Skip to main content

Speaker Letak Jawatan

Speaker House of Commons di United Kingdom, Micheal Martin telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya berkuatkuasa 21 Jun 2009. Ini menjadikan beliau sebagai orang pertama sejak lebih dari 300 tahun Parlimen Britain yang didesak untuk meletakkan jawatan sebagai speker. Beliau juga akan mengosongkan kerusi parlimennya di Glasgow North East yang akan mengakibatkan satu lagi PRK (selepas Penanti).

Tuan speaker tersebut telah menerima kritikan yang hangat oleh rakyat Britain dalam pengendalian skandal perbelanjaan ahli parlimen sejak beberapa minggu yang lalu. Langkah beliau ini seharusnya dipuji dan dicontohi (di negara lain) dalam memelihara kewibawaan serta harga diri seorang pemimpin agar dihormati rakyat.



Sumber:BBC
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

microfon said…
Speaker kita lagi hebat, kalau tak nak letak jawatan seretkan ajer keluar dewan! :)
Anonymous said…
salam,
setiap peritiwa ade hikmah allah. Ia sepatut mengjar kite tentang mana kebaikan mane kemungkaran..

setalah lebih 50 tahun merdeka, tahap pendidikan yg meluas, hairan kita masih gagal mencapai kedewasaan politik.

barangkali ahli2 politik masih menganggap rakyat masih kelulusan darjah lima.. wakeup .. or surely we will boot u out...

keep a gd job yb, nie pengundi shah alam..
Anonymous said…
Kalau di UK, PM mereka awal lagi sudah letak jawatan (atau menjenguk di penjara) jika terlibat dalam skandal yg dia tak dapat nafikan.
Anonymous said…
Bukan itu saja tuan...segala belanja ada audit dan boleh di lihat rakyat kemana perginya wang itu dan dibebaskan dari akta rahsia...

Hebatnya kita semua bila ada belanjawan dibentangkan duit yg war war berbillion tetapi pecahannya tak jelas.

Setakat ni kalau tak salah hal tol masih belum jelas berapa kira kiranya.

Kekadang org non muslim lebih waras tindakan dia dan berdasarkan nilai yg sepatutnya org Islam amalkan tapi dinegara kita...susah nak cakap.

Dulu audit ada heboh hal harga barang tender macam screwdriver sampai beratus ringgit sampai sekarang senyap ajer. Minta tuan bangkitkan nanti dimana mana.

Usu

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-