mata walaupun diucapkan oleh golongan bijak pandai. Marilah kita merujuk sejenak sejarah Rasulullah (SAW). Saya rasa semua mengetahui kisah Perang Uhud dan bagaimana 50 orang pemanah telah diarahkan oleh Rasulullah (SAW) untuk ditempatkan di atas Bukit Uhud. Baginda berpesan jangan turun walau apapun yang berlaku di medan pertempuran. Bagi golongan yang menganggap `strategi' tidak sepenting dasar dan boleh diketepikan bila-bila sahaja, bergembiralah, kerana anda sependapat dengan golongan majoriti yang turun dari Bukit Uhud pada hari tersebut. Penempatan pemanah di atas bukit sememangnya hanya stra...