Saya membaca komen-komen yang telah dikemukakan di dalam artikel Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin dengan penuh minat. Yang penting bagi saya semua faham, memegang lilin tidak menjadi satu kesalahan semata-mata atas sebab lilin digunakan dalam upacara keagamaan orang Kristian atau Buddha atau Hindu atau mana-mana agama selain Islam. Penggunaan sesuatu objek oleh agama lain dalam upacara keagamaannya tidak dengan sendirinya menjadikan perkara itu haram untuk digunakan oleh orang Islam. Sebagai contoh, loceng.
Jelas juga bahawa pertikaian berhubung pemegangan lilin hanya wajar ditimbulkan sekiranya ianya dipegang dalam majlis keagamaan selain Islam dan sebagai sebahagian dari upacara peribadatan agama tersebut. Pemahaman berhubung perkara ini amat penting supaya kita dapat menentukan sikap kita secara tepat dan jelas.
Sesuatu perkara menjadi haram atas dua sebab, iaitu ‘lizattihi’ yang bermakna atas sebab zat perkara itu sendiri yang haram seperti arak, daging khinzir dan sebagainya ATAU ‘lighairihi’ iaitu atas sebab faktor luaran yang menjadikan perkara yang asalnya tidak haram menjadi haram. Dalam soal memegang lilin ini, jelas bahawa sekiranya ia menjadi haram sekalipun ianya adalah atas sebab ‘lighairihi’.
Sesuatu yang haram atas sebab ‘lighairihi’ tidak menjadi haram secara mutlak seperti perkara yang haram atas sebab ‘lizattihi’. Perkara yang haram atas faktor luaran hanya akan menjadi haram sekiranya sebab ianya diharamkan masih wujud. Sebagai contoh, perkara yang menjadi haram atas sebab ianya digunakan dalam upacara peribadatan agama selain Islam hanya menjadi haram sekiranya ia digunakan sedemikian rupa oleh seorang Islam dengan tujuan meniru atau sebagai sebahagian dari upacara keagamaan tersebut.
Maka persoalan haramnya pemegangan lilin oleh DS Nizar bergantung kepada persoalan samada beliau memegang lilin sebagai sebahagian dari upacara peribadatan selain Islam atau bertujuan meniru upacara peribadatan selain Islam. Jawapannya amat jelas tidak! Oleh itu ianya tidak haram dan tiada kesalahan yang telah dilakukan beliau.
Ada yang mengatakan isu ini isu ‘syubhah’ atau samar serta meragukan, kerana mungkin majlis ‘candlelight vigil’ merupakan majlis peribadatan bukan Islam. Oleh itu, lebih baik kita menjauhkan diri. Bagi saya, ianya hanya meragukan bagi yang tidak tahu dan bagi yang tidak tahu, penyelesaiannya amat mudah. Tanya yang tahu! Kalau dianggap ianya majlis peribadatan Kristian, tanya orang Kristian. Kalau ianya dianggap majlis peribadatan Hindu, tanya orang Hindu dan sebagainya. Tetapi kalau mereka semua jawab ‘tidak’, janganlah kita pula yang beriya-iya mahu mengatakan ‘ya’! Kita pula lebih tahu dari mereka berhubung majlis peribadatan mereka! Cenderung sangat nak mengharamkan semua perkara.
Dalam soal ibadat khususiyyah, sebaliknya, iaitu semua tidak boleh dilakukan kecuali ada dalil yang membenarkan.
Maka, sudah pasti bahawa majlis memprotes kezaliman bukan ibadat khususiyyah seperti sembahyang dan puasa. Oleh itu semua perbuatan adalah harus atau dibolehkan selain dari yang ada dalil yang mengharamkannya. Maka, adakah dalil yang mengharamkan memegang lilin dalam majlis ‘candle-light vigil’ yang secara simboliknya telah saya nyatakan dalam artikel asal? Jelas tiada.
Majlis ini tidak juga menjadi haram oleh kerana, mengambil kata-kata Mufti negeri kerajaan lanun itu: “banyak cara lain”.
Sebenarnya dalam persoalan ini UMNO telah berjaya mengalihkan pandangan ummat Islam dari persoalan kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada persoalan ‘pegang lilin’. Ummat dan bangsa lain berbahas berhubung kematian beliau, ummat Islam dibawa oleh UMNO untuk berbahas isu ‘pegang lilin’. Mungkin bagi sebahagian ummat Islam persoalan ‘pegang lilin’ ini begitu penting, kerana mereka tak faham dan berjaya dikelirukan oleh UMNO. Tetapi walau penting bagaimana sekalipun, isu ini tidak sepatutnya menenggelamkan isu kematian seorang yang tidak bersalah ditangan SPRM!
Samalah seperti dahulu apabila berlakunya peristiwa Memali. UMNO tonjolkan isu azimat, tangkal dan jampi (Kertas Perintah Peristiwa Memali (1986), m/s: 15-17). UMNO sentiasa memesongkan pandangan rakyat, khususnya ummat Islam dari isu yang sepatutnya menjadi tumpuan mereka. Dalam kes Memali, persoalan pembunuhan kejam orang kampung yang tidak bersalah dan tidak bersenjata ditangan tentera atas arahan UMNO. Begitu juga persoalan kezaliman undang-undasng ISA yang ditentang As-Syahid Ust Ibrahim Libya.
Kini dibawa isu ‘pegang lilin’, ‘anak luar nikah’ dan sebagainya supaya diketengahkan. Soal pembunuhan yang jelas salah terus didiamkan. Inilah sebabnya mengapa kita TIDAK boleh jadikan UMNO sebagai kawan. Mereka sentiasa berusaha memperbodohkan rakyat, ummat Islam khususnya. Bukannya mahu jadikan ummat Islam lebih bijak.
WaLlahu ’Alam
KHALID SAMAD

Kita perlu sedar bahawa mengharamkan yang halal adalah SAMA salahnya dengan menghalalkan yang haram.Maka telah timbul juga persoalan ‘adakah cara ini cara yang dianjurkan Islam?’. Dalam soal ini, komen anak murid PAS Shah Alam amat tepat dan membanggakan. Bertuah saya berada di kawasan Shah Alam. Dalam soal SELAIN ibadat khususiyyah, asal tiap-tiap sesuatu adalah mubah (harus) dan semua adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya. {‘Al-aSlu filAsyYa’il ibahah’ dan ‘Kullu syaiin mubah illa bi dalil yuharimuhu’}.
Dalam soal ibadat khususiyyah, sebaliknya, iaitu semua tidak boleh dilakukan kecuali ada dalil yang membenarkan.
Maka, sudah pasti bahawa majlis memprotes kezaliman bukan ibadat khususiyyah seperti sembahyang dan puasa. Oleh itu semua perbuatan adalah harus atau dibolehkan selain dari yang ada dalil yang mengharamkannya. Maka, adakah dalil yang mengharamkan memegang lilin dalam majlis ‘candle-light vigil’ yang secara simboliknya telah saya nyatakan dalam artikel asal? Jelas tiada.
Majlis ini tidak juga menjadi haram oleh kerana, mengambil kata-kata Mufti negeri kerajaan lanun itu: “banyak cara lain”.
Sebenarnya dalam persoalan ini UMNO telah berjaya mengalihkan pandangan ummat Islam dari persoalan kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada persoalan ‘pegang lilin’. Ummat dan bangsa lain berbahas berhubung kematian beliau, ummat Islam dibawa oleh UMNO untuk berbahas isu ‘pegang lilin’. Mungkin bagi sebahagian ummat Islam persoalan ‘pegang lilin’ ini begitu penting, kerana mereka tak faham dan berjaya dikelirukan oleh UMNO. Tetapi walau penting bagaimana sekalipun, isu ini tidak sepatutnya menenggelamkan isu kematian seorang yang tidak bersalah ditangan SPRM!
Samalah seperti dahulu apabila berlakunya peristiwa Memali. UMNO tonjolkan isu azimat, tangkal dan jampi (Kertas Perintah Peristiwa Memali (1986), m/s: 15-17). UMNO sentiasa memesongkan pandangan rakyat, khususnya ummat Islam dari isu yang sepatutnya menjadi tumpuan mereka. Dalam kes Memali, persoalan pembunuhan kejam orang kampung yang tidak bersalah dan tidak bersenjata ditangan tentera atas arahan UMNO. Begitu juga persoalan kezaliman undang-undasng ISA yang ditentang As-Syahid Ust Ibrahim Libya.
Kini dibawa isu ‘pegang lilin’, ‘anak luar nikah’ dan sebagainya supaya diketengahkan. Soal pembunuhan yang jelas salah terus didiamkan. Inilah sebabnya mengapa kita TIDAK boleh jadikan UMNO sebagai kawan. Mereka sentiasa berusaha memperbodohkan rakyat, ummat Islam khususnya. Bukannya mahu jadikan ummat Islam lebih bijak.
WaLlahu ’Alam
KHALID SAMAD
Comments
dijajanya isu kerajaan perpaduan kembali. Dasar BNatang. Setiap kali isu besar dikeluarkan, isu tempelan menjadi besar. Diinginkan royalti dikembalikan kpd rakyat kelantan, alih-alih UG juga kembali timbul.
modus operandi tetap sama. alih isu yang lain.
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN
ALLAH ITU MAHA PENGASIH
JANGAN KITA PUTAR BELIT
TAKUT PADA ALLAH
saya nak tanya YB, kenapa diharamkan menyambut Valentine. Kenapa diharamkan meletakkan bunga ditugu? Semua ni ada sebabnya
isu di sini ialah, apa yg dilakukan itu ada kaitan dgn ' kepercayaan ' bukan semata2 atas sebab budaya ataupon keagamaan. tak timbul syarat, oleh sebab itu budaya, maka kita boleh buat, sedangkan terang2 apa yg dilakukan tu ada kaitan dgn kepercayaan. kenapa perlu dipasang lilin? kena faham kenapa dipasang lilin, barulah kita boleh menghukum samaada boleh atau tidak
kalau sekadar pasang lilin tanpa ada maksud tersirat tidak mengapa tetapi pasang lilin tu ada sebab lain. tambahan pula, itu ada kaitan dgn ' BUKAN ISLAM '. jadi, kena faham kenapa diminta tinggalkan
ISLAM tak larang untuk bersimpati, untuk menziarahi mayat org BUKAN ISLAM, tetapi ikutlah cara yg ISLAM ajar sahaja
tak perlu nak ikut upacara agama lain, kalau nak tunjukkan simpati, hadirkan diri sahaja sudah cukup, tak perlu pegang2 lilin kononnya nak protes dan sebagainya
kalau inilah pegangan seorg pejuang parti ISLAM, janganlah apabila org lain gunakan alasan yg sama utk menyambut Valentine dan meletak bunga di tugu hanya gunakan alasan simbolik, dikatakan HARAM
PAS = PARTI AGAMA SEMALAYSIA
bermakna orang-orang PAS ini menganut semua agama yg ada di malaysia sebab 2 lah
apa yg dia buat semua betol dan
tak salah tak begitu YB???
luar fatwa. segala2 dah jelas tak perlu berbelit2 menhalalkan tindakan yb nizar .
-kamarul KL
The Muslim mind should work within the framework of comprehensive Islamic morality that does not legitimize defiling people with different ideas because they disagree with us. Rather, the idea should be examined through other ideas and one opinion through another opinion. The Muslim mind should also transcend the stage of making exceptions in criticism (that drove it towards vilifying others for the sake of a fateful and genuine necessity, namely verification of the authenticity of the hadiths they report). This is permisible only for Hadith authentification . But the fixed principle of our religion is that we are prevented from speaking ill of others, regardless of the reasons {And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). } (Al Hujurat 49:12)
Terus menulis YB, waahsinu, innallahayuhibbulmuhsinin.
Penuh dengan sloganeering, ad hominem arguments dan straw man arguments sahaja. Ni mirip taktik BTN!
apa jenis penyokong Pakatan Rakyat berfikiran JUMUD mcm ni
kalau mcm tu, sebijik ler dengan UMNO, asal bangkang UMNO dituduh pembangkang
dah tak betul, sanggah ler takkan nak ikut jer
ada otak sendiri boleh fikir yg mana elok dan mana yg tak elok
inilah org yg JUMUD berpolitik sampai tak kenal yg mana musuh yg mana sahabat
Anda berjaya nmpak soal hukum pegang lilin, anda nmpak soal org berfikiran jumud TAPI anda nampak atau buat2 tak nampak, aper KES ASAL pada acara 'pegang lilin' yg anda cube men'fatwa'kan 'HARAM INI'
UNTUK PENGETAHUAN ANDA, Kesnya adalah satu tubuh manusia iaitu "hak ALLAH", telah mati dlm keadaan menimbulkan syak dan kegusaran dalam masyarakat, yg mana telah dilihat diambil hak itu oleh "LEMBAGA mahupun MANUSIA"!!!
Mana pendapat anda dlm hal ini!!
Tidakkah jumudnya fikiran anda untuk men'fatwakan' benda furu'/teknikal/cabang tanpa melihat benda asalnya yg lebih besar itu!! Sudah pasti org akan nmpak anda adalah juak2 umno/bn@macc!
Jadi jgn mudah melenting bila comment yg diberikan secara umum, tp anda pula yg terasa.. :-)
wallahu'alam
-milestone-
Dalam soal candle light vigil memang digunakn untuk menentang ISA dulu, menentang tahanan penunjuk perasaan dll. Bukan setakat orang mati je. Pegi baca semula posting asal la.
Lagipun dtecconan, takkan pasang lilin dah tak boleh kerana ada kepercayaan berhubung penyalaan lilin. Benda tu pun jelas tak sama dengan salib, kuil dan sebagainya.
Susah betul ke nak faham? Depa kata YB tak faham kaedah fikh tapi rasa saya, nampak jelas yang tak faham mereka ni. Camnilah ye, Islam tertegak atas dasar dalil (Quran+Hadis), bukan ikut sedap awak nak tafsir je. Kalau tak setuju, kasi la point (Quran+Hadis) then boleh la kita debat. Bukan sbb benda tu tak suka ataupun tak gamak nak buat. Sekian.
Upacara seumpama itu juga boleh jadi ada tujuan keagamaan. Di malam Krismas , banyak gereja yang mengadakan upacara bertafakur sambil memegang lilin.
Hari ini sebahagian masyarakat Islam mengutuk perbuatan YB Nizar Jamaluddin kerana melakukan Upacara itu. Ada yang kata boleh, ada yang kata haram. Ini mengelirukan masyarakat Islam yang rata2 tidak tahu apa hukum sebenar terhadap perbuatan itu. Lebih2 lagi ada yang bergelar ulama’ yang tidak bersedia untuk mengharamkannya.Bahkan ada yang mengatakan ianya harus kerana tidak melibatkan upacara keagamaan, cuma budaya sahaja. Kadang-kadang, masyarakat tidak pandai membezakan yang mana benar-benar budaya/adat, yang mana benar-benar upacara keagamaan. Bukankah ada upacara keagamaan itu membentuk budaya sesuatu kaum?
Ada blogger yang membela tindakan Nizar, membawakan contoh budaya Cina Tanah Besar yang menyalakan colok di luar Masjid sambil melaungkan takbir sebelum memasukinya. Blogger tersebut mendakwa pegang lilin dan colok merupakan amalan turun temurun masyarakat cina sejak berkurun lamanya. Penulis nak bertanya samakah orang pegang colok sambil bertakbir dengan orang pegang lilin sempena kematian seseorang? Beliau berpendapat bahawa tindakan Nizar samalah macam amalan masyarakat Cina Islam itu.Hujjah ini hujjah orang awam, bukannya ahli ilmu dalam masalah ini. Mengqiaskan hukum pegang lilin dengan pegang colok cina tidak kena. Qias ma’al fariq. Mana aslun nya, far’un nya, hukumnya, dan illah nya?
Ulama’ harus tegas dalam menyelesaikan masalah ini. Kalaupun perkara itu tidak jelas, mereka harus duduk semeja mengkaji hukum tersebut. Penulis berpendapat hukum memegang lilin dengan tujuan bertafakur atas kematian seseorang adalah haram hukumnya. Ia berasal dari amalan gereja kristian (sebagaimana petikan di atas)yang kemudiannya diperluaskan kepada perkara lain seperti bencana alam, kezaliman, peperangan dan seumpama dengannya.
Dalam isu memegang obor api olimpik contohnya, bukankah ulama’ mengharamkannya kerana asalnya ialah upacara penganut agama Greek Kuno menyembah dewanya Olympus? Ia tetap haram walaupun yang memegangnya itu tidak berniat untuk menyembah dewa itu, hanya sekadar istiadat kesukanan sahaja….
Dalam kitab fiqh manhaji, ada disebut panduan menentukan sama ada satu2 jenis permainan itu dibolehkan oleh syarak atau tidak. Contohnya permainan daun terup, kalau tidak berjudi, haruskah ia? Ulama’ Syafi’iyyah menyebutkan bahawa oleh kerana asalnya dicipta untuk berjudi, maka kalau tidak berjudi pun , ia tetap haram. Begitulah juga dengan menangani isu pegang lilin ini. Kalau bertafakur pegang lilin itu memang asal usulnya dicipta ada kaitannya dengan amalan agama Kristian atau agama lain dari Islam, maka ianya tetap haram walaupun kita ikut tanpa pengetahuan tentang itu.
Jadi, kalau benar memegang lilin itu merupakan budaya/adat yg tiada kaitan dengan iktiqad keagamaan, ianya dibolehkan. Penulis harap janganlah sesiapa ,mempolitikkan isu ini dan ikhlas lah dalam memberi pendapat sama ada ianya dilarang ataupun tidak. Janganlah kerana orang yang melakukannya itu ‘orang kita’, maka kita wajib pertahankan walaupun jelas akan haramnya!!!(Pada pendapat penulis). Sekali lagi penulis seru para ahli ilmu agama dapat sepakat dalam menjelaskan hukum pegang lilin tersebut , sebagaimana jelasnya hukum haram pegang obor olimpik dan bertafakur di tugu negara. Wallahu a’lam.
Saya tidak baca artikel YB. Saya mendapat pendidikan Islam dari guru tasauf jadi saya terpengaruh dengan fahaman itu. YB belajar di Britian dan faham apa Candle Light Vigil serta asal-usulnya. Cukuplah dengan zina, arak, orang tak sembahyang dan macam-macam lagi. Kita ada cara kita dan sudah tentu bakar lilin bukan sunnah nabi. Kita tidak perlu terikut-ikut cara mereka demi untuk menjaga hati mereka. Bukankah lebih baik kita jaga hubungan kita dengan Allah dengan tidak melakukan perkara yang ragu-ragu?
Latipah Nomokario
Kalaulah yang memegang lilin itu orang UMNO, dah sah totok Parti Agama Semalaysia (termasuk dalam blog ni)akan jatuhkan hukum haram seharam harammya...
Tapi sebab yang pegang lilin ni si Selembuzar penderhaka,maka hukum berubah serta merta. Rasanya dah halal kot.
Bak kata Tok Gundu Nik Azazil, rasuah dalam umno haram tapi dalam PAS takpa,janji jangan sokong si perasuah.
Sudah-sudahlah wahai YB. Hentikanlah politik kebencian yang diamalkan oleh puak2 YB yang ternyata merugikan orang melayu dan islam dalam jangkamasa panjang.
Anwar Ibrahim Delusion Syndrome