27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009
Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Warkah Takziah
Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.
Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.
Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.
Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.
Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.
Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.
Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,
“pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).
Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan
Sumber: BlogTokGuru
Sila tandatangan Petition Online: JUSTICE for Beng Hock
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
It was nice to read the above & sincere efforts of PAS to a fellow MALAYSIAN.
I would like to request that you comment on the articles made out by Berita Harian related to this current tragedy. I think it was a little distasteful.
I am a Christian but have no qualms voting and supporting capable PAS leaders like Nizar and yourself.
I can't say the same for Hadi Awang though.
Terima kasih atas pendedahan surat ini. Amat jelas, Tok Guru Nik Aziz dapat menonjolkan kualiti kepimpinan yang amat wajar dijadikan tauladan kita semua, samada yg berugama Islam atau tidak. Dato Nik Aziz berjaya memertabatkan kemuliaan Islam, jauh lebih baik dari mana-mana pemimpin UMNO setakat ini melalui pendekatannya yang amat disenangi semua pihak.
Melalui surat ini, Nik Aziz dapat menunjukkan bahwa yang jahat dan bersikap syaitan itu adalah mereka-mereka yang telah tidak lagi berpegang kpd ajaran mulia yg dituntut dan dianjurkan Islam, sebaliknya ia datang dari mereka yang bertuhankan hawa nafsu dan yg telah hilang nilai kemanusiaan.
Manusia menjadi binatang yg ganas bila hawa nafsu menguasai mereka dan telah hilang sifat insaniah yg sepatutnya ada pada seseorang samada ia berugama Islam ataupun tidak.
wsm.
"I am a Christian but have no qualms voting and supporting capable PAS leaders like Nizar and yourself".
"I can't say the same for Hadi Awang though".
I say..,
"I am a Muslim but have no qualmn voting DAP leader at P.064 (Ipoh Timur) in GE 11th and 12th"
I'll do the same for all Pakatan Rakyat candidates.
As your comment appear here, i need to reconsider my vote for GE 13th.
A bit off-topic but just want to say that religion is colour-blind. Sadly in Malaysia it is not the case. Even in Indonesia, being the most populated Muslim nation in the world seems or appear to be more moderate than Malaysia.
Anyhow, just to comment:
For RM 2400 purchase of 1600 Malaysian flags for National Day equals to 10hours held up by MACC. Btw, that's RM 1.60 per flag. Did it not use to be RM 2.00 per flag? Why not go after the person who sold it for RM 2.00 per flag for cheating us RM 0.40 per flag.
To finish off, so for RM 24 million Bali style resort, this equates to 100,000 hours of detention by MACC. Fair right?