Skip to main content

PAS Keluar Arahan Tutup Mulut

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan.

"Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Malah, ia tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul... ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan," katanya yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PAS.

"Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS," kata Khalid.

Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, kata perdana menteri, beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Umno, kata Najib lagi, sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS.

'Pertikai keikhlasan Umno'

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan keikhlasan Umno untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, kata beliau, idea untuk mengadakan perbincangan tersebut adalah pandangan peribadi Abdul Hadi dan bukan keputusan sebulat suara parti itu.

Khalid turut menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai satu helah.

Cadangan Abdul Hadi itu mendapat bantahan beberapa pemimpin utama parti itu walaupun idea itu disokong oleh timbalannya, Nasharuddin.

Antara yang membantah keras kerajaan perpaduan itu ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang menyokong cadangan itu sebagai "boneka Umno".

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa - yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden - turut menentang cadangan kerajaan perpaduan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

*Update (8.30pm) Video temuramah Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Khalid Samad, ihsan Malaysiakini



Selanjutnya di Malaysiakini,
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Bagi mereka yang suka menghina President PAS baca lah ayat quran di bawah supaya mereka kembali kepada akhlak jemaah yang sebenar. Ayat (Surah al-Ahzab : 58) di bawah adalah ayat yang melarang menyakiti muslim yang ikhlas memperjuangkan islam.

1. 'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)


2 'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

3. Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)



Semoga Allah memberi keberkatan dan kesabaran kepada semua pejuang islam yang ikhlas untuk menegakkan Kalimah Allah
raibachiba said…
Mengapa ambil sumber dari Malaysiakini? Betulke Naib Presiden menyambut baik kesediaan Najib?
nur mohd nidzam said…
Mampukah umno menerima PAS sebagai rakan setaraf.Tidak sekadar yesman seperti parti parti komponan lain dalam BN?Mampukah umno membersihkan diri dari segala unsur unsur buruknya seperti rasuah, menghalalkan perjudiaan?Mampukah umno membebaskan badan kehakiman,sprm,polis dll?PAS harus diberi jawatan jawatan penting didalam kerajaan untuk memperlaksanakan reform yang diperlukan.Jika tidak PAS juga akan mengalami nasib sama seperti umno dan akan ditolak rakyat.
PAS seperti kata najib sudah menunjukan keikhlasan,sekarang kita lihat apakah umno benar benar ikhlas atau cuma inginkan satu talian hajat dari PAS.Penyokong PAS tidak ingin lihat parti digunakan untuk kepentingan mana mana pihak dan apa tak lagi sejarah diulangi bersama umno.
fadzil said…
aku suke hujah yb nie,seorg profesional yg berfikiran Islam,sepatutnye ulama yg tau agama pn kene la berfikiran profesional,org yg mcm nie yg kita nk,baru2 nie aku pg muktamar tgk timbalan pemuda pas yg mengaku ulama mcm nk kata kt org2 profesional dlm pas jer..ape slhnye org nk tegur utk Islam,jgn jd cam umno xle nk terima pendapat org bawah,aku sbagai org muda kdg2 rasa kecewa dgn pas,baru jer kitaorg nie bejinak2 dgn pas dah camnie..klu nk tegakkn Islam yg pertama kene kebumikn umno bn dlu insyaallah baru Islam bl ditegakkn..slagi umno ada kt atas muka bumi nie selagi tue lah Islam xkan blh ditegakkn di Malaysia nie..kpd pemimpin2 pas tlg dan dgrla suara hati kami generasi muda nie..jgn rasa diri tue btl je.kpd yb khalid teruskn perjuang.
ridzuan halim said…
dear unknown,

kalu dah tak tau nak jawab, antara escapism-nya ialah akhlak jamaah, wala', wala', wala'

macam la hj hadi & nasa tu maksum.

dan ketiga-tiga ayat di atas tidak berpihak pada hj hadi pun.

kelemahan berfikir, skil komunikasi yg fail, serta penipuan selepas berunding dalam gelap, serta penipuan selepas buat call kepada pesuruhjaya pas perak, perangai kartun yang menghakiskan sokongan, juga kelemahan dalam mengendalikan isu, serta juga kelemahan-kelemahan lain tidak harus disandarkan kepada ayat al-qur'an.

Dah silap tu mengaku lah.

Ni macam budak tadika, bila fail exam "ala.. dah takdir, nak wat camne.."
amoker said…
Am loosing respect to the Party. I voted for it and still think it is better than UMNO, but it wants to be UMNO. I wonder why Abd Hadi and his sidekick wants.
Anonymous said…
wonder on dude... wonder on... same as the rest of us here!
pok ya said…
Perangai gila kuasa ni dah jadi trademark Terengganusaurus.

Spesies dinosaur yang ingat dia menang sebab dia sorang terror. pantang memang sikit, dah menggelabah.
that's it. PAS has done it again. it will take a long time before Pas will gain any support from the non-muslim and even among muslim themselves.

i will never never vote for Pas again. this is no more a case of "putar belit" by the government media, but in actual fact what Pas wants.

What's the point of "unity" discussion, if not to unite? Unite against whom? The non-malays or non-muslims?

Pas, you have gained the trust of many many non-muslim and other liberal muslim who wanted to see changes, ... and now you have dissapointed each and everyone of us.

Now, UMNO is no more the devil, but DAP and PKR is....

I will miss those days when we walk hand in hand with the Pas Amal people in street protest....

KaKiaYam
Anonymous said…
1. 'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)


2 'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

3. Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)

anonymous, adakah ayat-ayat tersebut di atas hanya khusus untuk hj hadi? bagaimana pula dengan ahli-ahli pas yang lain?

wallahu'alam

hussin abdaziz
ustaz joe said…
Artikel ni mesti Mustafa Ali tak bagi masuk Harakahdaily.

http://pastbs.blogspot.com/2009/06/ikhlaskah-syarat-baru-mustafa-ali-itu.html
Anonymous said…
- kalu dah tak tau nak jawab, antara escapism-nya ialah akhlak jamaah, wala', wala', wala'

macam la hj hadi & nasa tu maksum.

dan ketiga-tiga ayat di atas tidak berpihak pada hj hadi pun.

kelemahan berfikir, skil komunikasi yg fail, serta penipuan selepas berunding dalam gelap, serta penipuan selepas buat call kepada pesuruhjaya pas perak, perangai kartun yang menghakiskan sokongan, juga kelemahan dalam mengendalikan isu, serta juga kelemahan-kelemahan lain tidak harus disandarkan kepada ayat al-qur'an.

Dah silap tu mengaku lah.

Ni macam budak tadika, bila fail exam "ala.. dah takdir, nak wat camne.. -

kalu gitu anda pun tak layak nk cakap.anda pun bukan maksum.skurang-2nya Hj Hadi berckap atas kapasiti presiden..

Kan hanya nabi je yg maksum..
baik anda bljr dulu la adab2 berkhilaf..

Hamba Allah
Ustaz Joe said…
Bro,

Ana punya sijil kursus "adab dan wala'..." tu hj hadi yang sign. So, tak payah la ajar itik berenang.

Tapi bila dia buat benda bodoh, saya sebagai ahli, takboleh membekukan kepala saya dari memberi teguran. Saya ada tanggungjawab sebagai ahli.

nak harap siapa tegur ?

Cakap berdegar2 kalau pemimpin salah, rakyat kena tegur.

tang parti sendiri, nak buat stail diktator, tak boleh tegur.

Ikut je buat bodo.

Itu style Terengganusaurus. Jangkahayat pun tak lama. menang sikit, bongkak. Spesies mudah extinct.

kalau hj hadi bercakap atas kapasiti Presiden. Saya pula bercakap atas kapasiti ahli, dan juga mewakili kawan2, penyokong dan pengundi PAS.

Jangan la gunakan alasan wala' etc untuk menghapuskan kritikan. Saya tak suka, sebab ia tak betul.

saya juga tak suka alasan OSA untuk melindungi penyalahgunaan kuasa.

saya juga tak suka bila takdir tuhan disalahkan bila ada kegagalan atau malaysia kalah main bola, contohnya.

penyalahgunaan terma2 tersebut untuk menutup kelemahan, atau berterusan buat benda bodoh, adalah satu perbuatan yang jengkel dan menjijikkan.
muhammad said…
Hamba Allah

June 18, 2009 4:03 AM ,

"kalu gitu anda pun tak layak nk cakap.anda pun bukan maksum.skurang-2nya Hj Hadi berckap atas kapasiti presiden..

Kan hanya nabi je yg maksum..
baik anda bljr dulu la adab2 berkhilaf.."

Saya kemukakan kata2 asal:

"macam la hj hadi & nasa tu maksum."

Hamba Allah, saya teringin sangat2 nak tanya anda dapat BM gred apa dalam SPM dan UPSR, BM pemahaman dapat berapa.

Tiada siapa yg mengatakan selain dari Nabi itu maksum. Yang dimaksudkan ialah ketaatan buta seperti yg anda tunjukkan di sini.

Jadi dia Hj Hadi bukan presiden, pendapatnya mesti ditolak?

Apa pun yg Hj Hadi sebut, semata2 kerana beliau presiden, semua kena terima tanpa soal?

Itukah logik anda?
Anonymous said…
salam semua ,

inilah dugaan Allah bagi semua yang
ingin memperjuangkan Islam - baru sedikit kuasa yg diberi latahnya macam-macam , baik pemimpin dan yg mendokongnya.Jadi apa perlu buat - balik kepada perjuangan untuk menegak kan Islam , tolak tepi yg 'uniti' ke ape ke !
tanya diri sendiri wahai pimpinan yg ada - satu amanah yg besar memimpin umat untuk mentaati Allah yg maha Esa ke jalan yg di redhai Nya dan wahai pendokongnya ikutlah pimpinan yg ikhlas kerana NYA.
hairan said…
yb sedar atau tak?

sindrom penyakit pimimpin umno sebenarnya dah merebak pada pemimpin pas???

kalo tghh betul2 ikhlas dan faham dengan apa yg dia katakan kerajaan perpaduan sepatutnya dia perjelaskan secara terpeinci kepada semua. MALANGNYA tghh sendiri macam tak berapa jelas. Dia tidak boleh mengharapkan semua manusia membaca buku politik lbh2 lagik akar umbi pas yg kat kampung nun jauh di sana. Saya sendiri yang ada ijazah nih pun serabut pala otak nak faham.

yb saya amat2 takut dengan andaian saya sendiri iaitu ; UMNO YANG SAKIT TENAT TETAPI KEMUNGKINAN BESAR PAS YANG AKAN DIKAFANKAN DULU....

tolonglah beringat2 semua
hairan said…
dear en muhammad

saya setuju sgt dgn pendapat anda. Tidak mustahil tuan presiden boleh membuat silap. Kita kan manusia dan tentunya kita tak perlu membabi buta mengikut cakap pemimpin.

Tuhan bagi kita otak untuk berfikir maka gunakanlah. Mana yang baik kita terima dan mana yang tidak baik kita tolak.

hanya manusia yang TIDAK BEROTAK akan mengikut membabi buta, atau kemungkinan otaknya tidak berada dikepala...

maaf kalo terkasar bahasa
tapi saya lauhkan ini atas dasar sayangkan pas walaupun saya sendiri bukan ahli pas.
mork said…
chop chop..

bila larangan tidak boleh bersuara ni boleh ditarik balik ?

malam ni lepas isyak ke ?
Anonymous said…
Salam, terlalu banyak tomahan yang dilontarkan kepada TGHH termasuk dari kalangan pimpinan parti yang majoritinya berlatar belakang "profesional". Saya menghalusi banyak tulisan YB, YB juga tidak lari dari emosi diri dengan kebencian terhadap UG, walaupun hakikat sebenarnya YB tdk 100% memahaminya. Saya berpendapat walaupun TGNA memuji YB dalam beberapa aspek pasai islam, tapi YB tidak sepatutnya dgn sinis untuk memperlekehkan kepimpinan TGHH dan Terengganu. Tidak kah Allah yang maha kuasa yang memberi kuasa kepada siapa dia kehendaki? Saya berharap YB jujur tehadap perjuangan islam yang berlandaskan Quran dan sunnah. itulah pejuang islam yang sejati. Adapun TGNA yang memberi banyak feedback pasai UG..namun ada sikap keterbukaan beliau..seperti meletakan syarat..DAP jadi menteri, PKR jadi Menteri".. Tapi yang paling nyata..UG ini masih tidak jelas apa yang ingin di nyatakan oleh TGHH. Tetapi Seperti yang pernah di katakan olih Utz Tuan Ibrahim Tuan Man...sekiranya usaha UG ini membawa kebaikan kepada Ummah...apakah alasan kita untuk menolaknya... Apa jawapan YB di akhirat menolak perpaduan Ummah? untuk pengetahuan YB, TGNA pernah sebut "Nabi s.a.w pernah membuat perjanjian dgn quraisy walaupun ia berat sebelah..tapi mengutungkan ummah"...ramai sahabat yang tidak berpuas hati dan kurang faham akan keputusan nabi pada masa itu...sehingga kebenaran datang kepada ummah...perjanjian dan rundingan itu ialah Hudaibiyah... Jadi saya harap pada YB dan pengunjung blog ini di harap jangan membelakangi ulama kerana ulama adalah pewaris nabi...bukannya profesional...Kalu kita tidak faham satu isu janganlah kita terus melenting yang akhirnya menimbulkan fitnah sesama sendiri...sabar dan dapatkan penjelasan yang sepatutnya...jangan buat kenyataan media yang tergesa2 yang boleh menimbulkan fitnah...apa YB nak jawab pada padang masyar nanti? memang benar kita ni bebas nak bercakap...mulut tak mulut di tutup...namun ingat setiap perbuatan mahupun fikiran kita semua itu adalah amal... Allah tahu apa yang ada dalam hati kamu..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan