Skip to main content

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,

Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;
“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.

Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.

Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.

وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Comments

Mate Pena said…
APE CITA..JGN TABUR FITNAH KATA UNMO YANG BUAT PROVOKE



Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.


Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.


Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Perbincangan hampir dua jam itu tidak berjalan lancar apabila penduduk sering menyampuk dan mempertikaikan penjelasan yang diberikan. Hanya kedengaran bunyi bising dan ungkapan tidak puas hati seperti "tipu", "kamu mahu keputusan" dan "ya atau tidak?".

Ia bermula apabila penduduk enggan membenarkan Khalid Samad berucap kerana didakwa tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa.


Mereka juga enggan mendengar penjelasan lain dan menuntut Khalid Ibrahim membuat
keputusan segera sama ada untuk mengekalkan cadangan itu atau memindahkannya ke tempat lain.

Apabila majlis dibuka kepada soalan, kelihatan rata-rata penduduk Melayu mendominasi sesi itu bagi melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwanya sebelum ini lambat memberikan respons untuk berbincang.

Ketegangan itu dilihat sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk setempat beragama Hindu yang tampil memberikan cadangannya, hampir dibaling dengan kerusi.

Bercakap soal toleransi kaum, R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam.


"Kita boleh terima azam lima kali sehari," katanya, disambut bantahan besar hadirin dalam majlis itu yang bangun dan menjerit beliau berhenti berucap.

Terdapat beberapa orang penduduk menghampiri beliau dengan keadaan marah, tetapi kira-kira 30 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berjaya mengawal keadaan.

Ucapan akhir Khalid Ibrahim bagaimanapun sedikit sebanyak menenteramkan keadaan, walaupun masih ada yang tidak berpuas hati.

"Minta semua bertenang. Selepas ini tidak ada perbincangan lagi. Tidak ada lagi soal berbangkit pasal Seksyen 23 lagi," katanya sambil mendakwa faham perasaan penduduk, walaupun disuarakan dengan cara yang "tidak tertib sangat".
Anonymous said…
YB ! You are a true ISLAM. I've never come across a far-thinking malay like you. You letter clearly proves your 'gentleman' principle.

Every fanatic malay should follow your foot steps.With all these 'low mentality' etiquette malays especially the UMNO folks can nvr come up in life. If not for the BN corrupted govt these no.1 lazy ppl will be down on the earth. Sorry to say that.
MJ Kitchen said…
Salam Y.B,

Harap Y.B berada di dalam keadaan sihat di samping keluarga.

Saya merupakan seorang melayu berumur 23 tahun yang menghormati berlainan agama dan kaum di Malaysia ini. Saya amat sedih akan kelakuan segelintir kaum melayu yang lebih berumur dan matang dari saya menghina dan memperlekehkan kaum lain sedangkan kita adalah SATU BANGSA!iaitu bangsa malaysia.

saya harap dengan surat terbuka Y.B ini, Bangsa Malaysia kita akan lebih MENGHORMATI DAN MEMANDANG TINGGI AGAMA-AGAMA YANG ADA DI MALAYSIA. Kerana setiap agama tersebut tidak mengajar mereka berkelahi, memusuhi mahupun berdendam dengan agama lain. ALLAH S.W.T juga menyuruh kita menghormati agama selain ISLAM!!
Anonymous said…
YB, it's very very sad that numbers win over logic thinking in the cow-head incident.In Tmn. Minang, Cheras,there's a surau in the midst of mostly non-muslims population and I've not heard any protest or complaints for the past 20 years existence.WHY?Bcos we non-muslims understand and accepted that Islam is the official religion and cannot be challenged whatever the reasons.All we ask of is a little space located in unwanted places for us to practise our beliefs without intimidation of fear.We are usually never offered help from the government.Pls step into our shoes to understand what is fear like living as a minority in Malaysia.Perhaps it's a good solution that the minority starts to migrate elsewhere and save the country so much troubles, as the nation comes first.
Cahaya Hati Nur said…
Alhamdulillah.. kita berada di bulan Ramadhan AL Mubarak. Segala perbuatan yg kita (muslim) lakukan dilihat dan dinilai oleh Allah.. Janji Allah pasti berlaku. Keyakinan & keTaqwaan kan menjadi benteng keteguhan seorg insan bernama Khalifah. Pastinya amalan yg baik, pahala kan diberi berlipat ganda! TERUS & ISTIQOMAH dgn Perjuangan ISLAM.. Tanggungjawab YB sbg pemimpin passtinya BERAT, tapi kan menjadi lancar dgn kerjasama semua pihak. ~ Selamat Menjalankan TUGAS YB KAS ~ Together We Stand!
Anonymous said…
bn berak n kencing mrata2 pun ko juga yg dpt hidup smpai skrg..yang eloknya bunuh je org yang kena berak ni...tak yah nak kencing2 lg buat abis najis je...letak kat pokok bole jgk hidup..
Soul said…
Pada pandangan hamba yang tak nampak mana seksyen 23 dan 19 ni, setuju sangat kuil S19 dipindahkan. Kalau ikut peta YB Khalid tu memang amat2 patut kuil sangat S19 pindah. Soal nya kemana???? kalau S22 jauh pulak.. Nakkah Org Islam kalau Masjid dibuat jauh darp rumah mrk... rumah dok sebelah masjid pon tak pi jemaah, kalau jauh????

Nampak lokasi S23 tu sesuai kira2 200m dari rumah terdekat. Tapi yg jadi fobia penduduk S23 ni, pada pendapatan hamba adalah kerana kuil hindu ni depa dok takut kecik-kecik lama-lama jadi bukit. Kalau kerajaan kata boleh kontrol jangan bagi depa perbesarkan, boleh ka... yg dok ada kuil haram berlambak pon dok tengok saja, tak boleh buat apa..

Satu cara nak selesai nampaknya penduduk islam S23 kena usaha dakwah biar semua penduduk S23 semua islam...jadi takdak sapa nak buat kuil kat rumah depa... tapi masalah pulak, nak dakwah apa??? depa yg mengaku islam ni pon dok persenda islam... takbir jadi 'take beeer'... patutnya yg bawak banner 'take beeer' ari tu bukan setakat penyokong kuil, malah patut buat kuil dalam umah dia...
Alitstar said…
Dear YB, I am a Muslim and proud to be one. I thankful to god that there are still true Muslim, from this supreme religion. And you sir, is one of them.

I will ellect you anytime, your point of view is appreciated by more people than of those who dont.

I am truly disgusted with some of my fellow Muslims with such a repulsive mentality. As a Muslim, that can seem to manage propher communication. They use harsh and vulgur words. Are we sure these are Muslims talking? I think not. A Muslim does not condemn others. We are all one in this universe. If we say something bad of another, we are only saying it to ourselves.

With the kind of circus going on in our culture, our so called Muslim Scholars, Majlis Fatwa and the Government, I am embarrassed to call myself a Muslim and seriously contempleting to join Lina Joy.

Please, you are right. You are the Muslim as god wanted us to be. You have the right frame of mind. May god bless you and remember, you have touched the hearts and comforted millions more in this country. Malaysia need brainy leaders like you. We need you NOW.
Hindu Madani said…
Dr.V.Nedunchelian,

Kalau kamu bangsa India, saya tentang kat kata kamu sehabis habisnya. Tidak relevan dan emosional. baik tutup mulut kerana kebodohan kamu terselah bila mulut kamu terbuka.

Kalau kamu Melayu UMNO cyber bastard (jangan panggil mereka cyber trooper) maka kamu, keluarga kmau dan cucu cicit biar disumpah Tuhan 7 generasi.
Hindu Madani said…
Wahai Mukunnan a/l Gunasegaran:

bertapa silapnya perkataan perkataan kamu.

Khalid & Khalid adalah sebahagian dari masyarakat Madani Malaysia

Kamu pulak batu api....
Anonymous said…
Salam YB
Pada pendapat saya, apa yang org Islam concern sgt ialah terlalu byk kuil haram yang di bina bukan sahaja di Selangor, malah di negeri lain jugak....Itula kefahaman orang kebanyakan regardless mereka UMNO, PAS atau PKR. Jadi YB kene jelaskan definisi KUIL HARAM dgn KUIL HALAL kepada puak jumud dan jahil dalam islam dan bagaimana caranya untuk mengawal angka2 KUIL HARAM itu daripada bertambah. Mestila kene ada Preventive Measure selain daripada Corrective Measure kan....Kadang2 yg perjuangkan PAS pun ada yang tersangkut dgn dakyah puak2 sesat nie jugak...itu yg YB harus tekan dan sampaikan kepada puak2 nie....Semua ini terjadi hasil pemerintahan BN yang terlalu memberi muka kepada parti komponennya iaitu MIC demi mendapat undi kaum India.

Saya yakin selepas, YB dapat terangkan satu persatu apa, bagaimana dan di mana masalah ni nak di settlekan...InsyaAllah keadaan akan menjadi tenang dan puak2 BN takkan ada peluru lagi nak tembak YB.
penduduk sek 7 said…
New site for Hindu temple found ... in Section 23
By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Sept 7 – An alternative site for the 150-year-old Sri Maha Mariamman temple has been found. The catch is, it is also in Section 23.

The new location is just 100 metres from the hotly disputed site proposed earlier, and 400 metres from any houses in the area.

The issue of relocating the temple had sparked off unhappiness that eventually led to the controversial cow head protest by a group of residents on Aug 30. The same group also successfully disrupted a town hall meeting, called to resolve the issue, on Saturday.

Aware the issue is a powder keg, Tan Sri Khalid Ibrahim today was quick to point out that all parties concerned would be consulted before any final decision on the relocation is made.

“The state is aware the issue is sensitive and will get consensus from all parties involved in order to resolve the matter.”

The mentri besar said the Sri Maha Mariamman temple committee will be informed about the new site and the matter will be discussed during a meeting.

The temple is now in Section 19 which was once part of the Sungai Renggam Estate. In 1994, the Selangor Development Corporation (PKNS) was allowed to develop the area into a housing estate.

However, no consideration was made for the temple which is now in the middle of a predominantly Muslim area.

Efforts by the previous Barisan Nasional (BN) administration to find a suitable location for the temple had also failed.

Khalid today toured Section 18, 19, 20 and 23 in Shah Alam in order to find an appropriate site to move the temple.

With him were Batu Tiga assemblyman and state executive councillor Rodziah Ismail, Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad, Shah Alam Mayor Mazalan Noor and PKNS General Manager Othman Omar.

sumber - themalaysianinsider.com
Anonymous said…
//The mentri besar said the Sri Maha Mariamman temple committee will be informed about the new site and the matter will be discussed during a meeting.//

Maha Mariamman,means the Divine Mother or Divine Shakti/Power..One of the 4 prime powers of the Supreme..Al Quran is filled with verses revealing the might /power of Allah..
AESSIR said…
YB, there are so many Malaysians are supporting you. Which means Malaysia can be rectified of the narrow minded diseas.

YB, its best you start making plans to be our next PM. I think we found the most competent replacement after Tun Dr. Mahathir. And we will ensure that this happens.

Dont forget to keep a list of the smart mouths, you'll need it later.
Anonymous said…
In Indian spirituality,the static ,motionless aspect of the SELF is refered to as "HE" and the dyanmic aspect of the same SELF as "SHE"..that's why indian godheads that represnt/symbolises power are all feminine..Maha Mariamman is often refered to as the Prime Shakti or Aadhi Shakti,in other words,Supreme Power..
Cameronian said…
Syabas YB. I dont know whether you will read my comment or not, but i would like to invite you and your people to make some presence in my hometown, Cameron Highlands. The district is currently represented by a MIC guy, who does nothing! We need true leaders who can represented the whole nation and not a certain group of people.
I would like to give credit to the Malay community for granted our ancestors stay in Malaysia during the independence period. I'm a proud Malaysian now, just because of you. Thank you. And I said, I'm a Malaysian, so lets work together for the nation's good!
By a Malaysian who is getting matured enough to respect and understand other people.
Anonymous said…
Assalamualaikum yb.

teruskan usaha yb...rata yang nagetif komen sebnarnya tak paham islam pun silap-silap solat pun tak cukup lima. nak tanya surau kat sek.23 ada berapa banyak? dalam seminggu berapa kali pergi, setakat solat sunat trawih jer tak ler heran budak sekolah rendah pun pergi solat trawih, paham ugama dulu baru bantah, kalau marah yb guna ayat alquran, bantahlah balik dgn gunakan ayat alquran kan tu lebih bagus.... janganlah terikut orang yang dah kalah tapi masih lagi gila kuasa...
Tarmizi said…
Assalamualaikum YB,
Ternyata isu di S23 sebenarnya berpunca daripada tarbiyyah yang belum sempurna...
Insya Allah, kita baru setahun pegang Selangor, kalau 10 tahun mesti penduduk S23 tidak bersikap demikian.
Untuk maklumat pemberi komen yang lain, abaikan saja komen yang berunsur perkauman dari si polan yang bernama melayu tau yang bernama india...saya berpendapat semuanya dibuat oleh grup yang sama, berniat untuk menjadikan masalah perkauman di Selangor membara.
YB, dengan kuasa ALLAH, sekiranya niat kita ikhlas untuk melakukan kerja hanya keranaNYA, apa saja masalah yang datang kita boleh tempuhi bersama...TAKBIR
Unknown said…
bukan semua penduduk seksyen 23 x setuju.. ada la yg 3,4 kerat yg cuba nak tunjuk hero kat situ... yg nak tunjuk hero & kunun nya nak mempertahankan islam bukan nya kaki pergi surau pun... ramadan dah masuk malam yg ke 19, tak penah aku nampak mamat rambut panjang yg buat kecoh tu...
umat nabi said…
Assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Abang saya yg tinggal kat seksyen 20, Shah Alam (beliau bukan UMNO totok, kerja kilang jer).Beliau pun tidak senang dgn keputusan kerajaan negeri untuk bina kuil di sek.23.

Apa pun YB teruskan berkhidmat kpd rakyat; buat sesuatu krn Allah dan tinggalkan sesuatu krn Allah.

Apa pun YB lapangkanlah masa keluar di jalan Allah 3H kat maner2 masjid/surau sekitar Shah Alam.

Ops..terlupa pulak ari tu saya ade keje kat Shah Alam, singgah solat zohor kat Sek.19, surau dekat dgn medan makan, opposite CIAST. Surau berkunci. Alhamdulillah ade budak2 kat surau tu duduk lepak2 saya ajak solat jemaah, dia org terus 'on'.siap azan lagi kat beranda surau.
Ahmad Putra said…
Assalamulaikum

Saya dari Perak salute and support YB and Kjaan Sngor.

Hanya Islam Plastik (bukan Palestin ye UMNO) yang gagl memahami Islam sebagai sebuah agama yang indah.
kacheek said…
Dear YB Khalid,

I applaud you for your patience in facing the barbaric thugs. I commend you and the Selangor government for being sensible and responsible to all the people regardless of races, backgrounds and religions.

Evidently, Selangor Government has proved its worth. Others might comment on your management. I say, management can always be improved with the right attitude. But if our attitude is as ugly and uncivilised as those barbarians of Shah Alam, even the best management in the world will fail in upholding fairness.

My prayers to you and team. May God bless..
Anonymous said…
Lagipun pemimpin Islam dulu yg bijaksana tidk tuduh menuduh dn cari penyelesai dengan bagus tnpa pergaduhan perkauman dan agama
Sebab itu penimpin disukai orng pelbagai kaum
Sepatutnya berbincng dulu dengan penduduk sebelum ape jadi yng tak baik?
Jangan Cari alasan
YB jangan risau YB tetap menang dalam Isu ini kerana YB bukan Adil
Pasal Orang Melayu malas Mangundi...
Anonymous said…
as it is wisely said "it is not the religion, it is the followers". this is a case of "the followers".

i think to charge the 12 protesters under isa - as suggested by home minister in a u-turn decision, which is also suspicious - is not the right thing to do. it is a political plan to do a reverse. maybe home minister was not aware of the plan set out.

after all, these 12 are "lost sheeps" of islam. they should be given 6-12 months religion therapy & exorcise the demon in them (bn-umno $).

i went to hong kong many years ago & while walking along a busy main street in the tsim sah chui area...a white mosque stood right in front of me. this was right in the middle of the area in the city. it happened to be a friday afternoon & it was busy.

hong kong as we all know is predominantly chinese, of the 6 million residents there. yet, there is still huge mosque right in the busy city of hong kong.
Anonymous said…
Salam Ramadhan YB,

kita semua lupa lihat pd diri kita sendiri dan menuding salah silap pd pihak lain. adakah kita sendiri penduduk majoriti sek23 yg menentang pembinaan kuil hindu memakmurkan surau dan masjid di tempat anda 5x sehari berjemaah? itu tak kira sembhyg tawarikh sebulan ramadhan berjemaah! fikir2kanlah buat ape dgn kuantiti masjid dan surau berlambak2 di kawasan anda tetapi kosong safnye hanya 2 org iaitu pak iman dan bilalnya shj, kualiti umatnye takde spt sabda Rasulullah saw salah satu tanda dunia nak kiamat iaitu banyaknya masjid2 dibina tetapi tiada org.

akhir kalam,

hamba pacal yg hina.
Oldest Older 201 – 225 of 225

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan