Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.
Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.
Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.
Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.
Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
Ijtihad juga tidak boleh membatalkan ijtihad lain. Kerajaan Perpaduan dan ertikata kerajaan tanpa pembangkang merupakan satu ijtihad, oklah bukan ijtihad tapi lontaran idea untuk sama-sama munaqasyah, ianya boleh jadi betul boleh jadi salah. Jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Mujtahid tidak boleh memaksa orang lain mengikut ijtihasnya, juga orang lain tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad dari mujtahid. Mujtahid juga tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad mujtahid lain.
Hari ini, kita lihat ada berlaku kecelaruan. Tok Guru Nik Abdul Aziz menyatakan dengan keras terhadap Timbalan Presiden PAS yang menyambut baik respon dari Najib Tun Razak berkenaan dengan idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Tok Guru Hj Abdul. dari segi akhlak mujtahid, nampaknya Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mempamirkan satu sikap yang baik yang boleh dicontohi oleh ahli bawahan. Mereka (ahli bwahan) disuap awal dengan usul 20 Hassan Al Banna antaranya dalam masalah khilaf. Usul 20 ini rata-rata gerakan Islam mengguna pakai ia sebagai satu kertas disiplin dalam merekrut ahli-ahlinya. Silibus yang wajib dihadamkan, bukan calang-calang punya usul ni. Ianya terpakai hingga kini sejak kebangkitan Ikhwan Muslimin di Mesir selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah. Kiralah berapa lama?
Aku pernah berbual dengan salah seorang AJK Pas Pusat. Dia pernah kata kepada aku "orang-orang PAS ni suka naikkan orang yang pelik-pelik sebagai pimpinan". Aku faham, apa yang dimaksudkan dengan "pelik" dalam kepala beliau. Aku senyumkan.
Kecoh sekejap di Parlimen dengan aksi Nizar dan sebilangan ahli parlimen DAP. Aku pun terkejut, tapi sebagai orang yang pernah mengetuai negeri Perak. Semestinya tindakan beliau merupakan satu menifestasi dari apa yang berlaku di Perak. Pelik tak pelik, dia dah buat.
Apakah perlunya membuat bantahan ini atau kenyataan media di Parlimen? Apakah rasionalnya mereka melakukan ini di Parlimen? Mereka kena ingat, mereka mewakili pengundi-pengundi di Parlimen masing-masing. Para pengundi yang mengundi mereka bukan 100% bersama mereka dalam hal ini. Tidak sepatutnya mereka mengheret para pengundi mereka dan memaksa menolak idea kerajaan perpaduan. Seperkara lagi mereka adalah ahli gerakan Islam. Jika ini wajah-wajah ahli gerakan Islam gambarkan, bagaimana nak membentuk satu wacana siyasah yang berilmu di kalangan ahli? Ini lain jika ianya merupakan pendapat peribadi, itu hak masing-masing. Tetapi dengan tindakan ini nampak seperti memaksa orang lain menolak idea tersebut.
Mereka mengatakan ianya bukan agenda PAS dan tidak pernah dimesyuaratkan oleh mana-mana Dewan Harian atau Majlis Syura. Jika ianya begitu, mengapa pula mereka bertindak demikian? Lainlah jika ianya dah diputuskan atau dimuktamadkan oleh pimpinan. Inilah bahananya bila membelakangkan ketua dalam bertindak. Dengan secara tidak langsung tindakan ini merendahkan-rendahkan idea dan kredibiliti ketua mereka Presiden PAS sendiri. Kurangnya hikmah kebijaksanaan mereka dalam hal ini. Kalau nak menyokong ijtihad Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan menolak idea kerajaan perpaduan sekalipun, tak perlu rasanya buat acara begini di Parlimen.
Ianya seperti "ingin memadamkan api, tetapi disimbahnya dengan minyak tanah yang disangka air".
tidak sah solat berjamaah.
semoga Allah memberkati Pak Khalid.
saya amat terkejut dengan P.Khalid.
tapi masing2 punya pendirian sdiri.
yang penting, kita kena ingat bhw PAS juga adalah sebuah badan dakwah dan bukan politik semata2.
Islam menyeru manusia mendekatkan diri kepada Allah.
Orang UMNO juga orang islam. PAS berbaik dengan umno tidak harus dilihat dari aspek politik semata2 tetapi dari konsep dakwah. sepertimana yang diajarkan oleh Islam yang diceritakan dalam Al-Quran : "Wahai Musa, pergilah kamu kepada Firaun (berdakwah)".
Firaun jelas tidak beriman&thogut. tetapi Allah masih meminta Nabi Musa mendekatinya dan bercakap tentang agama Islam.
Maaf atas pandangan yang dhaif ini.
go ahead my leaders.teruskan berperang demi survival politic kamu..aku dah bosan.. polemik pah ceroh..kecek supo gapo..namo ulama',pintu perbincangan tutup truh..nok kato,kato..buke nk tanyo bince kiri kane..bongok a sumo..ni bilo nakkan jawate lebih dr segala2nyo..ikuk mum laahh..kekgih jawab akhirat seksok..
This article, Tunku Aziz, best describes Hadi and Nasarudin. They are the madmen in PAS. They have lost their sense of right and wrong, of good and evil, of faithfulness and betrayal.
Why do they want to destroy the Pakatan House we struggled so hard to build?
I hope you will post this piece in your blog and encourage all PAS members to read it.
sila semak bai'ah anda.
SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 1)
Beberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.
Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :
- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?
Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.
Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.
Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.
Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.
Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.
Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.
Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.
..............bersambung
Sebelum ini telah menyebut tentang pandangan yang dibenarkan kepada ahli untuk mengemukakannya. Namun, di sana, terdapat beberapa panduan untuk mengemukakan pandangan, sekiranya dibenarkan. Ia akan dijelaskan selepas ini. Hakikatnya Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk menyusun dan mengatur segalanya.
Persoalan ketiga, adakah menjadi kewajipan kepada presiden untuk menerima keputusan ahli? Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Presiden berhak menerima atau tidak keputusan Syura, maka, lebih-lebih lagi keputusan ahli yang tidak termasuk dalam Syura. Ya, sepertimana yang telah diterangkan di dalam Usul Dakwah juga, pandangan ahli tidak wajib bagi Presiden untuk mendengarnya atau menerimanya.
Ahli berhak memberi pandangan, tetapi tidak berhak memutuskan. Bahkan Dr Abdul Karim Zaidan juga menyebut bahawa terdapat 3 panduan kepada ahli sekiranya pandangan mereka tidak diterima :
Pertama :
Orang yang memberi pandangan hendaklah mempunyai niat yang betul untuk memberi nasihat atau menegur pimpinan. Diharamkan bagi ahli untuk mengemukakan pandangan bertujuan menjatuhkan pimpinan, mengaibkan, memburuk-burukkan dan sebagainya, yang dikatakan sebagai tujuan yang diharamkan.
Kedua :
Orang yang mengemukakan pandangan hendaklah seorang yang pakar dan mahir tentang apa yang dikemukakan. Bahkan diharamkan juga mengingkari keputusan yang bersifat ijtihad (keputusan yang tiada dalil yang memutuskannya). Selagi mana keputusan tersebut bersifat ijtihad, maka ahli wajib mengikutnya walaupun bercanggah dengan keputusan mijoriti.
Ketiga :
Diharamkan juga kepada individu yang mengemukakan pandangan, daripada mencetuskan fitnah atau pandangan yang berbeza daripada keputusan tersebut, apabila pandangannya tidak diterima.
Kesimpulan di sini, saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa, bahkan saya mengucapkan tahniah kepada Husam kerana berani untuk memberi pandangan. Bahkan saya juga bersetuju dengan tindakan Presiden di dalam masalah ini. Bahkan, kita juga diharamkan menimbulkan fitnah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Kita langsung tidak berhak di dalam persoalan ini, kerana kita bukanlah ahli di dalam bidang tersebut.
Semoga dengan artikel ringkas ini tetapi penting, dapat dimanfaatkan oleh semua. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau menaikkan sesiapa, tetapi ia adalah garis panduang yang telah disebut oleh ulama’ kita. Anda juga boleh merujuk dengan buku-buku yang lain seperti Ahkam as Sultaniah, Imam al Mawardi, Fiqh al Khilafah dan sebagainya sebagai panduan.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Sumber:http://drfikrah.blogspot.com
Khalid, you are on the right track. You will never go wrong when you are with Tok Nik Aziz.
If Muslims must have talks, tell that to the Shia, Shite and Wahhabi.
UMNO is syaitan!!!!! Talk what with them?
Nabi Musa a.s. berjumpa firaun (laknatullah) atas arahan ALLAH s.w.t. dan untuk mengajak firaun supaya menyembah ALLAH. Pertemuan PAS UMNO samada dalam gelap atau terang adalah untuk bersama BN memerintah negara. UG (seperti yang diimpi oleh Presiden dan Timbalan) tidak pernah dijelaskan secara terperinci. Kecuali akhir-akhir ini ada video klip Presiden. Pun masih meragukan. Kena pula kenyataaan Cikgu Pa yang nak melibatkan PKR dan DAP. Bila dah terdesak jangan pula nak menarik pihak lain menjadi perisai. Tidak ada perbincangan pemimpin tertinggi PAS inikan pula dalam PR. Buat malu Islam saja, kalau dah silap tu mengaku sajalah. Ahli-ahli dan penyokong boleh menerimanya. Sekarang ni ahli bawahan dan penyokong yang salah kerana tidak memahami. Tujuan PR diujudkan adalah untuk mengantikan BN memerintah negara. Kalau nak UG dah lama DAP dan PKR masuk BN tak perlu tunggu PAS.
Berkaitan ijtihad, bagaimana dengan ijtihad ulama PAS yang berhijrah ke tempat lain. Ijtihad tu dapat pahala ke? Berpeganglah pada kebenaran walaupun pahit. Dan bercakap benar, jangan hari ni ijtihad lain, esok ijtihad lain. Gunakan akal dalam berpolitik dan jangan sampai hilang akal.
http://muktamarpas.blogspot.com/
berjela jela untuk justify, itu kerja depa bila berhadapan layu dan tak bole jawab
ajk cawangan kpg batu 12 1/2
artikel ust hasrizal ini adalah pukulan knockout kpd sapa yg mahu berkerjasama dgn umno.jika boleh yb pastekan artikel ni kt blog yb.
ia juga bg sy sbg artikel refute kpd artikel dr.maza pd hari ahad yg lalu di utusan.
ini linknya:
http://saifulislam.com/?p=5879#more-5879
Saya nak maklumkan satu pengkhianatan telah berlaku. saya ada baca dalam siasah lama bulan 2 lepas temuramah bersama dr zul. dalam temuramah itu dr zul cadang idea kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan krisis ekonomi dan politik yang melanda negara kita ketika ini. boleh rujuk siasah daily dan siasah cetak bulan 2 lepas. juga ada temuramah dengan dr mujahid. beliau juga mencadangkan agar sebelum tubuh kerajaan perpaduan, perlu ada gerakkerja perpaduan antara parti-parti dalam negara ini utk bersatu menyelesaikan masalah politik dan ekonomi yang melanda negara.
tiba2 sekarang tak setuju pukak... pengkhianat ker?
PERTEMUAN SULIT..SUSAH SGT KER NAK FAHAM?
Dalam setengah keadaan, khususnya yang memerlukan keputusan segera, pimpinan utama yang tahu apa yang paling sesuai dengan strategik masa itu. kalau tersilap, maka itu kesilapan dalam ijtihadnya. Ia masih dalam ruang strategik dan pendekatan, tidak berdosa pun.
Bukannya haram pergi berjumpa untuk mendengar apa yang UMNO ingin tawarkan dan luahkan. Kita tak putuskan pun untuk bersama dengan UMNO. Dengan sesiapa sahaja kita sedia berunding.
Di Indonesia, PKS sedia berunding dengan sesiapa sahaja samada dari PDI, PDI-P, Golkar atau pun mana-mana parti yang ada. PKS akan buat pertimbangan, dalam situasi terkini, mana parti yang boleh menawarkan yang terbaik untuk Islam dan beberapa tuntutan PKS
Kalau SBY (Susilo) yang paling banyak menerima tuntutan PKS, maka mrk berkerjasama dengan SBY dan begitulah sebaliknya.
maka apa salahnya bertemu dengan UMNO (dalam konteks selepas mereka kalah teruk dlm PRU ke-12). Selain usaha dakwah kepada mereka kalau-kalau mereka ada sedikit muhasabah selepas kalah. Atau ada dalam golongan UMNO itu orang yang masih ada hati perut yang masih boleh ditarik untuk kebaikan.
Tetapi perundingan itu terhenti, apabila UMNO (Pak Lah) menunjukkan ketidak insafannya dengan kekalahannya apabila ia membongkarkan pertemuan tersebut.
Ia juga sudah tidak relevan lagi, apabila Najib mengambil alih pentadbiran UMNO dengan track record yang sangat bangsat.
Tetapi usaha pertemuan, perbincangan dan muzakarah adalah usaha murni yang mesti dilakukan oleh jamaah islam dengan sesiapa sahaja termasuklah musuh sekali pun. hari ini mungkin musuh, esok belum tentu. hari ini kawan, esok mungkin musuh, tengoklah apa yang berlaku pada Ibrahim Ali...
Keputusan Muktamar kita yang ke 54 di Perak ialah ; PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT, DAN MENERUSKAN PERTEMUAN ATAU HUBUNGAN DENGAN SESIAPA SAHAJA UTK TUJUAN ISLAM (walaupun TG Nik Abd Aziz sering mengwar-warkan keputusan muktamar tersebut hanyalah memperkasakan pakatan rakyat). Itulah juga kesimpulan dalam Muktamar baru2 ini... Kalau tak percaya, carilah semula rakaman kesimpulan dalam kedua-dua muktamar tersebut.
KASIHAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI
TG Haji Abd Hadi teruk kena lanyak.
TG Nik Aziz segalanya hebat seolah2 maksum.
Cuba perhati antara kenyataan dan tindakan yang pernah dikeluarkan oleh Nik Aziz :
1. Tuhan mencarut
2. Allah samseng
3. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam termasuk Syaitan (dlm isu bekerjasama dengan DAP)
4. Terima Ibrahim Ali jadi calon PAS (hari ini?)
5. Kalau UMNO terima Islam, PAS boleh dibubarkan
6. Banyak kaset2 lama beliau menyebut ttg mengapa UMNO takut nak bermuzakarah?
Banyak lagi kalau nak dijadikan isu.. Tapi, orang tak hentam Nik Aziz.. ahli PAS yang bengang pun tetap cuba menjustifikasi dan mempositifkan perkara tersebut..demi perjuangan Islam.
yb ni hadir muktamar kat shah alam atau tidak? faham tak apa itu ucapan dasar presiden?
kalau tak faham, adalah malang bagi pas mempunyai pemimpin dan ahli parlimen 10 orang ini.
sememangnya yb khalid samad terkenal dengan idea membangkang
wassalam
smail-united kingdom
Contoh yang amat jelas, YB dan rakan-rakan telah melanggar arahan (kononnya arahan PAS) tutup mulut yang disiarkan di blog YB sendiri.
SANGAT SANGAT KECEWA DENGAN KENYATAAN MEDIA 10 MP PAS TERSEBUT. KALAU BOLEH SAYA SEBUT SEBAGAI "KERJA BODOH DALAM PAS 3"
Saya tidak faham kenapa kita takut sangat nak berbincang dengan UMNO. Saya tidak pernah mendapat mana-mana sumber yang Pas telah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Yang ada hanya bersetuju untuk berbincang. Berdosakah berbincang dengan musuh. Banyak sejarah menunjukkan Nabi Muhammad, Nabi-Nabi lain, khalifah Islam berbincang dengan musuh mereka. Apakah mereka juga berdosa.
Apa yang saya faham dari sikap anda ialah terdapat SIFAT MUNAFIQ. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar.
Minta maaf sebab saya tidak tahu apa kata-kata yang sesuai untuk YB dan rakan-rakan. Mungkin "KERJA BODOH DALAM PAS 3".
Wallahuaa'lam.
From Salleh - Putrajaya
Saya pun letih melihat sdra2 yg suka sangat UG.
kalau dah nak sangat pegi lah join Nasha. Keluar PAS. Tak payah lah nak tuduh orang yg tak setuju dgn awak - menghina ulamak lah, hina TGHH lah, hina PAS trengganu lah, munafiklah, blah, blah, blah...
Apasal yg terasa sangat ni?
Pegi lah...
Good riddance to bad rubbish!
Ada hikmahnya perkara ini berlaku.
It is a natural process for PAS to get rid of all its impurities.
Omputih kate, DETOX.
Apa yg gabrah sangat ni? UBN sangat lemah sekarang. Kita tak payah tergedik-gedik nakkan UG ngan diorang. We just have to stay put. We are growing stronger evryday. They will come to us. Percayalah..
Walla' tu bagus. Sayangkan ulamak tu bagus. Tapi janganlah samapai tak tahu membezakan yg benar dan yg bohong.
Kalau tak faham gak lagi, tak tau lah saya nak kata apa lagi.
nak tanya 2 soalan @ kemuskilan:
1) dalam solat berjamaah, sekiranya imam silap bacaannya atau rukunnya, dan telah ditegur oleh makmum seadabnya dan imam maseh meneruskan sembahyang tanpa memperbetulkan kesilapan:
a. adakah sah sembahyang imam?
b. adakah sah sembahyang makmum?
c. apa hukumnya?
2) ambil tertib didalam wuduq;
bolehkah tertib yg sama diguna pakai untuk selesai isu UG;
minta pihak berkenaan UG jelaskan secara tertib :
a. mengapa sembunyi
b. mengapa berbohong
c. setelah lebih 50th Pas, mengapa perlu ada ijtihad baru
d. setelah berbulan2 mengapa baru timbul ijtihad- jumpa dulu? atau ijtihad dulu?
e. minta presiden nyatakan pendirian, jelas dan lengkap untuk semua ahli.
minta jasa baik jawab
terimakasih kpd sedara yg membawakan link artikel saifulislam yg menceritakan kemunafikan umno selama ini.knp kemufaikan tidak menjadi persoalan?
Bukan masalah suka atau tak suka. masalahnya depa nih dah membelakangkan ketua..
kalau pimpinan putus takde UG, patuh. kalau takde patuh.
UG tu satu ijtihad/idea. Tolak UG pun satu ijtihad, lontaran idea.
masing2 ada dalil.
masalahnya tindakan sesetengah pimpinan, macam tak habis usul 20.
nilah muka-muka yang biasa wat pre-council sebelum meeting pusat
2. Allah samseng
3. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam termasuk Syaitan (dlm isu bekerjasama dengan DAP)
4. Terima Ibrahim Ali jadi calon PAS (hari ini?)
5. Kalau UMNO terima Islam, PAS boleh dibubarkan
6. Banyak kaset2 lama beliau menyebut ttg mengapa UMNO takut nak bermuzakarah?
kenyataan di atas y dibuat oleh sosok y xdkenali ini..
nampak sangat keumnoanya..
dia tdak sokong TGHH atau TGNA..
walaupon cuba menunjukan sokongan nya terhadap TGHH..
nampak sangat dia ni mengunakkan peluang dgn sebaik mungkin..
sebagai jemaah pas..
kita umumnya tahu akan fakta penjelasan y disenaraikan diatas..
TGNA adalah seorg y bijak dan pandai dalam mengeluarkkan sebarang kenyataan..
jika kita pas kita awal2 lg dah tahu..
tp jika bukan..
kita akan tgk org y terperangkap..
kita jemaah tahu pendekatan kedua2 TG ni..
TGHH adalah seorg y tegas..
TGNA seorg y penuh kesederhanaan..
kenyataan y dsenaraikan diatas tu umumnya jemaah pas sudah tahu..
malah TGHH penah mempertahankkan kenyataan TGNA di parlimen pasal ALLAH SAMSENG DAN ALLAH MENCARUT di parlimen..
berhati2 bila musuh tba2 menyokong kita..
kenyataan mullah ustaz fadzil noor dulu ada asasnya..
sy menyokong pas menolak UG..!
dan menyokong TGNA..!
menolak sekeras nya nasa!
maaf skali lagi menumpang komen..
UG - hina??
kerajaan 16 sept - macam mana??
aku tak kisahlah, macam mana strategi nak buat. janji negara ni akan bertukar corak pemerintahan...
tapi skali lagi aku nak usulkan, supaya YB dihadapkan ke JK tatatertib, dah banyak sangat melanggar etika pemimpin pas, dan membawa damage yang besar...
ahli pas kuantan.
Huru-hara yang berlaku di dalam PAS yg disebabkan oleh UG ini sebenarnya adalah dugaan dari Allah SWT kepada semua ahli PAS utk sedarkan mereka bahawa "PEMIMPIN BERTARAF ULAMAK TAK SEMESTINYA BIJAK DAN MESTI DIPILIH UTK MEMIMPIN PAS PADA MASA AKAN DATANG."
Bukankah isu Pemimpin PAS mesti ULAMAK yang panas dimainkan sebelum dan sewaktu Muktamar PAS berlangsung baru-baru ini???
Jika direnung secara mendalam,Sedarlah wahai sekalian penyokong PAS, terimalah hakikat yang TGHH yg bertaraf ulamak ni tidaklah sebijak Allahyarham TG Fadil Nor dan TGNA dalam berpolitik.
Bagaimana la TGHH nak jadi PM jika PR menang PRU13 nanti, jika isu tentang UG yg beliau timbulkan ni pun lambat nak diselesaikan di dalam PAS???
Kalau kita tengok IRAN, adakah PM Iran Ahmadinejad yg ditakuti US tu dari kalangan Ulamak???
Jika diambil iktibar akan isu yg timbul ini semoga pada muktamar PAS yg akan datang, tidak kira ULAMAK ke atau PROFESIONAL ke asalkan layak utk memperjuangkan ISLAM, maka layaklah dipilih utk memimpin PAS...
dan juga beberapa pengunjung lain yang anti-UG.
Saya harap ahli2 PAS semua jgn keliru.
Pencacai UBN ramai yg bagi komen hentam MP PAS yg reject UG dalam posting ni.
Yg kutuk2 tu adalah yg dari mereka terdiri dari: pencacai UMNO, SB, Fraksi UMNO, pro-Ulama, pro-UG dan yg forever blur dan benak.
Kita tengah perang cyber ni!
Di Bacok sudah banyak kain rintang yang dinaikkan, mendesak Nasa letak jawatan. Nasa pulak MIA. Tak percaya, gi tengok kat blog perisik-rakyat.
Hanya 10 MP saja? Sebenarnya, sewaktu PC itu diadakan, ramai MP dari luar KL dah balik ke kawasan masing2. 10 orang ni jer yg ada masa tu.
PAS ada 24 MP. Hanya TGHH dan Nasa jer yg nakkan UG. Yg lain tu tak mau. Jadi, bukanlah suara minoriti seperti yg di istiharkan oleh ketua penerangan UMNO.
Sekadar, info tambahan saja.
Jurufoto yg pro-PR.
dan agama dan macam-macam lagi yang perlu dinyatakan secara terang lagi bersuluh….inikan soal mentadbir negara, mana bole main dalam GELAP atau main BELAKANG.
Amat-amati jawapan TGHH yang diberi di london apabila disoal tentang unity goverment, saya rasa TGHH tak bersalah didalam hal ini(jika kesimpulan hanya dibuat berdasarkan klip video tersebut).dihadapan kita yang menyambut UNITY GOVERMEN adalah ust nasa…..terang lagi bersuluh apabila beliau menyambut PANGGILAN BENDAHARA NAJIB TR.
“Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan”
itu pantun p ramlee yang sering diutarakan oleh bang mat sabu.harap pantun itu juga digunakan untuk mengambil peringatan di atas perlakuan ahli-ahli pas yang pada pandangan saya agak
terburu-buru. siasatlah dengan sebaik mungkin sebelum kita sendiri yang menyesal…….aku tunggu lepas rethread pas nanti
Baguslah, teruskan usaha YB sehingga berjaya.
Jika dahulu gagal di dalam Parti Negara Islam, sekarang menggunkan PAS pula.
pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato' Harissani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak / tolong saman ) siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah....TG..???
"Pimpinan Kita" pergi jumpa UMNO dengan kerelaan Majlis Syura.
Salah seorang Ahli Majlis Syura PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat pada 17hb Jun menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.
Pembohong besar rupanya Nasha ni...
Bila dia nak balik Bachok ? Aku nak lempar dengan selipar jepun.
Buatlah parti baru...
Pak khalid - presiden
Husam - mursyidul am
dr zul - timbalan presiden
Ust Nga Kor Ming - Timbalan Mursyidul Am
MENGAMBIL MATA MAYAT UNTUK KEPERLUAN ORANG BUTA. Iaitu mata mayat sebagai PAS sementara mata orang buta yang hendak diganti sebagai UMNO.
Bunyinya memang keras. Tetapi, itulah contoh ijtihad mengenai perkara atau masalah baru dalam bidang muamalat Islam yang tiada dalilnya yang terang dalam al-Quran, Hadis, ijma' dan qias yang si pengijtihadnya jelas MELANGGAR syarat-syarat penggunaan dasar perundangan Islam yang menjadi pegangan mazhab kita iaitu Shafie' yang dinamakan Masalih Mursalah iaitu dasar yang mengharuskan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri, masyarakat dan agama dan menolak perkara yang mendatangkan kemudaratan. Ia (melanggar syarat-syarat penggunaan Masalih Mursalah) dari segi berikut:
Maslahat iaitu faedah,kebaikan atau manfaat yang dijangka diperolehi daripada tindakan memindah mata mayat kepada orang buta itu bukan sahaja tidak tetap dan tiada pasti terhasil, bahkan lebih kepada agakkan. Ia berdasarkan 3 hujah di bawah:
1. Ada kemungkinan orang buta tadi setelah menerima pindahan mata itu boleh melihat dalam masa tertentu atau
terbatas.
Maksud analoginya:
Ada kemungkinan penyatuan PAS dengan UMNO dalam UG itu untuk masa-masa tertentu atau bersifat sementara, atas alasan seperti pengalaman pahit PAS ditendang keluar daripada Kerajaan Campuran dulu oleh UMNO dan untuk tujuan yang mungkin bercanggah dengan mana-mana matlamat dasar perundangan syariah yang lima iaitu memelihara agama, jiwa, akal fikiran dan harta benda.
2. Selepas si buta tadi menerima mata tersebut mungkin matanya sakit dan buta kembali seperti sedia kala.
Maksud analoginya:
Ada kemungkinan setelah beberapa waktu UG itu ditubuhkan, UMNO dan PAS yang kuat dengan sejarah permusuhannya entah macam mana kembali berkelahi, yang akhirnya, PAS ditendang keluar daripada UG.
3. Mungkin ketika pembedahan sedang dilakukan kepada si buta tadi entah macam mana dikala hendak menukar matanya membawa kepada maut!
Maksud analoginya:
Ada kemungkinan setelah beberapa pusingan perbincngan mengenai penubuhan UG diadakan entah macam mana kedua-keduanya mengakui gagal untuk bersatu.
Tetapi, barang diingat pada ketika itu,PAS sudah berpecah dua yang menjelaskan matlamat sebenar UMNO beria-ia sangat hendak tubuhkan UG dengan PAS tanpa PKR dan DAP sekali.
Janganlah, er, menentang dengan penuh emosi tanpa mendatangkan hujah.
Janganlah di tempat lain dakwanya mencerca peribadi itu menyedihkan, di sini peribadi diburuk sangkakan.
Kita di sini rata-ratanya Islam. Sesetengah tu mungkin sekolah agama, universiti Islam. Sudah lupakah kalam Allah dan hadis ini:
“Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta.” (al-Hajj: 30)
“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)
Jika menyebarkan apa yang didengar pun dikira dusta, apa lagilah dengan tanggapan yang belum terbukti kebenarannya!
Tak cukupkah ayat Quran dan Hadis itu sebagai hujjah?