Skip to main content

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir – Hendak ke Mana BN?

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir kini telah pun diketahui semua. Ianya sedang dijaja sebagai ‘kemenangan’ bagi BN kerana mengikut mereka, majoriti kemenangan PR berjaya dikurangkan. Itu buat sedap cakap sahaja, tetapi saya pasti mereka sudah ‘mati kutu’ menangani kebuntuan sokongan rakyat terhadap PR.

Saya telah berada di Permatang Pasir untuk penamaan calon dan semenjak mula puasa sehingga hari pengundian. Saya telah melihat betapa bersungguhnya BN dalam usaha mereka untuk merampas kembali kerusi DUN Permatang Pasir. Menteri dan Timbalan Menteri turun bertalu-talu dengan out-riders mereka, ke sana dan ke sini. Hampir setiap tempat kelihatan markas mereka. Hampir semua masjid kelihatan khemah-khemah buka puasa tajaan ‛Kementerian’ mereka. Ada yang mampu sehingga menjadi imam dan memberi tazkirah. Mereka bercakap mengenai perpaduan Melayu dan ummat Islam. Mereka memberi ‛sumbangan’ dan ‛sedekah’ jariah sempena Ramadhan. Mereka cuba menzahirkan wajah BN yang sebaik mungkin.

Kehebatan gerak-kerja mereka begitu mengkagumkan sehingga ada dikalangan veteran PAS sekalipun mula naik risau. Kenyataan menang walaupun dengan majoriti ‛satu undi’ menzahirkan kekuathiran tersebut. BN pada masa itu sudah berjaya memasukki walaupun masjid-masjid yang dianggap ‛kubu’ PR! Yang tidak berjaya mereka masuki semasa PRU ke 12 atau PR kecil Permatang Pauh!

Namun, kebijaksanaan dan kematang berpolitik rakyat Permatang Pasir tidak boleh diperkecilkan. Walaupun pada zahirnya seolah-olah BN berjaya membuka tapak sokongan baru, jelas dan nyata, itu hanya diperingkat zahir semata-mata. Di sudut hati rakyat, mereka tetap bersama PR.

Maka kejayaan terus dinafikan BN. Setiap penganalis Pilihan Raya yang waras menyedari bahawa pada hakikatnya undi untuk calon PR dari PAS tidak terjejas kecuali terlalu sedikit. Peratus undi yang telah diperolehi pada 2008 adalah 65.48 % dan buat kali ini 65.12 %. Ianya peratusan yang boleh dikatakan ‛sama’, walaupun jumlah majoriti berkurangan disebabkan jumlah keluar mengundi adalah kurang. Ramai membuat spekulasi sekiranya lebih ramai keluar mengundi, lebih besar peratusan calon PAS. Inilah adalah kerana yang tidak datang mengundi adalah mereka yang berada di luar kawasan yang tidak dapat balik atas yang merasakan tidak perlu balik kerana yakin atas kemenangan calon PAS.

Yang menjadi dilema BN adalah imej dan kredibiliti mereka. Walau apa sekalipun yang dilakukan, mereka tidak dapat melepaskan diri dari imej yang korup, bobrok dan buruk yang terpahat di pemikiran rakyat jelata. Calon yang dipilih juga tidak banyak membantu! Bagaimana mungkin mereka membersihkan imej kotor mereka dengan meletakkan calon yang telah di ‛de-bar’ sebagai peguam kerana pecah amanah? Pasti UMNO Permatang Pauh dibelasah teruk selepas ini oleh pimpinan UMNO. Adakah orang sebegini yang terbaik yang ada pada UMNO Pulau Pinang, pasti mereka akan ditanya? Tetapi, apa boleh buat, itulah hakikatnya.

Dengan keputusan sebegini, tiada peluang bagi Mahyudin untuk memuji melambung Najib seperti yang beliau lakukan selepas Manek Urai. Kepimpinan ‛cemerlang’ Najib tidak dapat disebut beliau walaupun sudah pasti perkataan-perkataan tersebut berada dihujung lidah beliau, bersedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa. Begitu juga tidak mungkin beliau menyebut ‛rakyat telah kembali menyokong BN’. Kasihan.

Dalam pada itu, yang jauh lebih penting, keputusan ini juga menzahirkan bukti bahawa isu perkauman tidak diterima. Untuk memperolehi 65% dari keseluruhan undi dari kawasan yang mempunyai 75% pengundi Melayu dan 25% bukan Melayu, undi Melayu mestilah melebihi 50%. Sekiranya dianggarkan 100% undi bukan Melayu menyokong calon PAS sekalipun(dan ini tidak mungkin), ini hanya 25% dari pengundi. Maka 40% yang selebihnya (untuk menjadikannya 65%) mestilah datang dari orang Melayu sendiri. Oleh itu, 40% ini hanya tercapai sekiranya 53.33% pengundi Melayu menyokong calon PAS.

Secara konvensional kita boleh anggarkan hanya 75% bukan Melayu menyokong PAS. Ini menghasilkan 19% undi untuk calon PAS. Baki 46% untuk menjadikannya 65% akan hanya tercapai sekiranya 61% undi Melayu menyokong Ust. Salleh Man. Inilah sebenarnya yang menyebabkan UMNO tidur mengigau 3 minggu berturut-turut.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pengundi di Permatang Pasir dan juga meminta maaf. Meminta maaf kerana saya juga telah merasa risau sehingga mempersoalkan kematangan politik mereka. Dengan segala yang dimainkan media dan ucapan keMelayuan yang begitu bersemangat, saya sebenarnya menjangkakan kemenangan dengan majoriti tidak melebihi 2,000 undi! Hakikatnya pengundi Permatang Pasir jauh lebih matang yang saya sangka dan saya tidak seorang dalam soal ini. Tahniah dan Syabas, serta maaf sekali lagi.

Saya tampilkan di sini keputusan mengikut UPU untuk tatapan ramai. Saya ucapkan terima kasih kepada malam kliwon yang telah memberikan maklumat ini di blog saya ini. Silalah lihat. Kemenangan jelas di setiap UPU dengan penuh bergaya! Takbir!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

ahmad-MM said…
YB, tahniah kerana menang. Tapi kami susah dapat gula. Tolong perjuangkan isu asas yg melibatkan rakyat bawahan ini. Menang semua kerusi pun jika hari2 minum kopi pahit buat apa? Terima kasih.
eyman said…
ALLAHUAKBAR...!!
Anonymous said…
salam YB...

YB xperasan ker masa YB kat permatang pasir...ramai ahli bawahan pas yg duk bekerja walaupun lapar dan dahaga berpuasa Xberapa nak pedulikan YB...

sama-samalah kita muhasabah diri sempena kita berada dalam madrasah ramadan ni...

Penyokong PR
Kuantan.
BESTOMYAM said…
ALLAH SWT MAHA AGUNG.
KIFARAT ITU BENAR.
SEKSA KUBUR ITU BENAR.
MUNAFIK ITU HANCURNYA ISLAM & IMAN.
Anonymous said…
Very soon,they will be packing their bags,and off to KLIA.CIAO

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan