Kebelakangan ini banyak yang disebut berhubung persoalan usul Sisters in Islam. Oleh kerana ianya merupakan usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang bersidang pada 12 April 2009, saya kira adalah wajar penjelasan lanjut diberikan bagi menghuraikan isu ini.
Setelah mesyuarat Dewan Muslimat tersebut, usul ini seterusnya telah di bawa ke Mesyuarat Tahunan PAS Kawasan Shah Alam yang bersidang pada 19 April. Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan dan perjalanan mesyuarat kurang mengizinkan, maka akhirnya semua usul-usul yang dibawa untuk perbahasan di Mesyuarat Tahunan tersebut di serahkan kepada AJK Kawasan untuk membincang dan memutuskan kedudukannya. Tindakan ini dicadang oleh salah seorang perwakilan dan diterima didalam Mesyuarat.
Seterusnya pada 23 April 2009 jam 9.00 malam mesyuarat AJK kawasan diadakan dan usul-usul dibincang. Pada masa itu saya telah membaca usul Dewan Muslimat Kawasan dan saya menyatakan usul ini perlu diubah ayat-ayatnya kerana kelihatan agak keras dan cenderung kepada penggunaan kuasa. Usul itu perlu menzahirkan kecenderungan PAS untuk berbincang, berhujjah dan berinteraksi, bukan menghukum, mengharamkan atau menyekat dan menahan, jelas saya lagi. Ahli mesyuarat bersetuju dan usul itu dikembalikan untuk diubah.
Saya menegur susunan ayat tersebut kerana sikap yang mementingkan usaha dakwah dan bukan menghukum adalah sikap yang lebih menepati kaedah Islam. Ini kerana kita semua tahu ayat 125 Surah An-Nahl yang bermaksud :
“Serulah kepada jalan Tuhan mu secara hikmah dan contoh dan kata-kata yang baik dan berhujjahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik…”
Ayat ini jelas memberikan penekanan kepada persoalan hikmah atau kebijaksanaan, contoh dan kata-kata yang baik serta penghujjahan secara yang terbaik. Ianya merupakan kaedah-kaedah yang menekankan ‘persuasion’ atau ‘usaha mengajak dan meyakinkan’ dan bukan kaedah ‘coercion’ atau paksaan.
Sambil itu kita juga melihat bagaimana dalam sejarah Islam telah wujud banyak ketika di mana fahaman-fahaman yang menyeleweng telah muncul dan bagaimana penyelewengan ini telah dihadapi oleh para Alim Ulama’ Islam dengan penerangan, pengupasan dan penghujjahan yang tepat dan padu. Kisah hidup Imam Al-Ghazali (RahimahuLlah) di mana beliau berhadapan dengan golongan ahli falsafah yang terpengaruh dengan falsafah Yunani termasuk Aristotle dan golongan Batiniyyah telah diketahui umum. Imam Al-Ghazali telah mengarang kitab-kitab seperti ‘Maqasid Al-Falaasafah’, ‘Tahaafut Al-Falaasafah’ dan sebagainya untuk memerangi pemikiran ini. Begitu juga beliau mengarang ‘Al-Mustaz’hiri’ untuk mendedahkan penyelewengan golongan Batiniyyah.
Usaha untuk memaksa ummat Islam berpegang kepada satu fahaman pernah dilakukan pada zaman Khalifah Al-Mu’tasim. Pada masa itu golongan Mu’tazillah yang berkuasa dan dengan sokongan Al-Mu’tasim, mereka berusaha untuk memaksa ummat Islam menerima fahaman mereka. Berlakulah kisah penjara dan sebat ke atas Imam Ahmad Ibn Hambal. Adalah amat jelas, mereka ini bukan contoh ikutan kita.
Berdasarkan hujjah-hujjah sebegini maka dipersetujui untuk usul itu diubahsuai. Malangnya ianya tidak dilakukan dan apabila tiba masa untuk menyerahkan usul-usul kepada PAS Pusat, bentuk yang asal telah diserahkan.
Pindaan yang dicadangkan oleh saya dan diterima oleh mesyaurat pada malam itu tidak menafikan bahawa ada banyak yang kita tidak setuju dengan pendirian Sisters in Islam. Ada yang kita rasa jelas bercanggah dengan syariat itu sendiri dan kita masih tetap berpendirian begitu. Namun apa yang penting ialah soal cara atau ‘uslub’ dakwah yang bersesuaian dengan Islam, bersesuaian dengan kaedah menerang, mengupas, berhujjah dan meyakinkan pihak pendengar. Bukan menghukum dan menggunakan kekuasaan untuk menyekat dan memaksa.
Petang semalam, pada jam 2 petang 14 Jun, telah diadakan satu sidang media di mana perkara ini telah cuba saya jelaskan. Walaubagaimanapun, saya tidak tahu apa yang akan tersiar pada pagi ini dan apa pandangan masyarakat terhadap penjelasan yang telah dibuat semalam. Namun biarlah saya mengaku tersilap dari cuba menutupnya dan dengan mengaku kesilapan ini dapat membuka ruang untuk membuat penjelasan sejelas-jelasnya berhubung sifat dan kaedah Islam membawa perubahan di dalam sesebuah masyarakat. PAS tidak cenderung kepada paksaan dan pengharaman, tetapi cenderung kepada perbahasan dan penerangan!
Kesilapan saya adalah tidak menentukan usul itu diubahsuai sebelum ianya dihantar dengan usul-usul lain ke pihak Pusat. Hakikatnya, saya pun sebenarnya terlupa perkara ini sama sekali sehinggalah ianya ditimbulkan pada hari terakhir Muktamar oleh seorang pemberita. Pada hari itu barulah saya teringat kembali akan isu usul berkanaan dan bagaimana ianya sepatutnya diubahsuai.
Ada pula yang bertanya, “Adakah perlu tuan meminta maaf kepada Sisters in Islam?” Saya menjawab kalau perlu saya meminta maaf, ianya adalah kepada PAS kerana telah memberikan peluang pihak lawan memburuk-burukkan kita dengan tuduhan-tuduhan ‘cenderung memaksa’.
Seterusnya PAS Shah Alam akan menulis kepada PAS Pusat untuk menjelaskan bahawa usul tersebut adalah berbentuk asal sebelum diubahsuai. Pengubahsuaian perlu supaya menjelaskan kehendak sebenar yang ingin dibawa, iaitu supaya Majlis Fatwa Kebangsaan menyelidik dan mengkaji pendirian Sisters in Islam berhubung beberapa isu dan membetulkannya sekiranya didapati bertentangan dengan syariat Islam melalui proses perbahasan dan pengupasan yang jelas dan meyakinkan semua pihak. Persoalan pengharaman dan pemulihan ahli tidak merupakan matlamat disebalik usul berkenaan.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
*update video ihsan Malaysiakini
BAHAGIAN I
BAHAGIAN II

Comments
YB,
Saya agree that the method of dakyah has to be right. Nonetheless, the influence that these people have on our sisters are dangerous. I am in the opinion that the word 'Sisters In Islam' are only a method for them to get attention from our sisters. The messages and concepts that they are delivering, however, are mainly not from Islam.
Although Islam suggests of using the method of berdiskusi, debate, etc for 'golongan cerdik pandai', there ought to be a limit. If they persist and keeps on doing their way, action needs to be taken!
YB, buat salah sorang2 takpe, but when you are preaching and inviting others to the wrong ways, those who has the power has to do something.
Jangan sampai tunduk dengan SIS sudahlah..
Pendirian mesti tetap!
nanti ramai yg cakap PAS takut dengan SIS ...
Lantak la ... saya rasa dengan SIS ni kene berkeras sket! Ader ke boleh kasi hujah dangkal yg Perempuan boleh jadi Imam solat jumaat yg makmumnya lelaki?
bila sebut Professional ni, lebih2 lg IR yg ada hanya "Yes" or "No" sahaja..
kalau yes ckp yes, kalau no ckp no..
pegi la jilat b*nt*t DAP/PKR tu khalid woi..
wat malu pejuang Islam.
Zaman anak-anak dulu, bila terjumpa sesuatu semasa bermain kami akan berkata ‘cup’. Sesiapa yang berkata ‘cup’ paling awal barangan itu menjadi miliknya.
Begitu juga bila letih dikejar dalam permainan acilut, kami akan berkata ‘cup’ untuk membolehkan duduk dan berehat sekejap sementara menunggu kita dihidupkan oleh kawan-kawan yang tidak ‘cup’.
Sama juga halnya bila kita tersilap melakukan sesuatu dalam permainan seperti tersilap meneka orang yang bersembunyi ketika main-main sembunyi-sembunyi. Kesilapan itu ditebus dengan perkataan ‘cup’.
Itu permainan zaman anak-anak.
Dalam persidangan DUN atau parlimen, ungkapan ‘dengan izin’ sering kedengaran apabila kita ingin mengungkapkan sesuatu ungkapan yang bukan dalam bahasa Melayu. Sama ada speaker izin atau tidak ungkapan ‘dengan izin’ itu dikira izin.
Satu lagi ungkapan popular ialah ‘tarik balik’. Ungkapan ini disebut dalam kes-kes unparliamentary. ‘Tarik balik’ kalau tidak diungkap boleh mendedahkan pengucapnya untuk dipersalahkan.
Media melaporkan, pembawa usul supaya SIS diharamkan akan 'cup' dan 'tarik balik' usul itu. Usul ini diterima tanpa bahas.
Pas Shah Alam yang diketuai seorang profesional dilaporkan akan menarik balik ungkapan ‘mengharamkan’ dan digantikan dengan ‘berbincang’ dalam usul yang diluluskan muktamar mengenai SIS. Baca sini.
Alasannya, usul itu dihantar secara tergesa-gesa dan bukan versi terakhir. Usul itu belum sempat dipinda dan dibincangkan di peringkat kawasan kerana mesyuarat agung tahunan kawasan itu diadakan dua hari sahaja sebelum tarikh tutup.
Soalan popularnya ialah, mengapa perlu tarik balik? Kenapa sekarang perlu ditarik balik? Adakah ditarik balik kerana desakan pihak-pihak tertentu? Ditarik balik kerana kepentingan siapa? Kalau tidak ditarik balik, Pas akan ditimpa bencana besar? Kalau ya, apa bencana itu?
Saya menjangkakan kawasan Pas yang diketuai profesional tentu semuanya diurus secara profesional. Profesional mengikut kefahaman orang yang tidak profesional ialah teliti, matang, cekap, telus, masak, memuaskan, berjangkauan jauh, berisiko rendah dan apa-apa lagilah.
Namun apabila dimaklumkan Pas kawasan yang berketuakan profesional itu bermesyuarat agung dua hari sahaja sebelum tarikh tutup, usulnya tidak disemak dengan teliti sebelum dihantar, dihantar tanpa diperhalusi, itu terkeluar daripada kriteria pengurusan profesional.
Muktamar Pas berlangsung selama tiga hari. Walau pun mungkin helaian usul diserahkan kepada perwakilan pada hari usul bakal dibahaskan, mengapa usul itu tidak dipinda pada hari itu? Mengapa sekarang? Adakah tiada seorang pun perwakilan dari kawasan pimpinan profesional itu mampu menghidu asap yang bakal terbit daripada usul itu?
Mengapa boleh jadi begitu? Sedangkan kawasan yang diuruskan oleh bukan profesional tidak berlaku begitu pun.
Saya fikir usul itu tidak perlu ditarik balik atas apa keadaan pun. Sama ada usul itu diterima untuk ditarik balik atau tidak oleh Pas pusat, ia tidak perlu ditarik balik.
Habis apa yang perlu profesional yang mengetuai Shah Alam itu buat?
Ya, berhadapan dengan SIS secara profesional. Bukankah ketua Pas Shah Alam itu profesional? Anjurkan dialog, kemukakan hujah mengapa usul itu dikemukakan, tampilkan dalil daripada seerah bahawa SIS perlu berubah dan usul yang dibawa kawasan itu adalah benar.
Tampilkan bukti bahawa tindakan yang paling benar ialah SIS diharamkan kalau SIS masih bersuara dan berpendirian seperti pendiriannya sebelum ini. Itu baru dikira profesional.
Kalau ditarik balik, bayangkan persepsi orang-orang yang bukan profesional terhadap profesional.
Saya ulangi, tak perlu tarik balik. Berhadapanlah dengan SIS secara profesional.
Kecuali, kalau profesional menganggap menarik balik usul adalah profesional, maka silalah teruskan.
Tapi hati kecil saya akan berdetak, “Rupa-rupanya profesional pun tidak profesional juga. Profesional pun sudah pandai ‘cup’?”
http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/06/aha-profesional-pun-tidak-profesional.html
AQ sendiri mencaci musuh-musuh Islam yang patut dihina. Surah al-Masad, tiada satu ayat pun di dalam surah tersebut yang membayangkan pendekatan dakwah kepada Abu Lahab tetapi sepenuhnya ayat-ayat yang menakutkan musuh Islam itu, sesuai dengan keburukan sikapnya.
Kalau tuan meminta maaf (telahpun terjadi), ia bukan menunjukkan kebenaran tuan dan Pas (kerana meminta pengharaman SIS), tetapi mendedahkan kelemahan tuan (dan Pas??).
Bayangkan pihak yang berautoriti menguatkuasakan Islam di negara ini seperti Majlis Fatwa dsb, mereka pasti merasa "embarrased" atas permohonan maaf tuan, yang mungkin boleh membantutkan apa jua usaha mereka untuk menentang SIS.
Lagipun, apa yang tuan gusarkan? Resolusi muktamar ialah keputusan jamaah yang dibuat dan dipersetujui oleh seluruh ahli perwakilan. Bukan keputusan tuan seorang. Apakah tuan merasakan bahawa tuan seorang sahaja yang betul, dan ratusan perwakilan yang lain (termasuklah para pimpinan dan ulama-ulama besar) salah semuanya?
Bukankah adab berjamaah ialah boleh berikhtilaf dalam membuat keputusan, dan wajib melaksanakan sesuatu keputusan sekiranya telah diputuskan oleh jamaah?
Pada saya, tuan sepatutnya meminta maaf kepada jamaah dan seluruh perwakilan muktamar dan ahli-ahlinya kerana mengingkari keputusan jamaah. Dan mungkin boleh dikenakan tindakan disiplin parti ?? :)
Wassalam.
HG.
May I take this opportunity to congratulate on another bold and unprecedented move made by a BIG leader; you could have made some lame excuse like it has been approved by Majlis Syura (as an example only la!) or whatever but you didn’t. You held up you arms and admit your mistakes. Surely a large section from UMNO/BN (and PR too) couldn’t comprehend such humble but yet a respectable act that has maturity and accountability written all over it. Kudos to you Khalid!
Saya rasa penerangan yang YB beri memang sudah jelas. Saya hairan mengapa mereka (tukang komen diatas) susah sangat nak faham.
Mereka tak baca kot dan tak minat nak faham. Ditugaskan untuk mengutuk dan mencaci sahaja.
Saya cadangkan moderator blog YB tak payah lah siarkan komen2 seperti Nazmi dan muhafaza73 dan yg senagkatan dengan mereka.
Tidak ada hujah pun. Mengutuk jer.
They are disgusting! Tidak beradab. Anything from Khalid Samad .... jangan tunggu kagi. Tibai...
Cehh!
hang tak baca main hentam jer kut? YB tak minta maaf dengan SIS! YB kata 'kalau nak minta maaf pun, minta maaf dengan PAS kerana memberikan imej negatif pada PAS'. Imej negatif ialah imej ingin guna kuasa mengharamkan dan menahan mereka untuk dipulihkan. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh usul Shah Alam ialah membetulkan melalui perbahasan. Ini soal uslub dakwah buklan soal pendirian. Pendirian YB tetap perlu diperbetulkan sikap SIS. Eh... baca sendirilah dulu baru komen. Buat malu je....
Bila tersilap, profesional dan ulama' sanggup mengaku tersilap. Kaul Qadim dan Kaul Jadid Imam Shafii kawan-kawan ingat tak? Yang silap lepas tu tak mengaku salah, 'ulak dalam semak'.
Kesilapan berlaku. Manusia biasalah. Tetapi belajar dari kesilapan, jangan terus buat de' jer. Kadang-kadang kesilapan merupakan peluang. Untuk belajar, untuk memberikan penjelasan. Itu sebabnya zaman nabi pun Allah benarkan kesilapan berlaku. Dalam perkara yang paling mudah seperti sembahyang. Terlupa, tersilap adanya sujud sahwi dan sebagainya. YB memanfaatkan kesilapan untuk menjelaskan pendekatan dakwah yang ingin diusahakan oleh PAS. Siap press conference. Cerita pasal dakwah bil hikmah, mauizatil hasanah wa jaadilhum bil lati hiya ahsan. Bagus. Hebat.
Teruskan YB. Jangan biarkan yang berpandangan sempit menghalang atau yang tak faham menunjukkan jalan.
WasSalaam.
Kenapa tidak ketika perbahasan?
Alasan-alasan yang diberikan seolah-olah ada tangan-tangan ghaib di sebalik itu.
Kenapa pula hanya selepas berhari-hari ia diluluskan barulah 'cuba' diperbetul'kan.
Nampak sangat ada 'sesuatu' di sebaliknya...
Afyan afyan.....awak ni tak ke muktamar kut...usul tu dilulus TANPA BAHAS! Kertas usul pun hanya diberi hari Ahad kepada perwakilan.Semua tumpu pada usul untuk dibahas dan usul tergempar.
Ana cadang pada PAS, tahun depan usul siap disiar dalam Harakah beberapa hari sebelum muktamar. Biar masyarakat pun awal-awal lagi terlibat dalam perbahasan usul tersebut. Perwakilan pun awal-awal dah bincang di kawasan. Baru betul pro. Baru parti melibatkan seluruh negara.
PERTEMUAN SULIT..SUSAH SGT KER NAK FAHAM?
Dalam setengah keadaan, khususnya yang memerlukan keputusan segera, pimpinan utama yang tahu apa yang paling sesuai dengan strategik masa itu. kalau tersilap, maka itu kesilapan dalam ijtihadnya. Ia masih dalam ruang strategik dan pendekatan, tidak berdosa pun.
Bukannya haram pergi berjumpa untuk mendengar apa yang UMNO ingin tawarkan dan luahkan. Kita tak putuskan pun untuk bersama dengan UMNO. Dengan sesiapa sahaja kita sedia berunding.
Di Indonesia, PKS sedia berunding dengan sesiapa sahaja samada dari PDI, PDI-P, Golkar atau pun mana-mana parti yang ada. PKS akan buat pertimbangan, dalam situasi terkini, mana parti yang boleh menawarkan yang terbaik untuk Islam dan beberapa tuntutan PKS
Kalau SBY (Susilo) yang paling banyak menerima tuntutan PKS, maka mrk berkerjasama dengan SBY dan begitulah sebaliknya.
maka apa salahnya bertemu dengan UMNO (dalam konteks selepas mereka kalah teruk dlm PRU ke-12). Selain usaha dakwah kepada mereka kalau-kalau mereka ada sedikit muhasabah selepas kalah. Atau ada dalam golongan UMNO itu orang yang masih ada hati perut yang masih boleh ditarik untuk kebaikan.
Tetapi perundingan itu terhenti, apabila UMNO (Pak Lah) menunjukkan ketidak insafannya dengan kekalahannya apabila ia membongkarkan pertemuan tersebut.
Ia juga sudah tidak relevan lagi, apabila Najib mengambil alih pentadbiran UMNO dengan track record yang sangat bangsat.
Tetapi usaha pertemuan, perbincangan dan muzakarah adalah usaha murni yang mesti dilakukan oleh jamaah islam dengan sesiapa sahaja termasuklah musuh sekali pun. hari ini mungkin musuh, esok belum tentu. hari ini kawan, esok mungkin musuh, tengoklah apa yang berlaku pada Ibrahim Ali...
Keputusan Muktamar kita yang ke 54 di Perak ialah ; PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT, DAN MENERUSKAN PERTEMUAN ATAU HUBUNGAN DENGAN SESIAPA SAHAJA UTK TUJUAN ISLAM (walaupun TG Nik Abd Aziz sering mengwar-warkan keputusan muktamar tersebut hanyalah memperkasakan pakatan rakyat). Itulah juga kesimpulan dalam Muktamar baru2 ini... Kalau tak percaya, carilah semula rakaman kesimpulan dalam kedua-dua muktamar tersebut.
KASIHAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI
TG Haji Abd Hadi teruk kena lanyak.
TG Nik Aziz segalanya hebat seolah2 maksum.
Cuba perhati antara kenyataan dan tindakan yang pernah dikeluarkan oleh Nik Aziz :
1. Tuhan mencarut
2. Allah samseng
3. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam termasuk Syaitan (dlm isu bekerjasama dengan DAP)
4. Terima Ibrahim Ali jadi calon PAS (hari ini?)
5. Kalau UMNO terima Islam, PAS boleh dibubarkan
6. Banyak kaset2 lama beliau menyebut ttg mengapa UMNO takut nak bermuzakarah?
Banyak lagi kalau nak dijadikan isu.. Tapi, orang tak hentam Nik Aziz.. ahli PAS yang bengang pun tetap cuba menjustifikasi dan mempositifkan perkara tersebut..demi perjuangan Islam.
Patutkah agaknya diletkkan disclaimer supaya pengomen MEMBACA DAHULU POST sebelum komen?
Dalam kes ini nampaknya ya.