Skip to main content

Video: Sidang Media TGNA Selepas Sambutan 25 thn Kepimpinan Ulamak - 23 Mei 2009


Sidang Media Tuan Guru Nik Aziz selepas perasmian Sambutan 25 Tahun Kepimpinan Ulamak - 23 Mei 2009 di Taman Melewar.

Video ihsan Jiwo Kelate, terima kasih diucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Cinta ulamak anti UMNO said…
Sahabat2,
Cuba teliti statement TGNA dalam sidang media 4.42 minit ni , dengar elok2. Saat ke 45 hingga minit 1:37; TGNA sokong Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru!. Insyaallah ia akan menjadi kenyataan. PAS milik semua.
profmuda said…
sedih tengok TGNA tak fokus dan off tangent dlm ucapan perasmian.
Org buat program nak sambut 25 tahun kepimpinan ulama, dia dok cerita pasal Dewan Ulama.
kesian tengok TGNA dah semakin uzur...
Anonymous said…
Sedih pasal TGNA langsung tak sentuh pasal ekonomi umat islam.. asyik berpolitik sahaja
jenal mantop said…
aku lagi sedih bila Altantuya kena bom sampai berkecai kat Shah Alam.

aku juga sedih bila banyak kes2 buang anak

aku juga sedih pasal crime rate tinggi

aku juga sedih sebab berbillion skandal kat PKFZ

aku juga sedih sebab rasuah dah jadi makanan ruji dalam perkhidmatan awam

aku juga sedih sebab tiada kepimpinan ulama dalam UMNO

aku juga sedih sebab tiada majlis syura dalam UMNO

aku masih sedih tapi nak wat camne aku masih ahli umno..
Anonymous said…
aku lagi kesian tengok Tun mahathir...dah cukup tua dan uzur sesangat, tapi masih tak gerun nak ziarah tanah kubur....
sedey said…
aku plak sedih tgk korang semua sedih2... cheer up, Man Utd will win tonight's final!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...