Skip to main content

Pelancaran Tabung Afghanistan

[JUMLAH TERKINI 1 SEPT 2009: RM 5,250]
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad sering di kunjungi oleh wakil-wakil madrasah, rumah anak yatim dan kem penempatan sementara warga Afghanistan. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah pun menyumbangkan generator set dan water pump kepada wakil-wakil ini.

Dengan ini, kami juga ingin mempelawa tuan-tuan yang budiman untuk menyumbang ke arah kejayaan usaha ini dengan menghulurkan wang sumbangan kedalam akaun yang telah dikhaskan untuk tujuan ini. Butir-butir akaun tersebut adalah seperti berikut:
Maybank 162021401754 di atas nama Khalid Abd Samad
Sebaliknya tuan-tuan juga boleh membeli sendiri generator set atau water pump dan menghantarkannya terus ke pejabat YB Khalid di Seksyen 13, Shah Alam. Untuk mengelakkan kesulitan, sila hubungi kami untuk mendapatkan spesifikasi teknikal peralatan-peralatan tersebut sebelum membelinya. InsyaAllah, pada hari penyerahan sumbangan itu nanti, kami akan menjemput tuan-tuan untuk mengambil bahagian dan bertemu sendiri dengan wakil Afghan ini.


Gambar menunjukkan sumbangan generator set kepada seorang wakil dari sebuah madarasah di Afghanistan oleh YB Khalid Samad

Secara peribadi, YB Khalid lebih cenderung untuk memberi sumbangan peralatan keperluan seperti generator set dan water pump tesebut berbanding dengan sumbangan berbentuk kewangan. Oleh yang demikian, sumbangan kewangan tuan-tuan akan digunakan untuk membeli peralatan dan kemudiannya diserahkan kepada wakil-wakil Afghan ini.

Jumlah kutipan Tabung Rakyat Afghan akan disiarkan di blog ini. Harap dapat dimaklumkan jumlah yang dimasukkan kepada kami melalui email ataupun telefon sebaik sahaja selesai transakasi perbankan. Semoga melalui usaha kecil kita akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh saudara kita ini.

Sekian terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Nota:
Salam takziah dari pihak kami kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (ADUN Permatang Pasir) yang telah meninggal dunia di IJN kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...