Skip to main content

TG Nik Aziz Gembira Jika Benar Wujud Erdogan Dalam PAS



"Erdogan Turki menentang Israel, Erdogan PAS menentang sekular..."
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Untuk kebaikan bukan menjatuhkan, apalah salahnya.

"Welcome to the world of unity"
Tok Guru Nik Aziz Mungkir Janji?


Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz katanya telah sama-sama berjanji dengan Presiden, Tuan Guru Hj Hadi bahawa kedua-dua mereka tidak akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana calon dalam pemilihan kali ini. Walaupun sebenarnya kita boleh mengagak bahawa Tok Guru Nik Aziz lebih suka Husam dan Tok Guru Hj Hadi lebih suka Ust Nasharudin.

Langkah itu dipercayai dibuat untuk mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli-ahli PAS. Dan saya percaya langkah tersebut adalah langkah yang paling bijak dan amat sesuai dengan suasana semasa.

Sebab itulah kita melihat Tuan Guru Hj Hadi begitu jarang mengeluarkan kenyataannya berkenaan muktamar. Hinggakan bila wartawan bertanya kepadanya apakah Ust Nasharudin menjalankan tugas dengan baik sebagai Timbalannya - beliau enggan menjawab dengan alasan tidak mahu berkempen. Begitulah ketegasan Presiden PAS yang kita sanjungi.

Tetapi saya amat terkejut apabila membaca akhbar Sinar Harian Edisi KL hari ini (02/06/09). Di muka hadapan tertera tajuk "Nik Aziz Sokong Erdogan PAS". Dan dihalaman N6, secara jelas Tok Guru Nik Aziz menyatakan sokongannya kepada golongan Erdogan di dalam PAS. Umum juga mengetahui bahawa Husam Musa lah yang selalu digelar golongan Erdogan di dalam PAS.

Apa sudah jadi dengan janji bersama Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ianya dimungkiri. Saya masih ingin bersangka baik dengan Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau terpengaruh lagi dengan pembantu-pembantu beliau yang senantiasa melakukan kerja-kerja bodoh di dalam PAS.

http://muktamarpas.blogspot.com/
Anonymous said…
"Mungkin beliau terpengaruh lagi dengan pembantu-pembantu beliau yang senantiasa melakukan kerja-kerja bodoh di dalam PAS."

Err kerja2 bodoh?? siapakah yang bodoh?? yang pasbaru ni pun mungkin bodoh.. politic is politic.. macam la dia pandai sangat nak kata org bodoh...
anok kelate said…
Salam,
pasbaru ini pun double standard. Nak lagak baik konon...ni saya nak tanya, yang label label ni siapa punya kerja? Kenapa orang baik macam pasbaru tak bantah amalan melabel Erdogan lah, agen Anwar lah dan sebagainya?

TGNA letih melihat amalan label label ini dan hanya berusaha mengadakan padang sama rata supaya pertandingan ini lebih adil. TGNA tak kata sokong Husam. Dia kata Erdogan tu pun baik orangnya supaya semua perwakilan memilih tanpa prejudis. Husam pun baik, Nasha pun baik.

Hanya saya rasa penyokong Nasha dan pembenci Husam seperti 'antihusam' yang dah ditelan dalam maksiat dirinya sahaja yang susah hati dengan kenyataan TGNA. Bagi saya, ianya dilakukan untuk membetulkan maksiat yang dilakukan dulu yang tiada orang bantah. Iaitu amalan melabel!

Selamat bermuktamar. Pilih yang terbaik dari yang baik.
orang lama said…
Salam semua.

Kenyataan TGNA ok. Yang agak melampau kenyataan Haron Din hari ini dalam Sinar. Betul cakap YB. Dia ulang lagi.

Saya ahli PAS dari zaman Al Marhum Yusuf Rawa macam YB. Saya melihat YB berjuang bersusah payah dari dulu sampai sekarang. Begitu juga ulama' PAS yang bersifat haraki dan mujahid.

Haron Din bagi saya tidak haraki dan tidak mujahid. Time Memali dulu, dia diam tidak kedengaran, tak ke depan. Bila masa kita susah dulu, dia duk beri kuliah kat pejabat korporat UMNO. Dia lain, tak macam Al-Marhum Yusuf Rawa dan Al-Marhum Fadhil Nor. Jauh sekali dari TGNA.

Saya nasihat orang PAS. Jangan nengok pada nama.Jangan nengok pada kelulusan. Nengok pada sikap dan nilai hujjah. Nilai dari sudut haraki atau tidak seseorang itu.
chemen said…
pasbaru nampak sangat tak mendengar jawapan TGNA betul2.. walaupon wartawan tanya beliau pasal puak yg digelar "Erdogan" dlm PAS, beliau menjawap dgn merujuk terus kpd Erdogan PM Turki, yg beliau mahu ahli2 PAS contohi sikapnya yg tegas terhadap Israel.. bg sesiapa yg selalu mengikuti ceramah/ucapan TGNA, ini mmg cara beliau utk mematikan isu..
macam Imam Syafie, bila dia dituduh sbg syiah rafidah, dia jawap kalau dgn mencintai ahlul bait dianggap sbg syiah rafidah, maka biarlah jin dan manusia menyaksikan bahawa dia adalah seorang Rafidah...
so kalau lah dgn bertegas terhadap Umno/BN dan menguatkan kerjasama dlm PR seperti mana kehendak muktamar dianggap sbg Erdogan, lantaklah orang nak gelar Erdogan ke..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan