Ini merupakan lanjutan dari Respon Pengunjung Jun (Part I) yang saya berikan semalam.
PERSOALAN USUL SISTERS IN ISLAM
Penjelasan yang saya beri adalah seperti apa yang berlaku. Bukan kerana tekanan dari mana-mana pihak dan tidak sebagai ‘after thought’. Bagi yang berminat, boleh check Malaysian Insider kerana saya membuat penjelasan yang sama pada petang Ahad 7 Jun itu sendiri sebelum mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Penjelasan itu dibuat semasa masih di Stadium Melawati sebaik sahaja saya sedar bahawa usul itu disampaikan ke PAS Pusat dalam bentuk asalnya. Penjelasan saya adalah untuk menjelaskan apa yang berlaku demi menolak salah tafsir terhadap sifat perjuangan PAS itu sendiri dan uslub dakwah yang ingin dilaksanakan.
Pendirian kita terhadap SIS tidak berubah dan kita masih meminta supaya pendekatannya disiasat. Itu jelas.
KENYATAAN MEDIA KERAJAAN PERPADUAN
Akhirnya, ada yang bertanya kenapa keluarkan kenyataan media ini? Saya jawab untuk menegaskan keputusan muktamar dan menyokong kenyataan TGNA.
Saya hairan apabila kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan keputusan muktamar dikeluarkan, semua pakat diam. Adakah keputusan berhubung UG yang diambil dimuktamar? Yang dipersetujui bersama ialah kukuhkan PR sambil berinteraksi dengan semua. ‘Berinteraksi dengan semua’ dihujjahkan berdasarkan usaha dakwah, Nabi Musa (AS) dengan Firaun; mana datangnya UG? Apa kaitannya dengan UG? Tidakkah UG ini jelas bercanggah dengan perkukuhkan PR?
Sememangnya TGNA marah kerana dia faham apa yang sedang diusahakan. Zaman ini bagaikan zaman ‘pintu belakang’. Ada kerajaan ‘pintu belakang’. UG hendak dibawa masuk keatas PAS melalui pintu belakang.
Ada yang tanya mengapa hanya sepuluh MP? Sepuluh budak hitam? Jawapan ringkasnya kerana hanya sepuluh yang ada pada masa siding media itu. Tetapi kalau perlu untuk memuaskan kehendak tuan-tuan, petang ini (Isnin) kita boleh cuba buat sekali lagi. Yang tidak sempat hari itu YB Pengkalan Chepa, YB Kota Bharu, YB Pasir Putih, YB Sik, YB Jerai, YB Bukit Gantang dan beberapa yang lain. Ada di antara mereka yang saya sebut tadi yang diragui akan bersama dengan kenyataan ini?
YB Mahfuz dan YB Sallahuddin sebagai Naib Presiden telahpun mengeluarkan kenyataan lebih awal meminta Ust Nasha pergi berjumpa dengan TGNA. Ust Nasha kena pergi itu memang kena pergi dan saya sokong, tetapi pendirian kita berhubung UG yang tidak pernah dibincang dan bercanggah dengan usaha memperkukuhkan PR perlu disanggah awal-awal lagi.
Apabila sudah tidak mempuyai hujjah, ada pula yang ingin menuduh kami ini ‘Munafik’. Di antara sifat munafik, bila dia bercakap dia berbohong. Tetapi saya tak berbohong. Alhamdulillah, sejak dari dulu sampailah sekarang saya masih konsisten dengan pendirian saya berhubung UMNO dan kerjasama dengannya. Sebelum dan semasa pemilihan AJK PAS pusat saya tolak. Selepas pemilihan pun saya masih tetap tolak. Pihak yang berbohong adalah mereka yang berkata telah “dipersetujui MS Ulama’, dipersetujui AJK PAS Pusat dan sebagainya”, “tak nak, tak nak, tak nak” sebelum pemilihan, “mungkin, mungkin, mungkin”, selepas pemilihan. Siapa itu? Kajilah sendiri. Tapi jangan pula salah faham. Saya tidak menuduh sesiapa munafik, seperti yang telah dilakukan keatas kami. Saya hanya menjelaskan ada sifat-sifat sebegitu yang jelas perlu dibenteras bersama.
Ada yang bertanya “ada ke sebenarnya perbincangan dengan UMNO?” Malangnya dalam soal ini, berdasarkan pengalaman terdahulu, kita kena tunggu UMNO yang dedahkan. Lepas itu barulah pemimpin-pemimpin tertentu akan mengaku. Masa tu pun dah kena tipu, tak ingat lagi ke? Kasihan Mahfuz. Dulu dah jadi mangsa. Nanti tidak tahu siapa pula. Namun, saya pasti kali ini beliau tidak akan benarkan dirinya menjadi mangsa sekali lagi.
Ada pula yang kata, “Sabar dulu. Tunggu isu ini jelaskan”. Saya hendak bertanya kenapa kalau belum dijelaskan kepada pimpinan dan ahli ianya telah diketengahkan? Bukankah itu kerja yang kurang bijak namanya? Apa hak untuk menengahkannya? Apakah tujuannya? Membelakangkan amalan syura dan sebagainya?
Akhir sekali saya nak tanya yang bijak pandai, apabila PAS cadangkan UG dan UMNO sambut baik, selepas itu PKR dan DAP yang tentu akan tolak, apa yang kita nak buat? PAS patah balik kepada PR akan dituduh tunduk pada DAP dan PKR. Ya lah, PAS teringin tetapi DAP dan PKR tidak mahu. Takkan mahu kata PAS tak setuju dengan cadangannya sendiri pada masa itu, mana masuk akal! PAS setuju juga tetapi rakan-rakan tak setuju maka kita terpaksa tarik balik. Maka “sah boneka DAP!” akan tersiar muka depan akhbar.
Kemungkinan kedua, PAS pergi seorang diri dan akan berpecahlah PR (ini bercanggah dengan keputusan muktamar) dan menyerah cantik leher PAS untuk dipancung UMNO untuk kali yang kedua!
Ini merupakan langkah politik yang menjerat diri. Tidak mustahil diilhamkan dan dirancang oleh mereka-mereka yang ditugaskan untuk membunuh politik PAS di negara kita ini.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments
saya pun nak bongkar juga satu rundingan sulit antara seseorang DARI KELANTAN dengan SESEORANG DARI UMNO selepas pru 11, thn 2004 tanpa perbincangan dan persetujuan AJK PAS PUSAT atau Majlis Syura (masa tu PAS kelantan kalah teruk tinggal 2 kerusi aje)...
Kalau saya bongkar, nanti keadaan jadi lagi dahsyat...
Terima kasih.
Bulan Penuh 2012
Maaf sbb sy antara yang mengaitkan tuan dengan sikap munafik. Sikap munafiq itu bukan sahaja berbohong ye.., tuan lebih maklum.
Sebenarnya saya sendiri 100% menentang kemasukan PAS dalan BN. Apabila idea "Kerajaan Perpaduan" dikemukakan TGHH, saya mengambil sikap terbuka setelah membaca penjelasan bahawa UG bukan bermaksud PAS masuk UMNO, atau masuk BN.
TGHH telah lama menjelaskan bahawa UG ini bermaksud semua parti dalam Kerajaan. Mungkin hanya orang munafiq sahaja tidak mendengan penjelasan ini.
Saya teringat kata-kata Ust. Nik Abduh, "Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama".
Saya juga ingin menyatakan rasa yang sangat menyampah apabila membaca ayat tuan...
"Akhir sekali saya nak tanya yang bijak pandai, apabila PAS cadangkan UG dan UMNO sambut baik, selepas itu PKR dan DAP yang tentu akan tolak, apa yang kita nak buat? PAS patah balik kepada PR akan dituduh tunduk pada DAP dan PKR. Ya lah, PAS teringin tetapi DAP dan PKR tidak mahu. Takkan mahu kata PAS tak setuju dengan cadangannya sendiri pada masa itu, mana masuk akal! PAS setuju juga tetapi rakan-rakan tak setuju maka kita terpaksa tarik balik. Maka “sah boneka DAP!” akan tersiar muka depan akhbar.
Kemungkinan kedua, PAS pergi seorang diri dan akan berpecahlah PR (ini bercanggah dengan keputusan muktamar) dan menyerah cantik leher PAS untuk dipancung UMNO untuk kali yang kedua!"
SAYA MENEGASKAN DI SINI, JIKA TUAN DAN KAUM MUNAFIQ SEPERJUANGAN TUAN TIDAK MELAKSANAKAN KERJA BODOH INI, MELETAKKAN JAMAAH PAS SEBAGAI WADAH UTAMA PERJUANGAN, MEMAHAMI BAHAWA PAKATAN RAKYAT ADALAH IJTIHAD, MENGHORMATI PRESIDEN, MENGGUNAKAN SALURAN RASMI PARTI SECARA BETUL DAN YANG PALING AKHIR DAN YANG PALING MENGECEWAKAN, TIDAK MENGUMPULKAN MP-MP PAS BAGI MENGELUARKAN KENYATAAN BODOH, NESCAYA PAS MASIH MERUPAKAN BAHTERA YANG SELAMAT.
Saya melihat tuan tidak ubah seperti sang munafiq yang telah berjaya melaksanakan misinya untuk menghancurkan jamaah, dan kemudiannya sedang merancang untuk meletakkan kesalahan menghancurkan jamaah itu kepada TGHH. Semoga Allah menunjukkan kebenarannya kelak.
Salleh - Putrajaya
jika kita lihat rentetan permasalah UG ini, bilakah bermulanya isu ini mula dihangatkan kembali sesudah muktamar di Ipoh tahun lepas telah sepakat membuat keputusan untuk kekal bersama Pakatan Rakyat?
tapi pada muktamar tersebut tiada pemilihan jawatan, jadi isu UG berhenti setakat itu shj...
namun apabila muktamar tahun ini berlakunya pemilihan baru bagi jawatankuasa parti, maka isu ini mula dihangatkan kembali...kenapa?
jawabnya ialah ianya seakan menjadi satu modal politik bagi menjatuhkan salah seorang calon Timb Presiden...
andainya jika ditakdirkan YB Ust Nasha kalah hari tu, saya rase isu UG ini akan berlalu begitu shj...
Allah Maha Besar, hikmah disebalik kekalnya YB Ust Nasha di kerusi Timb Presiden, maka kita sama² boleh melihat betapa melatahnya mereka...termasuk YB Khalid
saye juga amat sedih dgn kenyataan sombong YB Khalid membanding bandingkan PAS Selangor dan PAS Terengganu...anda mengatakan PAS Terengganu kononnya kuat tapi tidak berjaya membentuk kerajaan, tidak seperti PAS Selangor...anda begitu celupar sejak menjadi MP...anda harus ingat, kemenangan anda di Shah Alam itu dibantu juga oleh org² UMNO yg bencikan Dato' Aziz Shamsuddin
Ahli PAS Kemaman
Betul apa hujah tu. It makes sense.
It is your hatred that doesn't make sense.
Tak betul ke hujah tu?
Give an explanation. Ini nak tuduh munafik, munafik, munafik. Boring aku!
Apa ni? Style PAS Teganu?
Eee... maaf ya. Orang PAS teganu tak macam ni. PAS boneka UMNO lebih kot...
Apakah agaknya yang di harapkan dari UMNO? Mahukah agaknya UMNO menyokong hukum hudud? Haramkan judi dan arak? Bawa kemahkamah mereka yang rasuah tak kira orang UMNO atau dari puak lain. Mansuhkan ISA? dan banyak lagi, atau asalkan dapat seotang dua dari PAS jadi menteri walaupun bukan di kementerian yang penting.
Perkara ini adalah khilaf yang sepatutnya tidak menjadi sebab untuk mengeluarkan kata-kata yang buruk... Kenapa tidak fahami isu ini daripada sudut pandangan yang berbeza-beza dan memberikan pandangan sendiri atas manhaj ilmu, kemudiannya biarlah syura memutuskan pandangan mana menjadi ketetapan jamaah (ketetapan umum muktamar ialah perkukuh PR) untuk dipatuhi oleh ahli. Bersentimen terhadap mana2 pimpinan semata2 tidak membawa kita ke mana2 dan tertolak dalam agama, bahkan yg utama ialah menilai pandangan2 mereka untuk menambah kefahaman kita terhadap timbangan/neraca2 dalam agama, supaya kita menjadi lebih bertaqwa kpd Allah dan berakhlak seperti mereka.
kerana kuasa ker krn Islam?
kalau krn kuasa, 2 X 5 je dgn UMNO..
En. Salleh, YB bukan tak faham isu UG. Dia telah menulis mengenainya lebih awal lagi. Sila lihat entry blog ini utk bulan Mac/April. YB dah jelaskan.
Yg menjadi masalah ialah UG tidak pernah menjadi agenda PAS. Sila dengar betul2 ucapan Ust. Abd. Halim yg videonya ada di blog ini juga.
Persoalannya; Bagaimana agenda UG ditonjolkan oleh pemimpin2 tertentu sehingga ada penulisan mengenainya didalam Harakah/Fikrah 19-21 June yg merupakan lidah rasmi PAS?
Walaupun ianya bukan bererti membawa PAS masuk UMNO atau masuk BN, ianya lari/bercanggah dgn matlamat memperkukuhkan PR. Contoh perang sifin, tulisan YB amat tepat untuk menjelaskan kelemahan strategi politik golongan pro-UG.
Way to go YB!
saya ada sedikit pandangan, saya masih muda dan masih serba kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman. dari satu aspek, saya bersetuju dengan YB dlm beberapa perkara dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara. Dan dalam Komen ini, izinkan saya berhujah kenapa ada perkara saya tidak setuju dengan tindakan dan pendapat YB.
Pertama sekali tahniah untuk PAS shah alam kerana mengusulkan SIS disiasat.
Tuan YB,
Dalam isu UG( Unity Government ), saya dapat lihat PAS terbahagi kepada 3 Golongan ( menentang, menyokong dan terbuka). Dan secara Umum. Dilihat golongan menyokong dan terbuka ini turut dikategorikan dalam satu puak.
Berbalik isu UG ini, tersirat dan tersuratnya.
Pertembungan 2 golongan ini adalah kerana PAS sekarang berada di dalam PAKATAN RAKYAT menurut tahaluf siyasi yang diamalkan. Dan Jika sekiranya PAS itu stand alone, maka tiada timbul akan isu ini diperdebat secara hangat terutama melalui media Kerajaan dan media alternatif.
Bagi saya, PAS yang berada di dlm PAKATAN RAKYAT ini mengamalkan tahaluf siyasi bersandarkan satu ikatan, Keadilan demokrasi dan menentang segala bentuk penyalahgunaan kuasa dlm kerajaan. Namun dalam isu ISLAM, PAS bersendirian.
Dlm ISU ISLAM, PKR tidak memainkan peranan walaupun sebahagian pimpinannya Melayu ISLAM kerana dasar mereka Keadilan bersama. bukan berpaksi kepada ISLAM secara umum.
INGAT: Dlm ISU ISLAM, PAS berseorangan.
Dan secara tak langsung, Isu UG ini membuka mata semua orang untuk melihat bagaimana bersatu PAS dalam menangani ISU ini.
Saya tidak sokong atau bangkang isu UG, cuma saya melihat kesan permainan ini ke atas kesatuan PAS.
Dan saya percaya, YB lebih tahu secara mendalam apa yang mengikat antara PAS, PKR dan DAP dlm PAKATAN RAKYAT!! Kerana YB terlibat secara langsung dengannya dan tambahan pula YB seorang MP.
YB sangsi atas kejujuran Pimpinan tertinggi kerana Pertemuan sulit yang mana YB sendiri mungkin lebih arif tentang itu. Namun YB juga antara pimpinan atasan sebelum ini, dan ramai juga yang bersama YB dalam isu ini. Dan sebelum muktamar lagi YB aktif menyerang Ustaz Nasyaruddin dlm Blog YB.
Bagi saya, sekiranya isu ini yang menganggu kepercayaan YB ke atas Tuan Guru Presiden dengan lontaran Idea UG, itu adalah hak pendapat YB.
Namun bagi saya, saluran YB untuk menunjukkan YB tidak setuju tidak tepat. Jika awal2 lagi YB sudah sangsi, YB patut berkempen awal2 lagi atau terus membuka pekung siapa yang YB rasa akan mengkhianati PAS dalam Mesyuarat tertinggi parti. Dalam hal ini, rsanya kempen tidak salah kerana untuk menyelamatkan PAS dari anasir UMNO sekiranya ada. YB dan orang2 yang menyokong YB patut berfikir tentang ini sebelum muktamar lagi.
Dan sebelum Muktamar, kita nampak seperti pertembungan Ulama dan profesional dan yang paling lucu YB ada ulas mee celup yang disandarkan pada Ustaz Nik Abduh. pada saya ketika itu, bukan isu mee celup, isu sebenarnya menggunakan pengetahuan ISLAM yang ada untuk memalingkan orang lain supaya menyokong idea sendiri tanpa bersikap terbuka dengan idea orang lain.
Tindakan YB membicarakan tentang Isu UG, Ustaz Nasha dalam Blog YB seperti menuang petrol ke atas bara api.
Dan secara tersiratnya, YB menyatakan cara lontaran Idea TGHH ini tidak tepat pada masanya dan kurang strategi.
DAN SECARA TERSIRATNYA, saya juga merasa, dlm pimpinan tertinggi terdapat terpadat perbezaan pendapat yang ketara dan pendirian berbeza dlm isu Tahaluf siyasi ini dengan PAKATAN RAKYAT dan isu di dalamnya. Ini kerana, gambaran yang diberi oleh tindakan YB dan rakan2 YB sendiri seperti, antara Pimpinan tertinggi terdapat isu kepercayaan dalam beberapa isu sulit yang melibatkan isu ISLAM dan seangkatan dengannya.
Dan sebab itu, ada Pimpinan yang menyokong dan ada Pimpinan yang menentang. Ini kerana, mungkin Mesyuarat2 tertentu hanya hadir orang2 tertentu yang masing2 mempeercayai.
ITU HANYA TELAHAN SAYA, setelah melihat tindakan YB dan rakan2 YB.
Ini kerana pada saya, banyak Golongan Ulama bersetuju utk tahaluf siyasi dgn DAP dan PKR hanya dalam satu Isu: KEADILAN BERSAMA. tapi dalam Isu perjuangan ISLAM bersama PAKATAN RAKYAT,Suara PAS lebih lemah dari berdiri dgn sendiri.
Akhir sekali, apa2 pun saya menghormati YB atas kapasiti YB sebagai pimpinan PAS dan berharap YB menimbang semula tindak tanduk YB selepas ini.
Kadang2, dalam kita mengetatkan simpulan, kita terpaksa melonggarkan ikatan sebelumnya supaya Ikatan selepas itu lebih Kuat dari sebelumnya.
Assalamulaikum wbt.
AHLI PAS KUANTAN
mengikut kata² Dato' Husam, antara sebab beliau bertanding merebut jawatan Timb Presiden PAS pada muktamar baru² ini adalah kerana halatuju PAS ini masih kabur...
maka cadangan saye, bagi pemilihan muktamar yg ke-52 nanti, YB Khalid bolehlah bertanding utk kerusi jawatan Timb Presiden dan YB Dato' Husam calon untuk kerusi Presiden PAS...
Biar lah ulamak2 kita fokus kepada bab2 tarbiyah dan rohaniah. Kita minta depa concentrate kat ceramah saja. Running the country, kita serah kepada gulongan professional. Tampal poster, pasang bendera, susun kerusi dll, kita berikan kepada non-ulamak gak.
Baru bereh.
Ahli Pas juga
Mereka tidak menganggap PAS ini jemaah Islam, tapi sekadar parti politik. Jemaah sebenar ialah jemaah meraka. Jadi memanglah tidak timbul isu adab berjemaah dengan presiden