"...Betullah kita kata itu adalah pengambilan dan pembangunan berbeza. Akan tetapi semestinya pengambilan dan pembangunan ini pun ada hubung kait kerana kita tidak mahu dapatkan ramai, kita letakkan di ibu pejabat. Semestinya ia diagihkan untuk menjaga seluruh kawasan dan sebagainya.
Lalu mesti ada hubung kait di antara pengambilan dan jumlah anggota pegawai polis dan penggunaannya di peringkat rakyat jelata iaitu berapa ramai penduduk, berapa banyak balai mesti ada, berapa orang kakitangan mesti ada dan sebagainya. Kita tidak mahu ambil pengambilan ramai, beratus ribu kemudian kita letak dekat Jalan Gurney ataupun Jalan Padang Tembak. Apa gunanya?
So, bila kita kaitkan antara duanya, termasuklah soal perbelanjaan untuk membina balai polis dan sebagainya. Kita tidak boleh menggunakan kadar jenayah atau indeks jenayah semata-mata kerana dalam keadaan begitu seolah-olah kita hendak tengok jenayah berlaku baru kita hendak bertindak.
Sepatutnya kita ada satu piawaian di mana dengan setiap orang penduduk, katakan satu bandar seperti Bintulu ada 300,000 orang penduduk. Lalu berdasarkan kepada itu, kita sudah tahu mesti ada berapa banyak balai, berapa banyak pondok polis dan berapa ramai anggota yang bertugas di Bintulu.
Dengan cara itu, kita boleh jamin keselamatan dan ia merupakan satu standard yang digunakan di seluruh negara. Bukan satu reaksi..."
Video dan hansard parlimen adalah ihsan MPPAS, terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
saya yang rakyat biasa ni pun pening dgn MP BN, kesian YB kena layan depa yang sengal tu.Banyak sgt makan duit rakyat,tak cerdik jadinya mata hati depa tu..