Permohonan maaf ini adalah berikutan dari laporan BPR terhadap Dato Paduka Husam. Di antara kandungan laporan tersebut adalah:
-Pejabat YB Khalid Samad-
- Salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
- Penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
- Kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
- Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
- Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
- Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
- Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
- Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
- Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
kebenaran d pihak husam
truskan perjuangan menentang org2 kufur yg suka menabur fitnah
However, better late than never.
Saya rasa mereka yang selama ini menuduh Dato Paduka Husam atas tuduhan yang sama, mengikuti jejak langkah orang UMNO ini, sepatutnya membuat iklan minta maaf yang sama. Kalau ikut yang jahat tak kan yang baik tak nak ikut?
Persoalannya, benarkah notis permohonan maaf ini tidak disiarkan oleh Harakah? bagi saya, ini adalah sesuatu yang amat positif bagi PAS, maka Harakah perlulah menghighlightkannya...
adakah disebabkan faktor2 tertentu, ianya tidak diberikan spotlight oleh Harakah?
Yang kedua, dakwaan terhadap Dato' Paduka Husam ini dikemukakan oleh Dato Nozula dikatakan diambil sumbernya daripada seorang blogger. Benarkah Blogger ini bekerja di Pejabat Siasah? Bagi saya, ini perlu disiasat oleh PAS kerana jika dakwaan ini benar, blogger ini perlu dipecat kerana ia telah memfitnah seorang pemimpin PAS yang tidak bersalah & ini adalah musuh dalam selimut PAS yang paling nyata! Jika ada pihak yang cuba melindungi blogger ini, pihak itu juga patut disiasat.
Yang ketiga, saya masih lagi tidak jelas berhubung dakwaan Ustaz Daud Iraqi berkenaan ada rasuah dalam PAS. adakah ini benar? Harap YB Khalid dapat jelaskan.
Yang keempat, bagi saya, Muktamar ini berlangsung dii dalam keadaan yang agak berat sebelah. Label 'Team Erdogan' menentang 'Ulama' sangatlah tidak adil. Sepatutnya 'Erdogan' lawan 'Erbakan'. Bila 'erdogan' VS 'ulama', sudah pastilah branding 'ulama' pasti akan menang kerana title 'ulama' ada sensitivity yang amat tinggi di kalangan ahli PAS disertai pekej ayat-ayat Quran dan Hadis.
Dan sudah pastilah Kesemua Dewan takut untuk menentang label Ulama. Dan branding ini pastilah menguntungkan beberapa pihak untuk memenangkan calon mereka.
Nasib baiklah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempat mengeluarkan statement yang agak mnyenangkan hati berkenaan team Erdogan.
Bagi saya, title 'ulama' patut diganti dengan 'lulusan agama'. Kerana kita agak kabur dengan istilah 'ulama' itu.
Muktamar kali ini pula saya lihat sebagai peluang 'lulusan agama' untuk melobi ahli2 dengan alasan hanya 'lulusan agama' mampu memimpin PAS dan 'lulusan profesional' tidak patut diberikan tempat yang tertinggi dalam organisasi parti. Mujurlah usul ini tertolak dan PAS masih lagi ada peluang untuk membahaskan hal ini terutamanya 'pentakrifan dan definisi Ulama' dan adakah Ulama' ini maksum sehingga tidak dapat ditegur ?
Dan apakah sebab untuk mewajibkan jawatan no.2 juga diisi oleh 'lulusan agama' sedangkan segala keputusan PAS perlu dipandu oleh Majlis Syura? Adakah Majlis Syura Pas gagal berperanan dan pernahkah segala keputusan Majlis Syura ini diabaikan? seingat saya, pernah berlaku satu peristiwa Majlis Syura dilangkaui berkenaan muzakarah dengan UMNO, namun ianya dilakukan oleh 'lulusan agama' bukan lulusan 'profesional' hatta bagi saya, golongan profesional sangat tinggi penghormatan mereka kepada Majlis Syura atas dasar mereka mungkin merasakan mereka kekurangan ilmu agama berbanding dengan golongan 'lulusan agama'.
Janganlah hendaknya PAS menjadi VIP Club untuk para 'lulusan agama' dan mereka yang ikhlas baik dari golongan professional mahupun aktivis marhein diabaikan. Jikalau begitu, apakah bezanya nanti PAS dengan komunisme yang tidak menghalalkan sebarang teguran?
I'm almost over with PAS...
Radzi Ahmad
Di sini saya juga harap Majlis Tertinggi PAS menyiasat tuduhan-tuduhan terbuka oleh para pemimpin tertinggi PAS sebelum dan sewaktu Muktamar berlangsung:
1) Rasuah dalam PAS oleh Ustaz DAud Iraqi(utusan Malaysia 14/05/09)- siapa yang merasuah, dirasuah dan saksi.... jika tiada bukti, jatuhlah tuduhan berbohong
2) Golongan pemecah belah /musuh dalam selimut/puak erdogan oleh Ustaz Haron Din (Sinar Harian, 30 Mei 2009) - siapakah mereka? apa yang mereka lakukan? bukti2 mereka tidak wala'? jika tiada bukti, juga saya kira jatuhlah tuduhan berbohong
3) Ulama difitnah melalui internet/blog/facebook (ucapan Perasmian Dewan Ulama oleh Ustaz Daud Iraqi)- siapakah yang memfitnah ulama'? juga saya harap ada bukti
Isu-isu diatas adalah tuduhan2 serius yang tidak seharusnya dibiarkan sebegitu sahaja. Sementelahan pula, perkara ini berlaku semasa Muktamar dan dituturkan oleh ulama', maka ia tidak harus dibiarkan sepintas lalu.
Maka wajib bagi PAS untuk menyiasat....
Qawwiy