Skip to main content

Video: Zambry Muka Tak Malu

By SM Noor
KUALA NERUS – Menteri Besar (MB) ‘haram’ Barisan Nasional (BN) Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sepatutnya merasa malu kerana masih berlagak sebagai MB sedangkan mahkamah telah memutuskan beliau bukanlah Menteri Besar yang sah.



“Orang yang tahu malu, dia akan berasa tersangat malu kerana dia telah menjawat jawatan Menteri Besar sejak bulan Februari sudah tiga bulan sedangkan dia tidak ada hak untuk menjawat jawatan itu, sepatutnya dia rasa malu,”kata Haji Khalid Samad ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di Kampung Kubang Jela disini semalam.

Beliau berkata, sebaliknya Zambry telah pergi ke Mahkamah Rayuan dan mendapatkan perintah menangguhkan perlaksanaan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

“Maknanya keputusan Mahkamah Tinggi diterima (oleh Zambry) tetapi beliau minta tangguh perlaksanaan, itu sahaja,

“keputusan yang menyatakan Dato’ Seri Nizar tidak ditolak dan tidak diterbalikkan, tidak ditukar,”tergasnya.

Katanya, Zambry kemudian pergi semula ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan ‘berlagak’ sebagai MB Perak sedangkan mahkamah telah memutuskan beliau bukan Menteri Besar.

Katanya Zambry menyuruh orang lain supaya menghormati keputusan mahkamah, namun beliau sendiri yang tidak menghormati keputusan mahkamah yang sah menyatakan beliau seorang Menteri Besar.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau telah dihubungi oleh Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak yang menyatakan pilihanraya baru bagi seluruh negeri Perak sudah hampir pasti.

Katanya beliau diminta untuk bersiap sedia untuk pilihanraya seluruh negeri Perak kerana menurutnya BN tidak ada pilihan lain akhirnya akan bersetuju akan membubarkan DUN Perak.

Dalam perkembangan yang sama, dua hari lalu, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Perak telah membuat rayuan terbuka kepada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, supaya membubarkan DUN Perak.

NGO tersebut merayu supaya baginda menggunakan kuasa perlembagaan baginda untuk membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat untuk menentukan kerajaan negeri pilihan mereka.

Menurut Malaysiakini, gabungan NGO tersebut dalam rayuannya menegaskan mereka tidak menyokong samada BN ataupun Pakatan Rakyat, tetapi menyatakan perakara yang lebih penting ialah kebajikan rakyat Perak.

Gabungan NGO tersebut menyatakan tujuan meraka adalah berusaha untuk menyuburkan semula demokrasi sebenar di negeri Perak Darul Ridzuan.

Berita dan Video adalah ihsan Buletinonline.
Posting berkaitan: MB Muka Tak Malu

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
salam YB, sejak akhir2 ni,hati saya sangat tercalar dgn sikap PAS. Saya mendukung apa jua wadah yang ingin menegak hukum Tuhan di muka bumi ini, tapi bukan parti yang dua alam macam PAS. Sekiranya PR berjaya mengambilalih keraja pada 16 sept yang lepas, apakah PAS akan memberi komen yg sama, mengecap kerajaan yg dibentuk sebagai kerajaan haram. PM nya PM haram, dan PAS sebagai pari yg bersengkokol sbg Parti "Islam" yg HARAM. Hargailah nikmat Tuhan, hargailah kedamaian di bumi M'sia ini. berhentilah meracuni fikiran rakyat, menghasut rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belitkan. Hukum tuhan terpakai utk semua, PAS tak terkecuali. Diakhirat besok, bukan setakat pemimpin BN yg akan dituntut, malah pemimpin PAS mengaku pejuang/faham agama akan lebih dulu dituntut. salam.
Anonymous said…
Apa ka hai mu ni bro! Dah tertutup pintu hati ka dengan PAS. Baik tak baik PAS, orang nya banyak di surau dan masjid. Kalau hati dah tertutup, benda betui pun kata putar belit. Itu tandanya hari kiamat hampir tiba bila manusia tidak tau lagi menilai buruk baiknya. Guna agama untuk menutup kemaluan mereka. Guna kuasa untuk menghalalkan cara.Hati sudah mati. Fikiran sudah buntu.

Ada manusia berkuasa diam seribu bahasa demi kedudukan dan harta mewah melimpah ruah. Kuasa perlu dikekalkan asalkan harta benda tidak dirampas orang. Tengok kiri kanan, rumah saja macam nak bawa ke liang lahad hasil kemewahan. Itu yang sebenarnya nak dipertahankan. Apa ada pada pemimpin-pemimpin PAS? Boleh dikira dua tiga kerat. Yang lain puak melayu UMNO yang menjual Singapore kepada orang cina.
Anonymous said…
The day Nizar report for work...he is stop by FRU & cops. But the next following day, Zamry 'power grab' punch in for work..he is escorted by bunch of Cops & bodyguards.
Why cops so eager to arrest homeowner of pirated DVD (dvd haram) but not on Pirated (illegal/haram)MB..?
Beats me...they are friends?

I wouldnt mind if BN has majority to take over Perak governance as decided by March 08 Election...but not the illegal back door force full power grab.
Power grab is so obvious & by by force which rakyat hated & despite.
Have fresh election for BN (if capable) to take over 'in the eye of public 'deemed LEGAL.

Many have convert thier support ..including me.

REAL-PERAKIAN
Anonymous said…
Totally agree with you that the illegal mb zambry tak tau malu.. a common trait of bn.
Anonymous said…
Mengata dulang paku serpih. Samalah dgn pemimpin yang ko kempen bagai nak rak - Nasharuddin Md Isa. Kerja dalam PAS malas, berkepit dengan Umno tak nak kata "no!". Ko pun tanggung dosa berpakat dengan Dr Hasan Ali berkempen supaya Nasharuddin menang. Ko nampak ada beza ke antara Zambry Pangkor dgn pemimpin sanjungan ko, Nasharuddin Md Isa tu? Ketika Nasharuddin sekarang sedang hancur binasakan perjuangan PAS, ko pun tanggung dosa!!
Anonymous said…
sebab mata hati saya masih boleh memandang jauhlah saya mengulas dengan waras. kalau setakat pegi surau, masjid asyik kutuk orang, hasut orang, hisap rokok, borak borak hal dunia, apa yng sedara banggakan, itu saje ke Islam, itu sajekah yg pas perjuangkan. Kalau sedara fikir hidup utk akhirat saje, rasanya baik sedara mintak Tuhan kembalikan sedara ke asalnya. kalau sedara atau pas rasa dunia dah takde maknanya, buat ape nak rebut jawatan MB juga. kewarasan dan iman itu dibezakan oleh satu garisan yg sgt tipis.
Anonymous said…
dear YB

gua caya sama lu...

from a malaysian (chinese - buddhist).

4RAKYAT.
matmantau said…
Awatnya jadi cam ni.. masalahnya…. Si parti Pekembar (atau UMNO), Allah dah kasi can.. selama 50 thn. perintah Tanah Melayu, ttp. tengok kaum majority.. si Melayu lagi susut ada ler.. yg. tinggal hanya baju & seluar Melayu… aje… dulu masa aku kecik, aku ada jugak bagi harapan dgn. Pekembar (atau UMNO), tp. Bila sokong.. yg. kaya.. hanya puak2 atasan aje… yg. bawah ni… hanya tinggal sisa aje…

Tengok statistic cukup ler… si Melayu terkehadapan dlm. aspek yg. negative aje…

Apa2 pun.. aku bersyukur ada PAS ni.. at least ada pilihan…

Ingat Allah, jadi di dunia ni ada 2 pilihan, halal atau haram… so dlm. berpolitik sure ada halal atau haram…. Jadi sapa junjung Al-Quran & Al-HAdis, kira ‘halal’ le…

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-