Skip to main content

Perayaan Phor Thor Sekyen 24 Dipindah Ke Kawasan Lebih Sesuai

Masalah perayaan Phor Thor yang diraikan di kawasan penduduk Blok 19,20,21 Flat PKNS, Seksyen 24 kini telah diselesaikan dengan memindahkan lokasi ke kawasan tanah lapang berhadapan kilang Cadbury.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Perayaan Phor Thor yang dirayakan selama 3 hari setiap tahun mengikut kalender Luna pada asalnya dilakukan di kawasan perumahan Blok 19,20,21, Seksyen 24 dan telah menganggu ketenteraman penduduk dikawasan tersebut.

Katanya, masalah yang dihadapi sejak 13 tahun lalu diselesaikan dengan cara berhemah dengan berbincang dan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Inilah apa yang kita capai untuk tahun ini, satu penyelesaian dimana tapak untuk menyambut perayaan perayaan phot thor itu di mana persatuan Phor Thor setuju dan penduduk di Blok PKNS pun seronok kerana mereka tidak lagi terpaksa berhadapan, sekarang ini dapat kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pas Parlimen Shah Alam, pagi tadi.

Beliau berkata, masalah ini tidak diselesaikan ketika Barisan Nasional memerintah walaupun pelbagai aduan telah dibuat namun tiada tindakan yang dilakukan.

Katanya, Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk kedua-dua belah pihak.

“Hari ini saya nak buktikan bahawa bukan sekadar masalah kuil (Seksyen) 19 dapat tangani dengan bertanggungjawab, masalah Phor Thor antara Melayu dengan Cina juga dapat diselesaikan jika kita duduk berbincang dalam suasana yang saling hormat menghormati,” katanya.

Bekas Presiden Persatuan Penduduk Blok Flat 19,20,21, Mohd Nasir Buyong berkata usaha untuk menyelesaikan masalah ini dilakukan sejak tahun 1996 namun aduan yang dibuat tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya duduk tahun 96 dah start complain bukan, MBSA, tapi MPSA, PKNS, Jabatan Alam Sekitar, Polis, Jabatan Pencegah Rasuah saya dah bagi surat dah register dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Setiausaha Persatuan Phor Thor, Seksyen 24, Lim Kooi Huat berkata, sebelum ini tiada tempat untuk berbincang tentang masalah ini, dan sejak Pakatan Rakyat memerintah pekara ini boleh dibawa berunding dan mendapat penyelesaian terbaik.

Katanya, kali ini perayaan Phor Thor disambut pada 31 Ogos hingga 3 September di lokasi baru.

“For this year onwards, with the help of YB Khalid Samad and Datuk Bandar of Shah Alam, we have managed to find a more suitable location to hold our celebration. This area is the size of 3 football fields, far from any residential area and hence its suitable for us to hold our celebration,” katanya.

Sumber: TVSelangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

CTLee said…
YB Khalib,

You exhibit the true spirit of 1Malaysia. You are a true Muslim in every sense of the word. Keep it up.
Anonymous said…
YB, good works.i hope no racist party will suddenly appear to 'defend' any community and spoil your hard work.Other YBs shd follow your example if malaysia is to be great again.Sad to say that many YBs only want to score points for themslves,no heart for the people and nation.
Anonymous said…
To be honest, I have doubts over you since you walk into the church in Shah Alam after winning the 12th GE. I said to myself: another politician doing another publicity stunt. However, after closely observing you, your work and your views, I have come to realise that you are THE genuine article. Although I have to say that there are things that I may not agree with you, but nevertheless, you have shown to BN (and PR alike) how to be a good leader for all the Rakyat. Kudos to you YB Khalid!
Anonymous said…
YB Khalid,
You are classic example of spirit of 1Malaysia and YB sir you take great pains to the sensitiveties of all malaysians and Im proud to have sir as MP. Kudos to you sir
Anonymous said…
PAS FOR ALL.

IN ACTION.

4RAKYAT
Anonymous said…
Salam YB,

YB has exhibited an excellent muslim leadership across different races and religions;i.e, high tolerancy, diplomacy and fairness to minorities. I believe engaging the differences through discussions and giving understandings are much beneficial that strong harsh reactions. Nevertheless, this is what Islam preaches.

Humbly I hope the same traits are shared by all PAS leaders for a fair PAS for All. May Allah bless YB and Shah Alam residents.

Amir Yusoff
LoyalPerakian said…
YB Khalid, You are a true Malaysian and I salute you. When I was growing up I thot that PAS is an extremist org, no thanks to the New Sh!t Times propaganda that my father bought.

Now its the exact opposite.
Blue Audi said…
YB Khalid... All the best and I will always be supporting you. Alhamdulillah dan teruskan perjuangan.
zaydlekhair said…
alhamdulillah...
"alhikmah dhollatul mukmin..." wisdom adalah barang cicir mukmin yang harus diambil di manapun berada.
moeinuddin said…
Salam YB

Sebagai org politk saya percaya YB dapat sedikit ruang untuk mengeksploitkan kononnya dengan menjadikan program yg tersebut sebagai untuk menunjukkan yg YB adalah seorang yg adil dengan semua bangsa dan agama, walaupun terpaksa mengadaikan maruah kaum seagama sendiri.

Mungkin yang menyokong YB hari ini adalah mereka yang tak seagama dengan YB, mungkin kemenangan bagi YB tapi saya percaya bukan kemenangan perjuangan YB selama ini.

YB mesti ingat walaupun masa berubah, jangan YB ingat semangat cintakan negara yang dulu di kenali sebagai tanah melayu juga akan berubah.
milestone said…
ar-rahman, allah itu maha pemurah pada seluruh alam, baik manusia mahupun binatang, baik hitam mahupun putih warnanya, baik muslim mahupun non-muslim.

Dgn kita 'menzahir' ALLAH dlm hidup dan sistem kita, saya amat yakin, ALLAH akan menzahirkan zat dan pertolonganNYA pada kita, insya-ALLAH.

Pada yg masih 'terlalu' Melayu egonya, sempena bulan "pengikat nafsu" ini, marilah kita muhasabah dan berlapang dada sambil berfikir.. "DI MANA Kedudukan Kita utk ALLAH" dan "bukan DI MANA ALLAH utk Kita". Kerana kita telah pun dgn yakin dan melaung2kan ALLAH itu ar-rahman, ALLAH itu adil..

Jadi "dimana kita" utk menzahirkan 1 dr 99 asma 'ul husna ALLAH itu

Hanya Jalan ISLAM menuju ALLAH.. Marilah kita sama2 Zahirkan Keadilan ISLAM

Syabas YB.

Wallahua'alam
-milestone-
Anonymous said…
sebagai umat islam dan ahli PAS, saya sangat berbangga dengan sikap toleransi YB. inilah sikap yang dituntut oleh islam. keadilan islam, jika diketahui manusia...akan menenggelamkan segala kebatilan
Moeinuddin said…
Salam YB dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Mengenali Allah itu lebih mudah dari kita mengenali diri kita sendiri, malah kita di ajar setiap detik dan masa unutk mengenali Allah dan agamaNYa, maka menyatakan zat Allah juga cukup mudah, maka janganlah mempergunakannNya untuk menutup atau melindung kelemahan kita.

Berapa ramai manusia tertipu kini dengan manusia yang mempergunaka Islam sebagai label produk perniagaan hatta juga dengan politik, yang lelakinya berbekalkan serban dan sejemput janggut dan celak yg tebal di kening dan mata boleh mempengaruhkan mereka2 yang dengkal dalam agama yg sanggup melabur harta ataupun maruah diri.

Maka jangan lah kerena Allah itu ar-Rahman atau ar-Rahim maka kita kena menghalalkan dan mengadaikan namaNya dan juga mempergunakan namaNya bagi tujuan untuk kepentingan perjuangan dan sokongan dari mereka yg dengkal tentang agama.

Sebagai org Islam kita memang memahami sikap tolenransi hidup bekerjasama tanpa mengira agama dan kaum, tapi berpaling kepada mereka; adakah mereka juga boleh bersikap mcm kita sekiranya mereka berkuasa kelak? hari ini sahaja kita dapat lihat bagaimana perjuangan seangkatan YB yang terpaksa berdiam diri bila isu arak yg dihalalkan dan juga azan yg berkumandang di pertikaikan oleh rakan dalam pakatan YB.
milestone said…
Salam,

Saya kira, kerana itu kita kena paham al-quran dgn jelas, menggunakan iman bukan perasan. Allah telah menjanjikan rezeki, "kebebesan" dan keadilan pada semua itu JELAS. Sebab itu diberikan al-quran utk mengimbangi segala apa yg diberi dgn iman dan taqwa..
Jadi siapa kita? adakah diturunkan ke bumi utk MERAMPAS rezeki, kebebasan dan keadilan itu, ATAU disuruh supaya kita mengajak manusia mengimbanginya dgn iman dan taqwa tadi??!!!

Adakah berlaku adil atau tidak zalim akan tergadai ISLAM? TERHINA ALLAH? Tidakkah itu yg diseru utk kita zahirkan (keadilan)?!

ISLAM akan terlebih hina sekiranya kita terus-menerus MEMFITNAH, iri-hati dan belebihan syak wasangkanya dgn NIAT
"mengikat" sifat toleransi sesama manusia atas alasan bangsa dan agama!!

Masihkah kita tidak nmpak punca asal isu arak, azan, kuil,dll?? Tidakkah itu berpunca dan "bertunjang membumi" dr pemimpin yg kita sama2 pilih dahulu??

Oleh kerana itu saya berpendapat, kita perlu bermuhasabah, berlapang dada dan cerah pemikiran. Jika tidak, kita mentafsir "agama" mengikut perasan kita (manusia) yg serba-serbi penuh 'syak dan wasangka", iri-hati dan "sempit laluannya". Lalu secara sedar/buat2 tak sedar kita sendiri telah menjual dan meletak ISLAM pada tempat yg tidak sewajarnya

Wallahu'alam
-milestone-
malam kliwon said…
petikan dari- http://mt.m2day.org/2008
Nik Aziz’s statement as reported by Buletin Utama TV3:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Nik Aziz’s statement as reported by Bernama:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Plastik = Palestine? Muahahaha.... selamat berbuka puasa untuk hari ini…
kuzy said…
moeinuddin... berhati2 dengan hujah anda.... mungkin pada anda senang mengenali Allah... tapi adakah anda faham akan zat2 dan kurnian Allah kepada manusia.. apenyelesaian melalui hikmah adalah contoh terbaik kepada bukan islam supaya mreka mendekati tuhan... hikmah Rasullah menyelesaikan masalah berbilanga agama yang baginda tunjukkan sebelum ini adalah contoh terbaik...

Anda fasih dengan agama, jadi tak perlu di nyata ayat Alquran dan hadith yang menyokong perbuatan Rasullah... jadi pikir dengan cara berhikmah...

isu arak dan azan dah dinyatakan.. tapi dalam utusan memang tidak nyatakan... arak.... siapa yang keluarkan lesen kepada 7eleven penjualan arak? Pas ke? kenapa tak persoalkan? kalau anda pejuang melayu yang penuh syak dengan bangsa lain... nyatakan suara anda pada pemimpin bangsat yang telah menggadai hak istimewa orang melayu.... biasiswa anak melayu, dasar liberalisasi yang menggadai hak melayu.. nyatakan suara anda... supaya ciri2 muslim adil yang diwar-warkan oleh saudara digambarkan melalui diri anda sendiri... tidak digelar munafik..
Anonymous said…
wahai kawan, rujuklah perjanjian hudaibiah...Nabi SAW sendiri saling memberi muka kepada org kafir untuk memastikan kesinambungan gerak kerja dakwah.. jangan bimbang, Islam boleh menang jika kita tunjukkan keadilan dan sikap toleransi ykni perbincangan dan penerangan yang lebih luas.. org2 bukan Islam pun akan byk menyokong kita nanti..bahkan saya yakin DAP dan PKR akan menerima konsep2 Islam sekiranya kita byk berdialog dan berbincang dengan mereka tanpa menyerang membuta tuli..
Unknown said…
Itu keputusan yang senang dibuat YB...hehehe...satu keputusan berbentuk publisiti n undi popular. selepas ini pasti ada lagi masalah berbelas tahun yang mampu 'diselesaikan' lagi... Saudara YB memang menjuarai dalam isu popular saja. Tahniah.
Anonymous said…
YB..kenapa pemimpin DAP tidak exhibit the true spirit of 1Malaysia? mereka terlalu racist begitu juga akhbar cina!

-antitul09
Sek 3 shah alam said…
Good Job YB, macam ni dikatakan YB bekerja!
moeinuddin said…
Salam YB

Perjuangan Kuzy dan YB adalah sama, melihat dari penulisan dapat lah kita rungkai yang mana betapa tebalnya kononya perjuangan sehinggakan sanggup membangsatkan pemimpin yg terdahulu, tak tahu lah pula berapa punya dahulu yg di fahami oley kuzy?

adakah dahulu itu era sebelum selepas sesudah merdeka, adakah bangsat dahulu itu termasuk ke atau tak termasuk dengan keturunan kuzy juga yg sama sama unutk memastikan kemerdekaan dan mengecapi erti kemerdekaan?

Maka saya harap kuzy juga harus berfikir dan berhujah dengan berhemah, esok2 akan berbalik pula bangsat itu kepada Yb dan rakan2 seperjuangan YB

InsyaAllah YB saya akan berhujah dengan secara berhemah.
kuzy said…
kenapa perlu berfikir balik tentang hujah membangsatkan pemimpin yang telah menggadai hak istimewa orang melayu.. dah nyata biasiswa tergadai dalam penyata pendidikan tahun 1996 era najib menjadi menteri pendidikan... begitu juga kenyataan najib menyatakan sekolah pondok adalah sarang pencetus pengganas... moeinuddin... sila nyatakan hujah yang berhemah untuk pemimpin ini... jangan kerana semangat keris yang menebal... anda lupa pada dosa pemimpin yang kononnya perjuangkan hak melayu....

insyaallah YB saya juga akan berhemah ketika untuk berhujah... tetapi biar pada tempatnya.... perlu saya ulangkan sekali lagi....

kepada moienuddin, apa guna ada merdeka jika jiwa anda masih tidak merdeka......

Guna hujah agama secara menyeluruh... jangan sampai anda tergolong dalam golongan munafik...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-