Skip to main content

Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN

Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.

Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.

Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.

Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.

Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.

Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.

Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.

Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!

Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!

Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!

Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!

UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.

Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?

Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.

Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.

Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?

Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.

Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments

Tahniah Pak Khalid. Walaupun anda tidak tergolong di dalam kategori ulama', namun hujjah dan pemikiran anda menyamai ulama'. Pak khalid memang layak menjadi pemimpin. Sepatutnya orang seperti andalah yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Lakukan perubahan. Jangan gentar dengan kawan mahupun lawan. Harap pak khalid terus istiqamah didalam perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
http://pastbs.blogspot.com/2009/06/haji-hadi-dan-nasha-makin-mengarut.html

Ketempangan skill politik Haji Hadi boleh dilihat sejak lama dulu. Dia ingat semua khalayak dalam negara ini macam attendees kuliah Masjid Rusila. Dengar saja tanpa ada soal-balas.

Terengganu boleh terlepas, dan tidak boleh diambil balik. PAS Besut pun sampai bermasalah hasil kerja dia dan Mustafa Ali.

Nasha pula, no comment. Saya tak tau apa kerja dia.
Anonymous said…
SAlam,

Satu perkara yg tak tidak ditimbulkan...Kalau dgn gabungan PR adakah ISlam juga akan menang?kedua,sekarang nasib melayu dan Islam bagai dipermainkan oleh bukan Islam masih ada golongan macam YB nak sgt org Islam bergaduh2lagi..Saya org mcm golongan Erdogan memang jenis yg sudah hilang pertimbangan waras...Tolong turun ke akar umbi tgk apa yg berlaku...Cuba bandingkan pembangunan ekonomi org melayu dan org Cina khususnya...Payung melayu dan Islam adalah kerajaan,payung org Cina adalah ekonomi yg mereka pegang..
Unknown said…
agaknya Pak Khalid terlupa tentera yang dipimpin oleh Saidina Ali adalah jelas dan nyata pejuang2 jihad islam yang seratus peratus terdiri dari pejuang islam...berlainan dengan tentera2 islam yang dipimpin oleh TGNA dan TGHH yang merangkumi penyokong PR(PAS,PKR,DAP) adalah bercampur2...malahan mungkin sebahagian dari golongan ini(PR selain PAS) adalah golongan yang diragui keikhlasan perjuangan mereka tentang islam malahan mungkin ssetengah darinya lebih teruk dari individu pemimpin dalam UMNO seperti yang ditunjukkan reaksi penentangan dan kritikan terhadap usul yang dibawa oleh Pak Khalid sendiri berkenaan SIS di muktamar baru2 ini...Pak Khalid jangan lupa hubungan PAS dengan DAP dan PKR adalah berbentuk 'tahalluf siyasi'...perkara ini telah pun dijelaskan oleh ustaz Nik Abduh sendiri dalam artikel blognya 'mee celup'...agaknya Pak Khalid terlupa tentang perkara itu...Pak Khalid juga jangan lupa,ucapan dasar Presiden PAS sendiri tidak menyebut langsung tentang kerajaan perpaduan yang amat dibenci oleh Pak Khalid..Presiden jelas menyatakan PAS berhak berunding dengan sesiapa pun dalam konteks dakwah islam...Pak Khalid juga jangan lupa ucapan dasar Presiden sendiri menggariskan tentang desakan agar Najib dan Rosmah C4 membersihkan dirinya dari tuduhan jenayah di mahkahmah...mane mungkin kerjasama akan dilakukan dengan Najib yang masih kotor dengan C4...ertinya kepimpinan utama UMNO mesti menyucikan tuduhan jenayah itu dulu sebelum PAS menyambut salam kerajaan perpaduan bersama2 parti lain...Usahlah terlalu prejudis Pak Khalid..Satu lagi janganlah terlalu mengagungkan TGNA melampau sangat kerana dibimbangi akan kelihatan seolah2 mendewakan manusia sendiri(saya juga peminat TGNA walau x semua pandangan TGNA sy sokong)...
-Dari pencinta kedaulatan Islam(bukan pencinta kekuasaan)...
ustaz ali said…
dalam kes tentera ali - kalaupun mereka kalah, mereka mendapat pahala dan redha Allah kerana mengutamakan perdamaian dan menghormati AlQuran.

dalam kes tentera muawiyah - kalaupun mereka menang, mereka mendapat dosa dan murka Allah kerana menipu dan mempermainkan AlQuran.
Mat Som said…
Salam YB,

Kesian anon June 11, 2009 1:27 PM yang masih tidak mampu membezakan antara Islam dan Melayu. Ingatlah, jika Islam kuat, Melayu akan kuat, Cina akan kuat, India akan kuat dan semua akan kuat. Kalau Melayu kuat? UMNO la kuat!

Siapakah yang memberi mandat kepada Melayu utk menindas kaum2 lain di Malaysia? Islam? Al Quran? Sunnah? Bekas Penjajah dgn kontrak sosial mereka? Ataupun UMNO?

Fikirlah sikit, tiada siapa yang mahu ambil hak kamu. Hak orang melayu yang ada pun telah digadai oleh UMNO yg kononnya memperjuangkan perkauman! Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri yang mundur kerana membiarkan parti nasionalis Melayu memerintah.
Anonymous said…
Assalamualaikum..
maaf ana mungkin tidak layak untuk berhujah dengan tuan.,
tetapi cara tuan menyampaikan hujah dan komen agak kurang saya senangi dan jua agak terkilan.,
kenapa kita perlu untuk membangkitkan semangat para perwakilan dan pemerhati sewaktu muktamar yang lepas..,adakah itu cara yang betul untuk berhujah dan menyatakan rasa tidak puas hati..,
sekarang trend semua orang dah jadi ulamak..sampai tuan guru yang kita segani mengeluarkan pandangan kita boleh sewenang2 menghentam tanpa usul periksa..adakah kita bagi ruang kepada beliau untuk mengulas apakah itu yang dimaksudkan dengan cadangan beliau..
tetapi kita tanpa segan dan rasa hormat terus membidas dengan hujah masing2 seolah2 kita pun sudah terlalu pandai melebihi ulamak itu sendiri..
tidak dinafikan manusia bukan maksum tetapi dimanakah sikap dan akhlak kita dengan pimpinan..
dimanakah tarbiyah kita selama ini..
dengar n halusilah setiap perkataan yang ingin dilontarkan dan disampaikn..
musuh diluar sana sedang menunggu sahaja pe yang boleh merosakkan jemaah kita..
adakah tuan guru tidak sayangkan PAS?..adakah sayang kita lebih daripada tuan guru yang sekian lama berjuang untuk PAS?..
adakah tuan guru tak kenal UMNO?..adakah kita lebih kenal UMNO daripada tuan guru kenal UMNO?..
tepuk dada tanya iman..
maaf seandainya tulisan ini agak kurang manis..
ana mohon bnyk2 kemaafan dan kepadaNYa jua dipohonkan keampuanan..
wassalam..

yg benar,
mohd fakhrul abdul rasid
han said…
unknown,

di akar umbi ? umno sudah lama merompak khazanah negara dan menindas orang melayu. tiap kali pilihanraya, bagi kain batik, kali ke-14 election, bagi kain kapan pula.

pembangunan ekonomi ? da'if sangatkan jati-diri sehingga terpaksa bertongkat ? cuba lihat "pembangunan ekonomi" yang you maksudkan, serta bandingkan dengan kemewahan pemimpin2 umno. Cuba kira berapa kenderaan mewah yang zahid hamidi ada ?

you ni termakan popaganda umno/bn. Sifirnya mudah saja: UMNO/BN kalah = orang Melayu tak makan.
Anonymous said…
Kawan... kalau semua sejarah tidak boleh disamakan dgn keadaan sekarang, baik tak payah kaji sejarah. Memanglah berlainan tentera Saidina Ali dgn apa yg ada sekarang, Pak Khalid pun dah tulis kat atas tu. Yang kena belajar adalah pengajarannya. Itu pun tak paham ke?
ustaz parjoe (kawan ustaz ali) said…
Virus H1N1 (Hadi & Nasharudin) ini bahaya kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tindak tanduk kedua-duanya meresahkan para ahli, memeningkan para sekutu dalam PR, melegakan UMNO/BN dan yang paling sengal, menyebabkan ramai pengundi merasa tertipu.
Anonymous said…
asalamualaikum..
tahniah ana ucapkan kepada assyeikh alkhalid assamadi al shah alami..ulamak muktabar eh he silap tue ular dalam semak kot..
saya cadangkan assyeikh belajar lagi..jangan guna alqias maalfariq..
muhasabah la diri..sebab apa kalah baru-baru nie..
selamat berjuang
Anonymous said…
biasala...org kalah memang gila talak

tu yg dok meracau mcm kena sawan babi dalam muktamar.
Jembol said…
Itulah anon, kalau dah takde hujah gelar2 jelahkan? Erdogan lah, Pro anwar lah, liberal lah... Sudahlah!
Anonymous said…
Sawan babi kau kata?

Ini apa TGNA kata: "saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun
beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi
ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan
hujah-hujah ulama seratus peratus."

Baca selebihnya kat sini:
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/06/kontroversi-mursyidul-am-tok-guru-nik.html

Geng2 pro BN je yang kena sawan masa Khalid Samad kedepan masatu. Ambik kau, sekarang baru kenal siapa kawan siapa lawan.
Anonymous said…
Kalau kita lihat Perak dalam sudut lain pula , ambil contoh bagaimana nabi muhammad s.a.w ketika ingin memasuki mekah tetapi di halang oleh orang kafir quraisy. Dengan kekuatan yang ada baginda mampu masuk tetapi baginda bersabar dan hanya pada tahun beikutnya umat islam memasuki kota mekah tanpa tentangan dari kaum kafir quraisy.
Begitu lah yang sepatut PR lakukan biarkan kerumitan yang berlaku disana dan kita tunggu PRU 13. Lagi pun masalah asal disana berpunca dari KITA puak PR bukan BN. Kalau kita percaya dengan kekuatan kita PRU 13 kita menang dengan kerusi yang lebih banyak lagi. Tapi bila kita dok tentang ini menunjukkan kita sendiri tak yakin dengan kemampuan kita. Tu sebab kita dok pertahankan dan rebut sebanyak peluang dalam jangka masa yang singkat.

Percayalah institusi Raja pun tak akan tercemar dengan lebih teruk begini. Memang sejarah UMNO yang menghancurkan institusi raja tetapi bila kes ini berlaku nampak juga kita pun macam depa jugak.
HaHs said…
Aslmkm Tuan Khalid!

Teruskan berjuang dgn garang tanpa jawatan dan ghanimah seperti Khalid Al Walid. Sy kagum dgn tuan ketika di muktamar, parlimen serta di Hujjah. Inilah hasil yg didapati sejak dari 80an berjuang atas dasar islam. Terlihat tarbiah yg berkesan sebagai pendokong islam. Biarkan perwakilan lain terus dgn cara berdiam diri dan wala' serta menyokong retorik ulama' tanpa kefahaman jelas. Perwakilan dan pejuang yg bijak diharap mampu bersuara kpd segelintir pemimpin syok sendiri serta menyimpan rahsia perjumpaan seorg diri bersama puak mereka.
Kabusribut said…
mohon kaji semula cadangan kerajaan perpaduan especially kepada ustaz hadi n ustaz nasha.

jgn mudah terpedaya dgn helah UMNO kerana mereka masih mahu memegang jawatan. jangan sampai inginkan kedamaian, maruah kita tergadai.

INGAT. Kita bukan parti MELAYU. Kita PARTI ISLAM! ISLAM TIDAK MEMIHAK KEPADA MELAYU, CINA atau INDIA!! UMNO PARTI MELAYU!! PARTI PERKAUMAN!! YG MEMBAKAR UNSUR PERKAUMAN!!

Fikir kan kesan jika adakan kerajaan perpaduan, GELAK BESAR lah najib dan kroni2 melihat kebodohan dan ketidak pastian PEMIMPIN2 PAS!

Bukan mahu memperlekehkan, tapi ingatlah yg PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI.

Jgn mudah mengalah. Teruskan Usaha.


Yg benar,
Jejaka ISLAM yg berbangsa MALAYSIA dan berketurunan MELAYU TULEN
Anonymous said…
Cikgu Pa merayu utk berhenti memainkan isu unity government

harap yb selaku ahli PAS leh terima rayuan ini.
zaydlekhair said…
Saya bersetuju dengan tuan Yb. Kesilapan vital cadangan itu ialah ia tidak dimaklum secara perbincangan sesama sendiri terlebih dahulu, sedangkan ia sangat boleh menimbulkan keraguan dan fitnah bukan sahaja kepada rakan "Muhaalifun" dalam PR bahkan juga kepada sesama pendokong/penyokong Pas. Perkara ini barangkali terlangkau tanpa sengaja oleh Tuan Guru Haji Hadi. Dalam sebuah hadith sahih, suatu malam Rasulullah berjalan menemani isteri baginda Safiah menghantar Safiah pulang ke rumah (krn bukan hari gilirannya). Dalam kegelapan itu dua sahabat drp Ansar terserempak dgn baginda lalu berjalan cepat2. Rasulullah menahan kedua2nya sambil memberitahu bahawa ia Rasulullah bersama Safiah. 2 lelaki Ansar itu menjawab mereka tahu. Namun Rasulullah menegaskan bahawa baginda bimbang syaitan mencampakkan prasangka dan fitnah dalam hati mereka.

Banyak lidah berbau umno di sini (masuk utk mencucuk jarum di sana sini), diharap sahabat2 pendokong dan penyokong Islam dapat menjaga sahsiah diri tidak mengeluarkan perkataan2 kotor.

Bila kebenaran datang nanti, pandangan yg salah itu tetap akan terpinggir.
Unknown said…
All the good work done by PAS from division level to grassroots level all this while have been tarnished by your good president in 3 days time.At this stage PAS have to decide whether they still need support of non-muslims. At this point, I don't think making supporter's club(KPP) a wing really matters at all - because nobody would bother joining anyway.
sinner said…
x abis lagi kan YB? dan ia xkan abis..YB akan trus membuat satu keadaan di mana TGHH n Nasha adalah musuh PAS..wapon sudah berkali TGHH bitau ini bukan pasal PAS masuk UMNO atau bergabung dgn UMNO..even dlm ucapan dasar presiden pon xde pasal benda nih..sudah2 la tu YB..ingat neraka syurga..igt dunia akhirat..YB patut daftar satu lg parti yg sesuai dgn YB..

i still respect you YB. pls act like one.. ada problem diskas la di mesyuarat party..anda tu org tinggi..saya tgk sume pimpiann mengelak untuk berbincang termasuk TGNA..diskas bukan membuka pekung di dada..sedeyh!sgt sedeyh!!!

pls stop it!
Anonymous said…
pak khalid masih tak puas hati lagi ke?cukup lah penjelasan anta kat muktmar hari tu...

kias yang anta bagi adalah silap...

ingat: saidina muawiyah adalah penulis wahyu dan beliau juga sahabat Rasulullah...

saidina Ali,sahabat yang mulia juga...

perang sifin sebabnya berlaku fitnah..orang yang syahid dari sebelah saidina Ali dan Saidina muawiyah Allah sahaja yang tahu niat mereka...

saya syorkan kita sama-sama belajar belajar lagi...

ok..maaf..wassalam
Paip-On said…
Salam Bro..

harap sihat dan kuat dlm menghadapi cabaran.Aku ni baru je dlm arena politik ni.Aku rasa selamat dlm PAS dan aku ajak sekali bini aku undi PAS.Aku percaya dgn PAS bukannya dgn pemimpinnya secara Mutlak tp kerana dia meletakkan AL-Quran diatas sekali.

Aku rasa pelik dgn apa yg berlaku dlm PAS skrg.Antara idola aku dlm PAS iaitu TGHH & TGNA pun bercanggah pendapat malah skrg ni dh jadi 2 puak dlm PAS sendiri.Aku rasa amat rugi utk masa depan gerakan Islam yg paling dipercayai di Malaysia bila jd mcm ni.Aku jd sedih bila 2 org Tok Guru ku berbalah,ditokok tambah plak oleh mereka yg mcm YB ni sendiri.Lagi la bertmbah kusut masai.AKu sedih...teramat sedih.

Boleh YB terangkan tak secara detail organisasi PAS ni.YG paling penting nak YB jelaskan adalah APA peranan Majlis Syura dgn Majlis Presiden?Mana yg lebih berKUASA?Majlis mana yg memutuskan sesuatu SUARA PARTI?kenapa kelihatan PRESIDEN sahaja yg menghadiri mesyuarat antara pimpinan PR?adakah PRESIDEN yg PUTUSkan sesuatu dasar tanpa perlu meRUJUK kepada Majlis Syura?

Bila dh jadi semua ni aku jd pening tp oklah jugak at least aku dpt belajar pasai organisasi PAS ni.Itupun klau YB sudi jelaskan.

Akhir sekali...pada pandangan aku.Bila terjadinya perbezaan pendapat antara 2 org Tok Guru kesayangan aku ni.AKu berharap sgt agar ada pihak ketiga yg neutral dan berilmu tinggi dalam Agama dpt menyelesaikan kekusutan ini.Biar mereka bertiga berentap dgn hujah dlm segala ilmu dlm cabang ISlam utk selesai masalah bukannya terpengaruh dgn propaganda media UMNO Lahanat,propaganda org yg macam YB sendiri. harapan saya bg pihak YB adalah menenangkan ahli,penyokong (muslim & non Muslim) PAS supaya bersabar bukannya mencurah minyak petrol Petronas ke dalam api yg sedang sederhana marak.

Cadangan aku yg kedua...Boleh tak Presiden & Timb Presiden dianggotai oleh Profesional dgn adanya wakil ulama dlm Majlis Presiden.Setiap dasar mesti dibuat oleh Presiden atas nasihat Mrsyidul AM.Setiap Suara Parti perlu disuarakan oleh Presiden sahaja bukannya Mursyidul Am.Takut jd riuh rendah bila semua nk cakap termasuk YB sendiri.AKu cadangkan TGHH transfer ke dlm Majlis Syura sebagai Timb Mursydul AM dan TGNA kekal jawatan itu. Wallahua'lam

maaf jika tulisan daku menyinggung mana2 pihak
kem aman said…
apa kata lepas ni kita kempen habis-habisan supaya Presiden dan timbalan letak jawatan. buatla mogok lapar ke.. ape ker.. janji jangan henti kempen hingga diaorang letak jawatan. lepas tu baru lega.. PAS akan selamat dunia akhirat.

selagi Presiden dan timbalan sekarang masih kekal, lagi punah PAS..

amacam, ok tak???? baru puas hati kan
Anonymous said…
YB tak teringin ke nak tubuh PARTI NEGARA ISLAM??

sekarang lagi sesuai berbanding tahun 1986 dulukan?
Unknown said…
Damn, all the good works like befriend with all non-Muslims has gone to waste in a few days. Thanks to the brilliant idea of UG from the PAS President.
Kasim said…
"Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN."

Ini adalah masalah PAS. Jangan pula membabitkan Pakatan Rakyat! Saya sedia menyokong PAS, kalau PAS bergerak sendirian.

Tetapi saya tak sanggup melihat PAS bersekongkol dengan DAP!! Bagi saya, undi PAS ketika ini bermakna menyokong DAP ekstremis.

Sekian.
zaydlekhair said…
Refer to the hadith in my previous comment;

Pengajaran besar drp hadith itu ialah sebarang perbuatan dan bicara yang berkemungkinan boleh mewujudkan prasangka seharusnya diberikan penjelasan sesama sendiri terlebih dahulu supaya fitnah dan kekeruhannya dapat dielakkan. Sedangkan kes dlm hadith itu Rasulullah sendiri dgn 2 sahabat Ansar yg sudah tentu memberikan sepenuh kepercayaan dan wala' kpd baginda, namun baginda tetap memberikan penjelasan walaupun ia hanya kes peribadi (Rasulullah dilihat bersama wanita. Apatah pula kes UG ini melibatkan perjuangan gerakan Islam. Sudah tentu ia sepatutnya lebih sgt2 utama...
ahli pas selangor said…
SUDAH LA KHALID SAMAD..ORANG SELANGOR DAH TAU APA ANTA BUAT DI SINI DENGAN TEAM JIM ENTA, SIAPAKAH YANG PANGGIL YDP2 KAWASAN DISELURUH SELANGOR UNTUK LABO AGAR DATO' HASSAN ALI DIJATUHKAN KALAU BUKAN ENTA..NASIB BAIK LA HANYA ENTA, YDP KELANA JAYA DAN YDP KAPAR JE YG HADIR..ITU PUN PROKSI JIM..ORANG MACAM ENTA TAK PAYAH NAK GUNA MODAL SEJARAH PUTAR BELIT LA..DULU ENTA GUNA PASKAD UNTUK NAIKKAN DIRI ENTA DAN BURUK2KAN PIMPINAN SEDIA ADA..ENTA KENA INGAT PERINGATAN WAKIL PEMUDA..JANGAN SAMPAI KAMI DEDAHKAN APA YANG ENTA BUAT...!!!! JANGAN SAMAPI ORANG TANYA ENTA..APA KHABAR DENGAN PROJEK BERTEKNOLOGI TINGGI DARI JERMAN TU...??? WASPADA GERAK GERI ANDA..KAMI AHLI-AHLI PAS SELANGOR SEDANG MEMERHATIKAN GERAK GERI ANDA...!
ahli pas selangor said…
enta boleh bohong orang lain wahai khalid..tapi dengan ahli-ahli pas selangor yang alert..kami cukup kenal siapa enta siapa JIM..kami kenal sangat...!!! ana tak rasa enta akan siarkan komen ana..tapi berhati-hatilah..gerak-geri enta sedang diperhatikan ahli-ahli pas seluruh selangor...
Ibnu Ali said…
laporan Malaysiakini:

http://www.malaysiakini.com/news/106244

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS

Kenapa gabra plak dengan usul yang dibawa oleh S.Alam nih? Kalau nak haram, haramkan betul2. Kejap haram kejap halal, takkan nak buat HALAM plak?

Tak buat paper work ke? Tak kaji betul2 ke? Bila dah usul barulah nak kaji balik? Ape kes?

Tulaa, hentam sangat TGHH. Bila disebut UG, macam hangpa nak. Blue print la, macam2 laa.. kena batang hidung baru tau!!

Profesional pun tak profesional nampaknya.

pastu nak samakan Perang Siffin dengan UG plak? Bila dikata Mee Celup melenting. Kalau nak buat perbandingan gi la tanya ustaz2 atau ulama yang dipercayai! Malu jer syarah depan khalayak tapi Qias Ma'al Fariq!!
Ahli UMNO? said…
Salam Ahli PAS Selangor, kasik la nama dgn nombor ahli kalau betul gentle. Setakat claim je ahli PAS Selangor, aku pun bleh claim ahli UMNO kpg pasir bedengung. Lagi satu, kalau betul kau tu org PAS, dah tentu kau tau yg PAK Khalid tak pernah masuk JIM/IRC/ABIM.

Nasihat aku, lain kali nak buat FITNAH pun buat la research dulu... Bila org tuduh 'korang' ni tak pandai strategi marah la pulak. isk2
chemen said…
apa masalah dgn JIM/ABIM/IRC?
Anonymous said…
Aha, Profesional Pun Tidak Profesional Juga?

Zaman anak-anak dulu, bila terjumpa sesuatu semasa bermain kami akan berkata ‘cup’. Sesiapa yang berkata ‘cup’ paling awal barangan itu menjadi miliknya.

Begitu juga bila letih dikejar dalam permainan acilut, kami akan berkata ‘cup’ untuk membolehkan duduk dan berehat sekejap sementara menunggu kita dihidupkan oleh kawan-kawan yang tidak ‘cup’.

Sama juga halnya bila kita tersilap melakukan sesuatu dalam permainan seperti tersilap meneka orang yang bersembunyi ketika main-main sembunyi-sembunyi. Kesilapan itu ditebus dengan perkataan ‘cup’.

Itu permainan zaman anak-anak.

Dalam persidangan DUN atau parlimen, ungkapan ‘dengan izin’ sering kedengaran apabila kita ingin mengungkapkan sesuatu ungkapan yang bukan dalam bahasa Melayu. Sama ada speaker izin atau tidak ungkapan ‘dengan izin’ itu dikira izin.

Satu lagi ungkapan popular ialah ‘tarik balik’. Ungkapan ini disebut dalam kes-kes unparliamentary. ‘Tarik balik’ kalau tidak diungkap boleh mendedahkan pengucapnya untuk dipersalahkan.

Media melaporkan, pembawa usul supaya SIS diharamkan akan 'cup' dan 'tarik balik' usul itu. Usul ini diterima tanpa bahas.

Pas Shah Alam yang diketuai seorang profesional dilaporkan akan menarik balik ungkapan ‘mengharamkan’ dan digantikan dengan ‘berbincang’ dalam usul yang diluluskan muktamar mengenai SIS. Baca sini.

Alasannya, usul itu dihantar secara tergesa-gesa dan bukan versi terakhir. Usul itu belum sempat dipinda dan dibincangkan di peringkat kawasan kerana mesyuarat agung tahunan kawasan itu diadakan dua hari sahaja sebelum tarikh tutup.

Soalan popularnya ialah, mengapa perlu tarik balik? Kenapa sekarang perlu ditarik balik? Adakah ditarik balik kerana desakan pihak-pihak tertentu? Ditarik balik kerana kepentingan siapa? Kalau tidak ditarik balik, Pas akan ditimpa bencana besar? Kalau ya, apa bencana itu?

Saya menjangkakan kawasan Pas yang diketuai profesional tentu semuanya diurus secara profesional. Profesional mengikut kefahaman orang yang tidak profesional ialah teliti, matang, cekap, telus, masak, memuaskan, berjangkauan jauh, berisiko rendah dan apa-apa lagilah.

Namun apabila dimaklumkan Pas kawasan yang berketuakan profesional itu bermesyuarat agung dua hari sahaja sebelum tarikh tutup, usulnya tidak disemak dengan teliti sebelum dihantar, dihantar tanpa diperhalusi, itu terkeluar daripada kriteria pengurusan profesional.

Muktamar Pas berlangsung selama tiga hari. Walau pun mungkin helaian usul diserahkan kepada perwakilan pada hari usul bakal dibahaskan, mengapa usul itu tidak dipinda pada hari itu? Mengapa sekarang? Adakah tiada seorang pun perwakilan dari kawasan pimpinan profesional itu mampu menghidu asap yang bakal terbit daripada usul itu?

Mengapa boleh jadi begitu? Sedangkan kawasan yang diuruskan oleh bukan profesional tidak berlaku begitu pun.

Saya fikir usul itu tidak perlu ditarik balik atas apa keadaan pun. Sama ada usul itu diterima untuk ditarik balik atau tidak oleh Pas pusat, ia tidak perlu ditarik balik.

Habis apa yang perlu profesional yang mengetuai Shah Alam itu buat?

Ya, berhadapan dengan SIS secara profesional. Bukankah ketua Pas Shah Alam itu profesional? Anjurkan dialog, kemukakan hujah mengapa usul itu dikemukakan, tampilkan dalil daripada seerah bahawa SIS perlu berubah dan usul yang dibawa kawasan itu adalah benar.

Tampilkan bukti bahawa tindakan yang paling benar ialah SIS diharamkan kalau SIS masih bersuara dan berpendirian seperti pendiriannya sebelum ini. Itu baru dikira profesional.

Kalau ditarik balik, bayangkan persepsi orang-orang yang bukan profesional terhadap profesional.

Saya ulangi, tak perlu tarik balik. Berhadapanlah dengan SIS secara profesional.

Kecuali, kalau profesional menganggap menarik balik usul adalah profesional, maka silalah teruskan.

Tapi hati kecil saya akan berdetak, “Rupa-rupanya profesional pun tidak profesional juga. Profesional pun sudah pandai ‘cup’?”

http://bongkarsauh.blogspot.com/
Anonymous said…
mintak penjelasan kat indonesia ade pembangkang tak...
Anonymous said…
salaam bro.

bagi macai umno yg fitnah TGHH, semua Pas kawasan lebih sayang tghh dari sayang kamu kpd najib.

bagi macai umno yg fitnah Dr Hasan dan U. Nasha , majoriti perwakilan telah tolak fitnah itu.

bagi macai umno yg fitnah Husam, TGNA, Mahfuz dan Salahudin tetap sayangkan Husam.

Tak nak taubat lagi?????????????

Bro Khalid, sila buktikan ada pimpinan Pas yg betul nak bawa Pas masuk BN atau umno?

TGHH kata kerajaan perpaduan ini perlu diperincikan sebelum keputusan muktamad dapat diambil. Janganlah klu tak faham, kita kupas corner baring hingga kita sendiri jatuh.

DAN, sejak bila umno munafiq itu sama taraf atau boleh dikiaskan macam Muawiyah dan tenteranya???????

Hatta, tentera Pas yg nakkan Islam dan ikhlas lawan umno taghut pun belum tentu sama darjah iman dgn sahabat dan tabi'een tersebut.

sy ulang disini kepada macai2 umno, samada nama samaran kamu anon, ahli pas, antimunafiq ke atau apa sahaja.............bau abdullah bin ubay yg lekat di tubuh kamu tak dapat sorok niat busuk kamu yg cuba porakperandakan Pas.

sekali lagi, Alhamdulillaah.....perwakilan dan pimpinan Pas tlh buat keputusan terbaik ( level best) dan sy yakin TGHH dan barisan pimpinan tetap dapat wala' dari ahli2 Pas yg ikhlas. Tetap dapat kerjasama dari parti2 PR.
Unknown said…
as'kum...sy kagum dgn yb..istiqomah dlm perjuangan
Anonymous said…
Tuan tuan boleh berbahas,bersetuju, tidak bersetuju, menyindir,menyinis,memuja atau mengeji tapi persoalan akhirnya ialah adakah gagasan Kerajaan Perpaduan ini memberi keuntungan kepada Pas dalam mencapai matlamat perjuangan nya?. Kaji dan jawaplah dengan iklas.(tidak kira tuan seorang Ulamak atau professional).

Kalau akal sendiri tidak mampu mengkaji dalam persekitaran 360 darjah maka patuhi lah TG Nik Aziz sebab beliau adalah Mursidur AM.
Anonymous said…
salam..
saya tidaklah pandai untuk memberi sebarang komen ..
tapi saya sepanjang perkenalan saya dgn PAS saya cukup kagum dgn pimpina2 kita..
walaupun ada yang tidak puas hati,tak bermakna kita xboleh tegur cara pimpinan kita..
namun apa yang saya terkilan adalah bagaimana sikap2 ahli2 PAS yang kasar bahasanya untuk menegur..
bagaimana mau jadi pendakwah kalau begi ni caranya..
kalau dgn orang bukan Islam boleh guna dalil gunalah cara berhikmah,apa lagi dgn pimpinan kita...harap hati2 kerana hormat adalah tips penting utk istiqamah...
sng contoh saya bagi...comment dari Wok Lak..
walaupun xstuju xperlu sbegitu ayatnya...analoginya,kalaupun guru kita ajar xbetul xperlu kita kata 'kau letak jawatan cikgu'
ckup skdar kita kata salah dan terangkan dgn elok2 knpa ianya salah...
wallahua'lam...
Fia_rindui said…
Salam...Ulasan dan qiasan yang tepat...kita harus belajar dari sejarah...Saidina Ali dan Mua'wiyah adalah dua sahabt Nabi (Saw)yang dijanjikan syurga..Kedudukan mereak sudah terjamin di syurga..

Apa yang kita boleh belajar ialah,gerak hati Saidina Ali yang berkata 'tidak mahu'(Kalimatul Haq arada bihil Bathil)tetapi terpaksa mengalah kerana tenteranya yang sudah berpecah dan itulah kejayaan Muawiyah yang sudah menjangka 'sekiranya sebahagian tidak mahu sudah tentu ada sebahagian yang mahu'.Objektifnya melemahkan pihak lawan.

Sedikit Pembetulan dari huraian Pak Khalid,idea'PERPADUAN' ini bukan datangnya dari PAS sebagaimana yang telah disebutkan,malah ianya datang daripada pihak UMNO yang kalah selepas pilihanraya march 08,kalau tak silap Dato'Norza Zakaria (orang kuat Khairy) adalah antara yang terlibat.

Sebab itu ia disebut cadangan hanya semasa era Pak Lah,adapun idea terus berkembang dan diusahakan pula oleh PAS(TGHH,Nasa,Mustapha Ali,Hasan Ali dan lain lain)

Sebab itu hari ini,Mahathir tidak setuju,sebab dia tahu idea itu datang dari kem Khairy yang pada waktu itu mula risau akan kedudukan Pak Lah dalam UMNO setelah diasak oleh Mahathir,Mukhriz,Najib dan Muhyidin.

Kesimpulannya,kita harus terus megukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.Namun kelihatan Idea 'Kerajaan Perpaduan' itu seakan sudah menjadi aqidah baru kepada mereka yang disifatkan oleh TGNA sebagai BONEKA UMNO itu.Mereka itu sudah menguasai parti dan sedang membawa parti ke arah kejatuhan pada pilihanraya akan datang.

Andai sebelum pilihanraya masih sempat lagi PAS membuat pemilihan baru dan menggantikan PRESIDEN DAN TIMBALANNYA sekali,keadaan mungkin masih boleh diselamatkan.

Namun sepanjang tempoh dua tahun mereka memandu ini mungkin berbagai kerosakan yang akan mereka lakukan pada kenderaan PAS,krisis keyakinan,perbalahan pendapat yg berterusan dan berbagai lagi kemungkinan yang bakal terjadi.

SESUATU HARUS DILAKUKAN...
ahli pas selangor said…
je yg bagi malumat untuk bahayakan diri dia..

yang ngaku ahli UMNO..ko pegilah tanya khalid samad, tanya dr rani, tanya izham, tanya dr mariah, tanya saari sungib..pegilahdalam keadaan macam ni..orang bodoh tanya..demi allah aku bercakap dengan apa yang aku tau..cukup sekadar memperingati khali agar jangan lupa diri...jadi ahli pas biasa tanpa bergerak dalam parti..korang takkan kenal siapa diorang ini...atau pun engkau ni pengikut khalid..atau pengikut dr rani ( yg kecewa dgn dato hasan tak dapat jadi exco) atau izaham yang kecewa setelah menyususn strategi faraidh projek melalui budak bernama saiful ( gi la tanya orang alam flora ) tetapi dicantas pimpinan yang lain...maka aku nak ingatkan ko..agar jangan jadi abdullah bin ubai dalam jamaah ni..kami tunggu masa sahaja untuk mendedahkan semua ini..walaupun berprifil tinggi, setinggi berjuta ringgit setinggi teknologi tinggi dari germany...!!! waspada dirimu dan juak-juak munafiq dalam perjuangan islam...pegi bagatau khalid..nak jadi macam hatta ramli ke kat gombak...???

kesian org yang ngaku ahli umno..kena bodoh dik khalid samad..eh boleh tau pulak khalid tu tak masuk jim ke irc ke abim ke..orang kanan khalid untuk tulong jawab respon blog khalid ke..??? betul ke strategi kamu..
Ahli UMNO? said…
Ahli PAS Selangor ngaku je la takut, tak yah nak selindung2, tgk YB Khalid relax je takde takut2 sbb dia di pihak yang benar. Kalau takut2 ni org yg buat salah je, jumpa2 dlm gelap pastu tak ngaku (aku kasi cth je). Lagi satu, tak payah jadi org kanan YB Khalid nak tau di masuk mana2 jemaah ke tak, kau je yang tak tau. Lain kali baca dulu, jgn ikut perasaan sgt

http://www.khalidsamad.com/2008/06/sunday-april-6-2008-on-different-paths.html

Lastly, aku setuju dgn chemen, apa salahnya IRC/ABIM/JIM/Tabligh? Org PAS je ke yang bleh masuk syurga? Kesian org2 kt Saudi ngan Timur tgh kan? Kat sana takde PAS...
Orang PAS Kg Jawa said…
Anonymous JUNE 11, 2009 2:07 PM,

Susah kalau nak bincang dgn 'ulama' (mungkin ular dalam semak...) macam anta ni. Tak faham2 - jahil bebeno kot.

Fahami apa yang nak disampaikan. Kerap sangat pejuang-pejuang Islam tertipu. Berhati-hati dan fahami keadaan yang tersirat, juga yang tersurat. Musuh ramai (termasuk yang dalam saf kita sendiri); mereka tak akan redha Islam tinggi - itu mesejnya.

Kita jangan tertipu. Ada nama atau label Islam saja, pasti 'halal'. Tak semestinya. Mungkin untuk mengelirukan diletak label 'ulama', diletak label 'Islam' - kita yang cetek akal termakan umpan dan tertipu. Terus tertipu. Mahu diberi tahu, tak berakal dan berakhlak untuk memahami. Kemudian bila kalah berhujah, peribadi diserang, seperti yang dilakukan oleh anonymous JUNE 11, 2009 2:07PM (kenapa tak pakai nama ya)

Seperkara lagi tentang sifat pemimpin, tak boleh berbohong. PAS kini mempunyai pemimpin yang telah terang-terang berbohong. Sememangnya bukan YB Khalid, tapi yang dari Ganu tu.

Nampaknya PAS menuju era Terengganu kalah (2004) dan ketika Datuk Asri. Ingat pesan TGNA! Jangan parah membawa belah.

PAS Kg. Jawa
(dekat Petronas)
Dinbanjar said…
Salam YB Khalid,

seperti komen di bahagian atas
"Anonymous said
sekarang trend semua orang dah jadi ulamak..sampai tuan guru yang kita segani mengeluarkan pandangan kita boleh sewenang2 menghentam tanpa usul periksa..adakah kita bagi ruang kepada beliau untuk mengulas apakah itu yang dimaksudkan dengan cadangan beliau.. "

Bila agaknya TGHH boleh menerangkan secara terperinci tentang Kerajaan Perpaduan. Ramai yang terkeliru dan dikelirukan. Jika TGHH dapat menerangkan segera bentuk Kerajaan Perpaduan yang diimpikan, mungkin akan menamatkan kekeliruan dikalangan ahli PAS dan rakan PR. Harap dapat diajukan ke TGHH. Jika YB Khalid yang menerangkan mungkin ada salah faham, maklumlah akhir zaman fitnah amat berleluasa.
ahli pas selangor said…
hahaha...

oi ahli UMNO..yang engkau tu bubuh nama sebenar ke..hahaaha...aku tau hati engkau dan khalid samat mesti panas apa yang aku tulis..pimpinan pas kawasan seluruh selangor tau perangai khlaid, izham dan dr rani..aduhh kesian...PJ tak dapat..AJK pas pusat x dapat..ada orang kata..si khalid tu asik nelepon ajk pemilihan je tanya berapa undi dapat..kemaruk betul..zahir je nampak relax..hati tebakar..korang hanya guna isu UG ni untuk menangguk di air keruh je..hahahahaaa...
ahli pas selangor said…
satu lagi ahli umno..ko boleh kata aku tak tau itu ini...dengan apa yang aku tulis..ko ingat aku tak tau ke..???
milestone said…
Salam Semua..

Saya berpendapat, Presiden dan Timb. Presiden mempunyai matlamat yg baik, dan bukan untuk mengeruhkan status PAS dalam PR. Cuma strategynya mungkin kabur dr pandangan kita diluar. YB Khalid pun, telah memainkan peranannya sebagai seorang saf pemimpin dalam PAS dan memberi hujah, pendapat dan peringatan untuk kita semua tetap pada 'wadah' PR.
Yg kita dok posting comment pakai hujah2 ayat mencarot ala2 org 'mcm' pandai sgt buat apa. Sebagai ahli dalam jemaah pun, kita pun kene ada akhlak, bukan dok tunding kat pimpinan saja..
Wallahua'alam, saya mengajak saudara2 berfikir sejenak ape strategy yg dilakukan oleh P & TP dgn buka dan singkap sikit minda dan hati tuh. Saya berpendapat P & TP pun cukup faham sejarah dan hikmah dr kisah perang siffin ini dan bagaimana nak 'counter' sekiranya berdepan dlm keadaan yg hampir sama..
Kita bersabar sebentar, tgk hala tuju selepas muktamar yg baru habis, 'bergerak' tepat pada masanya, masa bila betul nmpak hala tujunya...
wan sek 7 said…
Salaam.

Pertama saya ucapkan tahniah pada YB kerana MP dan Kawasan Shah Alam menyumbang RM 10k pada muktamar. Ini dilakukan walaupun dah tahu tidak terpilih. Syabas!

Kedua saya nak tanya yang sibuk dengan ungkapan Qiyas maal Faarik, mengapa dikatakan kiyas maal faarik semata-mata kerana tentera Saidina Ali sepenuhnya orang Islam? Adakah kerana di lihat 'illahnya atau sebabnya berlaku perpecahan dan perbalahan itu kerana mereka semua Islam? Dalam erti kata yang lain, kalau tenteranya sebahagiannya bukan Islam, maka tidak akan berlaku perpecahan? Lagilah berpecah!!

Saya sendiri memikirkan bahawa qiyas maal faarik sebenarnya adalah contoh Nabi Musa bertemu Firaun sebagai alasan bertemu UMNO. Nabi Musa tak ajak berkongsi kuasa atau berkerjasama! Kalau sekadar dakwah mengapa secara berahsia? Tidakkah ini menimbulkan fitnah di kalangan kita?

Ketiga, bagi yang masih menafikan, harap ingat, Ust Ahmad Awang mengesahkan bahawa memang ada kecenderungan sebegitu. Tak percaya YB Khalid, ok. Bagaimana dengan Ahmad Awang? Bagaimana dengan kenyataan Khir Toyo bahawa sememangnya semua dah setuju pada awal Mac tahun lalu tetapi digagalkan! Marah dengan yang menggagalkan, gelar mereka Erdogan!

Amacam?
MAGSETIAWANGSA said…
"Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini."

From my observation and analysis, I must agree to Bro. Khalid's statement. The rest we leave to Allah.

PR supporter.
Anonymous said…
Sebagai seorang pemimpin, TGHH perlu sedar bahawa jika ada isu yang boleh membawa kepada keburukkan kepada jamaah, walaupun difikirkan ada kebaikannya kemudian, ia perlu diHENTIKAN SEGERA kerana kesatuan kita jauh lebih penting daripada apa jua kemaslahatan lain...

Kepada ahli PAS Selangor, perangai awak macam ahli UMNO suka buat fitnah kepada pimpinan Selangor termasuk Khalid, Izham, Dr. Rani dsb. Saya kenali mereka ini dengan dekat dan ingin saya katakan bahawa 90% dari apa yang awak ungkapkan adalah fitnah. Jawab dengan Allah nanti .....
Ahli PAS, Shah Alam. said…
Magsetiwangsa,

Don't leave out the ending.

Jangan lupa ayat terakhir.

"Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…"

That is an important point too. Barulah betul.

Massalamah.

Ahli PAS juga, dari Shah ALam.
Salam YB, hope you are fine..so do all malaysians..
Anonymous said…
Assalamualaikum wrt wbt

Saya ingin beri pendapat.

1. Ulama yang berusaha memurnikan sirah tidak bersetuju jika kita memburukkan dan menghina para sahabat, termasuklah Muawiyah dan Amr Al-As. Punca sebenar kepada pererangan Siffin ialah adanya egen (yahudi-syiah) yang menjadi 'musuh dalam selimut' dalam kedua-dua kumpulan (Ali mahupun Muawiyah)

1. Pada pendapat saya bukan majlis tahkim yang perlu kita beri perhatian kerana ianya melibatkan helah dan strategik dalam perang. Yang lebih besar ialah - kesilapan lebih awal Muawiyah apabila ia tidak WALAK dan THIQAH kepada Ali apabila Ali menangguhkan usaha mencari dan menghukum pembunuh Uthman. Ali bersikap lunak ketika itu kerana suasana Madinah yang dipenuhi oleh golongan pemberontak dari Iraq yang masih ramai. Lalu baginda menangguhkan hukuman teresebut sementara Muawiyah terus menerus mendesak agar pembunuhnya dihukum segera.

3. Ulamak sirah berpendapat dalam situasi ini, ijtihad Muawiyah salah dan ia dianggap sebagai Bughah apabila memerangi Madinah yang dipimpin oleh Ali. Walaupun demikian, ia tidaklah menjadikan Muawiyah perlu dicela atau sebagainya kerana kesilapan ijtihad itu ialah lantaran kesilapan maklumat dan tidak mendapat penjelasan yang betul dari Ali.

Sebab itu masalah timbul bukan kerana MAJLIS TAHKIM, tetapi masalah timbul bila ada orang yang enggan WALA dan THIQAH kepada pimpinan (presiden)
al-aman said…
Salam, ada komen yg tidak enak dibaca berkenaan tentera Saidina Muawiyah. "kalaupun mereka menang, mereka mendapat dosa dan murka Allah kerana menipu dan mempermainkan AlQuran."

Diminta supaya berhati2. Perang berlaku disebabkan ijtihad Saidina Ali dan Saidina Muawiyah yg berbeza. Dan setiap mujtahid yg betul diberi 2 pahala. Mujtahid yg tersalah pula diberi 1 pahala. Tentera Saidina Muawiyah pula taqlid kepada pendapat Imamnya.

Jangan terlalu mudah menuduh mereka mendapat murka Allah dan dosa. Sila baca sejarah dan lihat siapa sahabat2 yg berperang menyebelahi Saidina Ali.

Hati2. Ada tulisan berbau syiah mungkin tanpa disedari penulisnya. Harap tutup perbincangan tentang pertelingkahan antara sahabat2 Rasulullah. Para ulama melarang kita mencela sesiapapun di kalangan mereka.
Anonymous said…
assalamualaikum...tiada pertikaian untuk entry perang siffin.cuma sedikit kecewa dengan perilaku sebahagian pendokong Islam didalam komen blog ni.sekadar untuk mengingatkan, peristiwa perang Siffin yang mana anda suma tiada pada zaman tersebut, adalah tidak layak untuk diperbahaskan.kata seorang ulama, jika ada diskusi berkenaan perang siffin, keluarlah dari majlis tersebut.kerana kita tidak tahu pun apa yg berlaku sebenar2nya.kepada pak Khalid, saya tetap dibelakang Pas dan Pak Khalid, selagi benar Islam itu menjadi dukungan yang kukuh.soal unity gomen, secara jelas saya berpendirian sama.Orang ISLAM tak mungkin dipatuk ular dilubang yang SAMA DUA KALI!senang cakap,UMNO durjana ni, cukuplah, legasi mereka memporak perandakan negara 50 tahun ni dgn pelbagai propaganda!even orang pas sendiri pun termakan propaganda2 mereka ini sehingga tidak yaqin dengan Islam dan seolah2 Islam itu milik orang Melayu semata2.cukuplah fahaman asabiyah ini yang menyatakan hanya orang melayu layak nak pimpin negara.untuk para pendukung islam, semak balik al-quran, adakah Islam itu untuk satu kaum sahaja?jika anda masih berfikir, walaupun sekelumit, hanya melayu layak memimpin negara, anda memang dah termakan dakyah UMNo durjana sejak 50 tahun dulu lagi.tolong refresh semula semangat dan iman kita sejak kebelakangan ni yang munkin terkesan dgn isu ni.mudah2an Allah tunjukkan jalan untuk segala kekalutan yang melanda ini.
ahli PAS selangor said…
wahai aninymos..kamu boleh kata ;

"Saya kenali mereka ini dengan dekat dan ingin saya katakan bahawa 90% dari apa yang awak ungkapkan adalah fitnah. Jawab dengan Allah nanti ....."

kamu mengenali meraka itu dengan dekat..TETAPI AKU MENGENALI MEREKA DARI DALAM.., engkau sebenarnya 100% tak tau langsung apa yang aku kata adalah benar dan kamu anggap fitnah..katahui oleh mu wahai nonymos..aku bersedia bertemu allah untuk menjawab semua persoalan ini..dan aku, kamu khalid izham dan dr rani akan bertemu di mahsyar dan sipersoal allah nanti..kenapa aku berani cakap..sebab AKU TAU APA YANG AKU TULIS YANG ORANG LAIN TAK TAHU...

ALLAHUAKBAR...!!!
boyer said…
assalamualikum..... Kpd nick ORG PAS... jgn lah pakai nick yu buat malu je aku tgk nick org pas.... tapi ayat cam org yahudi... Ni anak jati selangor dok kat PJU... apa cerrr lu ni beb... klu lu tak puas hati sangat gan hj kahlid gi lag ajak betumbuk ke apa ke... TGNA dalam harakah pom kata ujah Khalid bercirikan Ulamak walau pom tak buat Forum PERDANA tiap2 minggu. ni lak ko ni sapa nak komen lebih2... klu berani bagi no ahli dok kawasan mana... pasal PJ... kalau beranai buat undi setiap kawasan macam permilihan ajk kawasan n pusat... Klu pasal Projek jerman... Gua rasa Bukan Hassan ali ke Yg baru balik Jerman... Yg tahu perjumpaan terbuka YDP2 kawasan Shah Alam. D perjabat khalid. semua YDP2.. dari pernulisan ko je gua dah tahu lu budak suruhan sapa... sebab gua dari PJU.... lagi pom kena lah ingat ckit... klu khlaid tak tompangkan PAS negeri guna Dewan perjabat dia.. pas Negeri nak guna dewan mana... akan terpaksa merempat lak kot.. klu ko tak puas hati gan ujah gua,,, lu leh jumpa gan gua di mana2 pom leh... banggunan SUK Ting 6 ke WWBC ke... tapi lu kena ingat... pemimpin2 YG baru JOIN PAS seblm tahun 1999.. jgn lah terasa hebat sangat... sebab lu org tak merasa kepahitan berjuan gan PAS.. Silap2 ada yg tak ada kawasan lg kot atau pom DUN. kena tunggu sedak org utk bertanding.... udah lahh komen banyak2... naik darah lah pulak. Nick "ORG PAS" org yg sama megelar YDP2 pas ajen yahudi...
Anonymous said…
AHLI PAS SELANGOR.... CUBA LA JAG APERANGAI TU... AKU DAH WAS2 NGAN KAU... ALA2 PROVOKASI UMNO..... SETAKAT SEMBANG JE... TAK PAYAH CAKAPLA...YB BUAT TU, BUAT NI.... AKU PUN BOLH CAKAP.... BAGI BUKTI MASA N TEMPAT, RESIT KALAU ADA LAGI BAGUS.. KALAU ADA RAKAMAN PUN CUN GAK....

MALU NGAN PERANGAI YANG MENJATUHKAN PERIBADI ORANG... MACAM SABERI CHIK YANG KALAH BERDEBAT..... YB JUST BAGI PERINGATAN.... SALAH KE..

SEORANG PELACUR MASUK SYURGA SEBAB BAGI ANJING MINUM.... BUKAN ANDA, AKU ATAU MANUSIA LAIN NAK MENGHAKIMI PERBUATAN SESEORANG... ITU KERJA TUHAN

ELOK ANDA JADI DEWASA..... KETENGAHKAN BUKTI ANDA..... KALAU ANDA BETOL....
ahli PAS selangor said…
aku tau hangpa juak-juak khalid panas telinga senak perut dah baca tulisan aku ni...setakat dok bangga dok kat PJ..hangpa jangan ingat orang sejauh sabak bernam dan hulu langat tak tau pasai hangpa ni..!!!
Salam kepada ahli PAS selangor, komen terbaru tuan/puan di posting ini tidak dapat disiarkan kerana menggunakan bahasa yang kesat dan kurang sopan. Harap maaf.
wan sek 7 said…
Salaam.

Saya baca tulisan YB dengan teliti. YB tidak mencela Muawiyyah atau Amr Al-As. Yang hendak disampaikan ialah tipu helah mereka untuk lepas dari tekanan dan akhirnya menang. Pengajarannya ialah bila sedang mara, jangan dikemukakan sesuatu yang boleh melemahkan diri kita sendiri kerana timbulnya perbalahan. Kawan kawan semua nak bicara yang lain buat apa?

Soal walak betul. Tetapi tidaklah walak secara membabi buta. Jangan jadi macam orang tertentu, "saya tak tahu apa itu kerajaan perpaduan, tetapi apa sahaja dari Presiden, saya setuju". Kita kutuk UMNO kerana menjadi pak angguk. Adakah cara kita begitu juga? Itu sebabnya diwajibkan syura. Itu sebabnya Rasulullah (SAW) menunjuk kita cara syura dengan Baginda mendengar pandangan para sahabat Baginda. Kalau Nabi yang maksum pun dengar nasihat orang, takkan pemimpin PAS tak boleh dengar? Hingga nasihat TGNA pun diketepikan begitu sahaja.

Isu walak ni tidak seperti yang kawan-kawan gambarkan kerana Islam tidak menuntut kepatuhan membabi buta. Itu sebab tentera Saidina Ali pun berbahas dan akhirnya Ali akur. Kalau semua main ikut je, dan itulah kehendak Islam, takkan tentera Saidina Ali tak cukup tarbiyyah? Takpe lah. Ini soal lain, kita bincang lain kali. Harap YB boleh jelaskan sedikit dan lepas tu kita berbahas di blog YB. amacam?
Anonymous said…
Assalamualaikum wrt wbt

Dalam setengah keadaan, khususnya yang memerlukan keputusan segera, pimpinan utama yang tahu apa yang paling sesuai dengan strategik masa itu. kalau tersilap, maka itu kesilapan dalam ijtihadnya. Ia masih dalam ruang strategik dan pendekatan, tidak berdosa pun.

Bukannya haram pergi berjumpa untuk mendengar apa yang UMNO ingin tawarkan dan luahkan. Kita tak putuskan pun untuk bersama dengan UMNO. Dengan sesiapa sahaja kita sedia berunding.

Di Indonesia, PKS sedia berunding dengan sesiapa sahaja samada dari PDI, PDI-P, Golkar atau pun mana-mana parti yang ada. PKS akan buat pertimbangan, dalam situasi terkini, mana parti yang boleh menawarkan yang terbaik untuk Islam dan beberapa tuntutan PKS.

Kalau SBY (Susilo) yang paling banyak menerima tuntutan PKS, maka mrk berkerjasama dengan SBY dan begitulah sebaliknya.

maka apa salahnya bertemu dengan UMNO (dalam konteks selepas mereka kalah teruk dlm PRU ke-12). Selain usaha dakwah kepada mereka kalau-kalau mereka ada sedikit muhasabah selepas kalah. Atau ada dalam golongan UMNO itu orang yang masih ada hati perut yang masih boleh ditarik untuk kebaikan.

Tetapi perundingan itu terhenti, apabila UMNO (Pak Lah) menunjukkan ketidak insafannya dengan kekalahannya apabila ia membongkarkan pertemuan tersebut.

Ia juga sudah tidak relevan lagi, apabila Najib mengambil alih pentadbiran UMNO dengan track record yang sangat bangsat.

tetapi usaha pertemuan, perbincangan dan muzakarah adalah usaha murni yang mesti dilakukan oleh jamaah islam dengan sesiapa sahaja termasuklah musuh sekali pun. hari ini mungkin musuh, esok belum tentu. hari ini kawan, esok mungkin musuh, tengoklah apa yang berlaku pada Ibrahim Ali...

Keputusan Muktamar kita yang ke 54 di Perak ialah ; PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT, DAN MENERUSKAN PERTEMUAN ATAU HUBUNGAN DENGAN SESIAPA SAHAJA UTK TUJUAN ISLAM (walaupun TG Nik Abd Aziz sering mengwar-warkan keputusan muktamar tersebut hanyalah memperkasakan pakatan rakyat). Itulah juga kesimpulan dalam Muktamar baru2 ini... Kalau tak percaya, carilah semula rakaman kesimpulan dalam kedua-dua muktamar tersebut.
muhammad said…
Wan sek 7,

Setuju.

Kepada yg mengaku ahli PAS tu, sertakan nama dan no ahli. Bukan nak tahu sangat identiti awak, tapi bila memberi komen dgn identiti "ahli PAS", buruk sangat nampaknya untuk PAS bila anda menyerang peribadi pimpinan dan menggunakan bahasa kesat. Org seperti andalah yg menyebabkan sesetngah blog terpaksa memerlukan Google Account dan Open ID.
Unknown said…
tujuhkosong

MasyaAllah....benarlah fitnah akhir zaman itu sgt bleluasa..
YB..sy akui teguran yg dberi itu ade manfaatnye..tapi...
CUKUPlah sekadar ape yg tlh dibentangkn di muktamar lepas..jgnlah dpanjangkn lg d dlm blog spt ini..
seakan masih ade ktidakpuashatian lg dgn tulisan yg sgt klihatan berbau sinis ini...
CUKUPlah UMNO puas mentertawakan PAS yg sudah sedia ade porak-peranda hasil dr idea 'Kerajaan Perpaduan' ini..
JAGNANlah dtambah lg kegembiraan mereka(UMNO) dgn tulisan YB dlm blog ini...
lihatlah sendiri hasilnye,
para commentor dlm blog ini majoritinye org PAS sndri tp masing2 berbalah sesame sndri..
inikah keuntungan yg YB cari?
JANGANlah biarkan pengajarn kisah perang Siffin ini tidak smpai matlamat sebenarnye...marilah kite renungi bersame..setiap manusia ade kelemahan...yg penting kite bersatu melawan musuh yg 'nyata'.
Anonymous said…
khalid jenis tak dop rasa wala dan thiqah.jnis nk mnang cepat, xrasa susah berjuang
Jihad said…
Salam Pak Khalid..saya setuju dgn pandangan Pak Khalid terhadap tipu muslihat Umno terhadap perjuangan Pas pada hari ini...tetapi saya sgt2 tidak bersetuju Pak Khalid menyamakan sahabat2 nabi yang mulia seperti Muawiyyah bin Abi Sufian dengan puak Toghut Umno.Saya minta dengan penuh hormat Pak Khalid meneliti semula fakta sejarah tentang Perang Siffin dengan merujuk pada sumber yg benar..iaitu pandangan ulama Sunni dan bukannya melalui riwayat sejarah yg direka2 oleh fahaman Syiah..Muawiyah adalah penulis wahyu nabi..mana mungkin dia seorg yg berfikiran kotor dan penipu..saya harap Pak Khalid dapat menerima pandangan saya supaya x berlaku fitnah kepada sahabat nabi radhiallhua'nhum..Apa2 teruskan perjuangan menegakkan Kalimah Allah dibumi bertuah ini...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan