Skip to main content

DAP Berkuasa Sepenuhnya Di Selangor?

Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.

Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.

Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya. Melalui pemecatan Mufti dan Pegawai Masjid yang tidak akur kepada kehendaknya. Melalui penarikan balik bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat dan sebagainya. Mungkin ini pun mereka lupa juga.

UMNO ingin memomokkan DAP di kalangan orang Melayu, sepertimana memomokkan PAS di kalangan masyarakat Cina dan India. Namun sebenarnya, tidak mungkin DAP berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor. Walaupun boleh dipertikaikan kenyataan UMNO/BN ini, tetapi cuba kita andaikan sahaja, untuk memuaskan hati mereka. Hakikatnya jika diteliti, DAP tidak mungkin berkuasa ‘sepenuhnya’ di Selangor kerana bagaimana mungkin mereka berkuasa ‘sepenuhnya’ sekiranya mereka hanya bertanding 16 dari 56 kerusi sahaja?

Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang UMNO sudah tidak pandai mengira! Kalau ingin berkuasa ‘sepenuhnya’, maka sepatutnya DAP bertanding untuk mendapatkan majoriti 2/3 yang bersamaan dengan 38 kerusi. Barulah mampu berkuasa ‘sepenuhnya’.

Kalau ingin berkuasa dengan majoriti mudah sekalipun, DAP akan memerlukan 29 kerusi. Adakah mungkin memenangi 29 kerusi sekiranya hanya bertanding 16? Atau apakah mungkin orang UMNO anggap kerusi DUN ini boleh beranak-pinak?

Itulah sebabnya kita perlukan ‘Pakatan’. Bukan PAS sahaja, UMNO pun perlukan pakatan dengan MCA dan MIC serta Gerakan. Namun sekarang ini MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi mampu mendapat sokongan bukan Melayu. Oleh itu UMNO membawa mesej Melayu ekstrim kerana mereka menyedari bukan Melayu tidak akan lagi mengundi mereka, walau sekerap manapun Najib berulang ke Batu Caves.

Kasihan melihat gelagat UMNO. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya, seperti biasa kembali menipu dan memomokkan rakyat dengan ketakutan terhadap DAP dan PAS. Inilah akibatnya apabila sudah kehabisan modal.

Saya sertakan juga disini video selingan dari TGNA yang menjelaskan perjuangan dasar dan mengapa PAS bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat, agar dapat dihayati bersama.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD


Video adalah ihsan TVPAS

Comments

Anonymous said…
Inilah akibat mengajar Metamatik dalam bahasa Inggeris. Orang UMNO sudah tidak pandai mengira!

kakakakkahhh!!!
Jamna said…
Kalau tak menipu bukan UMNO namanya...

Tapi...kenapa Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Selangor macam tak wujud ajer...banyak isu yang tak diterangkan secara meluas.
Anonymous said…
dah jelas UMNO/BN itu begitu lakunya..tak kan sdr pun nak ikut laku nya.. sdr yang memerintah skrg laku kan lah..jgn cakap berapi tapi tak berani..UMNO dah dikatakan cakap tak serupa bikin..skrg ini masa Sdr dah sampai untuk membantah nya..nape? takut? dgn puak2 DAP ni ke?..mungkin takut jugak dgn PKR sekali kot...
Anonymous said…
After this 7/11 incident and another lanun being UMNO's candidate kat Pasir Penambang...UMNO has dug its grave so deep that only God can help them...

But even God may think twice for UMNO is led by a President who brutally blasted to pieces a preagnant female in the jungles of Selangor exactly 4 Ramadhans ago...

God have mercy on UMNO!!!
Anonymous said…
please continue to defend and praise DAP..how good they are, how honest, how efficient etc...and continue reprimand your fellow muslim, hasan ali etc..Indeed DAP can do no wrong.. after all they are Democratic Action Party
TRULY MALAYSIAN said…
well said YB Khalid!!!!!

Malaysia Chinese never scare of PAS. They only scare of corruption,nepotism and most importantly UMNOputralism!!!!!
Anonymous said…
seingat saya kenapa surau tu di kunci di sebabkan sembahyang dua imam dan kalau tak silap sultan selangor yg suruh tutup kerana baginda takut perpecahan yang teruk..so kena salahkan UMNO pulok??..
Anonymous said…
saya sebenarnya tidak terlalu risau dgn komen komen yg mengatakan mereka ini atas pagar atau berkata mereka dulu undi pas lepas ini tidak lagi.

cuba perhatikan apa yg mereka tulis betul2.jelas mereka ini menipu,hakikatnya meraka ini adalh dumpno.
berlaku juga org kampung setingan di tempat saya ini,dr keputusan pr12 dulu jelas mereka mengundi bn tetapi kerana nak kan bantuan itu dan ini, mereka mengaku undi pkr/pas, saya hanya bolah tersenyum saja.gelagat dan perangai mereka tidak langsung menunjukan begitu.

cuma saya akan terkilan dgn sikap jkkk(pakatan) banyak sgt fokus bantuan kepada mereka tetapi yg di taman2 yg jelas menyokong pakatan di biarkan tanpa apa aktiviti dan bantuan(jalanraya dll)
PutraMerang said…
Umno nak orang melayu fikir yang hanya mereka yang boleh berkuasa sepenuhnya. Sebab tu Tanah Melayu boleh jadi Malay Si A. Temasik boleh jadi Singapura. Habis tergadai tanah kat Malay Si A. PAS may not be perfect, tapi dasar perjuangannya jelas. Dan perlaksanaannya juga jelas.
singamaraja said…
Salam ziarah di bulan ibadat
raj raman said…
UMnoo sebenarnya ketua 'WARLORDS' untuk samseng2 kecil MCA,MIC dan lain2.

rajraman666.SEMUANYA HALAL BILA MEREKA BERKUASA"(*NOT DEVIL/GOD WORSHIPPER and i dont drink beer*)
Anak Perelih said…
Surau seksyen 8 yang dikatakan sembahyang 2 imam tu sebenarnya bukan sembahyang 2 imam.. sebab ianya dilakukan pada waktu berbeza... jemaah kedua solat selepas jemaah pertama habis solat... ianya berlaku selepas UMNO mahu merampas kuasa surau itu dari AJK yang dilantik oleh anak kariah... dan menggunakan nama Sultan.. semua orang tahu Sultan hanya tandatangan surat sahaja... yang buat keputusan tu pemimpin UMNO...
malam kliwon said…
Press Release: Clarification regarding Rohaizat Othman
Contributed by George Varughese
Tuesday, 18 August 2009 01:34pm
In response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman's status as an advocate and solicitor.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board's decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.


Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).


George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

18 August 2009

petikan dr. the Malaysian Bar
Anonymous said…
Yelah tu..., dulu aku, family aku dan kawan-kawan aku undi UMNO/BN...., sekarang ini tengah mengharapkan kontrak dan bantuan kerajaan.., tu yang mengaku undi PAS hari tu...,

Sebab aku, family aku dan kawan2 aku undi UMNO/BN hari tulah yang UMNO/BN KALAH tu..... Kalau aku tak undi UMNO/BN hari tu..., tentu UMNO/BN masih berkuasa hari ini.

"Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janjinya"

Wallahua'alam
UMNO sekarang prihatin dengan Islam, alhamdulillah
mtgbertam said…
Yb,

Tahun 80an, penduduk MELAYU, ulang lagi MELAYU Pulau Pinang yang dah bertahun2 tinggal di Batu Maung, Tg Tokong, Tg Bungah, Batu Feringgi, semua ditipu oleh broker2 UMNO Pulau Pinang(yg dok meroyan hari ni) supaya jual tanah depa dengan harga yang ciput atas alasan pembangunan. Broker2 ni kaya raya, manakala majoriti penduduk yg jual tanah tidak lagi mampu beli rumah di tempat2 terbabit kerana harga yg melambung. Akibatnya, mereka kena hijrah ke seberang (Sg petani, kulim, baling dll yg ceruk2 kerana murah). Kisah ini hanya akan difahami oleh generasi yang seangkatan dengan saya yang melihat peristiwa ini berlaku.

Justeru, saya tidak nampak perjuangan UMNO benar2 ikhlas. Hanya mahu mengekalkan kuasa untuk melantak duit negara dan rakyat.
Anonymous said…
surau seksen 8 tu dorang kunci pasal 2 imam? mana ada... 2 imam 2 jemaah tapi waktu lain2....

jemaah yang pertama dah nak abis pun, jadi dorang lantik sorang imam lak untuk jemaah dengan dorang. apa la.. ko ada situ ke? nih surau kawasan umah aku la masa tu. heboh tul orang umno kat situ kata solat 2 imam. bila selidik bebetul, baru tau pasal AJK dgn pasal PAS buat ceramah kat situ.

setahu setahu setahu.. jgn main tangkap dengar aje. aku stay kat apartment belakang tu dulu. sungguh menyusahkan kalau nak solat jemaah. skarang dah senang dah. skali skala aku lalu kat situ, singgah kejap solat sunah. surau tu sejuk jer.. indah.. nyaman...
Anonymous said…
We the non-malays wish to see many umno members join pas so that pas will show them the true islamic ways which gain respect ,NOT FEAR, from others.
Anonymous said…
http://blog.limkitsiang.com/2009/08/18/rohaizat-should-honourably-withdraw-as-a-candidate-in-the-permatang-pasir-by-election-so-as-not-to-continue-to-cause-public-embarrassment-to-umno-and-bn-for-having-misled-them-about-the-actual-reasons/

we hope umno members will see the light & join pakatan!
zaydlekhair said…
Bila kebenaran datang, kebatilan (pembohongan, kepalsuan, kesalahan) tetap akan terpinggir...

Tugas kita tegakkan kebenaran supaya ia datang dan tegak di tanahair...
Mr Joker said…
http://perisik-rakyat.com/2009/08/dap-tolak-hudud.html
Anonymous said…
Salam YB...

Kalau tidak dipostingkan komen saya pun takper... I prefer to be anon...

I cuma berharap sudah sampai masanye YB dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan serangan bertubi-tubi terhadap BN Selangor. Keluarkan segala bukti rasuah dan penyelewengan BN dan Umno di Selangor. Jangan berti peluang lagi.

Serangan demi serangan tidak semestinya disusuli dengan tindakan SPRM, memadai dengan pengumuman dan juga press conference. Buat PC khas untuk blogger PR yang banyak menyokong dan membantu memenang kan kita terutama di Shah Alam. Saya percaya banyak bukti boleh dikorek kembali. Saya amat berharap serangan ini dibuat sebelum kita diattack kembali.
Anonymous said…
YB,

Saya tabik spring dengan hujah hujah YB. Semoga YB dapat membukakan mata seluruh rakyat Malaysia.
Anonymous said…
Kenapa nak menjatuhkan maruah orang dengan mengumumkan penyelewengan yang telah lepas.... itukan tidak baik... sebaiknya sekarang kerajaan pakatan rakyat berusaha bagaimana nak terus membangunkan negeri selangor ... menstabilkan kemelut politik dalaman mereka .. kan lebih baik..
sekyen 13 said…
to anon 18 August,8.42pm...

mana ade apartment belakang surau tu bro..rumah flat PKNS ade la...hehehehe

sultan yang arah tutup surau tu...pasal politik tu kat luar surau udah le...masing2 nak menang...

yang PAS pun satu hal..kalau ceramah agama ok la gak..ni ceramah politik maki2 orang...rosak imej Islam..

UMNO pun satu hal gak...PAS ke UMNO,yang nak disembah kan Allah...lupakan lah politik kejap...keluar surau berdebatla..

Kesucian surau/masjid masa kini dicemari oleh fanatik politik...

Bangsa lain cukup hormat tempat ibadat...org islam pulak jadikan tempat bergaduh...
Salam YB

Tapi YB juga mesti tau matematik, dalam DAP berapa ramai kaum di dalamnya? dalam PKR berapa ramai kaum di dalamnya, dalam PAS berapa ramai kaum di dalamnya.

Kalau melayu berpecah belah dalam PKR, PAS dan UMNO adakah kaum DAP juga berpecah belah?

500 orang melayu berpecah dalam PAS, UMNO dan PKR dLL parti, 100 org yg tetap di dalam DAP, so siapa yang kuat masa tu?

jangan cerita berapa byk mereka bertanding, tetapi kita kena bercerita perpecahan orang melayu, pecahan YB matematik mudah ke sussah tu?......
Mohd E'fa@Bab said…
Khalid Samad dan Shahril Samad sememangnya 2 bersaudara yg bodoh, cetek ilmu, pentingkan diri sendiri dan tidak layak digelar wakil rakyat. aku tak tergamak nak gelarkan depa ni Pengkhianat bangsa, tapi gelagat melampau mereka kadangkala layak digelar pengkhianat agama. jangan diperbodohkan rakyat dengan menyalahkan UMNO, kami undi kamu dulu bukan utk suruh kamu menyalahkan orang lain tapi kerana kami mahukan kamu bekerja dengan jujur dan amanah kepada tanggungjawab kamu. tunggulah PRU13 nanti...
S.L. Chan said…
There seems to be a concerted effort to paint the opposition especially the DAP as:

1) Like to engage in corruption.

2) As the real power behind state govt such as in Selangor and formerly Perak.

3) As anti Islam, thus insinuating that the majority of Chinese is anti-Islam as it form the majority of DAP's support base.

Now let analyse some of this accusation ;

1) Investigation of corruption on opposition members especially on the DAP lately is are always done at double quick time and with a lot of publisity. Investigation on BN or UMNO politicians are always very slow or worse, not done at all. Case in point Istana Toyol and compare to Tan Sri Kalid's cow and car case.

2) It would always seems that way because DAP has the majority in DUN. However this critics is very silent on ex-BN govt in Penang.

3) People forget that the DAP has MALAY members and the it has at least one Malay state chairman. Does this seems anti Islam/ Malay to you?

As said many times, lets focus on issues and solution without linking it to race and religion. Of course there are chauvinist in every party but this people should not be allow to cloud our judgement and actions. I think everyone including certain PAS members should be wiser and think about this.

How else can UMNO survive and thrive if Pakatan is united and does not subscribe to race and religion politics?

Tolong fikirlah.
Anonymous said…
ambo dengar percakapan nik ajiz dale youtube.....mu kecek gapo weh....belit gitu mo...bo la kecek politik tu...
Sufimann said…
Tidak ada masalah dengan parti UMNO tetapi itu UMNO yang dahulu. Barisan Nasional dulu ada pemimpin yang baik-baik Tun Dr. Ismail, Tun Razak, Tun Hussein dan ramai lagi. Dulu pemimpin kita amanah dan pegang amanah so kita sokong mereka. Jasa mereka besar ketika nak bina negara jadi keadaan UMNO sekarang tidak adil jika disabitkan mereka. Dalam pada itu pembangkang pun tak ramai tapi sepakat dengan pimpinan kerajaan sebab mereka tak kena tindas. Ada saluran kerjasama.

Umno hari ini semua pun tahu. Orang Selangor dulu kuat kena perbodoh tapi hari ni tak da lah bodoh lagi. Kita tengok pada pemimpin. Kalau pemimpin pelik so tak sokonglah. Cari parti lain.

Rakyat dah tak boleh identify dengan pemimpin mereka. Kami susah kamu bertambah senang, kami merayu kamu diam, kami bayar kamu free. Kamu cakap kami dengar kami cakap kamu tak dengar. So bertukarlah pemimpin.

Pemimpin Umno semua arrogant. Kaya material kaya kuasa. Macam mana nak terima orang macam Zakaria istana idaman dan Khir Mahligai Toyo. Nak naik gaji rakyat boleh terima tapi jangan buat macam ni. Kalau Umno boleh berubah, kerja secara ikhlas mungkin boleh dapat balik kepercayaan rakyat.

Nampak cara pemimpin PR pun okay. Kita akan terus sokong sebab ketika ini rakyat masih boleh identify dengan mereka. Lifestyle mereka padan dengan income dan emolument mereka. Semoga Allah memberi kekuatan pada mereka tanpa mengira bangsa apapun. Janganlah kita taksub akan Ketuanan Melayu yang sebenarnya tahyul tetapi sokonglah satu pemimpin yang ikhlas dan adil tanpa mengira bangsa dan agama daripada satu pemimpin seagama dan melayu tetapi kotor, korup dan bangkai.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-