Saya masih ingat lagi satu kuliah yang saya hadiri di sebuah Masjid berhampiran rumah saya ketika saya masih belasan tahun. Ustadz menceritakan kisah Iblis yang dikatakan bernama Azazil. Iblis ini kata ustadz tersebut, bagaikan Tok Guru para malaikat di Syurga. Dialah yang paling berilmu dan paling alim. Namun akhirnya dia ‘jatuh’ kerana dia angkuh. Dia menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam (AS) dan enggan sujud kepadanya apabila diperintah Allah untuk bersujud. Allah berfirman “aba was takbara” atau dia “enggan dan takabbur” dan akhirnya jadilah Iblis sebagai kafir. Walaupun bertaraf ‘Tok Guru’, dia masih kecundang.
Ilmu ini sememangnya penting. Keutamaan ilmu semua yang berada di dalam PAS menyedari dan mengakuinya. Itulah sebabnya mengapa kita sama-sama adakan Majlis Syura Ulama’. Namun ilmu bukan segala-galanya dan bukanlah juga monopoli golongan tertentu.
Ilmu juga tidak menjamin keikhlasan. Berapa ramai yang telah pun menggadaikan ilmu mereka untuk mendapat jawatan, Allah hanya yang tahu. Kisah Ulama’ Bani Israil amat jelas sebagai bukti dan pedoman kita di hari ini. Mereka berilmu tetapi mereka menggadai ilmu mereka untuk habuan dunia. Walaupun mereka ilmuan dan ulama’ kaum mereka. Tiada yang mereka tidak tahu berhubung perjuangan anbiya’ dan mursalin namun mereka angkuh dan tidak ikhlas. Akhirnya ketamakan mereka dan ketidak-ikhlasan mereka diabadikan dalam ayat-ayat Al-Quran. Allah mengambarkan mereka bagaikan keldai yang bertimbun buku dibawanya.
Begitu juga dengan para ulama’ dari golongan kaum Nasrani. Pemerintahan gereja menjadi igauan semua yang membaca sejarah zaman tersebut. Konsep pemerintahan ‘theocracy’ dalam arti kata pemerintahan oleh golongan agama yang mengaku hanya mereka yang ‘bercakap’ bagi pihak Tuhan, ditolak oleh masyarakat atas sebab keterlanjuran mereka. Begitu kejam sekali manusia, walaupun ulama’, lebih kejam dari golongan juhalaa’, apabila mereka menjadi angkuh dan menganggap diri mereka golongan pilihan Illahi. Ulama’ Nasrani pada ketika itu menganggap ilmu agama adalah hak milik mereka dan pentafsiran mereka satu-satunya pentafsiran yang sah. Yang ingkar diseksa dan ada sehingga yang dibakar hidup-hidup.
Keikhlasan dan ketaqwaan ini pemberian Allah. Ianya tidak boleh dipelajari. Orang kampung yang biasa, tidak bijak mana, hanya tahu ilmu agama peringkat asas, tetapi ada yang memiliki tahap ketaqwaan yang tinggi. Sanggup mengorbankan hartanya dan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Saya telah melihat sendiri orang-orang kampung yang seperti ini, memberi sumbangan untuk perjuangan Islam sedangkan belanja keluarga sendiri pun tak tentu lepas lagi. Mungkin ketaqwaan dan keikhlasan mereka ketika itu melebihi ulama’ yang angkuh dan berbesar kepala.
Saya kira mungkin ada yang sudah boleh mengagak mengapa saya menceritakan kisah-kisah ini. Saya ceritakan ini semua kerana saya terdengar ada pihak yang mengatakan bahawa Ulama’ sahaja yang boleh dipercayai untuk menjawat jawatan tertinggi dalam parti. Yang lain tidak boleh dipercayai, seolah-olah keikhlasan itu monopoli golongan yang dianggap ulama’ sahaja. Saya merasakan bahawa tanggapan sebegini adalah tidak benar dan saya yakin ianya merupakan pandangan yang songsang. Namun keilmuan golongan ulama’ yang mengatasi ilmu golongan lain dalam bidang-bidang keagamaan, saya rasa tiada yang mempertikaikan, termasuklah diri saya sendiri. Keikhlasan soal lain. Hanya Allah yang tahu.
Saya juga ingin menceritakan bagi yang telah lupa, kata-kata Al-Marhum Ustadz Fadhil satu ketika dulu. Al-Marhum menyamakan keadaan golongan pendidikan sekular bagaikan keadaan Nabi Musa (AS) yang dibesarkan di istana Firaun. Apabila telah dewasa tiba-tiba Allah memilihnya untuk menjadi Rasul dan menentang Firaun! Begitu juga seakan-akan, kata Al-Marhum, dengan golongan yang berpendidikan Barat. Dihantar ke negara-negara Barat untuk menjadi pembawa fahaman barat tetapi apabila pulang menentang tamaddun barat dan malah sebaliknya menjadi pejuang Islam. Mereka kembali dengan kesedaran agama, sebahagiannya lebih sedar dan lebih insaf dari sebahagian yang lain. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang!
Perumpamaan sebegitu jauh lebih menarik dan menyejukkan hati dari dihukum secara borong sebagai bakal pengikut Yazid anak kepada Muawaiyah. Sedangkan saya yakin Yazid bukan jahil orangnya. Beliau hidup dalam suasana Islam, dibesarkan dalam masyarakat yang menghayati Islam, tak mungkin beliau tidak tahu akan Islam. Namun beliau tidak mahu mengikut ajaran Islam dan menganggap dirinya berkuasa dan tidak mungkin kekuasaannya dicabar. Sikap angkuh dengan kuasa inilah yang merupakan punca penyelewengan dan kezaliman beliau. Sepertimana juga ianya menjadi punca penyelewengan Iblis, ulama’ kaum Bani Israil dan juga Ulama’ kaum Nasrani walaupun kesemua mereka ini adalah ‘berilmu’.
Dalam Islam kita terselamat dari masalah sebegini. Dalam Islam tiada kasta dan tiada ‘theocracy’. Pandangan dan pendapat diterima berdasar kekuatan hujjah dan bukan berdasarkan siapa yang mengatakan pandangan atau pendapat berkenaan. Dalam soal ini, Saidinna Ali (KW) pernah berpesan, “Lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat kepada siapa yang mengatakannya”.
Saidinna Umar (RA) pernah ditegur oleh seorang Muslimat biasa walaupun Umar merupakan Khalifah pada masa itu. Umar juga diiktiraf sebagai di kalang Sahabat yang termasyur, di antara yang paling berilmu dan salah seorang dari sepuluh yang dijanjikan Syurga. Namun Umar sanggup mengaku pendapat Muslimat itu adalah yang lebih tepat.
Rasulullah (SAW) sendiri pernah mengutamakan pendapat para Sahabat dalam persoalan pengurusan dan perancangan seperti di Badr, Uhud dan banyak lagi peristiwa yang lain. Dalam sebuah Hadith riwayat Imam Muslim diceritakan satu peristiwa berhubung dengan amalan pendebungaan pokok-pokok tamar oleh orang-orang Madinah yang ditegur oleh Baginda dan mereka menghentikan amalannya. Akhirnya hasilnya berkurangan dan apabila Rasulullah mendengar akan keadaan ini, maka bersabda Rasulullah : “Saya hanya manusia biasa. Hanya apabila saya mengarahkan kamu berhubung persoalan kewajipan keagamaan sahaja perlu kamu mematuhinya. Tetapi sekiranya saya menyatakan sesuatu berdasarkan pendapat saya, ianya hanya satu pandangan dan saya manusia biasa. Semestinya kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.
Maka adalah jelas bukan semua pendapat yang diutarakan Rasulullah (SAW) merupakan hukum yang tidak boleh dibincangkan atau dipertimbangkan. Sekiranya begitu kaedahnya yang telah ditunjukkan Rasulullah (SAW), maka tidak mungkin semua yang dikatakan oleh mana-mana ulama’ dalam soal pendapat dan pandangan semestinya diterima bulat-bulat seolah-olah ianya satu-satunya pandangan yang betul. Sekiranya semua yang dikatakan ulama’ dianggap bagaikan ‘wahyu’, maka kita akan kembali kepada zaman pemerintahan gereja dan amalan ‘theocracy’.
Saya yakin para Ulama’ Islam yang ikhlas dan berilmu memahami perkara ini dan tidak akan mengambil kesempatan dari konsep ‘Kepimpinan Ulama’ untuk mengelirukan ummat Islam dan ahli PAS sehingga mewujudkan suatu status yang tidak layak bagi mana-mana manusia untuk mendudukinya. Walau hebat mana sekalipun ilmunya dan tinggi mana sekalipun pandangan masyarakat terhadap dirinya. Kerana dia tahu dirinya bukan tuhan dan ilmunya tidak mungkin mencakupi segala-galanya. Mereka tawaddu’ dan menghargai semua ilmuan dari semua bidang ilmu dan jauh sekali akan mereka mengherdik orang dengan kata-kata “kamu takkan faham, kamu bukan ulama”.
Dengan kesedaran yang sebegini, ulama’ Islam sejati tidak akan jatuh disebabkan sikap angkuh dan bongkak. Dan dengan ini juga mereka tidak akan mengakui bahawa keikhlasan itu hanya milik golongan seperti mereka.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments
Saya harap agar al-Fadhil Tuan Haji Khalid Samad berjaya dalam muktamar akan datang ini. Manalah tahu, lepas muktamar ini, tuan haji akan jadi pemeriksa kira-kira. Amin. Insya-Allah.
wassalam
Terima kasih kerana telah berjaya menjelaskan perkara yang saya kira terbuku dihati silent majoriti pendokong perjuangan Islam di Malaysia. Cuma saya berharap agar tiada pihak yang akan cuba memutar belitkan apa yang diutarakan oleh YB Khalid. Saya pasti ada saja mulut gatal yang akan mengatakan YB tidak mahu kepimpinan ulama, apabila ketiadaan hujah untuk dibalas. Kemukakanlah hujah masing-masing berdasarkan Al-Quran dan Hadith dan bersama kita nilaikan tanpa ada perasaan benci sesama jemaah. Semoga yang menang itu adalah Islam.
~ana akhukum fil Islam
Kepada anda, Syabas! Kerana berani dan tepat pada masanya.. Agar menjadi peringatan kepada semua termasuk para ulamak dan ilmuan.
Merdekakan ummah, dari segala jenis syirik. Takbir!
"Bidang pengajian Islam itu pula luas; ada bab ibadah, muamalah, siasah, tazkiyah al-nafs dan lain-lain. Apakah jika seseorang yang hanya menguasai satu bidang sahaja sedangkan tidak kemahiran dalam siyasah atau politik, layak digelar ulama yang boleh memerintah? Al-Imam al-Mawardi sendiri meletakkan salah satu dari tujuh syarat khalifah mempunyai pemikiran yang memampukannya menguruskan politik dan kemaslahatan rakyat jelata. Jika dia bergelar ulama, tetapi ‘kontang’ dalam soal ini, dia tidak layak"
seterusnya di blog Dr. MAZA
sama seperti nabi memerlukan Abd Rahman Auf (dlm bidang perniagaan), Khalid ALWalid (dlm medan perang), Salman AlFarisi (dlm tektik peperangan) dll...
Tapi tak ada pula Khalid AlWalid, Abd Rahman Auf atau Salman AlFArisi terhegeh-hegeh nakkan jawatan Khalifah slepas Nabi wafat.
Mereka tahu khalifah hanya layak utk sahabat yang mendlm pengetahuan agamanya.
Teruskan perjuangan tuan, tidak kira PAS dipimpin Ulama atau Professional (yang islamik). Yang pentingnya dasar PAS mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Satu penerangan yang baik untuk difikirkan oleh semua ahli-ahli PAS. Saya amat berbangga dengan kenyataan dan fakta yang diutarakan oleh YB, ini adalah kerana pada waktu ini ahli-ahli PAS melihat golongan ulama ini apa yang dikata mesti diterima. Namun dalam apa yang dikatakan, tidak semua, malah peratus yang akan dikotakan amat kecil berbanding semua yang diperkatakan.
Saya amat bimbang perkara ini terus meluas dan merebak, sehinggakan pada mesyuarat-mesyuarat sama ada cawangan dan kawasan, keputusan yang dibuat oleh mereka ini sekadar apa yang terlintas difikiran. Tanpa turun melihat hakikat perkara sebenar yg berlaku, malah mengambil enteng terhadap sesuatu perkara yang perlu diputuskan oleh Jamaah.
Golongan ulama ini ssekadar berinteraksi sehala, menyampaikan kuliah kepada pendengar disurau-surau dan masjid, tanpa menerima interaksi 2 hala. Perkara inilah yang menjadikan mereka ini bongkak dan angkuh, seterusnya akan merosakkan jamaah
semoga Allah menyuluh kehidupan kita dengan cahaya hidayah, serta memperteguhkan pendirian kita di atas kebenaran, dan mematikan kita di atas agama-Nya dan dikandung keredaan-Nya.
Saya berdoa kepada Allah agar disampaikan warkah saya ini ke ribaan al-fadil Ustaz. Semoga ianya dikira Allah sebagai memenuhi saranan 'ad-dinu an-nasihah'; nasihah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam.
Berita tentang al-Fadil Ustaz saban hari memenuhi dada-dada akhbar pada akhir-akhir ini. Hampir semua akhbar, semada Melayu atau Inggerisnya (yang Cina dan Tamil, saya tidak tahu) dan blog penyokong kerajaan menyiarkan kenyataan al-Fadil. Akbar-akhbar arus perdana yang biasanya sinis kepada perjuangan PAS dan memandang juling kepada golongan berpendidikan agama telah bertukar sikap, seolah-olah akhbar mereka mahukan PAS yang tulin, PAS yang kukuh dibawah pimpinan ulama. Al-Fadilpun telah mengambil peluang yang dibukakan ini dengan sebaiknya. Bukannya senang untuk mendapat peluang sebegini, mungkin dalam 20-30 tahun lagipun belum tentu dapat.
Baca lebih lanjut di http://muqabalah2009.blogspot.com
selepas ulamak pas melengkapkan diri macam tu barulah boleh nak cakap "jawatan tertinggi PAS kena dipimpin oleh ulamak "
Saya sering mengikuti pendapat YB yang berdasarkan pandangan rasional dan realistik namun maseh dalam kerangka islami.
Dan saya cukup setuju dengan pandangan ini.
PAS memerlukan pemimpin(baik profesional mahupun ulama`) yang mampu urus tadbir dengan baik dalam suasana Malaysia yang bersifat multiracial dan multiagama.Pandangan mereka perlulah terkehadapan dan perlu mengambilkira pelbagai ragam serta fiil masyarakat tanpa bersikap 'prejudis'.Salurkan kepelbagaian itu dengan keanjalan Islam.
Namun saya percaya, dokongan dan gabungan kepelbagaian aliran pemikiran dalam PAS mampu membawa PAS ke arena yang lebih tinggi.
All The Best YB!
terus terang saya katakan kami di cawangan lemah semangat dgn perangai golongan ini.sehingga penubuhan caw penaja di taman sebelah terpaksa kiv dulu sehingga keputusan muktamar.
yb khalid u,ve been to our markas
b4, ceramah and kenduri.remember? ada iv dgn blogger teluk bagong?
You are indeed a very brave and righteous person, as mentioned by many here you have a perfect balance in your thought and leadership.Ulama or otherwise should not be a problem as long as islam and justice for all prevails.
Berbagai keluhan dan rasa hati tertulis diruang "Comment'.
Sesiapa yg ingin menawarkan diri untuk berkhidmat dlm parti PAS dalam menyambung perjuangan yg telah dilakukan oleh pemimpin2 terdahulu, silalah bertanding dgn ikhlas.
Selepas selesai memilih dan terpilih untuk menerajui, rapatkan barisan kembali. Buang segala ketidaksefahaman dan berjuang untuk parti.
Jgn lah mencontohi parti2 UBN dimana jawatan 'digilai' dan khidmat tiada dlm sanubari.
sy yakin ulama dlm Pas spt TGNA, TGHH dan Ustaz Mat Iraqi tidak termasuk dlm ilmuan meyimpang yg bro. maksudkan.
" yg paling takut akan Allaah adalah ulama'".
klu dia faqih dan ilmuan pula dlm fardhu kifayah sudah tentu dia lebih menghayati kebesaran Allaah dari org yg hanya pakar dlm salah satu antara fardhu 'ain dan fardhu kifayah.
Presiden Pas sepatutnya dari kalangan ulama' yg terbukti iltizamnya dgn jihad islami.
timbalan presiden, naib2 dan ajk pusat boleh dari kedua2 ulama dan teknokrat yg menasihati dan membantu presiden kendalikan jemaah dan tegakkan Islam di m'sia dan dunia.
contoh lah. Katakan TGHH sbg pres, Husam sbg timb pres, Hasan Ali dan mohd AmarAbdullah dan Ir Nizar sbg naib2 pres..........
tidakkah satu kombinasi mantap dan balanced bagai bunyan al marsus?
Professional yang terlihat keikhlasan dlm perjuangan Islam lebih patut kita sokong (walau berpendidikan barat/orientalis/etc.)berbanding dgn setengah-2 ulama' yang tidak cerdik dlm ilmu politik tetapi mahu menonjol ke hadapan dlm 'perang saraf politik semasa' & hal-hal pemerintahan. Kalau ulama' tu mmg cerdik & pakar ilmu politik spt. TG Nik Abdul Aziz maka saya tiada masalah apa-apa.
Seharusnya professional diberi juga tempat dlm saf tertinggi kepimpinan (e.g. Timbalan Presiden krn TGAHA telah menang Presiden)untuk gabung jalin yang lebih mantap & berkesan. Ini akan lebih melengkapkan kesepaduan kekuatan PAS & memperbaiki apa jua kelemahan PAS dari masa ke semasa.
Allahu aklam.
Ketua Dewan Pemuda mesti ulama'
Timbalan Ketua Dewan Pemuda mesti ulama'
Ketua Muslimat mesti ulama'
Timbalan Ketua Muslimat mesti ulama'
Pesuruhjaya Negeri mesti ulama'
Timbalan Pesuruhjaya Negeri mesti ulama'
Ketua Pemuda Negeri mesti ulama
Timbalan Ketua Pemuda Negeri mesti ulama'
Ketua Muslimat Negeri mesti ulama'
Timbalan Ketua Muslimat Negeri mesti ulama'
YDP Kawasan mesti ulama'
Timbalan YDP Kawasan mesti ulama'
Ketua Pemuda Kawasan mesti ulama'
Timbalan Ketua Pemuda Kawasan mesti ulama'
Ketua Muslimat Kawasan mesti ulama'
Timbalan Ketua Muslimat Kawasan mesti ulama'
Ketua Cawangan mesti ulama'
Timbalan Ketua Cawangan mesti ulama'
Ketua Pemuda cawangan mesti ulama,
Timbalan Ketua Pemuda Cawangan mesti ulama'
Ketua Muslimat Cawangan mesti ulama'
Timbalan Ketua Muslimat Cawangan mesti ulama'
Camne ?
Ahli2 pun kena ulama' pastu yg nak ngundi PAS pun kena pastikan ulama'(kalau tak kita reject je sebab tak suci).
ehehe jgn marah ye ustaz gurau je ye...
Saya sangat sangat bersetuju kita sebagai golongan bukan ulama (profesional ulama)lebih banyak membantu, menolong, meningkatkan, memperkasakan lagi kepimpinan PAS dengan seberapa ikhlas!
Saya sangat sangat tidak bersetuju kalau kita bersungguh2 menonjolkan diri, mempamirkan kehebatan, memperlekek pemimpin jemaah sendiri, berebut rebut jawatan sampai melobi2 dng teknik masing2! Ikhlas ke begitu?
Mufti Harrusani kata orang bukan Islam tidak boleh baca Quran
Kini semua ulama kata hanya ulama boleh duduk jawatan tertinggi
Besok siapa tak undi ustaz masuk neraka
Lusa semua ustaz yang jadi ahli parlimen gubal perlembagaan hanya ustaz boleh jadi wakil rakyat
Tulat buat undang-undang zakat fitrah naik 200% dan hanya boleh digunakan oleh Persatuan Ustaz-Ustaz Malaysia
Langkat Presiden Malaysia yang juga Ustaz dan ahli Parlimen yang kesemuanya Ustaz buat deklarasi Malaysia adalah Negara Islam yang sebenar-benarnya dan Malaysia dan isi kandungannya masuk syurga firdaus
********* yang otak sempit macam tu sapa iktiraf dia ulama?...aku tak nampak yang berasa mereka ni jenis ulama menyerlah dalam apa2 segi...kalau hafal quran macam burung kakak tua dah boleh kira jadi ulama ke?
jenis yang merasa mereka ni ulama nak fikir macam mana nak buat tandas masjid bersih pun tak boleh...macam mana nak biar orang macam ni perintah negara?
tengok siapa mujahideen yang paling di geruni di dunia...Osama ben Laden... dia seorang engineer,
pemikir2 Islam yang berpengaruh..macam maudoodi , pun bukan dari pondok..and so on and on ...
yours sincerely ;
fulama modern
mmg le dia bkn ulama tapi sekurang-kurangnye dia bleh bantu mak bapak dia ngan keluarga dia kat pdg masyar nanti sbb dia hafal quran.. lu bleh ke tlg mak bapak lu nanti???
Osama Laden tu mmg le engineer sblm ni tapi sekarang dah jadi ulama..lu ingat engineer kat saudi, mesir, iran, palestin tu mcm engineer kat sini ke..diorang hafal quran le bro.. engineer kat sini baca fatihah pun tak betul..
jenis yang boleh di beri nama ulama ni as we all know bukan takat pakai serban berjela2 dan hafal al qur'an tapi tak reti nak apply apa apa dari bacaan nya untuk situasi penuh pancaroba masakini
nak berinteraksi dengan orang kafir mereka tak reti sebab tak tau budaya dan ugama2 mereka...samada kristian ke, hindu ke, buddha dsb nya.
sama lah juga pasal nak berinteraksi dengan manusia UMNO pun mereka tak reti sebab otak mereka(ulama) terlalu 'insular' dan 'parochial' bak kata mat salleh...manusia umno ni dah banyak jadi setan dah tapi malang nya ulamak2 tak berupaya nak mendekati mereka kerana jurang 'intellectual reasonings' dan 'logical thinking' antara kedua pihak sudah terlalu jauh. oleh itu lah saya fikir pencinta2 Islam berpendidikan professional yang arif pasal Islam lebih berpotensi untuk mengemudi dan menarik melayu Islam yang dah hanyut dengan ideologi umno kembali kepada Islam.
oleh itu bagi saya sendiri lah, lebih gemar dengan pencinta2 islam macam sdr khalid sendiri atau husam atau nizar ni... mereka ni dari kacamata saya 100% ikhlas pasal islam (inshaallah) sama juga dengan yang di katakan ulama mee goreng ni.
lagi pun saya fikir mereka yang menggangap diri mereka ulamak ni tak boleh la menggangap mereka di 'threathened' oleh pencinta2 islam yang bukan dari sekolah pondok atau belajar 'lughah' di mesir ...
kalau mereka betul2 ulamak mereka tak boleh berperangai begini...tak layak berperangai begitu...
dan saya tahu jenis ulamak sejati macam tn guru nik aziz tidak lagu tu...
anyway, i'm still waiting to know dari mana2 yang arif di sini apakah criteria yang melayakkan seseorang tu di gelar ulamak...
wallahualam
fulama moden
ko betul tp ko kene tarik balik ayat ko "kalau hafal quran macam burung kakak tua dah boleh kira jadi ulama ke?"
sama ada ko berniat ke tidak bukan masalahnye, takut org salah sangka plak..org yg hafal quran bukan mcm burung kakak tua..
Untuk pengetahuan YB, saya juga profesional tapi sebelum kita keluarkan sifat negatif yang ada pada ulama' baik kita bicarakan sifat positif yang ada pada ulama', kerana dengan artikel yang sebegini boleh menyebabkan orang-orang awam yang tidak tahu pengorbanan ulama' mencaci ulama'. Yb kena ingat bahawa sebelum Yb memahami Islam, Ulama'lah yang dahulu memberikana ilmu kepada YB, melalui ceramah2 buku kitab2 dan pelbagai saluran lagi. Bukan tidak suka pada profesional, tetapi ingatlah, Imam Syafei Ulama, Imam Hanbali Ulama', Imam Mailiki Ulama', dan banyak lagi Imam-Imam yang lain termasuklah Imam Hassan Al-Banna pencetus gerakan Islam. Jangan kita sebagai profesional terasa hebat hanya dengan fahaman Islam yang Allah berikan. Carilah yang positif tentang ulama', bukan semua ulama' yang negatif. Kita kena ingat bahawa Non-Muslim mengenali TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz sebagai ulama', sekiranya non-muslim hilang kepercayaan kepada ulama' apa akan terjadi keapada Jemaah nanti.
Bekerjasamalah dalam perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan. Carilah titik persamaan antara ulama dan profesional jangan mencari titik perbezaan semoga Izzah Islam kembali menyerlah.
Salam
Profesional yang mencintai ulama.
Terima kasih atas penerangan dan hujahan yang jelas dan bernas.
Tapi biasalah, sejelas mana pun penerangan tu, ada saja yang nak menyanggah. Sama ada tak faham atau buat2 tak faham, WaLlahu'alam.
Anon 12:42,
Baca balik post original tu dan FAHAMKAN BETUL-BETUL.
Bukan ke awal2 lagi - perenggan pertama tu- Pak Khalid dah bagi kredit pada ulama?
Di mana dalam post ni bukti Pak Khalid menunjukkan dirinya "terasa hebat"? BUKTIKAN.
"Saya yakin para Ulama’ Islam yang ikhlas dan berilmu memahami perkara ini dan tidak akan mengambil kesempatan dari konsep ‘Kepimpinan Ulama’ untuk mengelirukan ummat Islam dan ahli PAS sehingga mewujudkan suatu status yang tidak layak bagi mana-mana manusia untuk mendudukinya."
Tak cukup positif ke tu?
Ayat tu kata semua ulama tak baik ke?
Point post ini ialah semua pihak, ulama atau profesional, perlu bersedia ditegur, dan sesuatu pihak tidak boleh menghalalkan semua tindakannya dan tidak membenarkan yang lain membetulkan kesalahannya semata-mata kerana mereka mempunyai pendidikan formal - segulung kertas - dalam bidang agama.
Ikhlas, taqwa dan istiqamah bukan terletak pada ijazah.
Syurga tidak memerlukan ijazah.
"Carilah titik persamaan antara ulama dan profesional jangan mencari titik perbezaan semoga Izzah Islam kembali menyerlah."
Setuju.
Sudah-sudahlah.
Nampak tak apa saya cakap sebelum ni?
Sejelas mana pun penjelasannya, ada saja yang tak nampak. Atau buat-buat tak nampak.