Skip to main content

Kebebasan Suara Dunia Maya?

Di antara objektif utama YB Khalid menulis di ruang maya ini ialah untuk menggalakkan pengusulan hujah dan pertukaran pendapat di kalangan pengunjung agar kebenaran dapat ditemui. Oleh yang demikian kebanyakkan besar dari komen-komen yang diberikan di sini tetap disiarkan, samaada selari ataupun bertentangan dengan pendapat beliau sendiri. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini mula timbul para anonymous atau mereka yang menggunakan nama samaran mula bertindak menggunakan kata-kata kesat yang amat kurang sopan serta melemparkan tuduhan yang tidak berasas sama sekali apabila meninggalkan komen di sini.

Oleh yang demikian, timbul cadangan dari beberapa pihak untuk menghadkan komen kepada mereka yang mempunyai Google Account ataupun yang mempunyai Open ID sahaja. Namun cadangan ini, tidak berapa disenangi oleh YB Khalid sendiri kerana ia seolah menafikan hak mereka yang tidak mempuyai ID dan juga kepada mereka yang mahu kekal sebagai anonymous di atas sebab-sebab tertentu, yang sudah hampir pasti akan menutup pintu diskusi kepada kelompok ini. Oleh itu, kami ingin menjemput para pengunjung untuk memberikan pendapat dan juga jalan penyelesaikan alternatif kepada perkara ini tanpa proses "pengharaman" ataupun ban. Terima kasih.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
hehehe...biasala tu.
bila dah tekena kat batang hidung sendiri baru tau sakit.

bagi tau kat si kalid tu...rakyat dok perati dia..jgn dia ingat sedap mulut nak kata kat orang...org pun boleh kata 1000 kali kat dia.

kami tau apa yg dia buat...cakap tak serupa bikin.

dia boleh sekat org yg nak mengomen kat sini...tapi dia takleh sekat org ramai yang dah mula meluat ngan dia.
Hasbullah Pit said…
saya cadangkan supaya anon kekal boleh bersuara.

Akan tetapi, blog dijadikan dalam mode moderated selama beberapa tempoh tertentu.
1 atau 2 minggu.

lepas tu release balik.
Unknown said…
pendapat saya, sekiranya blogger itu menggunakan nama dan identiti yg sebenarnya then harus guna google a/c.walaupun akan kurang meriah tetapi quality akan improve.
Ibnu Shariff said…
Mereka yang mengunakan :
1. Kata kata kesat,
2. Berhujah tanpa fakta,
3. Melemparkan tuduhan tanpa bukti,
4. Maki hamun sesuka hati,

Adalah :

1. Tidak mempunyai akhlak Muslim,
2. Orang yang tiada budi pekerti,
3. Munkin juga tak pernah mengaji,
4. Hidup tak bahagia setiap hari,

Oleh itu :

1. Taubatlah anda setiap pagi,
2. Jadikan usrah priority,
3. Bersangka baik setiap kali,
4. Baru jadi Muslim sejati,
5. Yang mempunyai harga diri,
6. Dan juga jati diri.
Anonymous said…
Cuba YB letakkan disclaimer di blog ini.
Contoh di blog Nobisha: "Adab memberikan komen - Saya tidak akan menyiarkan komen yang dibuat secara tidak berhemah, menyerang personaliti tertentu, melakukan character assassination, terlalu emosional atau menggunakan bahasa yang tidak beradab. Saya mengalu-alukan perbahasan yang berkualiti, kritikal dan konstruktif yang dilakukan secara berakhlak dan berprasangka baik dengan semua; sama ada dia kawan atau lawan. Tidak salah mengatakan pendapat anda betul, yang salah ialah apabila anda memperlekehkan pendapat orang lain yang tidak sehaluan dengan pegangan anda."
MEGAT TERAWIS said…
salam....with all due respect sir before u intend to 'change the world' and do wtv u try to 'perjuang nasib rakyat',plz do the VVVVVVVERRRYYYY SIMPLE BASIC THING AS MP......=jln2 berlubang di sekitar sec2,sec7 lama hadapan shell, sec6,8 and somewhere skitar pusat bandar Shah Alam...tlonglah betul2kan yer.rmi dh accident ctu

tolong yer YB,penat dh mengundi nih.sy xnk omong kosong shj.

i went to ur community centre so many times but u were not around.

TOLONG YER YB PAS NIH.Islam mengajak umatnya buat kerja dan jlnkan t'jawab n bukan nyer wat kerja sampingan gi ceramah sana cnih shj

-terima kasih

megat_hamerul@yahoo.com
Anonymous said…
Hi YB Khalid,

Don't worry too much about nasty comments. Its normal. There will always be people who will say silly stuff and hide behind "anonymous".

Nobody pays heed to them anyway. I think it would be a mistake to start restricting comments. Once you start, its very hard to draw the line.

Also, what you do will speak for what you stand for. Its important for you to project openness and show that you can withstand whatever nasty things that people throw at you.

I mean, if you can't even stomach some nasty comments, so much so, you have to start restricting comments, how are you going to withstand all the mud thrown at you when or if you become a successful national leader of PR? This is what people will be thinking. Being an opposition politician, you cannot show weakness.

Also, restricting comments means that on top of stopping nasty comments, you will also be restricting some constructive comments.

Your best bet? Let things be as it is and deal with it.

Btw, I read your blog everyday but this is the 1st time I'm commenting on your blog!
Anonymous said…
Ya, kita menghargai kebebasan komen2, walaupun adakala pedih atau songsang sekali pun.

Kita mahu baca/dengar/lihat respons2 apa sahaja yang berkaitan dengan yang kita pos.

Ada yang bernas, ada yang bersopan, ada yang kasar, ada yang kurang ajar, ada yang biadab, ada yang lucah. Macam2 ada.

Itu lumrah alam maya.

Kawalan ketara antara lainnya mungkin tidak ada kata2 fitnah, penipuan,maki-hamun serta carut mencarut.

Namun, kata akhir: Blog anda rumah anda. Keputussan di tangan anda.

Tepuk dada tanya selera.

Juga jangan lupa, tanggung resikonya!
Mek Na, Tmn Bkt Saga said…
jalan berlubang tu kerja JKR atau pihak yang ada jurisdiction ke atas jalan/laluan tersebut.

Jalan, longkang. Itu bukan kerja MP. Its not drain, its brain.

Sama juga dengan sampah di Bukit Bintang. Itu bukan kerja Mahathir.

Gelak MP kat UK kalu dia tau ini macam.

Bila la fikiran nak berubah. Bila la orang Melayu nak cerdik.
Anonymous said…
Salam YB,

I agree with Anon June 16, 2009 12:07 PM. Once you start, its very hard to draw the line. Prob up to a point when you start to realise that there are only +ve comments around your blog. Please dont go down that route. We respect you of being a bold politician that brings your argument to the table, regardless of the consequences.

Best regard
your-brother-in-islam

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan