Skip to main content

Video: TGNA Tarik Balik Kenyataan Terhadap Nasha



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Berita dan video ihsan Malaysiakini.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

pria malaya said…
Alhamdulillah..sekali lagi penulis manarik lafas lega disusuli kalimah memuji Tuhan yg Esa...seperti yg telah dinyatakan penulis sebelum ni, harapan dan doa penulis akhirnya dimakbulkan..dgn pertemuan, ada penyelesaian, dgn bertemu mata, penyudah senketa..

Penulis ada menyatakan disini, dgn tajuk 'Mesyuarat ukhuwah' -

Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya....penulis postkan sebahagiannya disini..
Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

seterusnya boleh baca di sini..
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/mesyuarat-ukhuwah-alhamdulillahinilah.html

Akhir kalam, semoga saf kepimpinan mengambil pengajaran dari episod duka ini..selain isu 'kerajaan perpaduan', kelemahan dlm berinteraksi (pertemuan, mesyuarat, meja rundingan, face to face dll) sesama barisan kepimpinan, adalah penyebab utama kepada berlangsungnya krisis dan sengketa yg agak mendebarkan ini..semoga Allah merahmati kita..

wallahualam...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/happy-ending-nik-aziz-tarik-balik-minta.html
Anonymous said…
apa cow tunggu lagi khalid??
pegi la minta maaf dgn Ust Nasha atas fitnah yg cow selalu lemparkan kat dia...tu pun aku tak jamin yg Ust Nasa akan maafkan cow.

jgn cow sibuk nak rancang strategi lain nak pengaruh TGNA lagi dah le...pegi bagitau kat cow nye boss, si Husam tu suh bertaubat!
milestone said…
Assalamualaikum.. satu strategi politik dan penyelesaian yg penuh hikmah.

Dari awal saya memahami lontaran akedemik yg berkisarkan UG ini, yg mempunyai kemaslahatan yg tersendiri, tetapi "keadaan dan suasana semasa negara", "tidak mengizinkan" UG juga mempunyai kemaslahatan yg tersendiri, yg mungkin memberi impak pada dokongan rakyat baik islam dan bukan islam ke atas perjuangan ISLAM yg mana dilihat diketuai oleh PAS dalam suasana negara kita Malaysia.
Dan hikmahnya, ahli2 saf baik didalam atau 'diluar' telah melontarkan idea 'tajam', bernas dan intelek dalam tempoh 'ujian semester' ini :-). Cuma saya berharap lebih berkhemah dan berakhlak pada masa akan dtg. Dan dgn itu juga, menampakkan lagi 'siapa UMNO' untuk kita 'berpadu' idea/kekuatan/agenda sekurang2nya buat masa ini..

Secara peribadi, saya ucap tahniah pada pengurusan 'khalidsamad.com' dan YB kerana memberi ruang yg sewajarnya kpd 'penonton' media baru, yg 'garang2' perwatakannya. Hujah YB juga, alhamdulillah, sekurang-kurangnya berbentuk ilmiah untuk 'dilemparkan' sbg bahan perbincangan.
Cuma, mana2 ulasan yg berbentuk 'high level/profile' saya cadangkan lebih tepat diunjurkan pada saluran 'pimpinan' kerana YB berada dan berhak menggunakan saluran itu. Dgn kata lain, kewajaran lebih baik untuk tidak dikongsi pada 'penonton2 biasa' seperti saya.

Harap semua move forward dan terus memberi kekuatan sepenuhnya selepas keputusan akhir 'ujian semester' ini yg berjudul UG diputuskan!

Wallahu'alam..
sham said…
salam semua,

ustat nasa bila pulak nak tarik balik segala pembohongan yang telah dilakukan sejak dari dulu? TGNA yg lebih alim pun merendah diri dan tarik kenyataan yang telah terkeluar. itulah contoh pemimpim yg berjiwa besar. belajar2 la sket. bukan dok bergayut dgn jubah presiden tu. minta maaf je, ngaku tersilap, abis cerita. bab org nk maafkan atau tidak, itu lain cerita... sbb aku tak rasa org boleh lupa macam tu ajer. you have to prove yourself dude!
Anonymous said…
sekarang YB dah faham ker apa maksud UG yg TGHH sampaikan..

sy org bawahan ni pn dh lama faham, harap YB pn faham ok..UMNO ni ibarat api, kita lak jgn la jd petrolnya..

cayalah YB..
Anonymous said…
ahli pas tak maaf kan nasa yang menyusahkan orang ramai dengan kerja dalam selimutnya dengan amnu...

dengar kata dapat banyak kontrek ngan kawan baik dia tu.. betul ke???
Anonymous said…
alhamdulillah..syukur di atas penyelesaian yang cukup jelas lagi terang ini.cukup terharu bila us. nasha bersalam cium tangan TGNA.penyelesaian beginilah yg diharapkan sekiranya timbul lagi isu2 seperti ini.semoga seluruh pimpinan pusat PAS sentiasa dalam kerahmatan dan hidayah yang berpanjangan dari dari Allah SWT.
Anonymous said…
Artikel di bawah saya cut and paste kan dalam ruangan komen ini...Muhaimin Sulam mungkin antara org pertama yang dapat penjelasan dari TGHH..Nampaknya TGHH kecewa dgn YB Khalid dalam PC 10MP..
Sila baca YB Khalid...Saya Berpendapat YB Mohon maaflah kepada TGHH dan Ahli PAS yang lain.

**********************************

Maaf tulisan sebelum ini terlalu ringkas. Ini yang updated.



Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.




Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Ada perkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.



Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat pada latar belakangnya mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Itu adalah idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Memanglah dalam hal ini, akupun setuju dengan Anwar. Tak kan nak heboh semua tentang perincian projek itu. Ini projek politik, bukan projek perumahan yang lengkap maklumatnya. Masalahnya, apabila ahli semua nak tahu apa pemimpin buat. Apa yang pemimpin fikir. Apa yang pemimpin impikan.



Bagi Tuan Guru, Projek 16 September mestilah menguntungkan Islam. Majoriti yang menyokong mestilah daripada ahli Parlimen muslim. Ini bermakna, Projek 16 September mesti mendapat sokongan kuat daripada ahli Parlimen UMNO.




Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS (tak perlu sebut nama), antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak begitu meyakinkan. Walaupun Anwar dakwa ada lebih 20 ahli Parlimen BN akan menyeberang.




Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.Tidak mahu menerima penjelasan yang mudah.




Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Tanpa melihat sejarah perjuangan parti yang tidak pernah khianat dalam berjuang. Terlalu ghairah dengan undi yang diterima dari bukan Islam semasa PRU 12. Takut hilang sokongan daripada mereka.




Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Tuan Guru sendiri sebut, beliau juga ada melakukan kesilapan. Itu kelemahan sebagai manusia. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.




Di penghujung pertemuan itu, aku minta pimpinan PAS 'lebih bijaksana' dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Aku sebenarnya tidak mahu sebut istilah `lebih bijaksana' itu. Macamlah kami kat sini hebat sangat. Nak nasihat orang yang lebih hebat. Tapi Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu (lebih bijaksana)!' Mungkin Tuan Guru kata begitu, untuk memberikan ingatan.



Satu lagi, beliau menjelaskan beberapa parti dan gerakan Islam di Jordan, Turki, Indonesia, Kuwait berpecah, hilang pengaruh setelah menang kerana merasa partinya kuat, pendiriannya betul, menghukum musuh berlebihan dan sebagainya. PAS jangan sampai begitu.


10. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.

cerita lanjut boleh di baca dlm http://muhaiminsulam.blogspot.com/
Anonymous said…
Memerhati kepada wajah-wajah dalam gambar kalangan 10 ahli parlimen yang membuat kenyataan itu tidak menghairankan. Wajah-wajah inilah yang sering kali ternampak sewaktu Anwar Ibrahim membuat kenyataan akhbar di rumahnya di Segambut. Mereka ini lebih berwala' kepada Anwar daripada Abdul Hadi Awang!

Mereka inilah yang saya katakan bila bunyi saja germercingan locing di rumah Anwar mereka akan berlari untuk mendapatkan Anwar sanggup tinggal pinggan nasi demi Anwar. Mereka akan berlari bagaikan anak ayam takutkan helang.
Anonymous said…
KHALID = SHAHRIL ; SAMA AJA ..SUKA MEMENINGKAN KEPALA ORANG. SEBENARNYA UG NI TAKDE APA PUN...DENGARLAH PENJELASAN DULU..JGN TERUS MELENTING..NAMPAK KELEMAHAN KITA PADA MUSUH..APA PUN MOHON MAAFLAH YB KEPADA TGHH DI ATAS SINDIRAN YB TU...PLEASE...SEDIH SAYA TENGOK TGHH:-(
Anonymous said…
YB KHALID...SAYA DAPATI ARTIKEL keratan artikel YB di bawah ini menyindir TGHH..Taubatlah YB..YB masih muda..jangan lah sia-siakan Usia YB..
"Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD"
**************

TGNA pun boleh tarik balik tak YB tak perlu...
Anonymous said…
takbir..!!!
sinner said…
syukur alhamdulillah..ini cara yg PAS lakukan along the way..TGNA adelah sorg yg cukup hebat..walau stinggi mana dia, dia sanggup mengaku segala kesilapan yg dia lakukan..subhanallah..takbir!PAS sudah kembali.. YB khalid,pls get out!kami wala',kami thiqah kerana kami yakin pimpinan kami bukan berperangai sprti YB khalid..ape point YB plak lpas ni?time to get to your own party.

dan sebenarnya kebanyakan pimpinan PAS sudah paham erti sebenar UG..perpaduan semua parti dlm pemerintahan..tp sebilangannya buat xreti dan sengaja menimbulkan polimik UG itu PAS+UMNO..tujuannya?Allah sahaja tahu..yg jelas mereka ini kurg suka unity dlm PAS itu sndiri..benda simple as unity govt yg pernah dibuat oleh negara2 mcm UG dsbg xleh nk study..kata pernah keje petronas..saja la tuu..xnak amik tahu sbb suka momentum konon ahli pas suka diorg..

well,majority of them no actually..they're just bunch of people that only work for PAS when election is around.n bloggers who have no idea what perlembagaan PAS is..

YB, the door is that way..pls help yourself.

thank you
Anonymous said…
That is magnanimous. Wisdom prevailed and well done PAS leaderships.
Mari kita teruskan perjuangan menentang UMNO dan terus meyakinkan rakyat bahawa PAS akan terus memperjuangkan rakyat demi keadilan dan kesejahteraan yang di redhai ALLAH.
Greenbottle said…
Alhamdullillah semua dah nampak 'selesai'.

TGNA dah bermaaf maafan dan saya sekarang nak dengar komen ustaz nasha pula.

TGNA, satu2 nya pemimpin PAS yang boleh diharap & dipercayai...semoga ALLAH panjangkan umur dan beri kesihatan pada nya untuk menjaga halatuju PAS dengan betul...tapi nasharuddin...saya masih sangsi... orang macam ni saya fikir tak boleh buat jadi ketua...saya fikir dia patut di buang dari saf pimpinan PAS pada muktamar PAS 2 tahun lagi.

Saya fikir nasharuddin tak berupaya untuk memimpin malaysia kalau pun PR menang GE-13.
kopipegaga said…
Salam YB,

Tahniah PR kerana masih utuh (bersedia PRU13),

Tahniah PAS kerana gelombang dipenghujung,

Tahniah TGNA kerana tunjuk sikap Ulama sebenar,

Tahniah YB Khalid kerana anda seorg yg professional & islamik dlm menghadapi hujah2 lawan.

Tahniah kerana kebenaran telah timbul, yang salah telah nyata. Yang benar tak perlu berbangga dan yang salah harap dapat muhasabah diri dan memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS. Permohonan maaf anda amat dinantikan dan dialu-alukan. UG dah ditutup, jika ada permohonan maaf itu, ia akan membawa maksud UG ditutup selama2nya.
ANik said…
Syukur,

Alhamdulillah...
Anonymous said…
Cara terbaik untuk TGHH menghindar semula kekeliruan dan keraguan ahli kepada kempimpinan adalah melalui ketelusan.
Ahli ingin mengetahui bagaimana isu ini bermula dan mereka yang menjadi dalang sepatutnya dikenakan tindakan.
Saya yakin segala kudis telah sembuh, namun parut kesan daripada isu ini masih lagi kelihatan.
Tidak adil bagi Ust.Nasha menjadi kambing hitam kepada kecelaruan ini. Sepatutnya ust Nasha mengambil intensif untuk membersihkan namanya.
Tiada siapa berhak untuk menuduh kumpulan tertentu dalam PAS yang menghasut TGNA. Kerana 90% ahli PAS menolak UG dan kebetulan TGNA yang juga menolaknya. Jika tiada TGNA saya percaya perpecahan dikalangan ahli PAS yang berlaku dizaman Dato' Asri akan berlaku dizaman TGHH bersama UMNO.
Fakhrul Azman Khalidin said…
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga. Moga menjadi iktibar buat kita semua, pemimpin sudah menunjukkan contoh & teladan, perbincangan secara dalaman & dengan semangat kekeluargaan insyaAllah akan merungkai segala kekusutan. Alhamdulillah, ayuh teruskan perjuangan & terima kasih buat ayahanda Hj Khalid Samad, mohon maaf jika ada salah silap & terkasar bahasa.
Anonymous said…
anon June 22, 2009 10:15 PM,

bab pertemuan dengan umno ni tak pernah dibnicangkan oleh mana2 jk parti. nasha menjaja merata2 kononnya ia direstui majlis syura ulama. apa pendedahan oleh hp halim abd rahman tak cukup lagi nak sentuh pintu hati kamu?

what are you trying to prove? umno cybertrooper? fine, but what if you are a pas member/supporter? do not advertise your stupidity, whoever you are, albeit umno cybertrooper or pas member/supporter.
Anonymous said…
dulu DSAI buat hal dengan kerajaan lompatnya. Habis kecoh seluruh negara. Dia buat begitu tanpa bincang dalam PR.
lepas tu TGHH pula buat hal dgn ide UG nya. Hampir pecah bahtera pas dan PR dibuatnya.
Mungkin lepas ni giliran LKS pula?

Kepada: ahli kariah masjid LTSAAS,

Terima kasih diatas komen tuan yang mana telah pun disampaikan terus kepada YB Khalid utk tindakan beliau. Harap dapat menghubungi kami melalui email ataupun telefon utk memberikan feedback yang lebih terperinci.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Anonymous said…
Allahumma Salli A'la Muhammad.

Alhamdulillah, TGNA yang amat dikasihi menunjukkan sikap sebenar sebagai pejuang Islam, sanggup merendah diri dengan menarik balik kenyataan beliau kepada Ust. Nasa.

Harapnya YB. tidak menganggap YB lebih mulia dari TGNA untuk menarik balik semua kenyataan mengenai UG yang pada saya hanyalah sifat "mengadu domba" yang memecahbelahkan jemaah selama ini.

Saya akan hanya menarik balik tuduhan YB bersikap "muna_fiq" sehinggalah isu yang YB "create"kan ini YB sendiri yang menamatkannya.

Jika tidak, saya hanya mampu berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. agar YB dengan sikap YB yang jelek itu dikeluarkan dari Jamaah PAS yang dikasihi ini.

Wallahuaklam.
dunno said…
aik, mase akhir video tersebut, terdengar tok guru cakap... berlakon tak dapat duit, xda komisyen pun...

harap lepas nih ust nasha tak buat onar lagi
fuhh.. ramainya pengkomen dari UMNO nih... konon2 menyokong TGHH..

Ada yg kata "tunggu penjelasan", sampai ke sudah takde penjelasan. Yg ada, "penjelasan" kat London. Betul stereng ke tak presiden aku ni.

Ada yg label orang itu-ini munafiq, alahai berbohong pada ahli itu confirm bukan sifat tak-munafik.

Si Nasha pula, mula2 dulu nafikan berjumpa, siap nak saman. Mahfuz pula as Ketua Penerangan terpaksa keluar statement penafian. Lepas tu bila Pak Lah mengaku keluar paper kata sebenarnya memang ada beberapa perjumpaan sulit, terus senyap sampai ke sudah. Mahfuz juga yg terpaksa minta ma'af pada ahli2. Nasib baik Nasha ada 'konvensyen ulamak', boleh la juga berkempen kaw-kaw.

Saya juga masih bersetuju supaya Nasha letak jawatan. Mustafa Ali pun.

Rgds
basir 017-3355733
Mat Yeh, Kuantan said…
Tak buat post-mortem ka ?
Kalau ada barah, kena cantas awal2.
Kalau dibiarkan, alamat jadi PAS Terengganu.
Lingkup sampai ke sudah.
Anonymous said…
ustat nasa bila pulak nak tarik balik segala pembohongan yang telah dilakukan sejak dari dulu? TGNA yg lebih alim pun merendah diri dan tarik kenyataan yang telah terkeluar. itulah contoh pemimpim yg berjiwa besar. belajar2 la sket. bukan dok bergayut dgn jubah presiden tu. minta maaf je, ngaku tersilap, abis cerita. bab org nk maafkan atau tidak, itu lain cerita... sbb aku tak rasa org boleh lupa macam tu ajer. you have to prove yourself dude!

ORG ALLIM BIASAYA BERCAKAP BERDASARKAN ILMU BUKAN AKAL ,ISLAM TAK SURUH KITA MENCECERKAN ORANG ATAU MENAIBKAN ORANG LEPASTU MINTA MAAF. TAPI TAK HARIAN LAH RAMAI PENYOKONG PAS BILA MELAKUKAN PERCAKAPAN MACA NI BARU RASA PUAS.
Anonymous said…
Kpd pengomen2 & pengunjung2....kita kena berlapang dada dgn semua komen & artikel...YB adalah ahli Parlimen dan pimpinan yg aktif sejak dulu...dia lbh tahu mengenai pergerakan pimpinan2....anggaplah tulisan2 dia teguran kpd pemimpin, kita yg ahli bawah ni cuma baca dan memerhati saja.. tak tahu perkara ygberlaku...itupun YB berlapik lg....jgn kata saya ni pekerja Yb pulak....saya bekerja sepenuh masa dgn PAS...tahu sgt perangai sorang2 pimpinan ni...bila ada yg lantang mcm YB ni mula la taksenang duduk masing2...mana demokrasi dlm kepimpinan PAS? Lg satu, YB tak pernah ban komen2 di sini walau ramai yg kutuk sakan kat dia...tak macam MSO, muktamarpas.blogspot dll blog penakut yg tapis komen2..saya guna anonymous pun sbb tak de ID heheheh...bukan penakut....YB, anggaplah cercaan2 itu semua ganjaran pahala utk menguji sejauh mana kesabaran YB....
Anonymous said…
TGNA da tarik balik kenyataan,
nasa korang tungggu la sampi pru 13 pon dia buat bodohh jer,dia takkan minta maaf nyerr
kalo da berani jumpa UMNGOK senyap2 lepass tu nafikann , berbohng latuu, pandai polak cakp belit2,
korg pilihh diaa lagii, bgus2.
aku nk tgk lepas ni apa dia nk buat polakk, SEBENARNYA UNITY GOVET INI MENOJOLKAN BBERPA PIMPIM PAS YG SELAMA NI KORG TAK TAHU CAMNER PERNAGAI DOIRG KAN , SO SKG DAH TAHUU, HEHEHH

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-