Skip to main content

Asas Pemilihan

Menjelang Muktamar PAS yang ke-55 ini, ramai yang tertanya-tanya, atas dasar apa hendak kita memilih? Sekiranya kita terpengaruh dengan mainan media lawan, kita akan menjawab, “atas dasar ulama’ atau profesional”.

Media lawan memberi gambaran bahawa adanya persaingan dan persengketaan di antara ulama’ dan profesional dalam PAS. Ini tidak benar! PAS merupakan sebuah parti Islam dan Islam tidak menggalakkan pertembungan di antara kumpulan ilmuan sebegini rupa. Hakikatnya Islam menuntut SEMUA, ulama’, profesional dan seluruh ummatnya bersatu atas perjuangan menegakkan Islam. Yang ingin ulama’ dan profesional berlaga atau dilaga-lagakan telah membantu musuh-musuh Islam. Tidak kira, samada dia ulama’ ataupun professional, samada dia sedar atau pun tidak.

Isu sebenarnya bukan isu profesional mencabar ulama’ atau ulama’ mencabar profesional. Isu sebenarnya ialah perbezaan pendapat dan pendekatan. Itulah hakikatnya. Ada yang ingin berdamai dengan UMNO kerana tidak selesa dengan kerjasama dengan DAP dan PKR. Ada pula yang ingin terus bersama PR dan berusaha supaya UMNO terkubur! Kedua-dua kumpulan ini terdiri dari ulama’ dan juga profesional.

Bagi yang ingin berdamai dengan UMNO, mereka merasakan bahawa PR menguntungkan orang bukan Melayu yang juga orang bukan Islam. PR dianggap merugikan orang Melayu yang juga orang Islam. Mereka melihat PR sebagai kerajaan minoriti Melayu di Selangor dan juga dulu di Perak dan beranggapan tindakan yang paling wajar ialah bagi PAS mengkaji untuk mengadakan perhubungan dan persefahaman atau kerjasama dengan UMNO/BN. Ini akan mengukuhkan kedudukan Melayu yang juga Islam dan akan dengan itu terbentuk kerajaan Melayu Islam yang kukuh dan mantap. Ini boleh berlaku di Selangor, Perak, Kedah, Terengganu dan kebanyakan negeri-negeri di Malaysia. Begitu juga di peringkat Pusat. Wawasan mereka ialah penyatuan orang Melayu Islam akan membawa kepada Negara Islam.

Mereka tidak mampu mengasingkan Melayu dari Islam dalam konteks negara kita ini. Maka, inilah juga sebab berlakunya pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo pada 10 Mac tahun lepas, selang beberapa hari sesudah PRU ke-12. Inilah sebabnya isu muzakarrah dan muqabalah timbul tak habis-habis.

Maka inilah yang digambarkan oleh TGNA di Ipoh sebagai keadaan bagaikan seorang yang sebelah kakinya di sebuah perahu dan sebelah lagi di perahu yang lain!

Bagi yang ingin terus bersama PR pula, mereka menganggap masa depan Negara ini adalah bersama PR dan melalui PR risalah dan matlamat perjuangan PAS akan lebih mampu dicapai. Islam dapat dizahirkan melalui imej yang lebih bersih dan mulia, bebas dari segala keburukan yang memalit UMNO/BN.

Golongan yang kedua ini dituduh ‘Erdogan’, ‘pro-Anwar’ dan sebagainya kerana tidak mahu terima pandangan golongan pro-kerjasama dengan UMNO. Mereka yang ditonjolkan sebagai menganggotai kumpulan ini adalah orang-orang yang digelar profesional, seperti saya, walaupun sebenarnya ulama’ seperti TGNA, Ust. Ahmad Awang dan ramai lagi para ulama’ yang juga jelas menentang kaedah dan pendekatan seperti ini. Tuduhan-tuduhan ini sebenarnya bertujuan menutup isu sebenar, maka ditimbulkan isu ‘profesional lawan ulama’. Sedangkan pada hakikatnya bukan semua ulama’ setuju dan bukan semua profesional menolak! Contoh paling jelas ialah diantara saya dan PJ Selangor yang berbeza pendirian dalam soal ini. Walaupun kedua-dua kami digelar profesional tetapi dalam soal ini kami berbeza.

Kumpulan ini juga dituduh lebih patuh pada Anwar dari DS Presiden sendiri. Kononnya kami agen Anwar dalam PAS dan wala’ kami adalah pada Anwar. Ini juga sandiwara dan mainan mereka. Biar saya nyatakan secara jelas disini, dalam situasi sekarang, jika ditakdirkan Anwar pula yang berhajat membawa PAS berkerjasama dengan BN, Anwar akan kita tolak! Kalau PKR dibawa ke arah itu, dengan PKR-PKR sekali kita tolak!

Dalam soal ini, bukan ada ‘pihak yang baik’ dan ‘pihak yang jahat’. Ianya persoalan perbezaan pendapat dan pendekatan yang dipilih. Saya harap perkara ini jelas kepada semua. Ada yang cuba berhujjah bahawa wajib kita berkerjasama dengan UMNO dan menggunakan ayat 61 Surah Al-Anfal sebagai hujjah mereka. Ini dibalas pula dengan hujjah wajib kita menepati perjanjian dengan PR dan ayat-ayat 91, 92 dan 94 Surah An-Nahl dikemukakan.

Pihak pertama menempelak balik bahawa “tiada perjanjian dengan PR”. Pihak kedua menjawab “oleh kerana dianggap ada, maka rakyat mengundi kita! Kalau rakyat tahu kita akan berpakat dengan UMNO kalau menang, adakah kamu fikir rakyat akan mengundi kita?”

Dan perbahasan ini berterusan...

Akhirnya bagi saya ianya berbalik kepada persoalan kematangan berpolitik. Golongan pertama inginkan kemenangan yang mudah, secara segera dan bersifat “selamat”. Tetapi kemenangan mudah pada jangka waktu singkat boleh menafikan kemenangan mutlak pada jangka masa panjang. Atau dalam bahasa Inggeris, “winning the battles but losing the war”. Terjemahan literalnya, “menang di pertempuran-pertempuran kecil tetapi kecundang dalam pertempuran utama”.

Namun demikian, biarlah saya kembali kepada persoalan yang asal, iaitu, atas dasar apa hendak kita memilih? Jawapan ringkas saya: atas dasar siapa pro-kerjasama dengan UMNO dan siapa tidak.

Kalau yang pro-kerjasama ini menang maka percayalah, isu muzakarrah dan muqabalah akan terus kedengaran. PAS tidak akan mampu memecut terus ke depan dengan lajunya di dalam PR kerana dua kaki dalam perahu yang berbeza.

Kalau yang anti-kerjasama menang, maka dua-dua kaki dalam perahu yang sama, iaitu perahu PR. Isu muqabalah dan muzakarah tidak akan kedengaran sama sekali, dan insyaAllah PAS akan terus memecut ke hadapan, serta akan dilihat sentiasa di saff hadapan PR dalam segala isu.

Oleh itu, pilihlah atas dasar ini. Pro-Kerjasama atau Anti-Kerjasama, bukannya antara ulama’ atau pun profesional. Itu isu pihak lawan, bukan isu kita.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Salam..
bersetuju dgn pandangan YB.Namun nada YB seolah-olah menjangkakan kekalahan golongan anti kerjasama UMNO..

benarkah begitu?
Anonymous said…
Salaam,

Mengapa YB seringkali cuba ketengahkan isu ProKerjasama vs AntiKerjasama? Soalnya bukan itu. Adakah ini bentuk kempen yang cuba diketengahkan. Ringkasnya; saya bukan ProKerjasama tapi saya tak rela PAS dipimpin oleh orang yang berlagak serba tahu dengan displin jemaah yang rendah. Menularnya budaya kempen dalam PAS seperti berlaku di Perak semalam ( Batu Gajah) dengan memanggil semua perwakilan dalam kawasan di Perak untuk berdialog dengan Calon Timbalan Presiden merupakan satu tindakan desparado dan membelakangi semangat Jemaah. Pemimpin seumpama ini hanya akan merosak ukhwah dalam jemaah. Tidak pernah dalam sejarah PAS, bilamana seorang calon Timbalan Presiden memenggil sidang media untuk menyatakan dia ingin bertanding untuk Jawatan Timbalan Presiden. Tahun 2009 untuk Timbalan Presiden dan dua tahun berikutnya kempen untuk Presiden ? Bukan isu ProKerjasama atau Anti Kerjasama tetapi lebih kepada agenda peribadi.
muhafaza73 said…
salam..adakah tuan tidak yakin dgn kbijaksanaan prwkilan nanti..dr cara tuan menulis mcm tu la nmpknya..duk kata ini smua mainan media tp sbnrnya mainan tuan dan shbt2 tuan sndiri..dh la YB Khalid ahli PAS smuanye bijak sbb tu duk dlm jamaah Islam..klu tuan trasa bijak sgt trpulang la...
Anonymous said…
isu utama adalah untuk selamatkan ANWAR yang dalam keadaan tersepit menghadapi kes saiful ..dengar, husam ada jumpa pegawai najib.
nur mohd nidzam said…
salam yb,
saya setuju bahawa pas perlu segera meletakan diri sebagai pemimpin dalam pr,ini cuma akan berlaku jika semua bersatu dengan pendirian mereka dan tidak ada perbezaan yang akan memecah belahkan parti.kita perlu menguatkan parti untuk mengambil alih tempat umno sebagai parti utama menterajui pentadbiran negara.
Kita perlu ada pemimpin yang komited untuk mencerminkan pas sebagai parti yang bersih dari segala gejala yang menghantui umno,kalau pemimpin kita sering dilihat ingin bersama atau mengikuti jejak umno maka kita juga akan ditolak rakyat.Perlu diingati rakyat semakin menolak umno.
Anonymous said…
Salam YB Shah Alam,

Slogan PAS for ALL dan Negara Berkebajikan, dan sokongan bukan Islam terhadap PAS akan terkubur terus dalam PRU-13, jika niat PAS untuk bekerjasama dengan UMNO terus dimajukan oleh golongan fraksi UMNO dalam PAS sekarang selepas muktamar ini. Mereka akan rasa tertipu atas tindakan fraksi UMNO itu...

Ingatlah...bukan Islam akan hilang hurmatnya kepada parti PAS utk sekian lama, dan dengan itu juga maruah PAS sebagai pejuang utk menegakkan Islam akan tercemar teruk dikalangan bukan Islam. Usaha PAS untuk terus berdakwah dikalangan bukan Islam dan melayu Islam (peranan yang tidak diindahkan UMNO) akan juga tercemar dan hilang wibawanya.

PAS akan terpaksa membayar pada harga yang mahal, jika terjebak dengan perangkap UMNO yang jelas berada dalam keadaan "desperado" untuk mengekalkan pengaruh dan sokongan terhadap mereka dikalangan pengundi melayu / bukan melayu. Sedar dan insaflah, melalui kerjasama dgn PR-lah, bukan melayu telah mula dapat menerima PAS. Janganlah persiakan peluang terbaik ini, utk PAS menjadi pemimpin kpd orang Melayu/Islam.

Ahli ADUN / AP PAS perlulah membuat analisis terperinci terhadap kemenangan yang diperolehi dalam PRU yang lalu, dan selidiklah berapa banyak kemenangan kerusi DUN/Parlimen itu yang dimenangi atas tiket kerjasama dalam PR, bukan atas sokongan ahli PAS semata-mata. Bagaimanapula persepsi pengundi atas pagar ??? Sudahkah PAS menilainya ???

PAS sepatutnya berusaha utk menjadi "viable & strong alternative to UMNO", bukan parti yang cuba diambil kesempatan / dieksplotasikan oleh UMNO utk mengekalkan dan menyelamatkan survival mereka.

Oleh itu, ahli-ahli PAS perlu memastikan kepimpinan yang dipilih dalam muktamar mestilah mereka yang benar-benar berupaya memacu parti kearah yang lebih kuat & dihurmati lawan, dan akan berkemampuan menarik sokongan, bukan sahaja ahli PAS, tetapi juga para pengundi dalam PRU akan datang. Janganlah setelah menang hanya beberapa tambahan kerusi, pemimpin PAS mula nak tunjuk "taring" !!!

Samada yang dipilih itu golongan Ulamak atau Professional, bukan menjadi isu, kerana perlulah kita menyemak sejarah Islam dizaman Rasullullah (s.a.w) pun, beliau tidak memilih Ulamak utk menjadi pemimpin ke medan perang, tetapi berdasarkan "merit" dikalangan pengikutnya utk membawa panji-panji Islam !!!

Majlis Syura/Ulama PAS bolehlah berperanan dgn lebih berkesan untuk memastikan ISLAM akan terus diperjuang dan didahulukan, walaupun pemimpin yang terpilih dalam muktamar nanti bukan dikalangan Ulama dan ia diberikan amanah utk memimpin dgn mematuhi polisi/syarat yang ditetapkan oleh majlis syura PAS . PAS boleh mengkaji model yg dibangunkan di IRAN dalam hal ini!!

Selamat bermuktamar utk memenangkan Islam, bukan memenangkan kedaulatan UMNO/melayu !!!

Wsm.
HaHs said…
Post ini lebih saya setuju dari post selepas ini. Walau apapun, kita hanya merancang tapi allah yg menentukan. Ikhtiar dan serah pada allah agar kebaikan terlaksana didalam jamaah. Semuanya baik tapi kita cuma mahukan yg terbaik. Sekiranya benar terdapat kemudharatan yg jelas, lambat laun akan terserlahlah keburukannya. Bersabarlah! Ikhtiar dan redho pada allah saja kita harapkan. Perbezaan pemikiran dan pendapat adalah suatu yg subjektif dan boleh diperbahaskan, yg penting bagi pihak yg telah dipertanggungjawabkan sekarang haruslah melaksanakan segala kewajiban dan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada pengundi dan rakyat dgn sepenuh hati dan biarkan mereka menilai segala usaha kita utk perjuangan pada akan datang. Wallahu a'lam.
Anonymous said…
salam...tahniah yb.. pemikiran yb jauh lebih maju dan saya bangga yb seorang pemimpin pas.. terus terang saya katakan bahawa saya sendiri akan keluar dari pas sekiranya kita keluar dari PR... dah terang lagi bersuluh bahawa kapal umno akan karam.. jaganla kita masuk kapal mereka... TGNA dah nyatakan mcm mana pedihnya ketika ditendang.. takkan kita nak ulang kesilapan yang sama.

atas hujah apa kita nak bersatu dengan UMNO?
1.Islam? ada ke cara hidup Islam dipraktiskan?
2.Menjaga Melayu? kite tgk orang melayu penang, ditolak sampai ketepi longkang.
3.Pemimpin berjiwa rakyat? sebutkan dengan spesifik MB mana yang hidup mcm TGNA.
4.Menjaga kebajikan rakyat? harga minyak dok turun mendadak, UMNO nak naikkan harga minyak sampai RM2
5.Membela anak bangsa? sape yang hapuskan biasiswa? anak muda belum kerja tapi berhutang sampai belasan ribu.
6. Golongan agamawan dijulang? mana suara ulama kerajaan yang membangkang penjualan arak di 7E?

secara peribadi, saya ingin bertanya, dengan bilangan MP yang ada pada pas, boleh ke kita menyuruh umno mengubah perkara diatas? Tepuk dada tanya IMAN anda..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan