Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor: Hujjah-Hujjah Saya

27 September, jam 3.30 petang, maka akhirnya diadakan juga mesyuarat Perhubungan Negeri. Dalam mesyuarat ini memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ terhadap pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan YDP kawasan. Dalam persoalan ini saya sememangnyalah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran. Hanya saya sahaja yang masih tidak faham nampaknya. Wala' itu maknanya tidak boleh menegur pemimpinkah? Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari. Teguran dan ingkaran merupakan dua perkara yang berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti. Namun, perkara tesebut wala' merupakan masalah terbesar sebahagian besar ahli mesyuarat. Bagi saya masalah besar yang sepatutnya di berikan tumpuan ialah persoalan SELCAT dan pengukuhan PR. Oleh itu, pada hari ini saya ingin mengemukakan untuk ta

Isu SELCAT dan Kenyataan-Kenyataan yang Mengelirukan

Baru-baru ini kita terpaksa menangani ‘krisis jadian’ sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah ‘dibuli’, ‘diperbudak-budakkan’ dan ‘dihina’ semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media. Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Dato Dr. Hassan Ali, sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan dan berbagai masalah dalam PR Selangor. Sebenarnya, kita semua menyedari bahawa SELCAT merupakan perkara yang baru. Sesi soal siasat terbuka seperti ini sememangnya merupakan satu amalan yang tidak biasa dilakukan di negara kita ini. Oleh itu sudah pasti ak

Rumah Terbuka Aidilfitri

Berhari raya di rumah kekanda Shahrir Rumah terbuka ADUN Batu Tiga & Ahli Parlimen Shah Alam Tarikh: 2 Oktober 2009 Masa: 8 hingga 10.30 malam Tempat: Tapak Pasar Tani Seksyen 17, Shah Alam Rumah terbuka ADUN Kota Anggerik & Ahli Parlimen Shah Alam Tarikh: 11 Oktober 2009 Masa: 2 hingga 5.00 petang Tempat: Pejabat ADUN Kota Anggerik Seksyen 9, Shah Alam. Rumah terbuka Ahli Parlimen Shah Alam, ADUN Kota Anggerik & ADUN Batu Tiga Tarikh: 11 Oktober 2009 Masa: 12 hingga 4.00 petang Tempat: Dewan MBSA, Seksyen 16, Shah Alam. YB Lau (Kpg Tunku) yang buat pertama kalinya berbaju Melayu. Ini barulah dikatakan semangat 1Malaysia Semua dijemput hadir. -Pejabat YB Khalid Samad-

Selamat Hari Raya Aidilfitri

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya kali ini, akan menemui tuan-tuan dan puan-puan dalam keadaan yang sihat walafiat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan perjuangan reformasi masyarakat ke arah sebuah masyarakat yang lebih maju, yang lebih merdeka dan yang lebih diredhai Allah Azawajala” KHALID SAMAD 1 Syawal 1430H Klip ucapan ini merupakan sedutan dari video Selamat Hari Raya , ihsan The Malaysian Insider

Dari Shah Alam ke Kulim: Respon Buat YB Zul Nordin

Baru kini saya berkesempatan membaca tulisan YB Zul Nordin berhubung isu pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang juga telah dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia. Saya dapati tulisan dan anlisa beliau terhadap isu ini begitu lemah dan tidak profesional sama sekali. Sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, beliau sepatutnya lebih teliti dan bertanggung jawab dalam tulisan beliau. Faktanya kesemuanya tidak tepat dan tuduhan yang dilemparkan tidak berasas. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kekeliruan, adalah wajar bagi saya menjelaskan isu sebenar untuk makluman beliau dan mereka yang bersependapat dengan beliau. Pada mulanya YB Zul menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan ‘demonstrasi kepala lembu’. Beliau secara jelas menyatakan ianya “tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al-Quran”. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kelakuan liar segelintir yang hadir sesi dialog dengan MB, yang katanya “seperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut da

Sumpahan ‘Sultan’ Seksyen 23

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini telah berjaya mengukuhkan Pakatan Rakyat di negeri Selangor melalui berbagai program yang secara tidak langsung memantap dan mematangkan lagi pengurusan kerajaan di peringkat negeri. Selain dari ziarah majlis berbuka, tazkirah ramadahan, solat terawih, kuliah subuh, pemberian sumbangan dan sebagainya, kami juga perlu berhadapan penguruasan negeri berserta isu-isu semasa seperti kejadian kepala lembu dan sesi ‘dialog’ bersama MBSA. Sehubungan dengan itu, ada juga yang bertanya mengapa saya tidak membuat laporan polis sepertimana YB Rodziah Ismail terhadap ugutan membunuh oleh salah seorang penduduk Seksyen 23 semasa sesi dialog yang memalukan itu. Malah ada juga sehingga menyatakan dirinya amat kecewa dengan sikap sambil lewa saya dalam soal ini. Sebenarnya saya telah berusaha untuk mendapatkan kepastian bahawa beliau benar-benar membuat ugutan sedemikian. Namun apa yang saya perolehi adalah hanya kata-kata sebegini: “Hoi Khalid (Samad), kau duduk.

Anti Islamification of UK and Anti Mosque Protest

A senior minister has said the self-styled anti-Islamic extremist group the English Defence League's tactics are designed to provoke violence. Mr Denham made his comments after clashes at a protest against a new mosque in north-west London. Ten people were arrested after scuffles broke out as police attempted to separate protesters from a large number of people who opposed the group. The EDL has recently been involved in a number of confrontations in Birmingham. In a statement to the BBC, Mr Denham said: "I believe the English Defence League is not a large group, but they clearly have amongst them people who know exactly what they are doing. "If you look at the types of demonstrations they have organised, the language used and the targets chosen, it looks pretty clear that it's a tactic designed to provoke, to get a response and create violence. "It's important that we, right across government, make sure this does not happen. "We need to make sure peo

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka. Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :- 1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah diper

Video: Pengalaman Meninjau Politik Jerman

“Sekadar pengalaman melawat dan meninjau Politik Jerman,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad sewaktu membentang laporan lawatan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninjau suasana Politik Jerman dalam Seminar Memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang diadakan pada 13 Ogos 2009. PART 1 PART 2 PART 3 Pembentangan ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang turut serta melawat Jerman pada 6 ogos lalu bersama-sama Khalid dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul. Video adalah ihsan Jiwo Kelate Berkaitan: The German Connection (29 Julai 2009) -Pejabat YB Khalid Samad-

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa