Lapan individu termasuk rakan karib setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, memberi keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini pagi ini, bagi membantu siasatan kes kematian mengejut mangsa Khamis lalu.
Lima ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan dua ahli DAP adalah antara lapan individu yang dipangil polis untuk memberi kenyataan di temani dua peguam iaitu Ganapatirau dan Lim Lip Eng, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ahil Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, kelapan mereka dipanggil berikutan siasatan terhadap telifon bimbit Teoh yang ditemui oleh pihak polis di tempat kejadian.
"Saksi-saksi hari ini dipanggil untuk beri keterangan adalah sebab sebelum 24 jam sebelum kematian mereka ada sms atau terima sms atau telifon atau terima talifon dari Teoh Beng Hock, ini semua dicari dari senarai rekod telifon Teo Beng Hock, hari ini kita hantar dua peguam mewakili mereka iaitu Encik Ganapatirau dan saya Lim Lip Eng” katanya.
Rakan karib Teoh, Woo Chun Seng berkata, Teoh memberi mesej kepadanya untuk mengundangnya sebagai pengiring pada hari perkahwinan tersebut dan beliau terkejut tentang berita kematian Teoh.
"saya terperanjat, saya tak tau di check out di interbet baca berita ini, dia tak pernah memberitahu pasal kerjanya tapi dia kata kerjanya very challenging," katanya.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya Gwo-Burne.
Khalid berkata, cara penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan kematian Teoh ini seperti sebuah strategi yang diatur oleh pihak Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor seperti yang telah berlaku di Perak namun sasaran mereka kepada PKR dan DAP.
"Dalam kematian Teoh Beng Hock kita lihat UMNO cuba bangun memberi sokongan kepada MACC, satu pekara yang cukup aneh dimana ada kematian dalam tahanan, UMNO keluar menyokong pihak yang berkenaan menahan, yang di pertikaikan profesionlisenya dalam menjalankan tugas-tugas mereka,"
"kita amat mengharapkan bahawa pihak pilis tidak turut membenarkan diri mereka diperalatkan, kita tahu pihak barisan nasional ingin sangat untuk rampas kembali Selangor, hakikatnya tindakan ini akan memberi kesan kepada Negara kita, dan the role of law tidak akan lagi wujud," katanya.
Video dan berita adalah ihsan TV Antara
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
saya mohon agar YB tolong tegur PRESIDEN PAS, selalu sangat buat orang sakit hati, dulu tuduh Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang bukan2, tup tup tewas kat terengganu, skrgni buat kenyataan merendah2kan kaum iban..
Tolong respon tentang artikel dibawah. Kes Nizar sila tutup kes, anggap je telah selesai sebab ianya adalah salah faham. Tetapi kes melibatkan Ustaz Hadi Awang ni kes yang berulang-ulang.
Kalau dibiarkan Ustaz Hadi Awang "cakap lepas" lagi, saya jamin PAS pasti gagal menawan SABAH dan SARAWAK...
Mohon komen lanjut :)
fye
----------------------------
Kenyataan Abdul Hadi singgung masyarakat Iban
KUCHING 24 Julai - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu telah 'merendah-rendahkan' masyarakat Iban khususnya di Lubok Antu.
Menurutnya, Abdul Hadi sebagai seorang yang bijak seharusnya meminta maaf di atas kenyataannya itu yang dibuat berdasarkan fakta yang tidak benar.
''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.
''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi.
Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata; "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," katanya.
Jabu menjelaskan, masyarakat Batang Air masih berpakaian normal dan tidak memakai cawat sebagaimana dakwa Abdul Hadi.
Menurutnya, masyarakat Iban hanya memakai pakaian tradisi sekiranya menari tarian tradisional mereka.
Beliau menarik perhatian Sarawak merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan orang yang mengundi parti itu merupakan orang yang mempunyai fikiran yang waras dan wajar sahaja.
''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN," tegas beliau.
--------------------------------