Skip to main content

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Peringkat Nasional 2009

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Peringkat Nasional yang julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang, Selangor pada hari Sabtu 30 Mei 2009.



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kaum lain terutamanya Cina dan India sebelum ini disogokkan dengan gambaran yang salah mengenai konsep perjuangan Pas oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, namun sejajar dengan perubahan zaman, pandangan itu sudah berbeza kini apabila kaum lain sudah mula memahami konsep perjuangan parti itu kerana selain memperjuangkan Islam, ia juga memperjuangkan hak kaum lain yang berlainan agama. “Orang Melayu, Cina dan India adalah adik-beradik kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa.

“Walaupun mempunyai fahaman agama berbeza, tidak bermakna Pas akan menidakkan hak kaum lain sekiranya diberi peluang memerintah negara,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong Pas Peringkat Nasional 2009 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang di Majlis konvensyen ini juga telah dimeriahkan lagi dengan sokongan padu dari pimpinan PAS sekitar selangor iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas, Salehuddin Ayob, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali, ADUN Sijangkang Dr Yunus, ADUN Bangi Dr. Shafiee Abu Bakar, ADUn Kota Alam Shah, YB Manoharan, ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman. Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi.

Selanjutnya di blog Dr. Siti Mariah Mahmud

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Terima kasih YB kerana bersama dalam program tersebut.

"Welcome to the world of unity"

"Islam Memimpin Perpaduan"
Unknown said…
hah! awat tak ramai nak komen entry ni? hehe.. depa tak layan perpaduan ka?

Wa ingat wa sokong sangat la perpaduan cara politik baru ni... mind barrier antara kaum & agama perlu sahaja dipecahkan hingga kemerdekaan pemikiran semua rakyat (termasuk penyokong UMNO_BE End) dapat menilai keharmonian perpaduan yg lebih jitu & asli, hasil drp hati-hati yg ikhlas yg mahukan perubahan menyeluruh ke arah yg lebih baik. Bukan spt. cara UMNO memperkuda (membodohkan & mengkaburi minda) rakyat Melayu dgn sentimen perkauman yg sempit & bahaya. Wa harap PR dapat membawa aegnda perpaduan ni lebih serius lg dgn PAS sebagai tokoh peneraju.

Yang penting ialah supaya kepimpinan Islam dlm PAS dapat pula memimpin negara ni, sehingga org-org bukan Islam pun paham bhw org-2 Islam adalah khalifah yg boleh diharapkan memimpin mereka ke arah Malaysia yg lebih sejahtera, adil & cemerlang serba-serbi.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...