Skip to main content

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor: Hujjah-Hujjah Saya

27 September, jam 3.30 petang, maka akhirnya diadakan juga mesyuarat Perhubungan Negeri. Dalam mesyuarat ini memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ terhadap pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan YDP kawasan. Dalam persoalan ini saya sememangnyalah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran. Hanya saya sahaja yang masih tidak faham nampaknya. Wala' itu maknanya tidak boleh menegur pemimpinkah? Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari. Teguran dan ingkaran merupakan dua perkara yang berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti.

Namun, perkara tesebut wala' merupakan masalah terbesar sebahagian besar ahli mesyuarat. Bagi saya masalah besar yang sepatutnya di berikan tumpuan ialah persoalan SELCAT dan pengukuhan PR.

Oleh itu, pada hari ini saya ingin mengemukakan untuk tatapan umum hujjah-hujjah yang telah saya kemukakan di dalam mesyuarat berkenaan. Sekiranya ada hujjah saya yang salah atau menzahirkan kurang wala'nya diri saya ini, harap dapat dikemukakan dalam bentuk hujjah yang sama.

Pada hari mesyuarat, saya telah mengemukakan LIMA hujjah seperti berikut:-

1. Mengapa Mengambil Posisi Menegur SELCAT Secara Berasingan?
Saya menyatakan kepada mesyuarat bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PJ telah dan sedang dibincang oleh ADUN-ADUN dan anggota SELCAT itu sendiri. Ramai telahpun bersetuju untuk memperbaiki perjalanan sesi soal-jawab SELCAT berpandukan feedback yang negatif berhubung kaedah soal-siasat dan sebagainya. Yang menjadi masalah ialah apabila PJ membuat kenyataan mengkritik SELCAT secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini. Ianya telah pun memberikan gambaran bahawa hanya PAS mengambil berat kedudukan pegawai kerajaan dan menjuarai mereka dan parti lain tidak. Sedangkan hakikatnya, pihak lain juga telah bersetuju dengan teguran-teguran yang telah disampaikan secara dalaman.

Saya menyatakan, “tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal-siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?

Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang.

2. Mengapa Tidak Merujuk Kepada Wakil PAS yang Menganggotai SELCAT?
Isu kedua yang saya bangkitkan adalah berhubung satu-satunya wakil PAS di dalam SELCAT, iaitu YB Shaari Sungib. Saya bertanya mengapa mesyuarat tidak menjemput beliau memandangkan mesyuarat khas ini adalah berhubung SELCAT dan beliau adalah anggota SELCAT?

Saya bertanya lagi, “tidakkah lebih wajar kita mendengar pandangan dari ahli parti kita sendiri yang menganggotai SELCAT berhubung perjalanannya daripada mendengar aduan sebelah pihak pegawai kerajaan semata-mata?

3. Mengapa Membela Pegawai-Pegawai Kerajaan Sekiranya Mereka Bersalah?
Saya terus menjelaskan bahawa peranan SELCAT adalah untuk menjamin kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan. Pegawai-pegawai dipanggil untuk menjelaskan bagaimana mereka telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka, bukan persoalan peribadi mereka.

Sekiranya mereka menjalankan tugas mereka dengan betul tiada sebab yang perlu mereka rasa malu. Sekiranya mereka dipaksa menjalankan tugas mereka dengan cara yang kurang betul, maka perlu mereka nyatakan mereka dipaksa atau pun diarah berbuat begitu. Tetapi, sekiranya mereka ingin melindungi penyelewengan BN dulu, maka adakah perlu kita membela mereka?

Dalam pada itu, saya nyatakan, sesi SELCAT yang pertama dahulu yang melibatkan isu BALQIS telah berjalan dengan baik. Datin Khairiyyah telah menjawab semua soalan dengan telus dan mendedahkan bagaimana wang sebanyak RM 900,000 lebih telah diselewengkan dan dibazirkan oleh pentadbiran Khir Toyo. Dalam sesi soal jawab itu, tiada pula yang mengemukakan persoalan bagaimana sesi terbuka yang disiarkan secara terus menghina dan memalukan Datin Khairiyyah.

Kalau nak timbulkan soalan memalukan dan menghina, kenapa tidak kita membantah hukuman sebat terhadap Kartika juga? Adakah kita menganggap persoalan penyelewengan duit rakyat tidak sepenting soal meminum arak? Adakah kita menganggap bahawa Islam redha dengan persoalan yang pertama dan hanya menolak yang kedua? Sepertimana kita menerima hukuman sebat terhadap Kartika, hukuman ‘soal siasat’ terbuka tidak sepatutnya kita tolak.

Akhirnya saya menegaskan mengapa sesi itu perlu diadakan secara terbuka. Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat. Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’.

4. Mengapa Saya Respon Kepada Kenyataan PJ
Dalam pada itu saya menjelaskan mengapa saya respon kepada kenyataan PJ. Saya nyatakan bahawa tindakan PJ menyerang SELCAT secara terbuka telah memberikan gambaran seolah-olah PAS tidak setuju dengan SELCAT dan dengan itu bercanggah dengan matlamat pentadbiran PR.

Saya menolak kenyataan PJ juga secara terbuka kerana ingin menegaskan bahawa PAS tetap bersama PR dan perpaduan sememangnya wujud di kalangan kami. Perpaduan PR adalah penting untuk dizahirkan kerana ianya akan meyakinkan rakyat untuk terus memilih kita. Bukan sahaja di Selangor tetapi juga untuk mendapat kembali Perak, memenangi Pahang dan negeri-negeri lain. Demi menyatakan perpaduan kukuh wujud dalam PR sepertimana kehendak muktamar, maka saya menyanggah PJ walaupun ianya akan menzahirkan perbalahan dalam PAS Selangor.

Kedua, sebagai Ahli Exco, saya beranggapan bahawa beliau sepatutnya mengambil posisi bersama kerajaan PR dan bukan menyerang usaha kerajaan untuk mengasaskan kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan dalam perkhidmatan kerajaan melalui Dewan Negeri Selangor. Saya menegaskan bahawa sekiranya PJ tidak mampu berkerjasama dengan ahli Exco yang lain, maka beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco dan menjadi seorang back-bencher. Saya tidak pernah menyuruh beliau keluar PAS mahupun PR!

Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan. Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi diluar bantai balik dewan harian. Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuaan pelucutan jawatan saya sebagai TPJ) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian.

5. Bagaimana Dengan Janji Kita di Tropicana PJ?
Point saya yang terakhir ialah berkenaan perjanjian kita bersama hasil Konvensyen PR di Tropicana PJ yang telah diadakan selepas peristiwa arak dan Ronnie Liu. Hasil Konvensyen itu telah dipersetujui bahawa kita tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan saling menyerang satu sama lain. Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri.

Saya bertanya, “tidakkah janji kita ini perlu kita hayati?”

Hujjah-hujjah di atas dikemukakan untuk tatapan umum supaya masyarakat dan khususnya ahli PAS kawasan Shah Alam memahami pendirian, tindakan dan usaha saya sebagai YDP mereka mempertahankan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar ke 55 yang dibawa oleh Shah Alam yang berbunyi:

“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11-13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan supaya PAS Pusat:-

i) Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal berkerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan PR demi menegakkan syiar Islam

ii) Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.

Bagi saya, apa-apa usaha yang bercanggah dengan matlamat usul yang telah diluluskan di Muktamar seperti di atas, maka wajib saya sanggah. Tidakkah sepatutnya begitu?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Ahmad Tores said…
Pemimpin Pas mempunyai dua pandangan yang berbeza.

Satu pihak mereka melihat Islam dari perspektif Melayu. Kerana Melayu itu Islam. Di satu pihak yang lain pula melihat Islam dari segi perspektif Islam yang sebenar. Inilah yang membezakan pendapat mereka. Isu kematian setiausaha politik Dap tidak diberi perhatian oleh Pas Selangor. Yang bersuara orang Pas yang simpati sahaja kerana beliau berbangsa cina. Keadilan di lihat dari kaca mata Melayu dan tidak dilihat dari kacamata Islam. Begitu juga dari segi Ekonomi. Pemimpin Pas ada yang menyokong DEB kerana dari perpektif melayu ia akan membantu Melayu menaikan ekonomi oranga melayu. Tidak ada perbincangan dalam Pas untuk melihat dari perpektif Islam. Ini menyebabkan rakyat melihat PAS sebuah parti yang tidak konsistan.

Jika ada perbalahan yang berlaku kita mestilah melihat dari pandangan Islam yang sebenarnya. Bukan membandingkan orang cina dah mpau dan mereka boleh buat mengapa kita tak boleh buat. Saya berharap sangat Pesuruhjaya Pas Selangor
mempunyai jiwa besar apabila mengeluarkan kenyataan. Dapat membezakan marhalah amal yang sebenar bukan isu bkecil yang memecahbelahkan umat. Isu penyelewengan Pelabohan Kelang yang bernilai RM 10BIL patut dibincangkan dari
pandangan ISLAM. Kematian dalam tahan atau siasatan patut di bincangkan dari pandangan Islam. Apa perkara isu hendaklah di susarakan dalam pandanganIslam bukan pandangan Melayu Islam. Sekian dari ALIAS
Anonymous said…
inilah sebab utama kenapa kalid samad perlu dipecat drp PAS atau sekurang-kurangnya didisplinkan.
Anonymous said…
Hasil Konvensyen itu telah dipersetujui bahawa kita tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan saling menyerang satu sama lain. Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri.
===================================
Komen saya di di sini
Ali said…
kenapa perlu YB terus menerus mengiklankan secara terbuka penentangan YB terhadap Hasan Ali dan Pas Sngor?
bagaimana nak perkukuhkan PR kalau kita sendiri tak kukuh?
Yb kata hak pengikut utk menegur...bagaimana pula hak pengikut utk mengikut??
Anonymous said…
Percayalah, sampai kesudah takde la puak-puak ni mampu berhujah berdasarkan Quran, hadis nabi ataupun hujah akal rasional sekali pun tak termampu.

Paling kuat pun diorang mampu ialah pakai hujah terpesong suruh semua taat setia a.k.a walak kepada pemimpin. Bosan aku!
Anonymous said…
semakin lama semakin terserlah ke-UMNO-an si Hassan Ali ni.
Anonymous said…
Simple je sebenarnya. Kalau ikut logik akal sesetengah kelompok pengikut PAS, apa-apa cadangan, pendapat, saranan, bantahan yang tidak mengikut acuan pemimpin atasan adalah dikira derhaka/khianat itu je. Ini kira ala2 hang tuah dgn sultan melaka la ni, sebab itu mereka2 ni terlebih melayunya sampai umno sendiri pun naik gentar dengan sifat kemelayuan mereka ini...
Anonymous said…
tak abis22 degan ayat wala tu!!!kalu nak wala tak bertempat angkat kaki..pi join khir toyo!!!tak pun ibrahim ali..sesuia sangat!!
de cle manto said…
aik! benda yg berperang dlm meeting pon bawak keluar...memang telus ...kakakaka lawak la lu orang ingatkn dah berdamai...bola tanggung tu bro...
Pak Long said…
Salaam,

Kalau dah berjanji untuk tidak menyerang satu sama lain, itu bukan macam menyembunyikan kebenaran ke?

Macam YB buat sekarang ni, YB serang YDP PAS Selangor secara terbuka, dengan fahaman YB yg ianya adalah untuk menegur pemimpin atas dasar kebenaran. YB tulis artikel supaya orang lain boleh baca. Dan ada impak tersendiri. Puak DAP dah tentu lebih sayangkan YB lepas ni. YB dilihat sanggup menghentam pimpinan atasan PAS bagi keuntungan orang-orang yang berkepentingan. Dah tentu orang yang vested interest itu suka. Dan YB tahu ini dan YB dilihat mencari sokongan mereka.

Kenapa YB sendiri orang PAS tidak mengikut channel tertentu untuk mengkritik pimpinan, tapi YB sebaliknya menyalahkan orang lain yang tak ikut channel. YB ni PAS ke apa?
Anonymous said…
tidak syariah complient tindakan pak khalid dan pak hassan.

sedih memang sedih.
bila pak khalid dimarahi oleh sekeliling orang akibat menegur tghh, pak khalid pun mengeluarkan kisah nabi yg mengisahkan tegurlah jika buat kesalahan, tp kini apabila pak hassan buat kesalahan pak khalid suruh pak hassan berhenti dr PAS, apa cerita?

rasa benci dlm sesama manusia akan ditarik di dalam syurga. tp jgnlah kerana rasa benci, pak khalid dan pak hassan berlaku tidak adil sesama sendiri. dua2 hal ini (rasa benci dan berlaku adil kpd org yg dibenci) ada disebut dlm al-quran.
amalkanlah, jgn sekadar ckp dimulut sahaja.

lagi satu, berkomunikasilah face to face. tak de org nak larang menegur tp jgnlah bila nak tegur je panggil org surat khabar. apa, rumah takde telefon, takde skype atau hp ke smpi perlu pakai org surat khabar utk menegur? bercirikan islam kah ini?

sifat melayu pak khalid dan pak hassan masih terpancar, iaitu tidak berani menegur depan2, asyik nak pakai org tengah(org surat khabar) je.
Unknown said…
YB,

1. MSO was right! You do want HA to go dont you, YB?

2. The reason you spoke against the party is because you want to be the "champion" in the eyes of the non-malays and erdogans/liberals in PAS.

3. This will make you popular in their eyes (i.e. alcohol issue and now SELCAT).

4. They will pressure Anwar to remove HA and replaced him with a "moderate" leader i.e. YOU

5. In order to maintain their support, Anwar will then pressure PAS either through Hadi (not likely) or use pro-erdogans (more likely) to hentam HA from the inside.

6. Even now there are two "puak" in PAS already over this issue...one agreeing with HA and another with you.

7. If anyone ask you can always blame BN for trying to create confusion!

8. Part of the plan backfired when Husam lost and Nasha won but you never gave up playing politics.

9. You knew HA will screw-up and when he did you blasted him with all the ammo you have!

10. The fact you still want to 'main wayang' even after the 16/9 and
27/9 meetings shows your true motive! Why do you need to disclose party
internal meeting to the general public unless la you want to.....

11. Did you learned this "strategy" from your brother who learned it from Musa Hitam?

12. This has Musa Hitam's strategy written all over it! How did i not see it earlier??!
Anonymous said…
sebenarnya sangat jealsa dan nyata pebedaan dan perpecahan didalam PAS masih belum selesai.. sayang nya terlalu lama parti yang tertegak atas Al-quran dan sunnah untuk menyelesaikannya.. malu la.. tapi apa yang dapat saya simpulkan disini PAS sebenarnya belum sampai masanya untuk menjadi pemimpin politik peringkat nasional dan adalah sesuai PAS bergerak seperti badan dakwah spt tabligh dan lain2 NGo... dan paling penting saya masih bersetuju dengan kata2 DR. Zulkifli K.s'gor PAS masih didalm dilema " UMNO TAKUT MERASA KALAH< PAS TAKUT UNTUK MENANG"...
fendi said…
PAS mesti ambil tindakan disiplin terhadap Hasan Ali.
Saya tgok masyarakat kat luar mmg kecewa dgn sikap Hasan ni.

Kalau PAS tak ambil sebarang tindakan,maka PAS secara keseluruhannya akan dilihat sebagai menyokong dan merestui tindakan2 Hasan Ali ini yg jelas bertentangan dgn prinsip PR.

Jadi saya amat berharap supaya PAS pusat ambil tindakan terhadap Hasan.

Kalau PAS pusat tdk kenakan sebarang tindakan dan terus membiarkan Hasan Ali mengeluarkan statement2 yg mengelirukan,maka PAS perlulah bersedia utk kalah pd PRU akan dtg.Rkyt sendiri akan menghukum PAS.

Sekian.
Anonymous said…
Salam YB..
Takkan segala hujah YB dalam mtg khas tertutup Badan Perhubungan PAS Selangor pun YB disclosed kat public jaga.. Tak betul tu YB, pas tu hujah balas cam ne plak?
kan mtg tersebut dah ada keputusan, taat lah dengan keputusan YB
Tak baik lepas mtg sembang belakang dan menegakkan hujah peribadi.. rosak jamaah cam ni YB
Harap YB dapat ambil muhasabah dari apa yg berlaku..
Abu Abdurrahman said…
Saya jadi bingung dengan cara kita PAS Selangor menangani persoalan yang ditimbulkan Hassan Ali ini. Bagi saya hujjah YB sahih: pemimpin boleh ditegur, kerana manusia tidak maksum, dan juga telah ada cara para sahabat (lihat kisah Umar r.a. di tegur sahabat yang lain)untuk kita rujuk. Ini tidak menjadikan kita tidak wala'.

Seperkara lagi, tidakkah perlu pihak atasan PAS campur tangan dalam hal ini? Bagi saya banyak ruginya kalau dibiarkan PJ ini terus-terusan bersikap seperti sekarang.

Kita mesti lihat semua perkara yang sedang dibicarakan ini (juga perkara-perkara lain) dari perspektif ISLAM tulen, bukan Islam yang dicampur-adukkan dengan Melayu. Kalau tidak apa bedanya PAS dengan AMENO? PJ dan yang sama sepertinya perlu introspektif diri dalam hal ini.

PAS lama Kg. Jawa
Anonymous said…
HASSAN Ali ingat dia TuhanKah? Kenapa kakitangan kerajaan perlu takut jika mereka tak pecah amanah. Apa pasal Hassan banggang sokong kaki perasuah dan penyeleweng? Mereka tipu duit rakyat dan kena jawab kpd rakyat melalui SELCAT yang begitu wibawa dan telus. Hanya Hassan Ali dan Khairuddin berotak UMNO .PAS Pusat tidurkah atau tak doh telurKah ambil tindakan tehadap Hassan bahlul. YB Khalid menjalankan tugas dgn begitu amanah tapi Hassan macam UMno hanya ingat melayu pada hal bukan melayu yg undi dia ---siap utk kalah diPRU13 Hassan Ali
Unknown said…
Semoga Allah swt memberikan kemudahan kepada pejuang2 Islam.
Ingatlah : Perbezaan pendapat tu bukanlah perpecahan!!! berfikirlah secara matang..cool
milestone said…
Salam Eidul-Fitr, YB & semua.

Pertamanya saya ingin menyokong hujah YB dan berharap mendapat pertimbangan dgn hati terbuka dan kerana ISLAM oleh semua, terutama ahli PAS.
Kedua, pandangan & teguran Dato' PJ Selangor TIDAK SALAH, tetapi CARA dia menyampai dan medium/saluran yg digunakan adalah SALAH! YG saye faham, Kaedah asas fiqh, matlamat tidak menghalalkan CARA..
Ketiga, ia telah menampakkan ISLAM (kerana PAS sebuah parti yg dilihat sbg lead kpd gerakan islam di m'sia) tidak consistent pada perjanjian pada setia kawan.. DAN lebih mementingkan POLITIK individu/parti sendiri.. Mengapa setelah muktamar dan konvensyen PR, masih berlaku politik individu ini??!!
Keempat, setelah diambil kira kaedah tahaluf-siyasi, keadaan ini menampakkan Pas Pusat gagal menggariskan etika/tata-kerja kepada pemimpin2 negeri yg berjawatan YB/Exco utk "move-forward" melalui kaedah ini??
YG lebih penting, kegagalan PAS move forward selepas ini, dikhuatiri dilihat sebagai kegagalan islam dalam mentadbir setelah pintu/ruang diberikan rakyat islam/bukan islam.

Wallahu'Alam
-milestone-
Anonymous said…
salam yb..
saya terdengar cerita krg enak dr kwn saya bhw selangor akan menjadi singapore dimana azan sdh tdk dibenarkan dilaung keluar dr masjid..beliau memberitahu pd bln puasa yg lalu di SS2 PJ semasa beliau mengunjungi rumah bapa saudaranya, tidak kedengaran azan maghrib dr masjid yg berdekatan. bila ditanya kpd bapa saudaranya, jwpnnya agak mengejutkan dimana azan tdk dibenarkan dilaung keluar dr masjid sejak PR memerintah..harap mendapat perhatian dr yb.
Unknown said…
YB....teruskan perjuangan YB, saya tetap dibelakang YB, Hasan Ali ni sebenarnya bukanlah pejuang PAS yang sejati, hanya tidak sampai 10 tahun didalam PAS beliau telah diberi keistimewaan yang melampau, pada saya beliau tidak lebih sebagai pemorak perandaan keharmonian PAS di Selangor ini.
Anonymous said…
Di Kedah hari tu...kerana babi...tanpa merunding dgn kjaan PR tempatan...DAP menghentam MB...takdak sapa pun dlm DAP nak pi marah2 ADUN tunggal mereka. Dalam PAS pun takdak yg nak ngamuk2. Semua dok diam....siap pi pujuk2 lagi si DAP tu.

Di Selangor hari ni....org Melayu PAS plak yg pi tolong backing DAP. Hahahaha....klu org ckp PAS ni talibarut DAP....marah.

Kalau lah PAS tu cerdik dalam berpolitik....sepatutnya konvesyen PR kt Tropicana tu...bkn hanya utk S'gor tapi sepatutnya juga utk Kedah, Penang dan Kelantan dan mana2 jua negeri yg akan di perintah oleh PR. Tapi PAS tak sedar bahawa mereka di pecah dan di perintah oleh DAP (PAP).

Oleh kerana dok sibuk sgt nak menampakkan kesyumulan Islam sebagai agama yg adil utk semua...lupa nak bela org Islam sendiri. Menang tapi kampung tergadai.

Hassan Ali mmg kebudak2an...tapi bila org PAS dah terus menghentam....senang kerja org DAP. Tgk lah nanti bila DAP mengehntam org PAS plak...ada ke org2 DAP yg akan tampil mara ke depan utk membela org2 PAS.

Kami faham...sebagai org Islam kita tetap dan mesti berpegang pada janji kita. Our part of the bargain. Tapi depa? Sampai berapa lama nak bersabar.

Tapi yg pelik...sesama Melayu takleh plak bersabar. belum duduk semeja lagi...belum bertukar2 demands lagi...dah maki...dah fatwa...dah putus arang. Macam2 diungkit peristiwa lama.

Kalaulah Tuhan ni bersifat PAS...tak ramai org yg boleh bertaubat...dan tak ramai org yg akan diampunkan Tuhan. Maka tidaklah Tuhan itu Maha Pengampun. Kalau Dia bersifat PAS.

Dendam lebih penting dari perpaduan. Nak memerintah (kuasa yg belum tentu) lebih penting dari persaudaraan. Meraikan bkn Islam lebih baik dari sesama Islam. Jahat sekalipun UMNO....nabi tak bunuh munafik2 yang ada di Mekah dan Madinah...nabi tak membebankan dengan penganut2 yg baru memeluk Islam...sebab nabi nak keturunan mereka...bkn mereka.

Ini lah konsep yg digunapakai oleh org2 kafir wahai PAS...sebab mereka bkn pandang PRU13...PRU20 nun. Tgk siaran rancangan TV...bkn utk merosakkan kita...tapi anak cucu kita.

Gedebe dok kene tempat.....
Q said…
There 2 sides in every story. Bersama YB Khalid Samad. Tak salah Dr. Hassan Ali or YB Khalid mula bertolak-ansur. PAS for ALL... :)
nasir said…
Pak Khalid .

Dulu ada YB PKR tegur kjaan Selangor sampi ugut nak jadi calon bebas kes terminal Bas .. takdak la bunyi2 ..

Di Kedah YB DAP ugut nak kluar dr kjaan negeri ..takdak la pimpinan DAP bising2 ..

Tapi bila YB Hassan Ali ..Pak Khalid lebih sudu dari kuah .Beliau takda ugut nak keluar pakatan baru menegur . Kalau dah rasa dia tak bagus dalam exco minta la khalid ibrahim pecat dengan pekenan sultan . Apa sekarang nie PR lebih UMNO dari UMNO . YB Zul sampai sekarang Anwar tak kesah pun dan takdak keluar kenyataan apa2 ttg dia walaupun mungkin anwar benci . Tapi dakdak la pulak DAP yang berani sentuh YB Zul . Bila tiba kat Hassan Ali macam2 tohmahan .

Saya rasa PaK Khalid elok masuk PKR kerana mungkin serasi dengan perjuangan PAk Khalid . Yelah bukankah yang memegang tampok PAS sekarang ni semuanya UG geng .

UMNO sekarang pula nampak lebih terbuka . Takdak sapa2 yang nak buang keahlian sesiapa bila ada kritik mengkritik . Tapi kalau dalam Pas sekarng asal kritik PR sikit dah dikira berpaduan dengan UMNO ////
Salam YB Khalid,

Anda berani seperti Khalid Ibnu Walid... tiada salah berbeza pendapat dan bersuaralah kerana suara2 yang benar akan terserlah kebenarannya dan suara2 yang batil akan terserlah kebatilannya.

Harapan saya kepada YDP2 dan ahli PAS yang lain... perbezaan bukanlah bererti permusuhan kerana kesilapan "mind set" merupakan kesilapan yang membawa tindakan yang silap juga.
ZBO said…
Salam YB Khalid....

Bravo yb...sebagai ydp pas shah alam...yb berhak untuk memperlihatkan hujjah2 yb agar semua masyarakat amnya dan ahli2 pas khususnya dapat menilai sejauh mana betul atau tidak hujjah2/tindakan2 yang yb telah lakukan...inilah satu 'tool' pentadbiran baru yang saya rasa masih susah diterima oleh mostly rakyat malaysia setelah 52 tahun diperbodohkan oleh pentadbiran UBN...Sebagai PJ, Dr.Hassan sepatutnya lebih memahami dan mengamati commitment muktamar yg lalu...dan sepatutnya segala tindakan beliau mesti dilihat parallel dgn keputusan muktamar itu...adalah malang seorang PJ yg dihormati seperti beliau bertindak secara 'one-man show' dalam suasana pentadbiran PR dan selepas itu pas selangor menyokong beliau habisan2(wala' biarlah mengikut islam sebenar..jgn wala' tok tok..)...Ini dilihat suatu tindakan luar jangka yang bersifat tindakan jangka pendek lalu menggambarkan bahawa semacam ada agenda/muslihat disebalik tindakan ini....saya setuju dgn yb kenapa tidak dipanggil anggota selcat dari pas untuk menceritakan keadaan sebenar mengenai perjalanan siasatan selcat ini....atau mungkinkah PJ sendiri sudah tidak mempercayai wakil pas yg juga menjadi anggota selcat itu sendiri!!!....
Anonymous said…
Sunnguh ironic Parti Pas ni. Persoalan walak selalu menjadi isu dalam setiap kali krisis.Saya ingin bertanya kepada angota pehubungan selangor yang mempersoalkan walak YB. Adakah mereka walak kepada syura tertinggi dalam pas iaitu syura muktamirin yang membuat ketetapan untuk memperkukuhkan pakatan rakyat.Tindakan PJ selangor adalah clear cut tidak walak lagi apatah lagi mempunyai hubungan sulit dengan umno laknatullah. Paling signifikan Pas selangor tidak walak lagi pada mursyidul am: Badwi Pas
Anonymous said…
Siapa yang menyerang siapa sebenarnya ni? Hassan Ali menyerang khalid Samad ke Khalid Samad menyerang Hassan Ali? Tolong jawab YB Khalid Samad. Nampak gayanya Khalid Samad dah termakan dengan dakyah BN-Umno sendiri.. Muhasabah lah wahai YB Khalid Samad.
Kita bukan Umno..kita bebas memberi kritikan dan pandangan..itu yang sepatutnya..Syabas dan tahniah Yb...wala tak seharusnya menyekat pandangan kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir...Bagi ana, ana sependapat dgn Yb husam dan abdullah karim(pemuda yang membawa usul perkukuh pakatan)...iaitu wala hya pada Allah dan rasul...
tajuddin pas selangor said…
asm.simple saja wala dlm islam ini..yg perlu kita wala ialah kpd kebenaran dan keadilan itu sendiri...ini kriterianya...jika benda ini ada dlm pemimpin, perlu diikuti tp harus ingat, pemimpin sbg manusia biasa, ada nafsu, ada setan yg menganggu apatah lagi jika bercita2 utk mendapat jawatan tinggi...umum org yg berakal sempurna akan dpt melihat spt main bola menyarung jersi MU tp sedar2 terus bawa bola secara solo dan menyumbat gol sendiri! hebat ke org begini? memang nampak hebat dan licik dribble bola tp penonton2 diluar akan bertanya sempurna ke akal org itu/ atau dia dirasuk benda luar?
jab sp said…
Apabila saya joint PAS saya sering dingatkan perkataan Wala".
Saya sering katakan ,jika itu adalah satu yang dimestikan,maaf setakat ini saja saya sebagai ahli PAS kerana dengan pelbagai perangai manusia dalam PAS termasuk yang dinamakan pemimpin, wala' hanya lahir selari dengan objektif kepimpinan.Jika akal yang dikurnia Allah menyatakan ia sesuatu yang bertentangan dengan naluri dan perinsip perjuangan yang diselewengkan adakah wala' masih diperlukan.

Berkaitan komen dalam blog ini , tidak wala' lebih mulia daripada menyembunikan diri disebalik keterbukaan id it seperti mana Hassan Ali menyembunyikan niat sebenar beliau mempertahan pegawai kerajaan yang merupakan kawan kawan lamanya sewaktu dalam perkhidmatan awam.
Salam YB!
Pemimpin PAS yang tak boleh ditegur biar saya cadangkan supaya dia letak jawatan.
YB hendaklah sentiasa memberi teguran. Kerana itulah antara tugas "muhtasib".
Anonymous said…
pandangan dan hujjah YB, ada yang betul dan ada juga yang tak betul dan tak kena pada tempatnya.. Kaedah dan cara YB seolah-olah YB lah yang 'terlalu betul' dan manusia insan lain di anggap oleh YB hanya 'betul' sahaja.. YB hendaklah mengambil sikap berlapang dada terhadap pimpinan/ PJ dan bersederhana didalam menanagi satu-satu isu yang boleh mengelirukan ahli dan jemaah.

UBAHKANLAH PENDEKATAN YB DIDALAM ADAB-ADAB BERJEMAAH

SEMOGA YB BERADA DIDALAM KETENANGAN DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T..

* Saya suka melihat YB berlawan den Ibrahim Ali di Parliman tempoh hari..

Terima Kasih, NIK
Anonymous said…
Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
ninGrat said…
salam YB..
apa pun alhamdulillah..semuanya telah selesai.. Begitulah sikap seorang pemimpin..perbalahan antara pemimpin PAS bukanlah sebab berebut kontrak dan jawatan, sebaliknya untuk kebaikan semua.. Baru kali ni saya lihat PAS diuji dengan sebetul2nya..dari Utara hingga ke Selatan.. Tak seperti parti2 yang lain..yang hanya mementingkan kroni dan jawatan..
semoga YB terus istiqamah dengan Islam..ameen
Anonymous said…
Asalamualaikum! Saya sejak akhir-akhir ini memang banyak saya tidak bersetuju dengan tindakan YB. Dari isu arak , kuil hingga SELCAT, banyak sangat kenyataan YB yang melukakan hati penduduk-penduduk Islam (bukan penduduk Melayu ye, nanti dituduh UMNO pulak) dalam negara ini. Saya bukannya ahli kepada mana-mana parti, tapi tindakan YB memang tidak patut kerana membuka aib orang. Teruskahlah jadi Jebat
Anonymous said…
YB,
Tujuan SELCAT sebenarnya ada grunge yg kesumat kepada kerajaan terdahulu. Contohnya adalah isu BALKIS.

Saya tak faham kenapa duit BALKIS di jadikan isu sangat oleh YB??

Kalau tak silap saya BALKIS ni utk isteri-isteri ADUN BN dan pengerusinya adalah isteri kepada MB BN.

Kenapa PR perlu bising bila duit ni di pindahkan??

Lepas tu main tuduh pulak MB dulu songlap duit. Bukti memang tak ada tapi tabur fitnah merata-rata.

Saya cadangkan PR buatlah BALKIS utk adun-adun PR sendiri..cari duit sendiri..kalau PR kalah election nanti jgn bagi BN..susah sangat ke?..RM9 juta pun nak rebut ke?

Banyak isu rakyat yg YB tak nampak & buat buat tak nampak.

Contohnya bila isu Kuil, YB mahu memenangkan pihak Kuil & bukannya rakyat. Bila rakyat membantah, YB kata angkara UMNO. Padahal memang rakyat tak setuju.

Bila isu Arak, mana kelibat YB? Yang bestnya YB kata isu arak ni adalah warisan UMNO. Setahu saya 7-11 sebelum PR perintah lagi dah tak jual arak di kawasan majoriti Islam di Shah Alam.

Dlm isu Kalimah Allah, YB pun kata boleh digunakan oleh Kristian. Bila rakyat kritik YB, YB tau pulak melenting..

Tapi dlm isu SELCAT ini, bila Hassan Ali tegur cara perjalanan SELCAT, YB lanyak dia seolah-olah YB je yg betul.

Saya nak tanya YB, adakah SELCAT ni di tubuhkan utk nak korek rahsia kerajaan terdahulu melalui pegawai-pegawai kerajaan?

Adakah jika SELCAT ini digunapakai oleh PR, jika pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri tidak mahu bekerjasama adakah boleh di kenakan tindakkan undang-undang?

Tidakkah ini campurtangan politik? Adakah PR mahu mengajak pegawai kerajaan bermain politik dan menyokong PR?

kalau tidak sehaluan, maknaya pegawai kerajaan itu boleh di kenakan tindakkan?

Come on YB, be rasional.

Lupakan duit Balkis tu..lupkan rumah Khir Toyo. Lupkan kepala lembu..tak perlu toleh belakang.

Baik YB tengok keadaan di Shah Alam sendiri. Pusat SPA, KARAOKE, URUT dll melambak-lambak di sini..tak perlulah jaga tepi kain org..kuman seberang sana YB nampak..kawasan YB macam taik YB pandang sepi..

YB tak perlulah nak bocorkan perjalanan mesyuarat. Memang di SUK semua tidak setuju dgn SELCAT. Bukannya takut.

Kalau pegawai-pegawai itu buat salah, negara ada undang-undang. kita ada saluran undang-undang.

SELCAT ini lebih kepada dendam PR kepada UMNO/BN.

Satu lagi, komen-komen yg di atas tu kata Hassan dah ke UMNO an..adalah lebih baik anda diam je..bukak lah minda..jgn jadi buta tuli..politik cerita lain..tapi isu SELCAT adalah isu berbeza..

pendapat saya, nampak sangat PR ni tak boleh di kritik. kalau DAP kata arak boleh, mana suara-suara anda?

Yang terakhir YB, saya dah lama tak nampak YB turun padang..last sekali, YB turun dlm isu kesesakkan lalulintas di Seksyen 23.

Sesekali, turun & jenguk rakyat ni YB.

YB bolehlah nilaikan KPI YB dgn tengok rakyat sambut YB atau tutup pintu rumah YB turun padang..

Saufi
Seksyen 18.
shahkgsbg said…
Hasan Ali mmg dah nyanyok..sebenarnya dia idamkan nak jd menteri besor selangor..tu yang dia asyik tibai PR skang ni..tahun depan jgn jadikan dia calon..buat semak kepala orang Selangor je..tak abis abis carik publisiti murahan..apasal tah orang kutip dia nih..

mmg dia cakap penambah baikan dalam SELCAT tu betul..tapi masalahnya apasal pertikai kat media UMNO?dah tau media UMNO berat sebelah..mulalah diorang reka2 cerita sensasi..tambah2 Khir Toyol menyokong..

woi hasan ali kalau kau baca ni baik ko terjun laut la!! ikan pun taknak makan daging busuk kau tu..
Salam, YB Khalid.


Walau apapun tindakan yg dilakukan oleh YB, saya sentiasa bersama dan sokong YB, kerana saya tahu YB adalah seorang pemimpin yang baik dan boleh dipercayai. Di dalam blog saya, saya sokong anda YB! Teruskan perjuangan. Jgn mengalah dengan puak2 yang bongkak di dlm parti.
Ibnu Ali said…
Aku dah kata. Khalid Samad ni rosakan jemaah. Abid rahsia jemaah semua dibongkar.

Orang macam ni patut dipecat sahaja dari PAS.

Tegur tu boleh. Tapi tak semestinya teguran kita tu pimpinan wajib ikut. Duk lama dalam PAS pun tak paham2.

Pimpinan boleh minta pendapat. Tapi tak wajib pimpinan ambil pendapat tersebut.

MINTA PAS PECAT KHALID SAMAD!!!!
Leenoh said…
Salam YB.

Perbezaan pandangan dan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik, selagi hujah yang diberikan itu masih dalam niat untuk mendapatkan kebaikan umum, perbuatan itu masih dikira baik.

Ikhlas atau berjuang kerana Allah sangat penting. biarlah pangkat, kedudukan dan kebesaran itu datang atas tiket takdir Allah, tidak berdukacita sekiranya tidak mendapatnya dan bersyukur pula bila mendapatnya.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana saya cuma mengetahuinya dari jauh, berharap ianya bukan suatu pergaduhan yang mengguris hati, sebaliknya hanya suatu perbezaan pendapat, setelah kedua-dua pendapat itu diproses akhirnya akan terhasillah keputusannya yang baik.
khairul said…
Bravo YB.

Saya memberi sokongan penuh kpd YB dlm hal ini.
burhanuddin said…
ayoo YB.

Saya ni dah mula hilang respect pada YB.

Ingatkan tarbiyyah bagus tahu la adab berjemaah..

Blog ni bukan tempat sesuai untuk bincang hal dalaman
burhanuddin said…
bagus le YB. Folow JIM sudah la. jgn dok jadi parasit dalam PAS.
Mail said…
Tak habis-habis dengan ayat--boneka umno la tu,pro umno.dalangnya umno..semuanya umno bila bercanggahsikit pandangan.

Ngapa pula YB Khalid boleh pulak buat kenyataan di akhbar suruh letak jawatan...so 2x5 je la dgn Hasan Ali tu..

PAS ni nak kemana?ikut buntut DAP?buntut PKR?

Kalau dulu...sikit2 hapuskan arak..sikit2 haramkan bla bla bla...kini ..ooo arak tu bukan isu besar,ada isu besar lagi iaitu rakyat...ye la isu rakyat tetap berjalan-isu lain jgn kesampingkan..

Pooorah le korang semua
Anonymous said…
YB Khalid Samad, you are right to make your case known here. If PAS Selangor cannot take the appropriate action against him (or at least a stern warning) then PAS Selangor is asking for itself to be removed from the Pakatan coalition and that will send the wrong message to the Selangor folks. Hasan Ali thinks he is above the Menteri Besar (MB) by making unilateral statements which may damage the reputation of Pakatan Rakyat coalition. It is also unbecoming of a state exco member to behave in such a manner. Pakatan should be working together as a team to gain the confidence of the rakyat. Now with all these conflicting statements by Hasan Ali, who would have confidence in PAS Selangor and Pakatan? I certainly would not want a coalition which i don't have confidence in to govern the he state or country. His actions and statements are not line with the spirit of Pakatan and moving forward he must be monitored closely. Many people including myself have this feeling that Hasan Ali is doing UMNO a big favour and that means trouble for PAS and Pakatan. I foresee lots of problems if Hasan Ali doesnt keep his mouth in check. It would be a field day for the mainstream media if he doesnt. His opinions are appreciated but he has to use the appropriate channels to bring up matters. I dont know why some people here are shifting their focus from the main issue here which is Hasan Ali to you as though it is you who has done wrong.
Anonymous said…
Salam,,,

Dalam hal ini, saya sokong pandangan YB,,, jika tidak Pas akan hancur spt UMNO ...akibat pemimpin bersifat spt YB Dato Hasan ALi .. ada agenda tersirat ...
Bang Aji said…
Salam YB,

Motto 'PAS For All' rasanya tidak dijelmakan sendiri oleh para pimpinan seperti YB & YB PJ PAS. Rasanya kehidupan sebagai pemimpin di waktu tidak menang & memegang jawatan amat berbeza bila Allah beri ujian kemenangan ke atas perjuangan Islam yang di bawa.
Jika dulu setiap ahli & pemimpin dapat sama-sama bersusah senang dalam mempopularkan gerakan Islam agar diterima masyarakat. Tambahan bertambah rancak dengan kehadiran golongan profesional seprti YB & YB PJ. Apa berlaku sekarang? Adakah jiwa Islam kita telah hilang hanyut bersama dengan rasa megah atas kemenangan sebentar yang Allah swt anugerahkan ini? Cadangan saya...sama-samalah kita fikirkan elok YB & YB PJ... Renungkanlah yang ujian kemenangan yang Allah beri pada kita telah gagal kita bersama menyempurnakannya...

wallahualam.
Eric said…
YB, hats off to you for asking the right questions, yet again!
With people like you, there is no doubt (if there were any in the first place) Pakatan Rakyat is the better choice compared to Barisan Rasuah, I mean Nasional.

PAS untuk Semua!
Bapak Orang said…
Khalid,

kau marah bila Hasan Ali tegur Selcat sdgkan dia exco. Tp kau bantai Hasan Ali, bawak isu mesyuarat ke luar sdgkan kau ydp kawasan apa ke halnya?

Mana iman kau pd ayat Quran, kaburo maktan indallah an taqulu ma la taf'alun?

Kau ingat aku bodoh ke Khalid? Engkau siar hujah kau saja. Hujah balas YDP lain kau tak siar. Kau tunjuk seolah-olah kau saja betul. Adilke kau macam ni? Kau boleh berhujah tp YDP lain tak boleh nak membalas?

Mana adab kau pada jemaah? Nak pukul, pukul dlm mesyuaratlah. Bila dah selesai, yang kau bodoh sangat bawa benda ni keluar kenapa?

Mungkin kau tak, tapi orang nampak apa yg kau buat ni seolah-olah nak memburukkan Hasan Ali, nak menjatuhkan dia. Mungkin kau tak, tapi politik is all about perception!.

Perangai kau lebih kurang puak2 UMNO saja aku tengok.

Dah la, kalau serabut sangat duduk dalam PAS, keluar masuk PKR. Senang. Duduk dengan puak2 liberal.
Kau jangan jadi liabiliti kepada PAS!

Elok orang macam kau ni jangan dicalonkan lagi. Menyusahkan jemaah!
ali said…
http://baganutama.blogspot.com/

mohon yb khalid promosi blog kami di blog yb.Berita live dari bagan pinang.
Abu Abdurrahman said…
Untuk Saufi,Seksyen 18, Bapah Orang dan mereka-mereka yang sama, hangpa semua bahlol kah?

Tak reti-reti kah apa YB cuba sampaikan (buta mata hati kot)? Nampak tak pernyataan pembukaan YB "...saya ingin mengemukakan untuk tatapan umum hujjah-hujjah yang telah saya kemukakan di dalam mesyuarat berkenaan". YB berhujjah bukan menghina, seperti dilakukan sebahgian pengomen di sini. Perbedaan pendapat tidak bermakna kita bermusuhan.

Dah meluat tengok setengah ahli PAS 'ulama' dan faksi UMNO dalam PAS berdebat bodoh.

PAS Kg Jawa Lama
Anonymous said…
Abu Abdurrahman, watpe nk buka hujah utk tatapan umum sdgkan suma dah selesai dlm mesyuarat?

Ko ni prnah gi mesyuarat tak?
Grand Marquis said…
Nak tengok siapa yang nak pi tegur mamat ni:

(Kalau korang tak tegur, nyata korang ni dayus. Tak habis-habis kutuk sesama sendiri bila buat kenyatan umum, tapi bila geng DAP buat kenyataan tak senonoh di media umum, korang semua senyap. Inilah nasib buih-buih dilautan)

http://www.malaysiakini.com/news/113705

Teng dakwa Hasan Ali berbohong
Rahmah Ghazali
Sep 28, 09 11:18am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".
Anonymous said…
PAS has to decide whether it wants to champion Islam or remains as a Malay-based party. Most of the leaderships come from Malay majority states and do not have adequate exposure to manage a multi-racial society. A simple test is for PAS leadership to visit KLCC and observe the reality of the Malaysian society.

So far, PAS's approach is getting support is mainly through highlighting the weakness of BN. If we consider the states which are governed by PAS, I do not think it could be proud of the governance practices. So far, none of these states require the members of the EXCO to declare assets to the public. Politicians are still appointed to the boards of state-owned entities although they may not have the skill sets apart from being politicians of governing party.

An honest self-assessment is required to be done by PAS. I am sure they believe that ultimately their actions would be judged by Allah in the day of judgement.
saye said…
he he yang puji melangit YB nampak gaya tulisannya macam non muslim(DAP kot) yang kata sokong YB dan kutuk Hasan Ali gaya nya macam liberal je. (agama hak masing2. puak ni kot yang dok kutuk pemuda pasal beyonce)

saya setuju cadangan YB tukar je masuk PKR. dalam pakatan gak. sokongan pada YB pasti melangit.

satu lagi, yang dok sibuk kata kalau takda tindakan kat hasan ali maka PAS patut keluar pakatan la. amboi beraninye. ingat kalau pas kluar pakatan PR boleh pegang lagi selangor ni? dengan PKR yang memang celupan UMNO. DAP yang tak sabar nak balas dendam kat NEP, sapa lagi yang nak bela Islam. memang orang selangor tak nampak la waraknye dari segi fizikal macam kat pantai timur tapi masjid2 kat sini lagi hebat programnya banding kat sana. kalau PAS keluar dari pakatan ingat diorang nak pangkah PKR/DAP. mungkin YB sorang je kot yang nak.
Anonymous said…
Bila janji tak ditepati maka munafik la iya.

Saya cadangkan Hasan Ali masuk je Umno, mudah cerita...isu wala' pun pinpinan PAS Selangor tak faham2 lagi..mai ke umah aku. aku usrahkan pimpinan PAS Selangor.

Maka berakhirnya zaman keagungan PAS..
Mohd Nor said…
Assalamualaikum Bro Khalid, apa dah jadi? Whatever it is, as long as you have a clear conscience on your actions, please do proceed. As for my personal opinion? You can always contact me if you are not that busy.


Mohd Nor - Brighton 78-83
Anonymous said…
Hasan is helping BN to break up Pas,Zulkfli is helping to break PKR and Jeff ooi is breaking DAP.Get rid of all these suspects or PR will break up soon.
ahli sek 11 said…
kalid, memang patut pon abang ko kata yg ko ni perangai sama mcm UMNO...cuma bertopengkan PAS.
sp4n4r said…
wala' digunakan untuk menutup kelemahan atas sesuatu isu...

Mungkin itu yang buat YB khalid berbulu dengan pemimpin pas tertentu.
Al-Yasar said…
Salam,

"Kontoversi " baru ni timbul kerana Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka dan seolah-olah nak jadi hero.

Inilah tindakan beliau yang tidak betul. Tindakan beliau telah memberi "peluru" kepada UMNO untuk menembak PR.Pautlah Noh Omar dan pemimpin UMNO yang lain beria-ia menyokong beliau!

Adakah Hassan Ali ada agenda sendiri dan untuk kepentingan diri?
Anonymous said…
Yang hendak dsiasat ialah penyelewengan YB Barisan Nasional. Yang kini dibicarakan dikhalayak umum ialah Hasan Ali. Bn berjaya pusingkan isu dan jadikan peluru yang menembak kembali.

MB Selangor tak masuk campur walaupun Hasan Ali sudah akui dia membuat kenyataan atas kapasiti exco.

Apa sebenarnya isu di sini.

Yang tersirat, yang tersurat terus berselirat. Saya nampak ada yang baling batu sembunyi tangan di luar PAS.
mimai said…
aduuu.. korng semua yg bagi komen ni semua tak sekolah laaa...

aku tak kenai khalid.. aku tak kenai hassan...
pandangan aku mcm ni..

1) selcat ok.. tapi perlaksanaan mesti betul.. kalu tiba2 hasan hentam selcat.. yg kita dok kelam kabut hentam hasan balik kenapa?
adakah kerana internet dah kata hasan dah buat salah dan patut hentam selcat kita pun dok terikut rentak pun ikut hentam hasan sekali??
2) kalau selcat ada salh.. apa salahnya kita hentam selcat.?
3) selcat sepatutnya hentam adun yg corrupt. bukannya hentam pegawai daerah yg meluluskan peruntukan..
4) tindakan selcat tanya DO kenapa itu knp ini kenapa cepat luluskan peruntukan adalah soalan bodoh. mereka ni cuma pegawi kerajaan sahaja.. kalau dah adun lulus.. minta duit cepat.. DO ni kena bagi.
kalau adun2 ni tak mintak2.. aku rasa DO pun tak terhegeh2 nak pi bagi
5) SELCAt mestila terdiri daripada non partisan. bukan dari PR dan juga bukan dr BN. ahli PR dan BN tak boleh jadi pengerusi atau tukang soal.
6) khalid, kalu hang nak publish hujah hang kat tv kaa, kAt blog kaa tolong publish aku tak kisah pun. tapi tolong laa publish sekali point2 dari YDP2 yang lain dan juga termasuk point dari hasan.. baru kami boleh nampak gambaran yang jelas.
7) kesan daripada selcat - ialah pegawai kerajaan menajadi mangsa.
8) memang laa org cakap kalau tak buat salah kenapa nak takut? walaupun aku bukan DO,walaupun aku tak buat salah, tapi aku tak syok bila PR dok pi layan do ni mcm buat salah..
9) aku takut pegawai kerajaan yg pro PR akan dah tak syok kat PR, pegawai kerajaan yg atas pagar jauh kan diri dari PR. pegawai kerajaan yg pro BN akan makin lari dr PR.
mimai said…
selagi hasan takdak blog.. aku malas nak hentam atau sokong hasan.
selagi hasan takdak blog sendiri.. aku takmau hentam atau sokong hang..
Anonymous said…
Moga Allah Tunjukkan Pada KIta Semua Siapakah MUNAFIQ YG SEBENARNYA.....HANYA ALLAH TAHU SIAPA DIA KHALID SAMAD dan SIAPA DIA HASSAN ALI.....Nantikan penjelasan dari ALLAH s.w.t.....ISLAM PASTI MENANG
Anonymous said…
Hassan Ali nak di suruh masuk UMNO?? biar betul ni bro..

pehh..org UMNO pun tak suka dgn dia..Tun Dr M pun cakap dia ni tak boleh pakai..

Apa2 pun semua tetap salah UMNO jgk la..

gua salute semua yg buta tuli nak dok salahkan UMNO..mcm kes Yang Berbogel (YB) Eli..

walaupun lu org lupa..org UMNO lah yg paling ramai undi si mamat YB sorang ni kat Shah Alam..mcm gua ni ha..

sama gak dgn si Rodziah tu..apa YB-YB semua bikin??

Kuil jugak..

lagi...

Gereja jugak..ooppss..bukan bro..org kristian boleh guna nama Allah..

oooooo....

Gua ingat mau ajar itu UMNO tapi lagi lu org lagi teruk daaa...

Org2 PAS sekelian..ada satu lagi mangkuk hayun yg kaorg kena jaga sikit..mamat ni dlm PKR..nama start drp X..

Aku dah sgt naik menyampah dgn si X ni..

Malas aku nak ulas lanjut..kauorg tanya lah dgn Hassan Ali..

opppss..mana boleh bro...Hassan Ali kan tali barut UMNO..

ehh..fitnah ke ni???...bro..bukan ke YB X ni kan baik orgnya..diakan nak bagi sama taraf dgn sesama umat..1 Masjid 1 Kuil 1 Gereja..

ehh..mcm pernah dengar pulak yer bro..

"1 Malaysia Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di Utamakan"..

gua ada dgr baru punya slogan pulak..

“1Keluarga, Azmin Didahulukan, Shamsidar Diutamakan”

Aku sokong Khalid Samad masuk PKR..jadi lah Lembu si Lembu Lompat..
Anonymous said…
tahniah YB Khalid atas keberanian anta dan memang dalam PAS perlu orang macam YB, Abu Iman dan Abu Urwah sebab aan tengok memang dalam PAS ni ramai yg kepala 60 peratus melayu dan 40 peratus islam macam hassan ali tuu yg sikit2 na tonjolkan kemalayuan lebih dari islamnya...sekiranya sumo ahli menghayati amanat TGNA mengenai Pakatan rakyat ni..tak timbul isu nie...jika kita sorot isu kerajaan perpaduan tempuh ari apa komen TGNA terhadap TGHA...???sila lah rujuk balik..amat malang masih ada orang pas yg kepala na kata umno macam ya tapi bila takbir macam pas....letihh
man kajang2009 said…
tahniah yb.jangan layan sangat org giler meroyan yang sokong YBHA.pasal katanya suruh selesai dalam mesyuarat sesama parti.yang YBHA hentam SELCAT gunakan media kenapa? otak x de..itulah masaalah kat pas nie sekarang..masa kalah muka pun x nampak.sejak menang .beribu orang nak ke depan katanya perjuangan islam tulin.akhirnya kawan sendiri pun dia rembat.giler kuasa x habis2.sekarang nak joint dengan umno plak .pasal perpaduan.ingatla masa umno pegang selangor .sekor orang pas pun x ade jd JKKK.ini masa pegang ada plak yang offer kat orang umno.geli geleman teman.
Unknown said…
apa punya tak cerdik pada pengomen yg masih merpertahankan hassan ali.

korang ni ada buat kajian atau just membuta tuli menyokonh geng hasan ali ni,cubala cari fakta dan fahami apa sebenarnya yg terjadi.

ishh kadang2 aku naik lemah semangat jadi pengerak parti kalau ada pemimpim spt hassan ali ni.korang kenal tak siapa roslan sms tu? tau tak kenapa hassan lantik dia.?
Unknown said…
baca apa yg ustaz one g jawap pada seorg ahli pas yg keliru dan menkritik beliau.:-

pertama;

strategi lebel sudah semakin menjadi. tak pasal-pasal orang menelpelkan ana dari Khalid. itu perkara biasa, kerana kaedah melebel ini merupakan strategi yang dilakukan oleh Iblis untuk memperdaya adam dan hawa memakan buah khuldi yang terlarang.

terpulang kepada antum yang menempel. tetapi, pada ana, Islam ditegakkan atas dasar hujjah, bukan sentimen bodoh.

Khalid berhujjah, ana menerima hujjahnya, dan ana juga pernah menolak hujjahnya. tidak seperti sebilangan ustaz dalam PAS (tidak perlu disebut nama), ana pernah berhujjah, dia tidak dapat menjawab, dia senyap, tetapi diumpatkan ana sebagai budak JIM.. sorry, JIM bukan pilihan hati ana. ana tidak pernah masuk JIM, malah tidak pernah kenal JIM, melainkan dari mulut Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS Selangor.

kedua:

Saidina Ali berkata;

"lihatlah benda yang dikata, bukan siapa yang berkata"

profesional bukan alasan katanya tidak benar. malah, ulama bukan bermakna semua ucapannya adalah benar.

Khalid berhujjah, dan ternyata hujjahnya tidak bercanggah dengan syariah, malah relevan, tidak ada sebab kita menolak hujjah tersebut.

orang yang bercanggah dengan hujjah beliau, tidak kemukakan hujjah balas, sebalinya melakukan tuduhan dan memberi lebel-lebel tertentu.

justeru, apakah wajar diterima cara begitu?? apakah itu cara Nabi??

ketiga;

pendedahan khalid tidak menyebabkan ana mesti bersetuju dengan beliau. justeru, bagaimana pendedahan khalid dalam blog beliau, tentang hujjah beliau itu dikaitkan dengan ana??

atau anda berhujjah dengan sentimen, atau prejudis jahat anda terhadap ana??

ingat, prejudis bukan cara untuk mencari kebenaran, tetapi itu adalah cara syaitan memperdaya hamba Allah.

keempat:

sudah pasti ana pening dengan gerakan jemaah yang bernama PAS, kerana apa yang diajar tidak sama seperti yang diamalkan. lain yang diusrahkan, yang ada dalam buku tarbiyyah, dalam silibus tarbiyyah, lain pula yang diamalkan.

PAS didakwa perjuangkan islam. perjuangan melayu tidak dijadikan perkara utama. tetapi peliknya, ada pimpinan PAS yang masih bercakap soal melayu. cuba chek dalam blog Iskandar Samad.

kalau anda berada di Malaysia, sudah pasti anda akan dapat merasakan bagaimana HAsan ali mempertahankan melayu di Selangor, sehngga melahirkan kekacauan dalam Pakatan rakyat.

apakah ini tidak bercanggah dengan apa yang diucapkan dan didasarkan??

Wala' yang dibicarakan demi untuk mempertahankan pemimpin PAS tertentu, bukan untuk melaksanakan tugas Islam.

justeru itu, tidak hairan Husam musa pernah dimaki menerusi blog anti-husam, tetapi orang yang mempertahankannya adalah kawan-kawannya sahaja. Adapun orang lain, masakan hendak mempertahankannya, malahan ditambah lagi tuduhan tersebut, seperti tuduhan Dr Harun Din dalam muktamar baru-baru ini.

memang harun din nafikan, tetapi ternyata Harun din menipu, sebab klip rakaman itu ada ditangan Lutfi.

ianya sudah tersebar dikalangan pimpinan PAS tertentu, malahan ana sendiri pernah mendengar bahawa Harun Din sebut dalam klip rakaman itu bahawa kononnya husam terlibat dengan rasuah. ternyata, orang yang setara ulama itu menipu.

sejak dari itu, ana tidak lagi respek kepada tokoh yang bernama Dr Harun Din.

persoalan ana, apakah ini ajaran Islam yang diperjuangkan oleh PAS?

keempat;

persoalan ana lagi, apakah anda telah memahami usul-usul daripada 20 usul imam hasan albanna yang ana kemukakan?? mungkin anda berada di nun mesir, tidak pernah melihat sepak terajang politik Malaysia dalam realiti sebenar

sekian

Wallahu 'Alam

AlBakistani
Anonymous said…
Ini tandanya usaha anta tidak diberkati Allah. Bersongkol dengan orang-orang kafir.
Rakyat Malaysia said…
Saya bersetuju dengan pandangan Ahmad Tores. Masalah dengan Hasan Ali dan segolongannya seperti Tuan Hadi, Timbalannya, Pemuda PAS serta Tuan (master) sebenar mereka iaitu UMNO ialah ISLAM dan Melayu di samakan.

Melayu boleh dikatakan Islam tetapi Islam itu bukannya Melayu kerana Islam adalah agama yang dianuti berbagai kaum dari serata dunia. Bagaimana dengan golongan India Muslim dan Cina Muslim?

Kalau kita kaji kenyataan yang di buat seperti Hasan Ali dan UMNO ia mesti dikaitkan dengan Melayu dan disamakan dengan Islam, pendek kata hanya merekalah boleh bela Melayu DARI kaum lain. Satu pihak nak laungkan "PAS FOR ALL" dan satu lagi "ONE MALAYSIA" tetapi sering mengeluarkan kenyataan racist.

Dalam kes ini Hasan Ali di kecam kerana cuba melindungi pengawai awam yang korup dan membuat keputusan berdasarkan tuan UMNO mereka. Mereka ini sepatutnya mementingkan kebajikan rakyat tetapi buat sebaliknya dan Hasan Ali cuba melindungi mereka. Kalau mereka buat kerja dengan telus apakah yang mereka gentarkan?

Jelas pegawai yang disoal cuba merahsiakan salah laku tuan UMNO dan Hasan Ali (dengan bantuan segelintir pucuk pimpinan PAS) cuba sedaya untuk melindungi mereka. Adakah adil Islam atau Melayu selalu dikaitkan dengan tingkah laku korup?

Kita kena juga tanya kenapa Hadi, timbalannya, Hasan Ali minat sangat nak melindungi salah laku tuan UMNO mereka? Siapakah agaknya yang beria sangat nak jadi budak suruhan UMNO tetapi dengan jawatan timbalan P.M., Menteri dan juga MB?

Kerajan negeri BN yang lepas tumbang kerana ia korup dan racist, perkara yang cuba di bongkar SELCAT dan dan pastikan ia tidak berlaku dalam kerajaan P.R. Tetapi teka siapakah yang nak memastikan ia gejala ini terus berlaku? Jawapannya Hasan Ali serta puak konservatif PAS.

Kepada mereka seperti Fatimah, tolonglah fikir sikit.

Saya sokong tindakan YB Khalid yang berani mempertahankan hak rakyat tidak kira kaum dan agama.
Anonymous said…
PAS perlukan orang yang bersikap adil dan jujur macam Khalid Samad untuk menerajui PAS ke jalan yang benar.

Orang yang mementingkan diri sendiri tak patut jadi ketua PAS Selangor sebab UMNO akan mengambil kesempatan dan penyokong PAS yang bukan Muslim macam saya akan mengesyaki bahawa PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai and bersifat pengkhianat.

Saya harap orang macam encik Khalid Samad boleh menjadi Presiden PAS di masa hadapan, bukan orang yang hendak bergabung dengan UMNO kerana kononnya hendak melindungin Islam dan kepentingan Melayu.
Anonymous said…
29hb. September 2009 – Selasa.

Daripada Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Masalah kuil Seksyen 19 yang menjadi Isu Negara.

Sepanjang minggu pertama bulan September 2009, isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23 menjadi tajuk utama media dan jadi Isu Negara. Pelbagai pihak membuat komen tanpa mengetahui secara terperinci punca masalah ini. Kami tidak memihak kepada mana mana parti politik, tetapi sebagai penduduk tempatan yang telah bersama-sama persatuan kejiranan kami berusaha menuntut hak kami untuk hidup aman dan tenang dikawasan kami sendiri. Akhbar Harakah keluaran 4-6 September 2009 telah menyiarkan gambar kepala lembu dimuka hadapan mengutuk perarakan anti-agama yang katanya boleh cetus huru hara jelas meniupkan sentimen perkauman. Kenapa cepat membuat tuduhan bahawa tindakan itu menghina agama lain?. Ia akan mengundang pelbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Pihak UMNO sering menjadi mangsa kerana segala keburukan ditujukan kepada mereka. Ini tidak adil kerana dalam masalah kuil itu pemimpin PAS juga wajar dipersalahkan. Salah satu sebab punca kekalahan UMNO di Shah Alam adalah kerana isu kuil Hindu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpin UMNO. Jadi penduduk yang kecewa telah memihak kepada pembangkang. Tetapi keadaan yang diharapkan menjadi lebih baik daripada masa lalu, menjadi semakin bercelaru kerana lain yang diharap, lain pula masalah yang diterima.
Anonymous said…
Masalah kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun sejak tahun 1988 masih belum selesai hingga kehari ini. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan politik yang telah menangguhkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak penguat kuasa untuk bertindak memindahkan kuil itu kekawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka. Rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit masih gagal didirikan di tapak itu kerana pihak kuil enggan keluar dari situ dengan pelbagai alasan. Semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang sahaja. Tidah ada bekalan air dan elektrik pada masa itu. Kawasan sekitar kuil itu semak dan sering ditenggelami air bila hujan lebat. Pada tahun 2000 persatuan penduduk sudah berusaha membuat permohonan melalui melalui bekas Adun pada masa itu agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk kegunaan penduduk tempatan. Tetapi, hanya jogging track yang diluluskan dibuat dikawasan hijau.

Pada tahun 2000 kuil usang dikawasan terbiar itu mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai-ramai dari kawasan Seksyen 20 yang baru dibuka ketika itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil usang itu. Persatuan penduduk terpaksa membuat aduan dan perjumpaan kerana perkembangan yang berlaku telah mengganggu kehidupan penduduk Islam. Selepas beberapa kali perjumpaan diadakan kuil telah diarahkan berpindah ke kawasan kuil berkelompok Seksyen 18 pada tahun 2003. Kuil tidak berpindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik telah dimasukkan kekuil itu. Bekalan air diambil secara haram dari paip jalan besar. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan kepada pihak JBA Klang. Pada tahun 2005, Penduduk setinggan berdekatan jalan keretapi telah dipindahkan. Kuil semakin aktif selepas penduduk setinggan berpindah. Kedudukan kuil hanya diseberang jalan rumah penduduk Islam Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Setiap pagi dan malam penduduk terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu dipasang kuat pada waktu pagi dan malam. Jika puak Hindu mempertikaikan azan yang masanya kurang 10 minit, bagaimana pula perasaan penduduk Islam berhampiran kuil yang terpaksa bersabar dengan gangguan bising lagu-lagu Hindu selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam. Apabila keramaian diadakan penduduk berhampiran kuil terpaksa mendengar pelbagai bunyi gendang yang membingitkan telinga berjam-jam lamanya. Penduduk terpaksa menghidu bau kemenyan yang kuat menusuk hidung, Kawasan berdekatan berjerebu setiap kali unggun api yang besar dipasang disitu. Banyak lagi masalah sampingan yang lain terpaksa dihadapi penduduk akibat kegiatan mereka disitu. Penduduk Islam terpaks bersabar kerana tidak mahu berlaku pergaduhan kaum walaupun pihak kuil tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising berhenti sekejap, namun masalah yang sama akan berulang semula tidak lama selepas itu.
Anonymous said…
Penduduk Islam amat sedar usaha-usaha yang mereka buat untuk kekal terus disitu. Walaupun bantahan telah dibuat kepada pihak-pihak berkuasa mereka buat juga ubahsuai besarkan kuil, masukkan bekalan air dan elektrik serta membawa masuk barang kekuil. Semasa persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA, penduduk dimaklumkan ia-itu “Tindakan memindahkan kuil akan dibuat jika ada arahan daripada pihak SUK. Ada campur tangan pemimpin politik tertentu dalam masalah kuil itu. Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguat kuasa sering menerima ancaman dan ugutan jika bertindak keatas kuil itu.” Ulasan : Jika penguat kuasa takut untuk bertindak bagaimana pula dengan nasib penduduk Islam yang tinggal berhampiran? Penduduk berhadapan dengan pelbagai risiko jika menegur mereka. Masalah yang dihadapi akibat gangguan pengunjung kuil itu sering mencabar kesabaran penduduk Islam disini. Kesabaran kami sudah ketahap maksima.

Persatuan penduduk telah menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006 apabila pihak kuil buat ubahsuai besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan bulan Jun 2006. Selepas itu dua papan tanda telah dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa” di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Tetapi notis larangan itu tidak langsung menakutkan pihak kuil. Realitinya tanah itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah didakwa. Ubahsuai terus dibuat walaupun penguat kuasa sering buat rondaan. Perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dengan bekas Adun Batu 3 pada September 2006. Penduduk dimaklumkan oleh bekas Adun kuil akan dipindahkan. Menurut Jabatan Perancang MBSA pihak kuil beri alasan tidak mahu berpindah adalah kerana penganut Hindu di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Di Seksyen 19 mereka adalah pengikut Mahamariaman. Menurut bekas Pembantu Khas Adun pihak kuil telah ditawarkan berpindah kekawasan Seksyen 23 tetapi mereka telah menolak dengan alasan berdekatan dengan loji najis Indah Water. Perjumpaan penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor yang dihadiri oleh 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah diadakan pada Oktober 2006. Selepas itu aduan telah dihantar kepada Pengurus Besar PKNS pada bulan December 2006. Pihak PKNS telah menghantar ramai pekerja mengukur kawasan kuil pada bulan March dan April 2007. Penduduk berdekatan telah dimaklumkan rumah teres dua tingkat yang terggendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi sehingga kini tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PKNS.
Anonymous said…
Pada bulan Julai 2007 pihak kuil mengadakan keramaian selama beberapa hari. Oleh kerana tiada tindakan serius kerajaan negeri mengatasi masalah kuil, penduduk menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam (kes 35158), Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklum balas daripada kedua-dua jabatan itu untuk menyiasat perkara ini amat dihargai. Pelbagai agensi kerajaan berkaitan menghantar maklum balas yang positif kepada penduduk. Akhirnya penduduk telah menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA pada 29/12/2007 kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Oleh kerana hampir pilihan raya diadakan pemindahan itu telah ditangguhkan. Kerajaan BN diganti Pakatan Rakyat selepas pilihanraya March 2008.

Aduan telah dibuat kepada pemimpin baru Pakatan Rakyat agar masalah kuil dapat diselesaikan. Sikap toleransi beberapa pemimpin Islam PR telah menyebabkan pihak kuil kelihatan semakin aktif dikuil itu dan gangguan bising semakin teruk. Pada bulan April 2008 bendera PKR dan bendera PAS dipasang dinotis larangan menceroboh di Jalan 19/24. Mereka telah mempersendakan notis itu. Aduan telah dibuat kepada Pembantu Khas YB Ahli Parlimen Shah Alam pada hari pertama bendera PAS dipasang disitu. Penduduk berdekatan telah bertanya kenapa letak bendera disitu telah dijawab oleh pemuda kuil, “Dua-parti sudah sokong tidak payah pindah”. Perjumpaan penduduk dengan YB Adun di Masjid Ubudiah diadakan pada April 2008, tetapi jawapan YB tidak memuaskan hati penduduk kerana tidak memihak kepada penduduk Islam. Penduduk menghantar aduan dengan surat mohon bantuan pemimpin PAS Pusat, Datuk Dr. Haron Din pada bulan April 2008 yang ditandatangani oleh 17 orang penduduk, namun tiada sebarang maklum balas diterima. Apabila kami hubungi pembantu beliau, kami diminta membuat aduan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Aduan juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jakim pada bulan Julai 2008 tetapi tiada maklumbalas yang diterima. Aduan juga sudah beberapa kali dihantar kepada YAB Menteri Besar Selangor dan salinan kepada YB Dato Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehawal Islam. Aduan-aduan dan perjumpaan sudah dibuat dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Adun Batu 3. Tetapi, selepas aduan dibuat masalah gangguan pihak kuil tidak berkurangan pun. Jiran-jiran yang tinggal berdekatan ia-itu penceramah PAS terkenal Encik Md. Sabu yang tinggal di Jalan 19/32 dan Timbalan Mufti Selangor yang tinggal di Jalan 19/25 sepatutnya peka masalah penduduk Islam berhampiran kuil Hindu. Apabila penduduk minta bantuan pihak NGO Islam, YB Khalid Samad menuduh mereka sebagai Kaki Perhangat.

Ubahsuai baru besarkan jalan masuk kekuil dibuat sebelum keramaian besar diadakan pada Julai 2008. Aduan ubahsuai dibuat kepada kepada YB Adun Batu 3 tetapi pada 13/7/2008 komen yang keluar dalam blog YB “Diatas aduan penduduk bahawa ada pembinaan ditapak kuil, tetapi selepas dilihat tiada pembinaan.” Adakah penduduk menipu buat aduan? Kawasan kuil hendak dibesarkan sebelum keramaian Julai 2008. Pada 21/7/2008 beberapa buah lori membawa barang masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu? pemuda kuil menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun.
Anonymous said…
Keramaian bising bergendang diadakan semakin kerap pada bulan Julai 2008. Gangguan bergendang sudah melepasi waktu tengah malam tanpa peduli kegiatan mereka sangat mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Perarakan bergendang pada 26/07/2008 yang sangat bising ditengah malam melalui hadapan rumah penduduk Islam Jalan 19/28 membawa patung kuda terbang. Perarakan itu masuk ke Jalan 19/24 sebelum turun semula kekuil. Polis datang buat rondaan jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang, tetapi selepas polis pergi dengar jeritan “Apa komplen komplen Melayu bodoh”. Penduduk berdekatan yang menegur kerana mereka buat bising waktu tengah malam telah diugut akan bunuh penduduk sekitar jika mereka diganggu. (Lapuran polis telah dibuat). Botol-botol arak bersepah merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India yang mabuk dan bising telah mengganggu kehidupan penduduk Islam yang tinggal berhampiran Jalan 19/24, Jalan 19/28 dan 19/29. Dibelakang rumah penduduk Islam di Jalan 19/29 telah diconteng besar dengan angka kumpulan gangster India 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang minum dan mabuk serta membuat bising. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur cat bertulis angka 303. - (Gambar rumah, botol arak dan gambar-gambar kuil boleh disemak melalui blog : Pewarisummah.blogspot.com – Kuil Seksyen 19).

Gangguan bising semasa penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008 keterlalun. Lagu-lagu Hindu dipasang kuat membingitkan telinga boleh kedengaran hingga kejalan-jalan lain setiap pagi dan malam. Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat lagi pada 14/12/2008 dan pada 21/12/2008. Semasa perjumpaan beberapa orang penduduk dengan YB Adun pada malam Ahad 21/12/2008, penduduk tempatan telah memberitahu YB masalah semasa yang berlaku akibat kegiatan kuil dan pengunjung kuil yang mengganggu penduduk. Pada malam itu keluarga yang telah diugut pada 26/7/2008 jam 1 pagi telah mengadu kepada YB bagaimana mereka telah diancam selepas menegur, penduduk mengadu depan pagar rumah diletakkan parang bersilang, penduduk mengadu pemuda India menuntut wang jika mahu kuil senyap semasa beliau hendak mengadakan doa selamat, penduduk memberitahu bacaan Quran terpaksa dipasang kerana tidak tahan gangguan bunyi lagu-lagu Hindu yang dipasang kuat. Rumah penduduk yang diconteng angka 303 juga telah dimaklumkan kepada YB pada malam itu. Persoalannya, wajarkah keadaan yang seperti ini berlaku didalam kawasan majoriti penduduk Melayu /Islam?
Anonymous said…
Pada 18/12/2008 aduan dibuat kepada NGO Islam kerana pelbagai gangguan yang dihadapi sudah menjadi kronik. Malangnya apabila kami mohon bantuan NGO Islam mereka telah dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil oleh YB Khalid Samad yang turun padang pada 8/1/2009. Sedangkan pihak yang memulakan provokasi ialah pihak kuil itu sendiri. Penduduk yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan pihak NGO Islam merasa kecewa dengan sikap YB Khalid Samad yang memihak kepada Hindu kuil. Surat-surat yang keluar dalam blog beliau pada 10/1/2009 dan 12/1/2009 yang membuat pelbagai tuduhan kerana kerana penduduk minta bantuan NGO Islam telah dijawab oleh penduduk Seksyen 19 melalui beberapa blog. Tuduhan beliau yang mengaitkan orang UMNO membuat provokasi kerana pilihan raya di Kuala Terengganu tidak ada kena mengena langsung dengan masalah penduduk disini. Kenapa beliau tidak merasa simpati kepada masalah penduduk Islam hingga terpaksa minta bantuan pihak luar? Beliau seharusnya sedar penduduk sedang berhadapan dengan gangguan kuil yang sudah sampai ketahap kronik. Penduduk amat kesal sikap YB Khalid Samad yang membuat pelbagai tuduhan kepada pihak NGO yang membantu penduduk Islam. Selepas campur tangan NGO kuil senyap pada bulan Januari 2009. Bendera parti PAS dan PKR telah diturunkan daripada papan tanda oleh penguat kuasa MBSA pada 8/1/2009. Penduduk Islam bersyukur ada sedikit perubahan selepas gelanggang senaman didirikan pihak NGO telah mengurangkan gangguan bising pemuda India yang melepak minum arak dan mabuk di Jalan 19/28. Tetapi selepas gelanggang digunakan oleh penduduk beberapa kali dinding gelanggang telah dibuka, botol-botol arak dibaling kedalam gelanggang dan penduduk berdekatan melihat pemuda India membaling bungkusan ke dalam gelanggang.

Pada 8/2/2009 semasa cuti hari Thaipusam pihak kuil mendirikan tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan 19/25. Alasan mereka tandas yang dibuat pada 2006 telah masuk kawasan gelanggang. Penduduk berhampiran bertanya kenapa buat tandas disitu, Mereka jawab sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Jelas sekali ubahsuai dan pembesaran bilik-bilik kuil dibuat adalah kerana mereka mahu terus kekal disitu. Tidak lama selepas tandas siap seorang sami dibawa masuk dan tinggal menetap disebuah bilik disitu. Selama 20 tahun penduduk tinggal disini tidak pernah ada sami tinggal dikuil itu. Sejak ada sami, kuil sudah dibuka awal pagi. Pada jam 6.30 lagu-lagu Hindu sudah kedengaran dipasang. Loceng kuil juga akan berbunyi awal pagi. Jadi, penduduk tidak merasa terkejut apabila membaca komen YB Khalid Samad dalam blognya pada 18/8/2009 masyarakat Hindu ingin kekal di kuil Seksyen 19 kerana disitu tapak asal kuil mereka. YB Khalid Samad sudah permudahkan hajat mereka yang memang enggan keluar dari situ. YB menulis lagi “Dasar kerajaan Pakatan Rakyat mudah, tiada kuil baru, tiada kuil diroboh”. Apakah kerana dasar itu kuil itu tidak akan diroboh bila kuil baru siap kelak? Penduduk Islam Seksyen 19 kecewa dengan dasar itu. Pihak kuil yang menceroboh dan mengganggu ketenteraman awam tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun pelbagai aduan sudah dibuat. Penduduk Islam sering diminta bertolak ansur walaupun terpaka berhadapan pelbagai risiko. Wakil-wakil penduduk Seksyen 19 yang berjumpa dengan penduduk Seksyen 23 kecewa apabila ditunjukkan surat perjanjian bersyarat yang ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan pihak kuil Seksyen 19. Penduduk sudah lama berusaha mohon kuil itu dipindahkan. Kuil yang sepatutnya dipindahkan ke Seksyen 22 pada tahun 2008 telah dibatalkan kerana kedua-dua YB berasa amat simpati kepada Hindu kuil dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk Islam Seksyen 19 terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan lebih lama lagi yang belum pasti sampai bila.
Anonymous said…
Wajarkah YB Khalid Samad menulis dalam blognya “Terdapat segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup melihat kuil dan tokong, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat bumbung kuil atau tokong mereka bagaikan dirasuk”. YB tidak pernah mengalami kehidupan penduduk berhampiran kuil Seksyen 19 sebab itu YB menulis tanpa peduli perasaan penduduk merasa tersinggung. Cabaran yang dihadapi penduduk Islam bukan sahaja daripada pihak kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri. Janganlah setiap kesalahan dituding jari kepada kerajaan yang terdahulu sahaja. Banyak kesilapan dan tindakan yang diambil oleh pihak YB tidak pun mengambil kira kesan dan akibatnya kepada penduduk Islam. Kerana sikap tolak ansur pemimpin dengan mereka, penduduk Islam Seksyen 19 berhadapan pelbagai ugutan serta gangguan bising yang semakin teruk. Walaupun gangguan bising sudah berkurangan sedikit tetapi jika kuil itu tidak dipindahkan kekawasan lain masalah penduduk pasti akan berulang kembali.

Selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009, tiada keramaian bergendang diadakan. Tetapi, mereka mengadakan semula keramaian pada awal Ogos 2009 yang lepas. Gangguan bergendang pada 7/8/2009 dibuat pada jam 1 pagi. Terkini, semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009, pihak kuil pula setiap malam membuat upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk kawasan luar. Mereka kelihatan datang setiap malam mengaktifkan kuil itu sejak malam Hari Raya pada 19/09/2009 yang lalu hingga ke hari ini. Pelbagai masalah dihadapi penduduk berhampiran apabila mereka berkumpul ramai disitu. Penduduk bimbang jika pelbagai gangguan akan berulang semula seperti pada tahun 2008. Pada malam Isnin 28/9/2009 mereka buat unggun api besar, bunyi bising mercun diletupkan dan pelbagai gangguan berlaku lagi.
Anonymous said…
Isu kuil Seksyen 19 yang sudah panas pada awal September 2009 telah mendapat liputan meluas. Pelbagai jabatan kerajaan menghantar wakil datang melihat kuil yang sudah jadi Isu Negara. Tidak kurang wakil-wakil media yang bertemu penduduk. Wakil-wakil media Cina hanya datang kekawasan kuil sahaja. Kenapa semasa Pakatan Rakyat memerintah ada dakwaan tapak kuil itu sudah berusia 106 tahun? Semasa BN memrintah isu 106 tahun tidak pula kedengaran. Penduduk berharap pihak PKNS bertegas dalam soal ini iaitu tanah tapak rumah yang tergendala sebanyak 16 unit adalah milik PKNS. Penduduk menunggu janji PKNS kepada semua penduduk yang terlibat 21 tahun yang lalu untuk pindahkan kuil itu. Harapan penduduk kepada YAB Menteri Besar Selangor agar prihatin masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang telah berlarutan begitu lama. Terima kasih.

Ikhlas daripada kami

Warga Seksyen 19 Shah Alam.
Mat salleh kata (maaf tak jumpa hadis camni), "Project current decision into future result". maksud; sebelum keluarkan statement (press) kena fikir impaknya. Bila dah keluar statement (mistake?) seperti yang Dr Hassan ni, semua marah dan panas. Pemimpin seperti YB Khalid kena buat statement balas yang sepatut atau sewajarnya. Dah tentu ada yang terpalit dan pedas. or Otherwise, YB Khalid boleh focus kat benda lain. Kepada yang marah YB khalid tu kenapa tak marah kat Dr Hassan yang tidak "Project current decision into future result"?. Macam nak berniaga; kalau belum cukup ilmu... jangan berniaga. kerana sekiranya rugi dan bankrup nanti kita salahkan orang lain dan kata orang buat dajal dan tipu kita. padahal kita yang banggang; nak invois customer tak reti. jadi berhati-hati; jangan mulut lebih laju dari akal. By then, everything too late. Anyway, May Allah Taala forgive us. Wassalam
penduduk sek23 said…
surat terbaru dari penduduk seksyen 19 mengenai isu kuil. sila lawati

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-oiii-cerita-sebenar-tentang-kuil.html
Anonymous said…
Pak Khalid S ni ada iras-iras mamak, sama macam Tun M. Puak mamak ni, kalau bercakap, mesti memecahbelahkan.
Anonymous said…
PAS PERLU ADA TAFSIRAN WALA’ SECARA BERTULIS

Wala’ dijadikan mainan. Golongan yang tidak sehaluan, dituduh sebagai orang yang tidak wala’. Apakah benar cara tuduhan tersebut?

Jika meniliti dalam Al-Quran, Wala’ yang mutlak hanya terhadap Allah dan Rasul sahaja. Adapun selain itu, wala’ bersifat muqayyad, atau bersifat ketergantungan.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah; taatlah kamu kepada Rasul, juga terhadap pemimpin dari kalangan kamu. Sekiranya kamu bertelagah pada sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Itupun, jika kamu beriman dengan Allah dan Hari akhirat. demikian itulah lebih utama dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

TEGUR DAN KRITIK PEMIMPIN

Ada sebilangan pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang dilihat tidak tepat, lalu dikritik oleh sebilangan ahli. Apakah tindakan ahli tersebut sudah dikira sebagai tidak wala’?

Jika itu sudah dikira sebagai tidak wala’, bagaimana pula kritikan seorang muslimat terhadap Omar dalam satu majlis terbuka? Bagaimana kritikan terbuka yang dilakukan oleh Ubbadah bin As-Somit terhadap Muawiyyah yang menjadi gabenor lantikan Omar? BagaimanA seorang anak muda menghunuskan pedang kepada Omar dikala Omar menyuruh mereka “dengar dan taat”. Perbuatan anak muda itu, tidak dimarahi oleh Omar, malah diucapkan syukur kepada Allah terhadap keberanian anak muda tersebut. Apakah tindakan anak muda itu tidak wala’?

Jika mempertikaikan sesuatu kenyataan seseorang pemimpin sudah dikira sebagai tidak wala’, bagaimana mula tindakan Syuraih Al-Qadi yang mempertikai kenyataan Ali yang menuduh seorang lelaki yahudi yang mencuri baju besinya?

APA TAFSIRAN WALA’ SEBENAR?

Jika tafsiran wala’ itu bermaksud mengikut sahaja perintah seseorang pemimpin, bukankah itu sudah disebut sebagai “taqlid buta” yang diharamkan oleh islam?

Bagaimana pula hadis yang menceritakan kisah seorang pemuda Ansar yang dilantik menjadi ketua perang, lalu menyuruh tentera-tenteranya terjun dalam api, tetapi tidak dilakukan oleh tentera tersebut. Kemudian, apabila diberitahu kepada Nabi SAW, Nabi SAW membenarkan tindakan tentera yang ‘tidak wala’’ kepada pemuda ansar yang dilantik menjadi ketua Perang?

Bagaimana pula tindakan Dato’ Hasan Ali yang banyak bertindak dan melakukan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan yang disepakati oleh PAS bersama-sama dengan kawan-kawan dalam pakatan rakyat? Apakah itu tidak disebut sebagai melanggar wala’ kepada parti, atau bagaimana?

Justeru, dalam PAS sendiri, istilah wala’ ini masih lagi kabur dan samar; mengundang berbagai-bagai tafsiran dan definisi yang kadang-kala ia bukan lagi merujuk kepada maksud wala’ yang dikehendaki Al-Quran dan As-sunnah, tetapi merujuk kepada sentimen atau kepuakan di dalam PAS.

Justeru, dicadangkan kepada PAS agar diadakan satu tafsiran secara seragam dan bertulis terhadap maksud tafsiran ‘Wala’’, agar tidak menjadi keraguan lagi kepada semua ahli parti di masa akan datang.

Sekian

Wallahu ‘Alam
Anonymous said…
Banyak sungguh komen untuk YB Khalid dan YB Hassan. Saya tambah pula komen saya; Kedua2 YB perlu ikhlas pada diri sendiri. Dalam Islam, keikhlasan memainkan peranan yang amat penting!
Anonymous said…
“1Keluarga, Azmin Didahulukan, Shamsidar Diutamakan”

haha..bagus la slogan tu..

Lembu si Lembu Lompat..haha..

tapi paling ngeri sekali surat drp penduduk seksyen 19 Shah Alam..

Jawab isu ni YB jgn tak jawab..
Anonymous said…
Patut la PAS ni terlampau wala’..
baru ku tahu maksud wala’iaitu bermaksud mengikut sahaja perintah seseorang pemimpin.

Hinggakan pengikut membabi buta & buta tuli ikut kata-kata ulamak PAS FOR ALL.

Ugut dgn kata-kata undi PAS masuk Syurga..
Penyokong UMNO mengamalkan ISLAM plastik..

Terbaru, tok guru mu kata berjuang utk Isle..

Maknanya kalau pemimpin tu kata org UMNO ni kafir..abis semua di kafirkan..

so org-org PAS FOR ALL, kawe nak tanya sikit, kalau kawe ni bukan UMNO tapi undi UMNO dlm pilihanraya, adakah kawe masuk Syurga? adakah kawe ni tergolong dlm golongan ISLE PLASTIK hok tok guru mu royak? adakah kwe ni pung mu nak chop KAFIR?
Anonymous said…
Suburkan budaya tegur-menegur dalam Pas dengan menghapuskan budaya ugut-mengugut untuk diambil tindakan disiplin terhadap ahli yang berani menegur kesilapan pemimpinnya.Begitu juga di peringkat negeri,janganlah kerana hal yang kecil Hassan Ali ugut-mengugut untuk membawa Pas Selangor meninggalkan PR.Hassan Ali memang patut ditegur kerana kenyataan SELCATnya yang timbulkan kontroversi.Tahukah Hassan Ali,kenyataannya itu akan menyebabkan Pas hilang pengundinya.
Teguran Khalid Samad terhadap Hassan Ali memang patut dilakukan untuk elakkan keadaan ini bertambah buruk.
Anonymous said…
SELCAT adalah usaha PR utk sembelih pegawai-pegawai kerajaan. Mereka mahu menggunakkan SELCAT utk mengorek rahsia tentang kerajaan BN dulu.

Perlu di ingat, tidak semua pegawai-pegawai kerajaan itu menyokong PR dan tidak semua menyokong BN!

Rata-rata yg aku tanya kat SUK & Pejabat Daerah, semuanya meluat dgn PR terutama DAP & PKR!

Pegawai-pegawai kerajaan bukan tidak mahu bekerjasama dgn SELCAT, tetapi aku tengok, SELCAT lebih kepada alat politik & propoganda PR.

So kalau Hassan Ali menegur pun tak boleh & di takuti PAS akan hilang undi..pada aku dah lama PAS-DAP-PKR dah hilang undi org melayu!

Cuba tengok isu kuil & arak? mcmana PAS handle situation tersebut?

kena gertak sikit dgn Ronnie Liu, mampus kecut telur semua.

pada aku BN lebih jauh kehadapan visinya kepada rakyat. walaupun aku tak nafikan BN juga penuh dgn taik-taik rasuah di sana sini, tetapi BN tak pernah melupkan rakyat.

Sebagai rakyat Selangor, aku bersyukur kerana semasa pemerintahan BN dulu, aku hidup aman & damai. infrastruktur cukup. kemudahan cukup. serba serbi ada semasa BN perintah.

Tetapi sekarang ni dlm pemerintahan PR, aku lihat banyak kecelaruan. dulu masa BN perintah, jarang-jarang lihat cina & india masuk bangunan SUK kecuali dgn tujuan ke PTG.

Tetapi hari ni, tengoklah, berapa ramai kaum-kaum ini keluar masuk kedalam bangunan SUK.

Apa tujuan aku tak pasti.

Tepuk dada tana selera.


Pengundi Khalid Samad, PRU12.
Anonymous said…
Nak berselisih pendapat pun, jangan sampai rakyat benci dengan PR.

Tapi pada pandangan peribadi, nampak mcm ada isu peribadi yang tak selesai antara Yg Khalid dan YB Dr Hassan...
samurai said…
"Kalau nak timbulkan soalan memalukan dan menghina, kenapa tidak kita membantah hukuman sebat terhadap Kartika juga? Adakah kita menganggap persoalan penyelewengan duit rakyat tidak sepenting soal meminum arak? Adakah kita menganggap bahawa Islam redha dengan persoalan yang pertama dan hanya menolak yang kedua? Sepertimana kita menerima hukuman sebat terhadap Kartika, hukuman ‘soal siasat’ terbuka tidak sepatutnya kita tolak."

yg lain malas aku nak komen... cumanya, YB pun anggap hukum sebat minum arak tu memalukan ke? ada beza nya YB, kes SELCAT nie d malukan dlm perbicaraan yg mungkin tak bersalah, kartika tu mmg sah bersalah dah patut dihukum.....

jgn sampai terpaksa kata hudud/takzir itu memalukan hanya kerana politik.... cakap siang pandang2 cakap malam dgr2... jgn kerana blog, badan binasa....

lastly ader ulamak kata " bagiku pandangan ku betol walaupun mungkin salah, dan pandangan org lain itu salah walaupun mungkin betol....

lu pikir lah sendiri.....
cukup2 la YB Khalid, apa yg dibincang dalam mesyuarat badan perhubungan Pas Negeri pun YB bincang dalam blog ni, x tau la mesyuarat PAS kawasan Shah Alam mcm mane. mungkin buat di padang kot, panggil semua orang x tau ahli PAS ke, UMNO ke duk dalam mesyuarat PAS kawasan. mcm mane ye YB boleh bermesyuarat badan perhubungan PAS negeri dalam blog ni. patutla dah x jadi timbalan PJ dah.....
ninja hijau said…
Salam. Tuan Samurai,

utk nak cegah kemungkaran, di antara tujuan hukuman dikhalayak ramai ialah utk 'memalukan' penjenayah. Supaya menjadi pengajaran bagi yang lain. Maka isu 'malu' tak patut dijadikan isu. Begitu juga soal SELCAT. Malu hanya kalau bersalah. Kalau tak bersalah, apa nak dimalukan. Kalau malu kerana bersalah kenapa PAS pula nak bela?

Kalau di Jepun, Samurai semua tahu malu. Samurai Malaysia lain ya?
Anonymous said…
aku harap kalau macam ni la perangainya PAS esp mcm Dato' Hasan Ali. aku doakan PAS kalah. nak jadi UMNO masukla UMNO
Zack Wahab said…
Berkenaan tentang kisah di SS2 PJ yg. si Anon menyatakan bahawa azan tidak dibenarkan berkumandang di sana....Saya tinggal di SS2 berpuluh tahun dan agak jauh dari masjid..tapi tak cukup jauh untuk tidak dapat mendengarnya langsung..Saya masih dapat dengar bunyi azan dari rumah saya di kala Subuh dan juga waktu lain..So, saya rasa kisah itu tidak betul sama sekali...Harap maklum
Diana said…
Assalammualaikum YB Khalid,

Semoga istiqamah, saya dan sahabat2 generasi muda sentiasa menyokong YB Khalid. Kebenaran akan terserlah juga.

Cara kepimpinan YB menjadi inspirasi kepada kami untuk lebih kuat bekerja.

Wala' hanya kepada Allah & Rasul
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Saya berharap di sini kita jangan terlalu ikut pemikiran atau pandangan yang hanya kita sendiri rasa munasabah. Perjuangan kita sekarang adalah menuju akhirat yang kekal, bukannya berkisar di dunia yang penuh dengan fitnah. Benda-benda sebegini boleh melalaikan kita semua dari mengingati Allah Yang Maha Besar. Sebetulnya inilah perjuangan yang telah diselusuri oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W yang telah dipimpin secara total oleh Allah SWT. Kalau kita asyik menuding jari, menyalahkan satu sama lain atau cuba menyerlahkan kehebatan masing-masing, sedarlah kita sedang ditipu oleh nafsu kita sendiri dan sokongan padu oleh syaitan laknatuLLAH. Marilah kita semua kembali ke fitrah yang diredhai oleh ALLAH SWT selepas selesai Ramadhan. ALLAHU AKBAR !!!
Anonymous said…
RAMAI YG TAK FAHAM LAGI ni......Wala pada Allah dan Rasul adlh mutlak....dan wala' pada pimpinan Islam adlh wajib tapi tidak mutlak selagi mana tdk bercanggah dgn syarak......Keputusan Mesyuarat juga wajib dipatuhi bilamana yg duduk dlm mesyuart tu org yg alim,bertaqwa dan faqih dlm hal yg dimesyuaratkan....WALA BUKAN SAHAJA PADA ALLAH DAN RASUL...TAPI JUGA KPD ULUM AMRI YG BERTAQWA DAN TDK SESAT....JGN SILAP PAHAM ERTI WALA'.. KHALID SAMAD KENA BYK BELAJAR LG NI.....ANDA BOCORKAN HAL MESYUART INI KIRANYA SALAH NI.....SEPATUT PEMBOCOR HAL MESYUART NI KENA TAUBAT DAN MUHASABAH BALIK ye.....JGN putar balik fakta.....takut nanti bala ALLAH Timpa PEMUTAR BELIT FAKTA dan ILMU Islam.........
Anonymous said…
YB KHALID..

YB mesti jawab persoalan dari penduduk seksyen 19...
Kalau dgn YB Hassan, terus update ..
tapi..isu seksyen 19 ni..diam seribu bahasa..
SAYA CABAR YB PINDAH KE KAWASAN PERUMAHAN SEKSYEN 19 AREA KUIL ..
LEPAS TU BOLEHLAH KOMEN, BETUL KE TAK ADUAN YG DI BUAT OLEH PENDUDUK SEKSYEN 19 TU..

Wahai penyokong setia PAS..
hak anda utk sokong sapa-sapa yg anda suka..tapi tjgn lah sokong membabi buta..Tak sokong PAS, Bukanlah beerti sokong AMNO..
pengembala lembu said…
YB Khalid, nak saya peringatkan lagi benda ni???

Walau apa pun, al kulihalnya,Islam no 1.

Kita ditegah menggangu agama lain apetah lagi merobohkan tempat ibadat.

Kita bukan nak roboh terus, pindah saja.

Islam bukan suruh kita jadi LEMBU ikut je apa tuannya suruh.

Politik, politik jugak, Islam jangan pulak YB nak politik, nanti seluruh penuduk S19 tanya kat akhirat nanti, xtau nak kata apa.
Anonymous said…
Assalamualaikum semua.
Hentikan semua ini..tak sepatutnya masalah dalaman parti dibincangkan dalam blog terbuka. Sepatutnya blog-blog ini digunakan sebagai medan dakwah dan penerangan bukannya untuk menceritakan semua isu parti termasuk perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat. Bacalah sebahagian komen pembaca ada yang cuba menyimbah minyak ke dalam api yang sedang membakar..
sinner said…
kalo wala' kamu hanya kepada Islam,kenapa perlu jemaah? kenapa perlukan satu perkumpulan muslims utk mencapai matlamat islam itu sendiri yg pastinye memerlukan pemimpin?even dlam solat Allah meminta kita mengikut imam(leader) di depan. dlam alQuran sendiri meminta kita mentaati Allah, Rasul dan pemimpin selagi tdak menyalahi syariat dan bukan ke arah maksiat..dalam mana2 organisasi sekalipon,mereka yg kononnya bermeeting di luar bilik meeting sendiri apatah lg membocorkan sesuatu yg sudah dibincangkan adelah mereka yg membelakangi 100% organisasi itu..dan mereka ini patut di sack. u knew it,as u're once a professional engineer.. but of the time the one who go beyond the red lines knew it,but they just ignore it.. i dont want to ask u to leave PAS, but pls consider of what u're doing rite now may affect PAS badly. i'm not on HA side,but IMHO,PAS is an organisation that cant afford to have people like u who continuously show your disrespect to the leaders.how we move on without leaders? if they are bad leaders,replace them with thru the right saluran. if u can't,suck it or just leave it.stop whining and create damage to the organisation.pls respect others.

i respect your point of view in SELCAT case,but the meeting is remain in the meeting.meeting is a collective agreement.

once again i tell u,if i am a manager(which i am),there's no chance for people like u.no respect to all other members of organisation especially in the meeting.
Tinta Hitam said…
Pada pandangan saya Dr Hassan Ali mempunyai agenda peribadi tersendiri.Tindakan bersendirian beliau bukanlah pertamakali.Dari awal lagi beliau dah lakukannya.

Wala secsra membuta tuli bukan lah amalan Islam.Saya rasa mesyuarat Perhubungan negeri yang tidak memanggil YB Shaari Sungip adalh pembuktian bahwa ter dapat usaha usaha untuk menjadikan PAs Selangor kearah kediktatoran.Pemimpin atasn tak boleh ditegur.jadi apa bezanya mereka dgn UMNO?

PAS baru menang 8 kerusi diSelangor.Itu pun dah mula lupa diri ke? Adakah fraksi UMNo didalam PAS memikirkan UMNo skg ni ikhlas mengajak mereka bersama? Adakah UMNo skg ni dah berubah?

Nampak gaya agen agen UMNO didalam PAS semakin galak memainkan peranan mereka..
Anonymous said…
Sdr Tinta Hitam..

samalah, agen DAP dlm PAS pun semakin galak damn ligat..
tak kan tak perasan kot..

BTW..YB Khalid baca tak comment/response ni..
kalau x nak baca, disable terus ruangan response ni..kan senang!!
hussin said…
salam ukhuwah kepada semua,

maaf, saya mohon izin untuk menyelesaikan kekusutan di kepala saya berkaitan wala'. setahu saya, tolong tegur (perbetulkan) jika saya salah.

wala' ini bersyarat. lalu bagaimana seseorang boleh berkata "wala hya pada Allah dan rasul". apakah kedudukan Allah dan rasul setaraf pemimpin? ada ruang untuk tidak wala'?

maafkan saya kerana bertanyakan sesuatu yang bodoh.

ampunilah saya ya Allah!
Dagang said…
Aku syorkan YB Kahlid berdamailah dgn Hasan Ali..barula nampak jemaah kita kuat dan utuh.Aku rs niat Hsn Ali tu betul utk jaga hati pegwai kerajaan..fikirlah situasi mudah ini(Hasan ali tegur SELCAT terbuka=salah) tetapi (Khalid Samad tegur ketuanya dan suruh letak jwatan=betul)...jadi semuanya btul tindakan Khalid ni.masuk bakul angkatla sendiri.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...