Skip to main content

Persoalan Kepimpinan Ulama’

Baru baru ini telah kedengaran pandangan yang menyatakan bahawa kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan Ulama’. Pandangan ini dikemukakan atas kekhuatiran bahawa sekiranya sebaliknya, maka PAS akan tersasar dari dasar perjuangannya sepertimana telah berlaku terhadap ummat Islam dahulu dengan naiknya Muawwiyyah sebagai Khalifah.

Sebenarnya kekhuatiran ini tidak lagi perlu dilayani oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana peranan ulama’ dan kepimpinannya telahpun diinstitusikan di dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ pada tahun akhir 80an. Satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dan melaluinya tertubuh Majlis Syura Ulama’ yang berperanan memantau perjalanan parti pada setiap masa. Melalui pindaan ini, boleh dikatakan peranan ‘Eksekutif’ atau perlaksana dan kuasa ‘Judiciary’ atau kehakiman dipisahkan. Ini akan menyebabkan pihak Eksekutif, iaitu Presiden dan saf kepimpinan Pusat, tidak bebas sepenuhnya menentukan apa-apa dasar atau pendirian tanpa mengambil kira pandangan ulama’ yang diwakili dalam Majlis Syura Ulama'.

Sebagai salah seorang AJK Pemuda Pusat yang telah memperjuangkan konsep ‘Qiyadatul Ulama’ pada masa itu bersama-sama AJK PAS Pusat yang terlibat membincang dan meluluskan pindaan Perlembagaan berhubung penubuhan Majlis Syura Ulama’, saya kecewa dengan kurangnya pemahaman ahli dan juga pimpinan berhubung persoalan ini.

Dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama’ maka kedua-dua jawatan tersebut terbuka kepada mana-mana pimpinan PAS, samada Ulama’ atau Profesional, untuk menyandangnya tanpa kekhuatiran tersebut. Pilihan perlu dibuat berdasarkan kemampuan seseorang itu memainkan peranan dan menunaikan tanggung-jawab melaksana dasar dan strategi PAS dalam mengharungi suasana politik semasa sehingga PAS boleh mempertingkatkan pengaruhnya di dalam masyarakat.

Dengan memberikan pilihan kepada perwakilan dalam soal ini, maka PAS akan dapat memilih orang yang paling mampu melaksanakan dasar dan strateginya. Ini adalah kerana pilihan tidak terhad kepada golongan Ulama’ semata-mata dan sebaliknya boleh juga dipilih dari golongan Profesional. Persoalannya memilih orang yang paling mampu memainkan peranan yang khusus dan bukanlah latar belakang pendidikannya. Lebih-lebih lagi dengan adanya Majlis Syura Ulama’, maka Presiden dan Timbalan Presiden serta seluruh Parti akan dipantau dan dibantu.

Pada masa yang sama, konsep serta cogan-kata gabungan ‘Ulama’ dan Profesional’ yang dilaungkan ketika itu juga dapat dihayati. Sekiranya konsep kepimpinan Ulama’ bererti hanya Ulama’ sahaja yang perlu diberikan jawatan dan tugas kepimpinan, maka apa maknanya cogan kata ini? Sedangkan cogan kata ini dilaungkan pada masa yang sama. Begitu juga, mengapa syarat bahawa kedua-dua jawatan ini mesti diisi oleh Ulama’ tidak turut dimasukkan semasa Perlembagaan dipinda pada masa tersebut? Ini merupakan bukti nyata bahawa konsep Kepimpinan Ulama’ tidak dimaksudkan begitu.

Sebenarnya saya masih ingat semasa membincangkan persoalan ‘Qiyadatul Ulama’ bersama pimpinan Pusat pada ketika itu (boleh periksa dengan saf pimpinan pada ketika itu). Istilah ‘Ulama’ itu sendiri dibincangkan dan ada dikalangan Ulama’ sendiri yang telah mencadangkan supaya golongan profesional yang memahami dan menghayati Islam juga diiktiraf sebagai ‘ilmuan Islam’ ataupun Ulama’. Ini memandangkan hakikat bagaimana bidang ilmu, hasil dari pengalaman penjajahan, telah dipisahkan kepada ‘ilmu dunia’ dan ‘ilmu ugama’. Sedangkan Islam mengiktiraf pentingnya kedua-dua cabang ilmu dan ulama’ zaman dahulu mahir dalam kedua-dua bidang. Kemahiran dalam bidang ilmu dunia, misalnya Ibn Khaldun dalam bidang kemasyarakatan, juga menyebabkan beliau diiktiraf sebagai Ulama’. Begitu juga Ibn Sina, Khawarizmi dan Ibn Naafis dalam bidang masing-masing.

Walaubagaimanapun, cadangan tafsiran ini telah ditolak oleh beberapa orang ‘profesional’, termasuk diri saya sendiri atas sebab kemungkinan kekeliruan yang bakal menimpa sekiranya tafsiran seperti ini digunakan. “Orang-orang seperti Dr. Mahathir juga akan mendakwa dirinya Ulama’ dan menyesatkan ummat Islam dengan konsep Islamnya”, ujar saya. Akhirnya, untuk menentukan kekeliruan ini tidak berlaku dan untuk menjamin adanya satu tafsiran ‘quantifiable’ atau ‘yang boleh diukur’, maka pendidikan agama secara rasmi diterima sebagai kriteria.

Namun istilah ‘Ulama’ semestinya digunakan untuk mereka-mereka yang memenuhi syarat-syarat keahlian Majlis Syura Ulama’ seperti termaktub di dalam Perlembagaan. Sila rujuk perlembagaan. Ini pandangan saya yang mutakhir kerana kadang-kala saya melihat yang lulus 4 thanawi pun dianggap sebagai ‘Ulama’. Panggil ‘ustadz’ takpelah juga, tetapi istilah ‘ulama’ itu pada pendapat saya perlulah digunakan dengan lebih cermat.

Persoalan ini perlu diperkemaskan. Maka dengan itu, PAS kawasan Shah Alam telah mengambil keputusan untuk mencalonkan gandingan 2H di atas dasar kemampuan mereka berdua untuk menerajui perjuangan PAS di masa akan datang.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments

toqki said…
salam

saya sarankan tuan baca apa yang ditulis oleh us Din Tantawi di blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/konsep-kepimpinan-ulama.html

Biar jelas pemahaman tuan.
toqki said…
"Sebenarnya kekhuatiran ini tidak lagi perlu dilayani oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana peranan ulama’ dan kepimpinannya telahpun diinstitusikan di dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ pada tahun akhir 80an. Satu pindaan perlembagaan telah dilakukan dan melaluinya tertubuh Majlis Syura Ulama’ yang berperanan memantau perjalanan parti pada setiap masa. Melalui pindaan ini, maka peranan ‘Eksekutif’ atau perlaksana dan kuasa ‘Legislatif’ atau pengubal dasar dipisahkan. Ini akan menyebabkan pihak Eksekutif, iaitu Presiden dan saf kepimpinan Pusat, tidak bebas sepenuhnya menentukan apa-apa dasar atau pendirian tanpa mengambil kira pandangan ulama’."

Kalau kepimpinan Ulama' itu bermaksud Majlis Syura Ulama' , maka ia juga tidak menafsirkan keistemewaan Konsep Kepimpinan Ulama' yang diterima pakai selama ini . kerana .....Majlis Syura Ulama' ditubuhkan berfungsi bukan sebagai satu badan yang mengarah dan memimpin tindakan politik parti . Sebaliknya berfungsi untuk mengawal matlamat dan objektif perjuangan parti agar tidak terseleweng dari landasan syarak dan sekaligus berfungsi sebagai pemutus polisi parti dalam menetapkan misi dan visi parti .

Kalau dirujuk kepada perlembagaan parti Fasal 7 perkara 3 (a) (b) (c) kita dapat memahami bagaimana Kepimpinan Ulama' tidak terhenti dengan penubuhan Majlis Syura Ulama' tetapi mestilah Ulama' memimpin tindakan politik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden .

Kuasa Majlis Syura Ulamak menurut
Perlembagaan PAS pindaan 2001 Fasal 7 3 (a) (b) (c)

(a) Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana -mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak - kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan , gerakan dan pentadbiran PAS .

(c) Memelihara , menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli - ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam fasal 75 Perlembagaan ini .
Anonymous said…
aku ok saja sesiapa yang memimpin. aku lebih dokong kepimpinan bertaqwa daripada kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama terlalu sempit. Sebab itu orang susah nak faham. ulama itu ustaz, ustaz itu ulama, betul ke?

Pemimpin perlu ada:

1. Fikrah PAS bukan Anwarisme
2. Berwala' pimpinan yang terpilih dalam jemaah
3.beradab dengan pemimpin dan ulama
4. boleh buat kerja.
5. mesra

sama ada Pak samad 'erdogan', Dato Husam 'erdogan' atau ustaz nasha muzkarah, aku boleh terima.

janji taat dan beradab kepada pemimpin umpama TG Haji Hadi lakukan pada TG Fadzil Nor dan Tg Nik Aziz.

kirim salam pada ustaz wan ji erdogan

pesan terakhir, dalam kandang ada kerbau. Nak keluar tak dapat terkepung oleh kandang. akhirnya menanduk kawan sendiri. kesian.

wan ziarahsufi
Anonymous said…
PAS dah lama sebenarnya nak sisihkan golongan ulama...

terutamanya kawasan pantai barat.

dicawangan aku wujud rancangan utk menyisihkan golongan ulama dari sebarang jawatan parti....

memang inilah masalah PAS.

Wujud golongan parasit mcm khalid samad ni..

menyusahkan parti
Abu Razeen 2 said…
"Sebenarnya kekhuatiran ini tidak lagi perlu dilayani oleh mana-mana pihak."

klu bro. tak tahu Ustaz Mat Iraqi yg luahkan kekuatiran ini, bro. can be forgiven.

Tapi klu bro TAHU Ustaz Mat Iraqi yg luahkan kekuatiran ini, dan bro. mudah tulis "tidak lagi perlu dilayani..." maka bro. patut tarik balik kata2 kurang beradap bila berbicara terhadap ketua Dewan Ulama.

Just being frank.
faizalzainol said…
PAS (parti Islam semalaysia) bukan PUS (parti ulama' Malaysia).. slogan PAS.. Membangun Bersama Islam.. bukan Membangun Bersama Ulama'....

dengan mensyaratkan Ulama' (berkelulusan agama) sebagai Presiden dan Timbalan Presiden ini menunjukkan PAS tidak terbuka dan tidak demokrasi serta tidak menghormati Perlembagaan PAS sendiri.

Sewajarnya mana-mana pemimpin PAS yang memiliki karisma, potensi dan kelayakan disamping memiliki kefahaman Islam yang mendalam diangkat, bukan semata-mata dari golongan ulama saja.

kalau ingin meletakkan syarat Presiden dan Timbalan Presiden dikalangan ulama saja, saya cadangkan supaya.. Tubuh saja parti baru.. Parti Ulama SeMalaysia (PUS).. letakkan dalam perlembagaan PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, S/U, BENDAHARI semuanya ULAMA..

Cikgu Pa cadangkan supaya Presiden dan Timbalan dipilih dikalangan Ulama' tetapi beliau dulu melawan Ulama' untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar terdahulu. ini menunjukkan satu pendirian yang tidak konsisten dan seolah2 sengaja untuk menafikan "hak" individu tertentu untuk mengisi jawatan tersebut.
Anonymous said…
bagusla tu. khalid samad sorang ja yang pandai. dia sorang ja yang tau makna kepimpinan ulama. lepas ni kalau majlis syura buat keputusan, mesti Majlis Syura pun dibodohkannya.
nasir said…
Masalahnya ada ramai lagi orang yang tak faham ttg kepimpinan ulamak dan Peranan Syura dalam PAS .

Contohnya macam isu muzakarah dan unity goverment .. Isu itu belum pun dibawa ke majlis syura yang dibawah dah pandai2 mengatakan ada pemimpin gila kuasa nak jadi menteri nak itu ini dan gila UMNO . Bermacam2 orang tulis dan tulis sehingga menampakkan yang Pimpinan memang nak masuk UMNO ?

Dan sekarang pun Pak Khalid masih nak memainkan isu2 itu lagi . Masih nak menuduh ada pemimpin tak komitmen dengan PR . Pilih pemimpin yang komitmen dengan PR . Secara tak langsung masih menggunakan isu2 tuduhan sedangkan apa2 yang diputuskan dalam mesyuarat itulah yang dibawa oleh pimpinan PAS. Kalau seorang dua tak setuju dalam mesyuarat tak perlulah nak menjaja di luar . Kalau ni berlaku tak perlu kita namakan musyawarah . Biar dalam mesyuarat sudah lah bertekak tapi diluar masih nak berkokok .

Mengapa takut sangat kalau Us Nasha masih menjadi timbalan ? Cukupkah setakat mengatakan Pak Khalid menyokong Husam . Tak perlu nak bagitau yang sorang kuat PR yang sorang suka UMNO .. Perwakilan nanti punya telinga dan akal untuk melihat dan berfikir ..

Us Nasha sendiri sampai sekarang saya tak lihat pun cubaan untuk mempromosi diri beliau atau mengupah sesiapa untuk menulis menaikkan nama beliau ... saya pernah bersembang dengan Pak Khalid ketika di Amman dahulu dan saya harap Pak Khalid hentikanlah melabel . Cukuplah sekadar memberi sokongan dan berdoalah kepada Allah moga2 sesiapa yang naik nanti matlamat mereka tetap untuk syiar Islam ....
WAi said…
Anonymous2 sekelian, anda pengecut takda telur, nak mengutuk dan menghentam org lain tp tak berani letak nama.. Paling kurang pun tarukla nama 'mr. pondan', kalau taknak sgt org tau nama
the Milestone said…
Assalamualaikum,

Saya menyokong pendapat YB tentang struktur dan pemilihan yg sewajarnya. Sefaham saya Nabi SAW adalah seorang pemimpin yg amat memahami 'suara' zaman yg senantiasa memimpin ummat dari satu peringkat ke peringkat sehingga berjaya mengalih zaman 'gelap' ke zaman 'gemilang'. TETAPI asasnya tidak lari, wahyu dr ALLAH swt.
Dan saya juga secara 'peribadi', menerima maksud ULAMA' tidak pada mereka yg ber'ijazah' bidang khusus 'agama' bahkan pada mereka yg mengusai bidang2 professional selagi tekad, usaha dan ilmunya ISLAM masih selari dgn kehendak ISLAM (subjektif dlm boleh dihuraikan).
ASASnya segala mcm ilmu telah pun diiktiraf ALLAH didalam alQuran dan bukan hanya ttg akidah! Secara relative dan ringkas pahamannya, segala mcm ilmupun yg penting perlu 'diikat' atau 'dibalikkan' semula pada AKIDAH!
Ahli2 Perlu lebih terbuka dalam keadaan pegang kuat pada 'tali ALLAH' untuk berhadapan dgn ZAMAN dan meneruskan perjuangan sehingga akhir ZAMAN. Ayuh kita 'berhijrah' fikiran.MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, ULAMA' DAN PROFESSIONAL. Wallahualam.
Sudin said…
Salam,

Saya sebenarnya tak boleh nak faham kenapa anon2 dan yang sewaktu dengannya marah sangat sampai menggunakan bahasa yg kurang enak. kalau betul sokong kepimpinan ulamak, tiru macam depa. berhujahlah macam depa. guna ayat Quran dan hadis.

YB cuma tulis pendapat dia, pemahaman dia. kalau tak betul, tegur, berhujah elok2. Ikut nafsu yg marah kita tak dapat apa2. Setan saja yg syok.

Saya masih belajar tentang perjuangan. Bila tengok korang tulih lagu ni. rasa pelik. Macam ini ke orang yg cintakan islam berbeza pendapat?

Semoga Allah memberi kita petunjuk dan hidayah.

Amin.
Sek19 said…
aku sokong hang Sudin!!
afuan16 said…
saya sokong pendirian YB...bg saya, tafsiran ulama itu perlu diperjelaskan secara terang, nyata, dan ilmiah. sepatutnya pemimpin diangkat berdasarkan karisma idealisme perjuangan berserta keikhlasan perjuangan demi ISLAM..bukan meletakkan prasyarat utama profesional mahupun ulama..kalau jawatan penting presiden dan timbalan presiden hanya dikhaskan buat ulama, yakni orang yg berpendidikan agama sahaja, lebih jelas..memiliki sekurang-kurangnya diploma pengajian islam atau yang sewaktu dgnnya...bagaimana pula dengan lepasan ijazah perubatan, kejuruteraan, perakaunan, perundangan, pentadbiran, dan sebagainya??janganlah kita sekadar bertengkar sesama jemaah hanya kerana isu yg gagal dihadam serta ditafsir secara intelek dek kerna keegoan dan prasangka yg barangkali tepat maupun tidak...
zaydlekhair said…
Pandangan pakar siyasah syariyyah dalam Pas (jika pengkhususan kesarjanaan dikira), beliau bekas calon adun Pas;
http://www.siyasahsyariyah.blogspot.com/
maun said…
Ini masalahnya kalau ulama, dah rasa dia tak boleh ditegur oleh orang bawahan..Ala UMNO je rupanya..Pimpinan tak boleh ditegur dan diganti..
tmn bkt saga said…
disyakki kebanyakan unknowns yg komen kat sini geng2 umno tu. cuba nak jadi batu api.

komen2 pengunjung seperti "..macam dia sorang je faham perlembagaan..." menunjukkan kecetekan tahap berfikir.
Anonymous said…
kalau susah sangat kita lantik kepimpinan ulama yang baru!

Berani berubah!
Anonymous said…
Bersama pemimpin Quwwah dan Amanah, tidak kira lah sama ada dia tu ulamak atau tidak...

Gagasan ulamak adalah idea dari Revolusi Iran...Hasil pengaruh Zionisme dan Iluminiti, kita sudah ilang arah dek kerana mempertahankan kepimpinan ulamak tanpa memahami dengan jelas...

Sepatutnya slogan PAS selepas ini ialah Kepimpinan Quwwah dan Amanah!

-Anti kepimpinan Ayatollah-
Serious Shepherd said…
Persoalan utama bukanlah kepimpinan ulama' atau tidak.

Persoalan utama ialah Kerajaan Perpaduan yang digembar-gemburkan sebagai dipersetujui oleh kepimpinan ulama'. Demi mengelakkan masuk perangkap yang sama buat kali kedua, maka sesiapa yang cenderung ke arah Kerajaan Perpaduan, tidak kira siapa pun, perlu disisihkan dari memimpin PAS.
Anonymous said…
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertamanya ana rafatkan syukur pada Allah krn diberi kekuatan untuk membaca dan seterusnya menulis sedikit sebanyak pemahaman ana terhadap Kepimpinan PAS hari ini..

Ana tertarik dengan penulisan YB yang menjelaskan konsep kepimpinan Ulama dari kaca mata YB..
Tetapi.. adakah YB hari ini jelas tentang konsep wala' kpd kepimpinan ulama' itu sendiri..
Baru-baru ini, spt yg semua maklum, Ketua Dewan Ulama PAS, telah mencadangkan bahawa kepimpinan utama PAS mestilah diterajui oleh Ulama'..
saudara YB yang ana kasihi.. Didalam PAS, Dewan Ulama adalah dewan tertinggi yang berkuasa memutuskan dan membincangkan tentang sesuatu permasalahan yang berlaku didalam PAS.. Dan mereka-mereka yang duduk didalam Dewan ini adalah orang-orang yang telah dipersetujui oleh ahli sebagai orang yang layak dan mempunyai kefahaman yg jelas dlm agama..
Jadi, ana melihat.. menjadi sesuatu yang tidak wajar jika pandangan dan kenyataan yg dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama itu sendiri dipertikai dan Disanggah secara umum.. akhirnya musuh-musuh kpd PAS menjadikan kenyataan ini sebagai Peluru utk memperlihatkan kpd masyarakat umum bahawa kepimpinan Ulama didalam PAS tdk boleh diterima pakai oleh ahli mereka lagi..
YB khalid yg sy kagumi..
sedar atau tidak, sebanarnya hari ini setiap ahli sebenarnya sedang diuji.. Tapisan Allah akan berlaku utk menentukan ahli yang betul-betul ikhlas berjuang utk Islam dan menjungjung tinggi kepada Ulama..
Kita sbgai ahli yg faham tidak seharusnya terlalu cepat melenting atau terburu-buru dlm mengeluarkan sesuatu kenyataan.. tetapi apa salahnya jka kita menghormati cadangan tersebut walaupun bagi kita ianya tidak tepat.. Yakinlah bahawa rahmat Allah pasti ada, dan dia sentiasa bersama golongan org-org yang terpilih.
Selamat Bejuang!
Allahuakhbar!!
APER ISTIMEWANYA PAS JIKA KEPIMPINANN ULAMAK NAK DI TUKAR..?
Anonymous said…
salam, ana ingat sahabat yang kata dewan ulama pas, sebagai yang tertinggi...salah tu...yang tertinggi adalah majlis syura..bro...

Ana berpegang semua ahli pas bebas menawar diri utk memikul amanah...tak kira ulama(lulusan agama ) Professonal. asal depa ahli pas and dapat pencalunan..and rasa diri bolih terima tanggungjawad..terima ajelah...jangan kita pulak jadi tkang kempen dah leee..pihak lulusan agama perlulah tunjuk bukti bolih minpin jangan dok perasan dia lulusan agama and d gelar utz aje dah kira ulama..pada analah utz nasa hanya uts biasa aje,,,belum bertaraf ulama..tulah silap ahl pas and yang tukang kempen dulu dulu...kenapa pilih dia...tak pilih utz haron
ahli baru said…
Salam...

ape yg nak di gaduhkan..YB cuma bagi pendapat dia sahaja. Jangan ler sampai nak mengutuk/menghina pemimpin2 dalam jemaah.
Anonymous said…
Salamun qaulam mir rabbirhaim

YB Khalid yang dikasihi.

Seronok YB menulis,lupakah YB
siapakah,dimanakah status Alim Ulama
itu sendiri?

Sedih YB menolak mentah-mentah cadangan,pandangan Ulama.
Kalam siapa lagi kita nak pakai kalau
bukan kalam Ulama,yang terang-terang
berhujjah dengan ayat Al-Quran?

Doktor dengan kerja bedah,merawat&sbg.
Arkitek,dengan kerja melukis pelan&sbg.
Jurutera,dengan kerja merancang,memantau projek pembinaan,penyelenggaraan,pengurusan&sbg.

Ulama,apa kerjanya?Apa lagi kalau memandu segala kerja duniawi ini kepada ukhrawi?

Isk..sedih
tukang kebun said…
nak komen tu letak la nama.

setakat unknown je tak payah.

letak nama, no ahli, cawangan sekali kalau boleh.

setakat lempar batu esp unknowns, sanad/matan tak cukuh rajih.
Anonymous said…
apa dia kriteria yang menentukan seseorang itu ulama? tahap keimanan? macam mana kita tahu tahap keimanan seseorang? pakaian? hari ini, ramai graduan agama yang kadang2 pakai jubah dan serban dan kadang2 pakai tie. Ada juga yang berpakaian seluar slack dan berbaju batik tetapi zuhud(tidak suka permaian2 seperti plat kereta 2 digit dan sebagainya). Ada yang berjubah dan berserban tetapi naik Mercedes plat dua digit nombor pendaftaran. Saya rasa tergelak dengan isu ulama dan bukan ulama ini. Jika ya pun seseorang itu diiktiraf ulama, manusia yang mempunyai akhlak dan akal waras tidak akan sanggup mengaku dirinya termasuk dalam kumpulan ulama sementara orang lain bukan ulama. Maaf, tetapi saya rasa malu dan nak muntah dengan isu ini. Dalam aspek ini, Umno lebih baik.
Anonymous said…
Bagaimana dengan kriteria di bawah:
(1) Lelaki A:
Akhlak mulia, fasih bahasa Arab (tetapi tidak menunjuk2 kepada orang lain), faham al-Quran, pakaian sederhana (slack, kemeja dan selipar), kereta Proton (plat WDC 2560 contohnya). Graduan dalam bidang Chemical Engineering.

(2) Lelaki B:
Berjubah, serban, tidak berapa fasih bahasa Arab (so-s0 only), graduan dari timur tengah, suka pada Mercedes dan plat 2 digit. Graduan dalam bidang usuluddin.

Adakah Pas meletakkan lelaki B dalam kategori Ulama.

Moral of the story:
Stop debating something of non-existene and non-issue. There is NO SUCH THING as ulama dan bukan ulama.

Orang muka tak malu sahaja mengkategorikan diri sendiri sebagai ulama. Ada ke orang tubuh "kelab intektual" dan "kelab bukan intelektual".
Aku pon ulama gak said…
Salam,

Saya sanggat setuju ngan One Pip..

Ulama adalah perkataan arab yg bermaksud mereka yg berilmu... so.. aper nak kecoh2 sgt nie?? kenapa? jika mereka yg berilmu engineering tak leh nak contribute utk agama?? beb.. kalu takde engineer.. sampai hari nie ler jemaah haji jalan kaki gi Mekah oi... so.. engineer ker... doctor ker... pakar bidang agama.. masing2 ada kelebihan... dan saling memerlukan... kalu nak kira engineer pon ulama per.. ulama kejuruteraan... org PAS nie kekadang jumud... otak terlalu sempit... nie yg buat aku makin menyampah nak pangkah PAS lagi for next PRU....
Fia_rindui said…
Salam,ulama ke bukan ulama tidak mengambarkan kemahuan serta niat perjuangan kita,yang penting bagaimana nak capai redha Allah.

Andai profesional yang ada ciri akhlak islam rasanya tak salah dia memimpin,nampaknya isu ini dah jadi masalah dalam PAS,kalau tak dibendung boleh jadi parah.

presiden dan timbalan presiden tak boleh buat ape ke?nampak sangat ahli dah makin kurang hormat kat mereka tu,ada yang perlu dimuhasabahkan kembali kenapa orang kurang hormat kat kita.

Bagi saya yang bolehla juga dikatakan mewakili golongan yang belajar di timur tengah(tapi belum rasa diri taraf ulama)merasakan budaya label melabel ini adalah sesuatu yang kurang menyenangkan lebih lebih lagi kita mengelarkan diri sebagai pendokong gerakan Islam.

Perkara sebegini sebenarnya telah saya kesan dari dulu lagi,ada sebahagian dalam PAS ni selalu memandang serong kepada golongan yang tak berkopiah atau berserban yang bagi saya tidaklah begitu sihat dalam jemaah atau gerakan Islam.

Sama samalah bermuhasabah dan berai untuk berubah..
ada diploma je... said…
Sekitar 1998/99. saya baru sign jadi ahli PAS. Sebelumnya jadi penyokong je.

Kemudian disuruh attend mesyuarat majlis Tindakan DUN (MTD) Subang.

Bersama saya seorang ahli baru. Agak berumur, 40+. Pengurus di satu GLC.

Yang saya tergelak kelat ialah, sebelum gi meeting tu dia tanya saya dengan bersungguh2, "nak kena pakai kain pelikat & ketayap ke?... '

Maka saya pun pakai seluar track dan t-shirt je. Bukan apa. Nak rai'kan kepelbagaian.

Kemudian dalam salah satu mesyuarat cawangan, antara usul yang dicadangkan dibawa mesy agung kawasan ialah "menggesa ahli parlimen pakai jubah dan serban atau sekurang2nya ketayap untuk tunjukkan ciri keislaman."

Aku balas balik "kat kelantan orang UMNO pun pakai kupiah". Lepas undi nasib baik usul itu dikeluarkan dari dibawa ke atas.

Keahlian pun tak kemas lagi. Usrah pun kadang ada kadang takde. Duit pun kumpul secara ad-hoc je. Banyak lagi perkara yang perlu nak disibukkan dari bertelagah mengenai benda tak berfaedah seperti 'pilihlah aku, aku ada degree pengajian islam, jamin masuk syurga.. etc'
Abuzar said…
Salam YB, satu pandangan yang baik dan dinamik. Rangsangan untuk membawa anjakan paradigme baru dikalangan umat Islam masakini untuk keluar dari "kejumudan" dan "ketaksuban" yang tidak berasas.

Masih ramai umat Melayu faham Islam dalam bentuk "istilah/bentuknya" bukan dalam bentuk "amali/isinya".
Terikat secara dogmatik dalam kotak sempit tanpa melihat haknya disisi Allah. Berbantahan dan berbangga dengan "kepuakan" yang dilebur oleh Rasulullah dengan Aqidah Islami.

Sebagai perbincangan para sahabat sekalian. Apa pandangan dan pilihan2 anda dalam kepimpinan gerakan Islam masakini, iaitu dari golongan:

1) Ulama berjiwa penguasa?
2) Ulama berjiwa ulamak?
3) Penguasa/Profesional berjiwa ulamak?
4) Penguasa/profesional berjiwa penguasa?

Keempat2 watak itu ada dikalangan kepimpinan PAS hari ini.

Ada berwatak "ulamak berjiwa penguasa" - gaya hidup pembesar/YB, kena sanjung2/ puji2/ bodek2. Ongkos habuan kena lebih sikit. Tak boleh cabar2 atau tegur2 nanti jatuh mertabat? ( macam kesah Umar tegur Muawiyyah)

Ada berwatak "penguasa/profesional berjiwa ulamak" - bukan ulamak, iman kental, kefahaman Islam tinggi, amal Islami, dakwah dan jihad serta korban tinggi. tawadduk. tak kisah tentang darjat persis seorang ulamak.

Kecelaruan ahli2 PAS seperti ini kerana definisi identiti pejuang2nya agak kabur.

Maka sejak dulu isu-isu dan polimek seperti "kafir-mengkafir", "amanat Haji Hadi", "ulamak vs profesional", "muzakarah PAS-UMNO 2008", "Kerajaan perpaduan Melayu PAS-UMNO 2009" dll. menjadi peluru kepada musuh2 PAS.

Dengan senario "kluk-klek (flip-flop)" pimpinan seperti ini, apakah PAS dan PR bersedia untuk menghadapi strategi baru BN dan rakyat yang sudah celik politik pada PRU 13 nanti?

Jangan salahkan rakyat/pengundi andaikata pencapaian PRU13 nanti tidak memihak kepada kita!
IbnuQalil said…
Salam a'laik,

No komen, serahkan kpd yg pakar. Yang pakarnya adalah TGNA, TGHH, TGHD, Dewan Ulama' dan Majlis Syura. Yang lain just pandangan tapi tidak berpaksikan keilmuan sebenar. Tapi kalau Dewan Ulama dan Majlis Syura keluarkan, bagi ana itulah maksud yg sebenar.

Kalau setakat pandangan dr komen2 di atas, itu hanya pandangan. Mungkin juga pandangan yg disandarkan kepada emosi bukan keilmuan sebenar. Kan YB?

Sudahlah YB, kita serahkan pada yg pakar. Cuma pesan ana, marilah sama-sama kita bersihkan niat kita menyertai PAS. Ini bukan kerja dunia tapi ini kerja dunia dan akhirat. Allah melihat segalanya. Perbincangan YB dgn Dr Mariah dan Dr Lo' Lo' juga Allah perhatikan. Wallahua'lam.
Anonymous said…
ehem ehem

Tuan, geng tuan buat hal kat Penang. Siap berkempen dengarnya, nak jadi calon sebab nak jadi TKM kut.

Apehal tuan, ingatkan tuan-tuan semua ni nak kukuhkan Pakatan sebab sayang Pakatan, rupanya sebab kuasa yer.

Jika kuasa itu boleh direbut dengan membelakangi Pakatan, nampaknya itulah cita-cita Dr Mujahid

Apehal, banyak kali tak turun meeting, tiba2 mau bertanding malu malu malu
Anonymous said…
Inilah jadi kalau PAS terikut-ikut dengan fahaman Anwar pembentuk kerajaan Selangor, sampai Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun masuk dalam website promosi ba alip ba ya,

http://www.thepigsite.com/swinenews/17699/nik-aziz-backs-selangor-pig-plans
Anonymous said…
YB kan adik Shahril Samad YB unmo JB.
Anonymous said…
ambo sangat setuju dengan pandangan abu dzar.

nak bagi komen tak salah, bagilah disokong dengan hujah. tak payahlah nak kutuk sesiapa, lebih lebih lagi dua tok guru - nik aziz dan haji hadi.

satu lagi amalkan sangka baik. apa kena mengena pas dengan anwar? kalau ada persamaan, tak bolehkah anggap itu sebagai "coincidence" sahaja?

kalau ada sesiapa masih mengaitkan "anwarisme" dengan pas, masih ceteklah ilmu politik. masih hanyut 'di bawah tepurung'. tidak mampu melihat dan 'merasai' environment luaran...

parlimen machang
wan said…
Orang yang kontra dengan hujah YB khalid ni taklah jahat sangat mulut sampai merendahkan martabat dan ilmu YB.

Saya baca dalam blog ustaz Din dan Nik Abduh, hancur...... Saya dapat rasa mereka yang makin 2 tokoh tu bukan kalangan kita yang berbeza pendapat kut. Mungkin Cybertrooper kut.
Tinta Hitam said…
Apa sebeanrnya yg dimaksudkan ulamak? Adakah ianya ustaz yg mempunyai latarbelakang kelulusan shariah atau sesiapa shj yg warak,alim dan berkebolehan utk menerajui umat Islam?
Noorazam said…
Assalamualaikum.

"Namun istilah ‘Ulama’ semestinya digunakan untuk mereka-mereka yang memenuhi syarat-syarat keahlian Majlis Syura Ulama’ seperti termaktub di dalam Perlembagaan. Sila rujuk perlembagaan. Ini pandangan saya yang mutakhir kerana kadang-kala saya melihat yang lulus 4 thanawi pun dianggap sebagai ‘Ulama’. Panggil ‘ustadz’ takpelah juga, tetapi istilah ‘ulama’ itu pada pendapat saya perlulah digunakan dengan lebih cermat."

Saya setuju seratus peratus.
Ulamak mestilah orang yang benar2 menguasai Ilmu2 Islam,bukan sekadar bersijil pengajian Islam.

Bila dah ada yang benar2 Ulamak,maka kita sokong betul2..

InsyaAllah..Tuan Guru Haji Abdul Hadi memang orang selayaknya buat masa ini untuk kita sokong dan kukuhkan serta membantu beliau untuk memimpin perjuangan amanah Allah ini.

Salam perjuanagan.
nur mohd nidzam said…
SALAM YB,
Although you clearly state that you are not an ulama, You have every quality to be a leader,its people like you who promote islam to the non muslim,fight for righteousness.I dont see any problem with any leadership (ulama or otherwise) based on merit, can bring the party to greater heights and most importantly get prepared to replace umno as the leading party to govern our beloved country.Fohat we need a dynamic team who can bring the idea of islam to all the races in malaysia.
Sudin said…
Well said En. Nur Mohd Nidzam.

I agree with you fully.

YB cuba hendak menerangkan supaya pembaca semua faham dan tidak terkeliru dgn penulisan Nik Abduh dan yang sewaktu dengan nya. Tapi malangnya, saya tengok dari komen2 yg diberi, ramai yang tak faham. Nak hentam saja. mungkin diorang ni tak baca pun apa yg YB tulis. MEreka ini di bayar untuk mengutuk mungkin?

Ish ish..., cari lah kerja lain. Nak isi perut, nak kasi anak bini makan, cari lah sumber yg halal.

Siapa makan cili dia terasa pedas!
ha..ha..

YB tak terasa apa-apa.

Allah maha mengetahui.


Sudin.
Anonymous said…
assalamualaikum. terus terang saya katakan, antara dato' husam dengan ust nasrudin tantawi...saya pilih dato' husam. antara Yb khalid samad dengan ustaz nik abduh, saya pilih YB khalid samad. antara YAB nizar and YAB ustaz azizan...saya pilih YAB nizar

why?

bukannya sebab saya ni puak erdogan ke, professional ke... tapi saya nampak karisma mereka lebih menyerlah, lebih memahami waqe' di malaysia dan professional dalam gerak kerja
Hasbullah Pit said…
Susah saya nak beri komen, kerana saya belum cukup kaji pemikiran Arwah Yusuf Rawa ketika 80an dulu.
Anonymous said…
pas ditubuhkan hasil dari persidangan ulama' di malaysia...diperjuangkan oleh ulama yang peringkat awalnya menang pilihanraya dgn satu kerusi sehingga sekarang sudah perintah dua negeri.
Ia hasil jerit perih perjuangan ulama dan orang2 yang cintakan ulama.
Selama ini pas didokongi ulama dan disokong bantu oleh profesional, tanpa ghairahkan jawatan, profesional masih ikhlas membantu memantapkan perjuangan pas.

kalau tak ada jawatan sbg presiden atau timb. presiden, pak samad rasa masalah sangat ke nak bantu ulamak mentadbir pas ? adakah pak samad yakin jika org seperti pak samad dan beberapa profesional pas lain lagi jadi presiden maka pas akan berada pada tahap paling baik ??
Jangan cepat lupa diri pak samad....baik masuk pkr atau DAP kalau tak mahu masuk UMNO, kedua parti ini muliakan profesional dan pak samad boleh bawa idea pak samad bersama mereka.

Selama ulama memimpin kita...memang kita ada masalah tetapi masih diizin Allah utk mengatasinya.....selagi tak mabuk dgn ghanimah.
Pak samad nampak ghairah dgn jawatan....terpesona dgn ghanimah ke ???
kalau rasa tak yakin dgn ulama baik berlepas diri dari jemaah dan masuk pkr, sebab pkr parti yg tak perlukan ulama tapi mengagumi profesional...
Awadi said…
Bknnye menafikan kepimpinan ulama'.malah mereka merupakan permata yang mekar harum di dlm PAS.
Cuma x patut kalau jawatan trtnggi hanya kpd ulama shaja.
Ini kerana kita patut plih mereka yg berkeperibadian mulia,warak,serta mampu mentadbir dgn idea2 bernas.
Bab kata org jenis yg all-rounded,serba blh.
Ini akan menarik sokongan org ramai kpd PAS.
Trus trang sy ckp sy menyokong hj husam sbgai TP,
Nik amar,salahuddin,nizar sbgai NP.
faizalzainol said…
salam,

saya bersetuju dengan pandangan awadi,

kami bukan menafikan peranan dan kepimpinan ulama, apatah lagi ingin memperlekehkan mereka, kami tahu sumbangan dan jasa2 mereka, cuba kami mohon keterbukaan dlm konteks "ulama" itu diperhalusi, sewajarnya "ulama" tidak wajar ditakrirkan semata2 terhadap golongan yang berpendidikan agama sahaja. Kini ramai golongan profesional yang lebih "hebat" ilmunya dan layak untuk digolongkan sebagai "ulama profesional" sepertimana kata TG Nik Aziz Nik Mat,

selama ini proses memprofesionalkan ulama, dan mengulamakan profesional telah lama diadakan, dan ia diperkenalkan oleh Presiden PAS terdahulu, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, bukanlah proses ini telah mem"buah"kan hasil2 yang diinginkan. sewajarnya kita "buah2" yang terhasil ini, kita petik dan gunakan sebaiknya...

Saya juga menyokong

Husam Musa sebagai TP
manakala Ir Nizar, Salahudin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai NP.
ANik said…
Agree with One Pip and ada diploma je..

We seek for A Leader who can deliver and those who can scrutiny what the leaders do.. Ulama or Professional you were not immune from slipping and commit sin along the way.. So what the fuss?

Others were taking advantage of this differences..

Can we sustain if this goes on?

Wallahuallam..
Anonymous said…
Salam,

sila bagi maksud Professional? adakah Professional orang yg bijak ekonomi atau doktor dan semumpa dengannya sahaja????


.....


Ulama pun Professional..
doktor pun Professional..

kenapa kita beza-bezakan?

ok...

Dewan Ulama sudah buat keputusan, bahawa prsdn dan t.prsdn PAS dikalangan ulamak..kenapa anda buat kecoh lagi, taatlah..


ape tujuan kita berapa berada dalam gerakan seperti PAS..adalah untuk mencari keredaan Allah..

jangan sebab kita, Islam menjadi jatuh...

ulamak adalah pewaris kepada Nabi-nabi... kenapa kita tak suka ulamak?

sokong kepimpinan ulamak

....sekian..maaf...

abu yusuf
ALI MAIDIN said…
Isunya PRESTASI, RAJIN, BERANI.
abu ya said…
abu yusuf,
dewan ulama sudah buat keputusan ??
hang biar betui.
hang baca kat mana ?
cuba copy & paste "KEPUTUSAN" tersebut
hang ni baca utusan malaysia kot

- abu ya

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-