Menjelang Muktamar PAS yang ke-55 ini, ramai yang tertanya-tanya, atas dasar apa hendak kita memilih? Sekiranya kita terpengaruh dengan mainan media lawan, kita akan menjawab, “atas dasar ulama’ atau profesional”. Media lawan memberi gambaran bahawa adanya persaingan dan persengketaan di antara ulama’ dan profesional dalam PAS. Ini tidak benar! PAS merupakan sebuah parti Islam dan Islam tidak menggalakkan pertembungan di antara kumpulan ilmuan sebegini rupa. Hakikatnya Islam menuntut SEMUA, ulama’, profesional dan seluruh ummatnya bersatu atas perjuangan menegakkan Islam. Yang ingin ulama’ dan profesional berlaga atau dilaga-lagakan telah membantu musuh-musuh Islam. Tidak kira, samada dia ulama’ ataupun professional, samada dia sedar atau pun tidak. Isu sebenarnya bukan isu profesional mencabar ulama’ atau ulama’ mencabar profesional. Isu sebenarnya ialah perbezaan pendapat dan pendekatan . Itulah hakikatnya. Ada yang ingin berdamai dengan UMNO kerana tidak selesa dengan kerjasama d...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘